Home Novel Thriller/Aksi PEMBURU MALAM
PEMBURU MALAM
Pemburu Malam
6/11/2017 14:47:37
27,271
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 3

     ......LALU Rya pun menapak ke lorong gelap itu , kotak berisi ' sesuatu' itu pula masih dia pegang ....Lorong yang gelap lagi sunyi itu menambahkan lagi ........


        Menguap dah berkali .Mungkin ini tandanya aku harus tamatkan karangan ' masterpiece' aku ini .Tetikus aku pegang lalu butang SAVE aku klik kan.Mode ' SLEEP' aku hidupkan kini pada laptop ku .


        Shila da beralih - arah pula tempat tidurnya, kini dia bergolek di atas lantai berpermaidani pula.Aku tersenyum seraya bangun dan menggeliat .Lenguh leher masih lagi terasa mungkin terlalu lama menghadap laptop.Kacamata yang selalu melorot aku tanggalkan seketika sebelum mata aku tenyehkan .Kacamata bingkai hitam petak besar ala nerd aku pakaikan semula.Rambut serabai aku abaikan ,  lagipun siapa aja yang ada kan ? 


        Tekak juga berasa kering .Kopi bikinan aku tadi sememangnya tinggal sisa serdaknya sahaja.Jam aku kerling , lah hampir nak ke subuh rupanya.Baik aku subuh dahulu sebelum tidur .


        " Shila, Shila bangun subuh " 


        " Wei, aku ' cuti' ...." ujarnya mamai .Aku seraya mengangguk .Dia kembali melabuhkan kepalanya di kusyen kecil .


         Hampir terlepas gelas dari tanganku, aku nampak ' Dia' lagi .Tegak berdiri menghadap jendela kondonya.Dia dari blok kondo hadapan .


         Siapa dia sebenarnya ? 


          Seringkali memandang blok ku ...


         Namun, tak pernah pula bersua mahu pun selisih .Mungkin kerana dia telah ' perasan' aku , dia menapak masuk , langsir balkoni dia tutupi terus .


          " Allahuakhbar ....Allah..." 


*********


SOMEONE ' S POV 


     " SIAPA dia ? Tiap kali bertembung tidak pernah mendongak atas jalannya , selalu menunduk.Wajahnya pula seringkali di lindungi juntaian rambutnya yang tidak berikat itu.


      " Benarkah dia seorang penulis sepertimana yang acapkali aku dengarkan ? " 


       " Anna Patricia  Amin Harold Abdullah " 


       Jika benar , nampak gayanya aku dah menemuinya.Satu senyuman dia ukirkan dibibir .Lalu dia kembali menapak ke arah katil setelah lampu telah terpadam.


************


PEMBURU MALAM POV 


      HUD dikepala aku  perbetulkan sebelum melangkah pergi dari kondo tinggi megah itu." Huh, Anna....Anna " ujarku  sambil tersandar pada satu kereta Hilux. Sambil menyeluk saku jaket hitamku , aku  menghayunkan kaki ke arah motorku , sebuah motor  hitam berkuasa besar yang terparkir tidak jauh dari kondo .


       Hud aku lorotkan ke bawah sebelum aku sarungkan helmet full face hitam ku .Kaki panjangku angkat ke tempat duduk sebelum aku panaskan sebentar motor ku .


      Bagaimana aku  boleh melepasi pemeriksaan pondok pengawal ? 


      Sudah tentulah aku ada caraku tersendiri.


      Motor yang aku naiki kini semakin jauh meninggalkan bangunan kondo setinggi 30 tingkat itu .


       Enjin aku perderaskan lagi .Cerah pagi kian menghampiri kini.

       


**************


  ANNA POV 


       SEPERTI biasa aku akan buka pintu untuk mengambil tabloid .Sebelum itu baju T yang baru aku basuh kerana berdarah aku sidaikan pada ampaian tepi dinding .


       Pelikkan bagaimana baju T itu kerap berdarah ? 


       Aku sendiri pun tak pasti , kerana aku memang tak pergi mana-mana malam semalam.Menghadap laptop itulah rutin harianku .Kalau keluar sekali pun selalu berdua .


      Nak kata ada luka pun tak juga ? Apatah lagi sengaja mahu melukakan diri sendiri .


      Biarlah ia menjadi misteri ...


      " Aik, mamat hensem tu tak sent lagi ke paper today ? " Soalku tercari- cari .Sebab kebiasaannya gulungan tabloid tersebut akan diselitkan pada pintu gril.


        Mataku tetap juga mahu mengitari keliling manalah tahukan kot terjatuh pula ke mana- mana .Dan kini , arah mataku kian tajam tertumpu pada bungkusan plastik hitam .


        " Ai , buang sampah kat rumah orang ke apa ni ? " Aku bersungut sambil membetulkan kacamata. Panas pula rasa hati ni .


       Aku meninggung ke depan sedikit lalu menarik plastik berkenaan supaya mendekatiku .Plastik apa pula ni ya ? 


       Aku terus mengangkat seraya membelek - beleknya .Atas , bawah aku meneliti bungkusan tersebut .Aku hidu tapi tiada bau yang bisa aku curigai .


       Secara drastik aku terdongak apabila ada orang melintas lorong hadapan pintu ku .Mungkin jiran ku agaknya .


       Aku kembali pada bungkusan tersebut.Di sebabkan keterujaan aku kian membuak , sepantas aliran adrenalinku . Jemari aku laju sahaja mengumpil pita selofan yang telah di lekatkan .


       Lah ! Ada kotak pula ? Aku terus tanpa alasan lagi membuka kotak berkenaan.Ada nota kecil tapi aku ketepikan dahulu .Hati ku tidak tenang selagi tak tahu apa kah benda itu ? 


       Mata sepet ku terus membulat di balik kacamata.Tangan yang steady kini menggeletar .


        " Ya Allah !  Apa tu ? " Pekikan Shila lagi menambahkan rasa terkejut ku kini.Aku mendongak , mulutku ingin mengatakan sesuatu tapi tak terluah ! 


         SAYANG ...


APA YANG KAU RASA ?. HEBAT TAK PEMBERIAN AKU ! 


       PM 


        " Siapa Pm , Anna ?." Soalan Shila aku hiraukan , bagaimana aku nak menjawabnya sedangkan aku juga tidak tahu siapa PEMBERINYA ? 


       Apakah ini satu clue ? 


        " Anna ? Aku rasa orang ni psiko ! Lebih baik report ! " 


        " Aku ....Aku ...."  Aku dari meninggung kini terduduk di bendul pintu.


         HATI ! 


*************


PEMBURU MALAM POV 


        " TIGA ! Hahahaha.....! Aku yakin kau tentu terkejut bukan ? Tentu kau lebih menghargai aku sekarang ini ! Bukan ?." 


         Aku mengepit kembali puntung rokok separuh ku itu ke bibir .Sambil kaki aku angkatkan ke atas meja .Aku sedut sedalam- dalamnya lalu aku tarik keluar puntung sambil menghembus asapnya.Puntungnya pula aku tenyeh dalam ashtray .


        Aku mahu kau tahu isi hatiku , sayang ....


        Hatiku sama hatimu tidak boleh di pisahkan .


ANNA POV 


       BUKAN aku tak mahu buat laporan polis , tetapi aku takut ! Aku takut seandainya apa yang akan aku beritahu ini tidak mereka percayai , malah mungkin aku pula yang akan di tuduh ! 


       Aku tak mahu semua itu terjadi , sudah tentu ia bakal menjejaskan prestasi ku sebagai...


       " Anna! Makanan dah sampai ! " Shila menjerit dari pintu .Delivering order dah sampai .Perut pula sememangnya dah menyanyikan lagu keroncong untuk Ana .


        Karangan aku kini terhenti di perkataan ' Sebagai ' . Nampaknya masih panjang lagi karya masterpiece aku ini , kerana otak ku blank semenjak aku menerima ' pemberian misteri ' itu ! 


        Sebuah pemberian yang aku tak duga sama sekali .Pemberian yang memaksa aku keluar di malam hari ke lorong belakang .


        Aku pula bagaikan si pencuri HATI itu . Yang ' mencuri' tanpa kerelaan si mangsa ! 


         Tahukan apa itu hati ? 


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.