Home Novel Thriller/Aksi PEMBURU MALAM
PEMBURU MALAM
Pemburu Malam
6/11/2017 14:47:37
27,207
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 11

ANNA POV 


     AKU semakin pelik kini. Kenapa baju aku kerap di cemari oleh darah ? Bukan calang banyaknya ! Jenuh , aku periksa tubuhku namun tiada satu pun luka yang dapat aku temui . Boleh dikatakan banyak baju- bajuku terpaksa aku musnahkan .


     " Bukankah semalam aku sakit kepala ? "  Aku masih lagi bermonolog sambil tanganku lincah menyental telapak tangan yang terlekat sisa darah kering. 


        Ya , darah kering ! Bagaikan aku telah melukai atau menyembelih sesuatu . Botol berisi sabun antiseptik aku tuangkan agak banyak sebelum aku percikkan air sedikit . Aku terus busakan ia . Dan seterusnya aku gosok- gosokkan telapakku agar darah kering itu tanggal lalu hanyut ke lubang sinki .


        Di tepi ku , pisau juga topeng perhiasan aku juga di cemari darah . Bagaimana topeng itu boleh berdarah ? Sedangkan aku tak pernah memakainya even ke party sekalipun.


        Aku benar- benar pening kini . Aku harus cari sebab . Dan lagi satu , ' hadiah ' yang baru aku terima itu . Ingin saja rasanya aku membuat laporan polis . Tapi apakah mereka mempercayai aku ? Atau aku pula yang tertuduh ? 


         Masih lagi aku terbayangkan denyutan ia yang kelihatan masih segar dalam kotak berkenaan . Aku pun tak tahu kenapa si penghantar hadiah ini terlampau kejam sekali ! 


         Ya, aku juga tahu ' hadiah' yang acapkali aku terima itu kini sedang viral di media massa dan mata masyarakat . Kerana itulah , antara penyebab kenapa aku was- was untuk melaporkan perkara itu pada pihak berkuasa .


       " Shila ,mana kau Shila ? Kenapa lama benar tidak menghubungi aku ? " Aku mendesah sendirian . Aku perlukan seseorang untuk aku kongsi masalah aku ini . 


        Tangan basahku terus aku gilapkan pada tuala yang tergantung atas tiang sebatang berdekatan pili . Kepalaku masih lagi sakit . Aku terus tarik laci bawah sinki . Terdapat banyak botol berisi dengan pelbagai jenis ubat . Ada juga yang aku malas mahu ambilnya walau pada hakikatnya aku wajib . 


         Aku tak sakit itulah ! Doktor yang memandai ! Entah- entah diagnosis orang lain aku pula yang kena ! Aku di katakan mengalami masalah delusi ? Hahaha lawak sungguh ! Jika aku berdelusi sudah tentu aku akan nampak segala perkara yang tidak logik ! 


         Tiba- tiba, aku bagaikan ternampak seperti laptopku menaip dengan sendiri . Agak laju dan agak panjang . Aku menggeleng- gelengkan kepalaku sambil menenyeh mataku yang telah aku tanggalkan kacamata. Aku nampak berlapis lalu aku capai kembali kacamata. Aku bergerak pantas ke arah meja . 


       Aku arahkan tetikus ke perenggan yang baru di taip itu . Aku membacanya dengan teliti. 


       .....RYA menanggalkan hoodie lalu kini wajahnya terserlah . Pisau yang masih lagi berdarah di pandangnya lama . ...


           TICK.! Satu email masuk . Aku terus membukanya lalu menelitinya. Aku ternganga lalu terduduk. Tetikus pula entah ke mana aku terlepas . Aku ...Aku ..... 


           " Apa semua ini ? " Soalan pertama yang hadir dari mulutku . Aku benar - benar terkejut . Benarkah apa yang aku nampak ini ? Atau sekadar delusi ? Atau kesan ubat tadi ? 


         KAU TENTU SERONOKKAN ? DAPAT HADIAH ISTIMEWA DARI KU ...


         Dan aku masih lagi merenung tepat ke arah gambar seketul daging merah yang masih lagi berdenyut . Aku mulai berpeluh .Aku pegang dadaku yang berdetak hebat . 


          " Anna ! Anna ! Tolong aku ! Tolong aku ! " Aku berjeda . Aku amat mengenali akan suara jeritan itu . Shila ! Aku terus berpaling . 


        TUCK ! Dunia aku rasakan makin lama makin gelap kini . Drastik aku pegang kepalaku , darah ! 


SOMEONE' S POV 


        AKU ralit membaca jurnal dari seorang pakar psikologi Amerika Syarikat . Jurnal yang sedang aku dalami kini adalah mengenai masalah - masalah jiwa dan psikologi manusia . 


       Aku cuba dalami dan fahami setiap perenggan . Baru aku tahu betapa banyaknya penyakit psikologi . Ada yang aku selalu dengar seperti skizo , split personality , obsession compulsary disorder dan bipolar . Ada pula juga yang aku jarang dengar . Ada juga yang di panggil psycopath iaitu satu perbuatan kejam  di bawah sedar dan atas kerelaannya sendiri. Manakala skizo pula atas arahan suara- suara yang dia dengari . 


      " Argh ! " Pembacaanku terhenti lalu secara drastik berpaling ke arah jendela di mana ianya menghadap dapur penulis misteri itu. Laptop aku biarkan terpasang atas meja makan lalu aku mencapai binokular yang terletak nun di atas peti ais . 


       Aku nampak seperti penulis itu sedang memukul seseorang . Aku cuba fokuskan lagi bino aku . Ya aku pasti , penulis itu seolah - olah sedang berinteraksi dengan seseorang tapi siapa ? Dengan keadaan yang agak kelam begitu ? Kenapa tak pasang lampu ? Bukan blackout pun ! 

        


ANNA POV 


       MATA yang terpejam kini aku bukakan . Denyut !  Ya, kepala ku sungguh berdenyut sekarang ini . Aku cuba menggerakkan tangan dan kakiku namun agak sukar . Aku pandang ke bawah ternyata kedua kakiku terikat . Dan tanganku juga terikat . Aku dapat merasakan ada sesuatu yang sedang meleleh dari dahi lalu menuruni pipi.


       Dan aku rasa, aku tahu apakah ia ? Darah ! Apa kepalaku berdarah ? Tapi , tapi kenapa ? Aku ....Aku di mana sekarang ini ? Kenapa aku berikat begini ? 


        Kenapa ? 


        Kenapa ? 


       " Ha....Sudah bangun tuan puteri kita ini ? " Sinis sekali suara itu menyapanya kini .Dan aku pula tercari- cari arah hadirnya suara itu . Gelap menyelubungi suasana pandangan ku . 


       " Apa yang tuan puteri carikan itu ? " 


       " Kau siapa hah ? Apa yang kau mahu dariku ? " 


      " Haha....Aku mahu kau ! " Ujar suara tersebut . 


SOMEONE ' S POV 


       AKU semakin yakini bahawa , apa yang aku andaikan selama ini betul . Ada sesuatu yang tidak kena pada gadis penulis itu . Aku nampak jelas segala ulahnya . Yang sekejap terjelepok ke lantai dan kemudian,  sekejap begini pula . 


       Tiba- tiba entah bagaimana aku teringat tentang jurnal yang baru aku baca tadi . Split personality ? 


       Mengikut apa yang aku lihat sekarang ini , bukti banyak terarah ke masalah psikologi yang ini . Split personality Disorder . Tapi apakah benarkan andaian ku ini ? Aku bukanlah pakar psikologi. 


        Tetapi ....Aku juga pernah nampak dia bersembang seorang ! Ya , Shila ! Wujudkah insan yang bernama Shila itu ? Atau sekadar ilusi ? 


         Skizo ? Delusions ? Pelbagai andaian kini bermain-main di mindaku yang satu ini . Aku terdiam seketika apabila melihat perkara yang baru aku lihat ini . 


         Gadis itu sedang bergaduh ! Mataku semakin membulat apabila melihatnya sedang menghentakkan kepalanya sendiri ke dinding ! 


         " Aduh ! Lepaskan aku  ! Sakit ! Sakittt...! Apa yang kau tak puas lagi hah ?" Aku dengar setiap butir bicaranya. 


          Minta lepaskan ? Tapi , pada siapa ? Aku memang tak nampak sesiapapun selain penulis itu sendiri . Apa makna semua ini ? 


            Aku juga dengar pasal karya ! Pemburu malam? Siapa ? 


             Tanpa aku sedari , penulis itu kian menghampiri jendela di mana aku sedang berada kini.


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.