Bab 7

Masih berbaki 15 hari lagi untuk Suri berpindah dari rumah tersebut.  Justeru itu, Suri tidak sabar-sabar lagi untuk mengemas semula barang-barang rumahnya kedalam kotak.

Kak Murni, cleaner dipejabat kami merupakan seorang pekerja yang peramah dan rajin.  Seringkali kami dijamah dengan menu dari seberang.  Suri yang memerlukan bantuan untuk mengemas rumahnya cuba meminta pertolongan daripada Kak Murni.

"Akak, kalau saya nak mintak tolong boleh?"

"Iya, Cik Suri.  Ngomong aja jika bisa saya bantu."

"Hmmm..macam ni.  Saya akan berpindah ke rumah lain tak lama lagi.  Jadi saya perlukan seseorang untuk bantu saya mengemas barang-baramg kedalam kota.  Boleh tak Kak Murni carikan sesiapa yang boleh bantu saya?  Tentang bayaran tu jangan risau.  Saya akan bayar mengikut caj yang ditetapkan"

Kak Murni termenung seketika seperti memikirkan sesuatu.

"Bukankah Cik Suri baru saja berpindah?  Kok pindah lagi?  Kali ini dimana?

'Banyak soal pulak Kak Murni ni'  omel Suri.

"Tak tahu lagi kak."

"Lho..lantas?  Jika ngakk tau usah pindah.  Pindah aja kesama kemari.  Bikin capek," bebel Kak Murni.

"Errr...ada tak kak?  Saya betul-betul cari orang ni."

"Kak Murni sendiri bisa bantu.  Jangan khuatir deh"

"Betul ni kak?"

"Iya, bila?"

"Sabtu ni?"

"Ok, bisa!."

Perbincangan di antara mereka berakhir.  Suri menghitung hari untuk keluar dari rumah tersebut walau apa pun yang terjadi.

****************************************

Hari:    Sabtu

Masa:  9:00 Pagi

Kak Murni turun dengan berhati-hati dari tangga bas.  Alamat yang tercatit ditangannya dipegang kemas. 

"Bloknya udah betul.  Rumahnya dimana."

Kak Murni menaiki lif ketingkat enam.  Dia menapak keluar daripada lif dan mencari-cari pintu rumah bernombor '621'.

"Ini dia.  Assalamualaikum.." jerit Kak Murni dari luar pintu.

"Waalaikumsalam.  Kak Murni!  Sampai jugak akhirnya.  Sekejap ye, saya bukakan pintu."

Suri membuka kunci pintu dan gril lalu mempelawa Kak Murni masuk ke dalam rumah.  Kak Murni meliliau memerhatikan keadaan sekeliling.  Beg tangan diletakkan ke atas meja makan.  Dia menyinsing lengan bajunya untuk memulakan kerja.

"Dari mana kita mahu mula Cik Suri," tanyanya.

"Eh, sabar Kak Murni.  Akak dah sarapan belum?  Jom kita sarapan dulu.  Saya baru je habis masak," pelawa Suri.

"Udah.  Cik Suri makanlah dulu.  Saya kemaskan apa yang patut," ujarnya.

"Ish..jamah la sikit kak.  Banyak tu.  Akak duduk sini, saya siapkan.  Tunggu tau!."

"Ya ampun.  Susah-susah aja Cik Suri."

Suri berlalu kedapur.  Beberapa minit kemudian, dia keluar dengan menatang dulang berisi cawan dan teko.  Dulang tersebut diletakkan ke atas meja.  Dia masuk semula ke dapur dan membawa keluar bekas berisi mi goreng beserta pinggan dan garfu.  Tupperware berisi keropok juga diletakkan disisi.

"Jemput makan kak.  Jangan malu-malu.  Kalau tak sedap maaf tau.  Hehehehe."

Pinggan berisi mi goreng disuakan kepada Kak Murni.  Air teh o daripada teko dituang kedalam cawan dan disusun ditepi.

Usai bersarapan, mereka memulakan misi mengemas rumah.  Bermula daripada bilik laundry dimana segala perkakas yang kurang digunakan disimpan.  Beberapa helai pakaian yang akan dipakai diasingkan ke dalam satu bakul.  Manakala selebihnya dilipat dan disimpan kedalam kotak yang disediakan.

Kak Murni begitu cekap berkerja dan tidak memerlukan masa yang lama untuk mengemas.  Seterusnya adalah bilik Yaya.  Sebaik saja pintu bilik dibuka, hembusan angin panas menerpa kewajah mereka berdua.  Kak Murni seakan tersentak namun Suri hanya bersahaja.

Bauan kemenyan yang masih bersisa membuatkan Suri berasa tidak selesa.  Lantas dia membuka tingkap seluas-luasnya agar bau tersebut hilang. 

"Astaghfirullahaladzim...bau apa ini?  Kemenyan?  Dari mana datangnya?," tanya Kak Murni.

Mau saja Suri menampal mukut Kak Murni dengan pelekat kerana terlaku banyak menegur.  Sebenarnya Kak Murni langsung tidak tahu menahu akan gangguan yang menghantui hidup Suri selama ini.  Kerana Suri sedar, Kak Murni sememangnya seorang yang lemah semangat dan mudah terbawa-bawa dengan ketakutan sehingga berlarutan lamanya.  Tidak perlu baginya menceritakan akan hal itu!

Barang-barang Yaya semuanya dimasukkan kedalam kotak.  Cadar  ditarik dan akan dihantar kedobi.  Seterusnya, Kak Murni menyapu lantai dan mengemopnya sehingga berkilat.

"Kok banyak sisa-sisa kacanya Cik Suri.  Bahaya jika terpijak," kata Kak Murni.

"Emmm..cermin pecah kak.  Ingatkan dah sapu habis, ada lagi rupanya" bohong Suri.

Berpeluh-peluh mereka berdua membuat kerja sedangkan angin menderu-deru masuk melalui tingkap.  Tetapi mengapa bilik tersebut dirasakan begitu berbahang sekali?

Dua bilik telah selesai dikemas.  Suri menutup kembali tingkap yang terbuka dan bercadang untuk berehat terlebih dahulu sebelum menyambung aktiviti seterusnya.  Jam didinding telah menginjak hampir ke angka satu tengah hari.

"Akak, kita rehat dulu.  Dah tengah hari ni" Suri menghulurkan gelas berisi hus oren kepada Kak Murni.

"Baiklah."

"Lepas makan tengah hari dan solat Zohor kita sambung semula ye kak.  Boleh kan?

"Bisa aja Cik Suri.  Saya ikutin saja," jawabnya.

Suri meminta diri untuk keluar membeli makanan meninggalkan Kak Murni sendirian dirumah.  Bulu tengkuk Kak Murni meremang apabila terasa bayu sejuk menyentuh pipinya.

"Waduh, tiba-tiba aja bulu romaku merinding," kata Kak Murni.

Segenap sudut rumah diperhatikan.  Entah mengapa dapat dirasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah itu.  Kak Murni cuba untuk tidak berfikir yang bukan-bukan walaupun hatinya mengiyakan. 

Prangg..!

Terlompat Kak Murni dari sofa kerana terkejut dengan bunyi pecahan kaca ke lantai.  Diamatinya bunyi itu yang datangnya dari bilik Yaya.

"Kok bunyinya dari sana?  Kena periksa ini."

Dia menapak ke arah bilik Yaya.  Tombol pintu dipulas perlahan.  Dicari-carinya kaca yang pecah tadi di merata-rata sudut bilik namun tiada satu pun yang dijumpai.  Kak Murni menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.  Punggungnya dilabuhkan dikatil. 

"Gimana ni.  Bunyinya jelas sekali dari sini.  Kuat sekali," omelnya sendirian.

Prangg..!

Bunyi tersebut datang lagi.  Kali ini dari dapur pula.  Bunyi pinggan dan gelas dihempaskan kelantai berulang kali.  Kak Murni duduk memeluk kedua-dua belah lututnya.  Mulutnya terkumat kamit membaca pelbagai surah yang diingatinya.  Mustahil bunyi tersebut datang daripada rumah bersebelahan kerana ianya terlalu jelas.

Klakkk..!

Suri balik setelah selesai membeli makanan.  Dia hairan apabila kelibat Kak Murni tidak kelihatan disitu.

"Kak Murni..saya dah balik!" jerit Suri.

Tiada jawapan yang diterima daripada Kak Murni.

"Pergi tandas agaknya" teka Suri.

Plastik berisi bekas makanan diletakkan ke atas meja makan. Suri ke dapur untuk mengambil pinggan dan sudu.

Klakk..!

Kak Murni menjengulkan kepalanya dimuka pintu apabila terdengar suara Suri.  Segala bunyi hempasan tidak lagi kedengaran.  Segera Kak Murni keluar dari bilik itu setelah terlihat Suri keluar dari dapur.

"Haa..Kak Murni.  Mana tadi?  Jom makan.  Saya dah siap hidang ni."

Suri menarik kerusi mempelawa Kak Murni duduk disebelahnya.

Dengan teragak-agak Kak Murni duduk disitu.  Dia mengintai-intai kedapur jika ada sebarang kesan atau sesuatu keganjilan terjadi.  Jika ada, semestinya Suri akan mengetahuinya terlebih dahulu.

"Akak...makanlah.  Kenapa diam je ni?," tanya Suri.

"Ba...baik Cik Suri.  Ngakk ada apa-apa"

Pinggan berisi nasi goreng ayam disuap kedalam mulut.  Namun mata Kak Murni masih melilau ke arah dapur.  Jantungnya yang bagaikan dipalu semakin perlahan berdegup.  Ingin sekali dia bertanyakan hal itu kepada Suri, tetapi risau jika Suri berkecil hati.

Selesai menikmati makan tengah hari, Kak Murni mengutip pinggan dan ke gelas lalu dibawa kedapur.  Teragak-agak dia menapak ke dapur sambil memerhatikan lantai dapur.

"Aneh..baik-baik aja dapurnya," bisiknya perlahan.

"Akak cakap apa tadi?" Suri yang tiba-tuba muncul dari belakang Kak Murni bertanya.

"Err...ngakk ada apa-apa.  Sabunnya dimana?," dalih Kak Murni.

"Kat tepi sinki tu kak.  Saya nak solat dulu, lepas tu baru kita sambung kerja balik ye kak.  Kalau akak nak mandi pun boleh.  Tuala ada saya letak kat tepi sofa tu."

"Boleh juga.  Istirehat dulu ya Cik Suri."

"Ok.  Kak Murni pun kalau nak solat boleh guna telekung saya."

Kak Murni mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.

Satu jam selepas itu, mereka berdua menyambung semula aktiviti yang tergendala.  Seperti biasa, pada waktu-waktu petang begitu hujan semestinya akan turun.  Cuaca berubah mendung dan gelap.  Guruh dan petir berdentum didada langit.  Manakala angin yang bertiup menyebabkan pokok-pokok disekitarnya meliuk kekiri dan kekanan.  Kelihatan kawanan burung terbang ke sarang masing-masing untuk berlindung  daripada hujan yang akan turun sebentar tadi.

Sesi mengemas selesai sepenuhnya pada jam enam petang.  Kak Murni bersiap-siap untuk pulang setelah menerima bayaran upah seperti yang dipersetujui.  Terbuntang mata Kak Murni apabila melihat not-not wang kertas yang dihulurkan oleh Suri. 

"Banyak ni Cik Suri"

"Saya ikhlas bagi dekat akak.  Lagipun saya puas hati sangat-sangat dengan hasil kerja akak hari ni."

"Betul ni Cik Suri?  Terima kasih.  Alhamdulillah" ucap Kak Murnj tanda syukur.

Tiba-tiba hujan turun dengan lebat sebelum sempat Kak Murni keluar dari situ.  Puas Suri memujuk Kak Murni agar dirinya menghantar Kak Murni pulang namun seringkali ditolak pelawaan tersebut.  Katanya tidak mahu menyusahkan Suri.

"Hujan ni kak.  Macam mana nak balik?," tanya Suri.

"Kalau begitu, saya tunggu hujan reda.  Boleh kan Cik Suri?"

"Tadi saya nak hantarkan akak balik akak menolak"

"Tidak apa-apa.  Kakak bisa balik sendiri
  Tunggu hujan berhenti saja."

"Hmmm..Kalau macam tu, akak duduk la dulu.  Saya buatkan minuman" Suri berlalu kedapur.

Tidak lama kemudian dia keluar dengan menatang sebuah dulang bersama dua cawan minuman berserta biskut.

"Kita minum dulu kak.  Hujan-hujan ni cepat je rasa lapar.  Hehehe"

"Iya, betul tu.  Terima kasih."

Hujan diluar bertambah lebat seakan tidak mahu berhenti.  Azan Maghrib juga telahpun berkumandang daripada masjid berdekatan.

"Akak, kita solat dulu.  Dah masuk waktu Maghrib ni"

"Baiklah Cik Suri."

Tampak jelas riak kerisauan yang terpancar dari raut wajah Kak Murni.  Malam telahpun melabuhkan tirainya sebentar tadi.  Apatah lagi hujan yang begitu lebat menyebabkan suasana malam semakin kelam.

"Hmmm...akak.  Apa kata akak tidur je kat sini malam ni.  Pagi-pagi esok saya hantar akak balik.  Akak pakai je baju saya.  Dah lewat malam ni.  Bahaya kalau akak balik dalam keadaan macam ni," cadang Suri.

Kak Murni terdiam seperti memikirkan sesuatu.  Sebentar kemudian dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon seseorang.  Dia bercakap dalam bahasa jawa yang langsung tidak difahami oleh Suri. 

"Baiklah.  Suami saya pun sadah kasi kebenaran.  Terpaksalah saya menyusahkan Cik Suri sekali lagi"

"Eh, jangan cakap macam tu kak.  Akak tak susahkan saya pun.   Saya lagi suka ada orang temankan saya malam ni."

Disebalik kegembiraan tersebut, Suei sedaya upaya menyembunyikan sisi gelap rumah itu.  Dia berdoa agar tiada sebarang kejadian yang menakutkan terjadi.

"Akak tidur dengan saya je.  Lagipun bilik sebelah tu dah takde cadar."

Kak Murni kelihatan malu-malu.  Malam yang dingin menyebabkan rasa sejuk yang luarbiasa menggigit segala urat saraf mereka.  Kerana kepenatan yang melampau mereka berdua terlena setelah beberapa minit melabuhkan kepala ke bantal.

Ktak...ktakk...ktakk..

Kak Murni terjaga apabila bunyi guli yang tergolek-golek ditingkat atas mengganggu lenanya sebentar tadi.  Tubuhnya dikalihkan ke kiri.  Hidungnya digenyeh-genyehkan beberapa kali akibat terhidu bauan yang kurang enak.

"Apa bau ini?  Lain macam saja."

Bauan tersebut semakin kuat lalu Kak Murni menutup hidungnya dengan bantal.  Entah mengapa bulu tengkuknya pula berdiri tanpa dipinta.  Matanya yang terpejam dicelikkan apabila merasakan ada satu kelibat yang sedang mundar mandir dihujung kakinya.  Lantaran itu, Kak Murni mematungkan diri.  Sekujur tubuh lelaki yang tegap berdiri kaku dihujung kaki sambil memerhatikanya tanpa berganjak. 

Segala apa surah yang terlintas difikirannya dibaca.  Suri pula begitu lena keberaduannya apabila tubuhnya tidak bergerak walau seinci pun.  Jasad itu masih lagi kekal disitu.  Beberapa saat kemudian, terasa hujung ibu jarinya dikuis sesuatu. 

"Setannn jangan usik aku..!"

Kak Murni yang mudah melatah itu tanpa sengaja terjerit nyaring menyebabkan Suri tersentak dan bangun terduduk.

"Kak Murni.  Kenapa ni?"

"Itu...itu.." kata Kak Murni tergagap-gagap.

Jarinya menuding kehujung kakinya tanpa berpaling kesitu.

"Akak tunjuk apa tu?  Takde apa-apa pun kat situ," jawab Suri kehairanan.

Kak Murni menoleh.  Apa yang dilihatnya tadi hilang secara tiba-tiba.  Dadanya diurut bagi menghilangkan rasa gementar.

"Err..akak mengigau rupanya.  Maafkan akak ye Suri.  Ya udah, ayuh tidur semula."

Selimut ditarik lalu menutupi keseluruhan badannya.  Bau kemenyan mula menganggu rongga pernafasan mereka.  Kak Murni merapatkan tubuhnya ke arah Suri.   Begitu juga Suri.  Masing-masing menggigil didalam selimut.  Tidak semena-mena katil mereka bergoyang. 

Gehh...gehhh ..gehhh.

"Ya ampun.   Hentikan iblis laknat!," jerit Kak Murni.

Suri berpaling kearahnya lantaran jeritan Kak Murni tersebut.  Kedua-dua belah tangannya berpaut kemas akan kepala katil yang masih bergoyang.

اَللهُ اَكْبَر، اَللهُ اَكْبَر، اَللهُ اَكْبَر، اَللهُ اَكْبَر
أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ إِلاَّاللهُ ، أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ إِلاَّاللهُ
اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ ، اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ ، حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ
حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ ، حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ
اَللهُ اَكْبَر، اَللهُ اَكْبَر
لاَ إِلَهَ إِلاَّالله

Kak Murni melaungkan azan sekuat-kuat hatinya.  Lantang suaranya mengalunkan kalimat tersebut sehingga bergema seisi bilik.  Goncangan katil perlahan-lahan berhenti.  Bau kemenyan juga beransur hilang.  Suri dan Kak Murni saling berpelukkan.  Kak Murni memetik suis lampu bilik dan lampu kalimantang disiling berkelip-kelip sebelum menyala.

Kak Murni merenung Suri yang masih duduk dikatil dengan nafasnya yang turun naik.

"Cik Suri memang selalu diganggu ya?," tanya Kak Murni.

Suri menundukkan wajahnya memandang lantai.  Rasa bersalah hadir menular didalam diri apabila merahsiakan hal tersebut keppada Kak Murni.

"Maafkan saya kak sebab tak bagitau akak awal-awal.  Macam tu la selalu keadaan saya.  Sebab tu saya nak pindah dari sini.  Saya tak tahan lagi dah dengan semua ni." 

Air mata bergenang ditubir kelopak mata Suri.  Perlahan-lahan ianya menuruni kepipi dan dagunya.  Kak Murni merapati Suri lalu menenangkan gadis tersebut.  Simpatinya menebal apabila mengetahui hal yang sebenar.

"Sabar ye Suri.  Semuanya ujian Allah.  Kamu dikira kuat semangatnya menghadapi semua ini.  Patutlah kamu ingin pindah.  Ya udah.  Tidur saja ya? Esok saja kita fikirkan jalannya."

"Terima kasih Kak Murni.  Terima kasih" ucap Suri berkali-kali.

Lampu bilik dibiarkan menyala sehingga ke subuh.  Mereka berdua tidur dengan mengadap antara satu sama lain sehinggalah azan Subuh mengejutkan mereka.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh