Home Novel Seram/Misteri Destinasi
Destinasi
nurmazunie razif
11/7/2019 12:09:01
29,811
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 9

Aroma mee goreng berbau harum di ruang dapur. Mee goreng tersebut  dimasukkan ke dalam mangkuk. Setelah itu, Roza beralih pula mencapai sebuah teko  yang berisi kopi o panas. Kedua-duanya dibawa ke ruang makan.

Di atas meja makan lapan kerusi itu telah siap sedia terdapat cawan kosong dan sudu yang akan digunakan. Peralatan tersebut memang telah siap sedia di situ kerana Puan Zubaidah sudah menyediakannya awal-awal. Dia cuma menyediakan pinggan kecil sahaja.

Roza masuk semula ke dapur untuk mengambil sebungkus roti dan sebotol jem coklat, lalu kembali semula ke ruang makan. Di situ dia menunggu kehadiran Zubaidah. Dia mahu bersarapan bersama-sama ibu saudaranya itu pagi ini. Moodnya begitu baik setelah sekian lama asyik bermonyok melayan kerenah bapanya yang asyik memarahinya sahaja tanpa sebab.

Sepuluh minit kemudian kelihatan Zubaidah turun dari tingkat atas banglo dua tingkat itu dengan keadaan yang tidak terurus dan kusut masai. Dia cuma berkain batik, berbaju t-shirt dan bersanggul sahaja. Gayanya seperti baru bangun dari tidur. Wajah Zubaidah juga kelihatan pucat dan tidak bermaya. Roza yang melihat akan penampilan Zubaidah seperti itu berasa hairan. Bukannya apa, selalunya ibu saudaranya itu tidak seperti itu. Dia pasti akan mengenakan baju kurung mahupun baju kebaya. Namun Zubaidah yang berada di depan matanya sekarang seperti tidak terurus. Adakah kerana disebabkan kehilangan Wani atau sebaliknya?

"Rajin Roza masak. Sedap ni", tegur  Zubaidah berbasa-basi. Memuji masakan anak saudaranya itu walaupun hanya dengan melihat sahaja hidangan tersebut.

Pinggan diambil lalu dia mencedok mee goreng yang masih lagi panas. Tingkah-laku Zubaidah diperhati oleh Roza. Kelihatan pergerakan Mak Longnya itu terlalu lemah.

"Biar Roza yang buat Mak Long".

Roza mengambil senduk yang dipegang oleh Zubaidah lantas mencedok mee goreng ke dalam dua buah pinggan. Setelah itu kopi dituang ke dalam cawan.

"Terima kasih Roza. Mak Long rasa tak sihat pula hari ini. Rasa pening pula kepala Mak Long ni".

"Kalau macam tu selepas makan ni Roza bawa Mak Long ke klinik".

"Eh, tak payah susah-susah. Lepas makan ni Mak Long akan makan ubat penahan sakit. Inshaallah mesti sakit kepala Mak Long akan okey lepas ni", Zubaidah menolak perlawaan Roza. 

Mee goreng disuap perlahan-lahan ke dalam mulut. Zubaidah memaksa dirinya untuk makan. Dia tidak mahu badannya menjadi terlalu lemah apabila tidak menjamu sebarang makanan manakala Roza pula begitu berselera menjamah mee goreng yang dimasakkan sehingga dia bertambah lagi.

Seusai mengemas meja makan. Roza menuju ke ruang tamu. Di situ Zubaidah sedang berbaring di sofa.

"Mak Long! Nanti Roza ambilkan ubat penahan sakit ye", tubuh Zubaidah digoncang sedikit.

Tanpa menunggu persetujuan Zubaidah, Roza segera mahu berlalu ke dapur namun sempat ditahan oleh Zubaidah.

"Tak payah Roza. Masa kat dapur tadi MaK Long dah telan sebiji ubat penahan sakit , alhamdulilah lega sikit pening kepala Mak Long ni. Mak Long nak tanya Roza sesuatu boleh?", Zubaidah bangun dari pembaringan lalu menarik tangan Roza duduk di sebelahnya. Roza tidak membantah.

"Apa dia Mak Long? Pasal ayah Roza ke?".

"Eh, bukan pasal ayah Roza tapi pasal malam tadi", kening Zubaidah berkerut-kerut memandang wajah Roza. Serba salah dia mahu menanyakan suara persis kanak-kanak yang didengarnya semalam.

"Kenapa dengan malam tadi Mak Long? Bukan ke malam tadi MaK Long datang bilik Roza dan panggil nama Roza? Tapi kenapa Mak Long tak masuk? Bila Roza keluar tengok, Mak Long dah takde. Mak Long pergi ke mana?", bertalu-talu pula bertanyaan dari Roza sehingga membuatkan mimik wajah Zubaidah berubah hairan.

"Roza cakap apa ni? Mak Long tak faham? Mak Long tak ke bilik Roza pun semalam", Zubaidah menafikan.

"Tapi semalam jelas....", berkerut wajah Roza apabila mengingati peristiwa yang dialaminya semalam.

"Takpelah Roza, Mak Long nak berehat la", percakapan Roza dipotong oleh Zubaidah. Kepalanya tiba-tiba terasa berdenyut semula.

Roza bangun dari sofa bagi memberikan ruang kepada Zubaidah untuk berbaring semula. Biarlah Mak Longnya itu berehat sepuas-puasnya sehingga pening kepalanya sembuh.

Jam dinding ditenung beberapa saat. Roza bergegas ke bilik tidurnya. Dia mahu bersiap untuk ke kolej. Dalam dua jam lagi kelasnya akan bermula. Dia perlu cepat supaya tidak terlepas apa-apa info bagi subjek di kelas tersebut. Dia tidak mahu ketinggalan.

***********************************************************************
Kereta diparking di bawah sepohon pokok rendang di kawasan kolej. Roza turun dari kereta dengan keadaan yang tergesa-gesa. Dia tidak mahu lambat lagi. Jika terlambat seminit sahaja pasti pensyarah bagi subjek yang digemarinya itu akan menyuruhnya keluar terus dari pengajarannya hari itu. Isshh! Tak sanggup rasanya dia dimarahi malah dihalau dengan keadaan seisi dewan kuliah melihatnya.

Pada hari itu, Roza berpenampilan ringkas iaitu berseluar jeans biru lembut dan bertshirt putih lengan panjang. Walaupun ringkas namun penampilannya anggun dan penuh gaya. Sebaik sahaja berada di dewan kuliah Roza memilih untuk duduk berdekatan dengan rakan karibnya, Maria.

"Nasib baik kau tak lambat, kalau tidak jawabnya kena halaulah kau dik oii", Maria mengenyitkan mata. Nakal.

Tiba-tiba sahaja Maria mengaduh kesakitan. Mana tidaknya, cepat sahaja tangan Roza mencubit peha Maria dengan agak kuat.

"Padan muka kau!", Roza tergelak kecil.

Lucu apabila dia melihat wajah Maria cemberut dengan bibir yang sengaja dimuncungkan. Merah padam muka Maria menahan kesakitan.

Beberapa minit berlalu. Seorang lelaki tegap yang agak berumur dengan pakaian formal iaitu berkemaja dan berseluar slack hitam serta berkasut kulit masuk ke dewan kuliah. Profesor Badrul memulakan sesi pembelajaran. Wajahnya sentiasa serius semasa memberikan pengajaran. Dia mahu para pelajarnya menumpukan perhatian terhadap subjek yang diajar. Dia tidak mahu seorang pun pelajarnya gagal. Tidak sesekali.

Satu jam berlalu. Kelas Profesor Badrul tamat. Para mahasiswa dan juga mahasiswi bergegas keluar dari dewan kuliah. Masing-masing dengan hal masing-masing. Terdapat juga yang menghala ke arah cafe untuk menjamu selera. Ada juga yang cuma bersantai di koridor sambil meneguk sekelas air kegemaran. Maria dan Roza pula menuju ke arah kerusi di bawah sebatang pokok rendang. Suasana yang betul-betul mendamaikan. Walaupun waktu telah menginjak ke tengahari namun suasana mendung yang sepertinya mahu hujan membuatkan suasana tengahari itu kelihatan sedikit gelap.

"Cuti semester ini, apa rancangan kau?", Maria memulakan perbualan.

Roza yang baru sahaja mahu membuka plastik roti, tidak meneruskan perbuatannya itu. Sebaliknya Roza lebih tertarik kepada pertanyaan Maria.

"Aku rasa nak pergi cari Anita dan Wani", ringkas jawapan Roza.

Wajah Maria berubah serta-merta. Terpampang riak terkejut di wajahnya. Maria tidak percaya yang rakan baiknya itu mahu meneruskan usaha atau misi pencarian yang telah lama dihentikan oleh pihak berkuasa. Misi menemui jalan buntu. Jadi apa lagi yang Roza mahu cari.

"Mereka sudah tiada, Roza", Maria berkata perlahan. Amat payah mengungkap perkataan tersebut namun itu perlu bagi menyedarkan Roza hakikat sebenar.

"Mana kau tahu! Kau ada jumpa mayat mereka!", Roza memarahi Maria. Matanya terbuntang luas memandang wajah Maria yang tiba-tiba menunduk ke tanah.

Kedengaran Maria mengeluh kecil namun keluhannya agak berat kedengaran. Kemungkinan menzahirkan rasa kesal di atas sikap Roza sebentar tadi.

"Kau nak ikut aku?", Roza bersuara kembali. Dia tidak marah seperti tadi. Entah kenapa apabila mendengar kata-kata Maria tadi dia tidak dapat menahan amarahnya.

"Ke mana?", soal Maria kembali. Wajahnya berkerut memandang wajah Roza.

"Ke tempat kejadian. Polis cakap mereka berdua hilang di Selekoh kilomeyer 46. Di situlah kereta Wani dijumpai", balas Roza.

Maria tersentak. Dia betul-betul tidak mahu memenuhi kehendak Roza. Untuk apa?.Dia cuma akan menyusahkan dirinya sendiri sahaja. Kenapa sukar sangat Roza mahu menerima kenyataan. Dah berkali-kali aku sedarkan kau Roza, kenapa kau tetap berdegil dan tidak mahu menerima hakikat! Kata-kata itu cuma dibisikkan di dalam hatinya sahaja.

"Aku akan bagi tahu keputusan aku nanti. Tunggu aku call", itu sahaja yang mampu dibalas oleh Maria.

Dia tidak mahu tergesa-gesa memberikan keputusan, kerana bukan sesuatu yang menarik minatnya untuk menemani Roza. Jadi dia memerlukan waktu untuk berfikir. Itu pasti.

Setelah agak lama mereka berdua beristirehat di bawah pohon rendang tu. Masing-masing mengangkat punggung untuk beredar. Roza menuju ke rumah Zubaidah. Manakala Maria pulang ke rumah.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurmazunie razif