Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 41

I’M in a crappy mood today. Tak perlu aku jelaskan pada orang yang berada di sekelilingku kerana ianya jelas terpancar di wajahku bahawa aku akan ‘murder‘ sesiapa sahaja yang mendekati aku hari ini. 


Deadline untuk cover story ED masih belum dapat aku siapkan sedangkan lagi sebulan sahaja lagi aku harus submit draft full story ED kepada maksu dan juga Mr. Haiqal. Namun satu apa pun aku masih belum buat. Macamana tak crappy mood!! 


Aku menarik kerusi lalu duduk. Aku ke bilik Mr. Haiqal kerana aku tidak mahu ke bilik singa betina itu sendirian. Biar paksu backing aku. Dia yang hendak sangat aku cover cerita ED. Biar dia yang menjawab soalan Puan Editor kita. 


Mana pula paksu ni? Lambatlah pulak dia masuk office. Si singa betina tu hendak jumpa aku jam 2.30 petang nanti. Sekarang dah nak masuk 2.00 petang. Kalau lambat kena sound dengan Puan Sarah. 


Pukul 3.30 petang pula aku hendak menular ke R&R. Berharap benar Eddy ada di R&R hari ini. Rindu pula aku dengan Eddy kerana kami sudah lama tidak bertemu sejak pertemuan kami minggu lepas. 


Mungkin Eddy out-station atau sibuk bekerja. Dan kerana Eddy juga membuatkan aku seperti orang tidak siuman cuba mencari siapa Erhan dan menyangka bahawa Azlee itu adalah Erhan. 


Aku hendak ceritakan kepada Eddy sekarang aku stress kerana aku masih belum dapat berhubungan dengan penulis misteri itu! 


Aduh! Kenapalah kedua-dua lelaki ini susah sangat hendak aku fahami. Kedua-duanya mysterious. Yang satu terlalu private hingga aku tidak dapat sebarang maklumat tentang dirinya. Yang satu mysterious. Hai apalah nasib terpaksa berdepan dengan lelaki-lelaki sebegitu.


Aku mencapai majalah yang berada di atas meja Encik Haiqal terasa bosan pula menunggu lama. Aku terperanjat bila terasa ada sesuatu jatuh ke bawah bila aku menarik majalah tersebut. Aku menjengah bawah meja Mr. Haiqal. Sekeping kertas yang berlipat terjatuh berdekatan dengan kerusi Mr. Haiqal. Aku meletak majalah ke atas meja semula, lalu bangkit dari kerusi menuju ke arah kerusi Mr. Haiqal lalu mencapai kertas yang berlipat itu.  Kertas yang berlipat itu aku buka. 


Ini artikel ED! Aku pernah terbaca artikelnya keluaran bulan lalu. 


“Marsha..apa yang you buat?? Kenapa you usik barang I,“ ujar Haiqal lalu mencapai kertas beige yang berada di tangan Marsha.


“Mr. Haiqal I tengah baca kan..kenapa you take it from me,“ ujarku dengan wajah kurang senang. Belum sempat aku baca atau teliti kertas itu sudah di ambil Mr. Haiqal.


“Bukan awak tak baca keluaran bulan lepas..,“ ujar Haiqal lalu duduk di kerusinya. 


Dia menyimpan kertas itu berserta sampulnya ke dalam lacinya kerana khuatir Marsha akan merampasnya semula. Marsha bukan boleh di percayai.


“You tak edit artikel ED langsung ke Encik Haiqal??,“ soalku ingin tahu sebab apa yang aku baca dari kertas tadi sama seperti di cetakkan di majalah tidak di edit langsung.


“ED ada PHD dalam bahasa literature Marsha.., I tak perlu edit artikelnya,“ jawab Haiqal dengan suara mendatar. 


Artikel yang di tulis ED dari segi bahasa tiada cacat celanya dan dia tidak perlu diedit artikelnya.


“PHD dalam bahasa literature??? Wah! Apa lagi yang you tahu tentang ED, Mr. Haiqal??,“ ujarku lalu mengeluarkan handphone dari poketku. 


Dah macam bromance pulak aku tengok Mr. Haiqal dengan ED. Semua tentang diri ED, Mr. Haiqal tahu.


“Are you recording this??,“ tegur Haiqal bila Marsha menekan butang butang voice record dari handphonenya.


“Eh Iya lah..kan ke susah I hendak dapatkan ED..sebab dia terlalu misteri lah sangat..so I interview you lah since you tahu betul tentang diri ED,“ sindirku.


“Kenapa you tak interview ED lagi?? You suppose to submit your piece next month bukan?? Apsal tak buat lagi?,“ ujar Haiqal dengan nada terperanjat. 


“Paksu..macamana Marsha hendak buat kalau contact number dia pun saya tak ada???,“ ujarku geram bila senang-senang sahaja paksu menuduh aku tidak buat kerja. Dah dia tak beri aku details tentang ED macamana aku hendak hubungi dia. 


Haiqal tidak menjawab bila Marsha berkata demikian. Dia mencapai gagang telefon lalu mendial nombor seseorang.


“Hello..yah I hope you are not busy..my staff would like to speak to you,“ ujar Haiqal sebaik sahaja talian di sambut.


Haiqal meletak receivernya kembali sebaik sahaja dia menekan butang speaker di telefonnya.


“Hah tanyalah apa yang awak hendak tanya?,“ ujar Haiqal.


“Tanya apa??,“ soalku tidak mengerti. Tiba-tiba suruh aku tanya. Siapa yang dia call?


“Eh apa yang you hendak tahu dari ED lah..he’s on the line now!,“ ujar Haiqal.


What!! Such a short notice?? Aku belum prepare apa-apa pun? Tak guna punya paksu sabotage aku. Tiba-tiba aku merasa nervous pula kerana aku pernah mendengar suara ED dari corong telefon semasa aku curi-curi dengar dahulu. Macho you! 


“Hi saya Marsha..I'm big fan of yours..maaf sebab terpaksa talk to you on the phone di saksikan oleh Editor kami, I tahu you a private person and I guess you are busy with your normal life too..I promise I won‘t take so much of your time,“ ujarku lalu menjeling ke arah Encik Haiqal. 


Wajah Encik Haiqal kelihatan terperanjat bila aku berkata demikian. Lantaklah tak ada formalnya aku bukan interview Perdana Menteri hendak formal-formal sangat pun.


Kami berdua di kejutkan bila ED tertawa kecil di hujung talian. Hope he don‘t find it funny sebab aku menyindirnya bukan buat lawak dengannya.


“I’m sorry if you find it difficult to keep in touch with me..I didn‘t mean to make your life difficult..but like I told everyone else..I’m a private person, tentang cover story I don’t intend untuk buat exposure tapi oleh kerana Haiqal kenalan lama I, I owe him one,“ terang ED agar Marsha mengerti kenapa dia berbuat demikian. 


Dia tidak punya niat hendak memperkenalkan dirinya kerana selama hampir 4 tahun dia menulis tanpa mendedahkan identitynya kepada peminat. 


“I think you should keep it that way ED...jangan terhutang budi sangat pada Mr. Haiqal ni..he should respect your wish,“ ujarku lalu tersenyum sengaja hendak kenakan paksu. 


Haiqal membesarkan biji matanya bila Marsha berkata demikian. Ah rasakan! Hendak ‘sabo‘ aku lagi. ED tertawa lagi. Aduh cute pula bila mendengar ED ketawa ni kan!


“Now I know the reason why you chose her to write my story Haiqal..she’s good!,“ ujar ED dengan suara senang.


“You jangan terpedaya dengan cute dia ED..she’s crafty,“ ujar Haiqal bersuara setelah agak lama mendiamkan diri mendengar perbualan diantara Marsha dengan ED. Kalau dia diamkan entah apa-apa lagi yang Marsha kata pada ED.


“Ok..enough of the introduction and back to business..do you think you can reveal your name kepada peminat you di luar sana ED?,“ tanyaku dengan suara professional.


“I’m sorry..I think I can’t dear..just stick with ED only,“


“Okayyyy!..How about you tell me your age..pekerjaan you and your marital status?,“


“I’m in mid 30s..unmarried..profession business man,“ jawab ED.


Unmarried?? Yes! Apasal aku ghairah sangat bila dapat tahu ED tu belum berkahwin? Sot dot aku ni. Boleh tackle kalau hubungan aku dengan Erhan tidak berhasil. Haha gatal juga aku ni.


“Any girlfriend or fiancee?,“ soalku lalu tersenyum nakal. Haiqal menjeling bila Marsha sengaja bertanya soalan demikian. Bukan dia tidak tahu.


ED tetawa lagi bila Marsha bertanya soalan personal. Benar apa yang di katakan Haiqal she’s crafty.


“I have met someone..tapi belum official,“ ujar ED.


“Met someone?? Tapi belum official? Sounds like there‘s interesting story behind it,“ ujarku dengan perasaan teruja. 


“There is..but-,“


“But you can’t share it with us? With your fans? Aww! come on ED..you selalu tulis artikel mengenai impian dan perkahwinan seseorang..why can’t you share your interesting story with us??,“ pujukku agar ED kongsi sedikit tentang percintaannya dengan wanita yang dipuja.


Haiqal membetulkan kedudukannya bila Marsha berani menyentuh soalan peribadi pada ED. Dia tahu Marsha berbakat dan tidak salah memilih orang yang layak membuat cover ED.


“Please ED! You tak akan menghampakan peminat you kan?? Terutama sekali I,“ pujukku lagi agar ED sudi berkongsi dengan kami. 


Aku tahu ED keberatan. Dan aku tidak akan mengaku kalah selagi tidak mencuba. Siapa tahu ED smitten by my charm! I’m quite persuasive you know. Haha.


“Insha Allah akan saya pertimbangankan permintaan Marsha,“ ujar ED setelah agak lama mendiamkan diri.






Previous: Bab 40
Next: Bab 42

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.