Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 35

AKU melirik kearah sofa yang selalu aku duduk di R&R. Meja itu kelihatan kosong. Meja itu kelihatan bersih menandakan tiada siapa yang duduk di situ. 


Eddy tidak ada?? Hmm…?? Aku melirik kearah jam di pergelangan tanganku. Jarum jam menunjukkan ke angka 4.20 petang. Eddy sudah pulang? Atau tidak ke R&R hari ini? Aku pula sengaja datang lewat dari biasa hari ini, kerana aku cuba mengelak dari bertemu dengan Eddy. 


Eddy tidak ada buat salah apa-apa terhadap diri aku. Aku hanya mahu menjauhkan diri darinya mungkin kerana aku masih belum punya mood untuk berbual dengannya gara-gara Erhan. Disebabkan Erhan aku moody sejak kebelakangan ini. 


Walaupun meja itu kelihatan kosong tanpa penghuni. Aku sengaja memilih meja lain kerana tidak bercadang mahu duduk di situ. 


Bag tangan aku letakkan di sisi sofa. Aku mengeluarkan buku dari bag lalu membuka ke muka surat terakhir yang aku baca dahulu. 


Seketika kemudian Hazelnut Latte yang aku pesan awal tadi di hantar ke meja. Hari ini aku tidak memesan sebarang dessert kerana aku bersendirian. 


Selama ini aku tidak pernah memesan dessert apa-apa dari R&R pun. Eddy yang selalu memesan dessert dan kami akan berkongsi dessert yang di pesan Eddy, kerana menurut Eddy dia tidak dapat menghabiskan dessert itu seorang. 


Aku tahu itu hanya alasan dari Eddy namun aku tidak pernah mengambil serious akan tujuannya berbuat demikian. Aku tersenyum sendiri bila mengingatkan perihal Eddy. Eddy yang dahulunya lelaki yang aku tidak sukai kerana merasakan dia lelaki sombong dan kurang sopan kini menjadi teman rapat yang aku senangi. 


Aku menyandarkan badan di sofa lalu membaca novel yang aku bawa. Terasa sunyi pula, bila tiada siapa yang menemaniku. Kehadiran Eddy benar-benar memberi perbezaan. Walaupun Eddy selalu bersama ketika aku di R&R, kami sebenarnya tidak banyak berbicara, kerana bila kami mula membaca kami benar-benar membaca dan tidak banyak berbual di antara satu sama lain. We just like each other company. That’s all.


 “You have started reading without me??,” 


Teguran dari seseorang membuatkan aku tersentak terperanjat. “Eddy!!,” jawabku terperanjat bila jejaka kacak itu berdiri tercegat di hadapanku. 


Lelaki itu seakan tahu bahawa aku sedang memikirkan tentang dirinya. Aku mati-matian fikir Eddy tidak datang hari ini atau sudah balik kerana tiap kali kami bersama, waktu-waktu begini aku dan Eddy sudah hendak balik ke rumah. We spent time about 2 hours.


“You look surprised? You don’t like to see me?,” usik Eddy lalu tersenyum bila Marsha kelihatan terperanjat bila dia menegurnya tadi. 


Hari ini dia terlewat sedikit dari biasa kerana banyak urusan pekerjaan. Dia juga fikir bahawa Marsha tidak datang atau sudah balik kerana meja yang tempat mereka selalu duduk, sudah diduduki oleh pengunjung lain. Tapi tadi ketika dia membuat pesanan minuman di kaunter dia diberitahu Ika bahawa Marsha berada di R&R. 


“Don’t be ridiculous! I ingat you dah balik,” jawabku cuba menafikan kenyataan Eddy. 


Memang aku tidak mahu bertemu dengan Eddy kerana aku cuba mengelak dari bertemu dengannya. Namun lelaki itu seakan dapat membaca reaksi di wajahku.


“Banyak kerja hari ni..that’s why I’m late today..erm kenapa tak duduk di tempat biasa?,” tanya Eddy lalu duduk di sofa kosong di hadapan Marsha.


“You tak ada,” jawabku ringkas tanpa mengulas panjang. Aku menanda muka surat yang aku baca lalu meletak buku itu di atas meja. 


“I tak ada..so you tak hendak duduk di situ..,” ujar Eddy turut meletak buku hardcover ‘Roy Keane: The Second Half’ yang di bawa hari ini di atas meja. 


Aku menjeling kearah buku Eddy yang berada di meja. Buku apa pula di baca Eddy kali ini. Aku tahu Eddy baca berlainan buku setiap kali dia berada di R&R. Cepat sungguh dia menghabiskan masa untuk membaca buku-buku tersebut, sedangkan aku masih terkial-kial mahu menghabiskan novel yang aku beli kelmarin. Apa Eddy hanya menghabiskan masa membaca sahaja di rumah dan tidak meluangkan masa bersama keluarga?


“I didn’t know that you are a Man-U fan?,” ujarku lalu mencapai buku Eddy dan membeleknya, membiarkan soalan Eddy tergantung lagi. Aku tidak mahu kelihatan janggal di hadapannya dan cuba berlagak biasa. Aku tidak mahu Eddy mengesyaki apa-apa.


“So now you know,” jawab Eddy tersenyum lalu menyandarkan badannya di sofa untuk duduk dengan lebih selesa. Eddy tahu Marsha mengelak untuk menjawab soalannya. Namun dia biarkan sahaja.


Aku mengelengkan kepala perlahan tersenyum lagi bila menyedari sesuatu. 


Erhan juga peminat Man-U seperti Eddy, malah terdapat banyak persamaan di antara Erhan dengan Eddy walaupun tidak ke semuanya. 


Aku tahu tentang Erhan kerana kami berkongsi maklumat tentang diri kami di dalam surat-surat kami. Aku tahu akan kesukaan Erhan dan semuanya tentang diri Erhan. Aku hanya tidak tahu akan rupa lelaki itu sahaja. 


Manakala Eddy, aku tidak begitu tahu tentang diri Eddy kerana lelaki itu tidak pernah berkongsi apa-apa maklumat tentang dirinya denganku. 


Aku tidak tahu apa pekerjaan Eddy? Sukar untuk aku meneka akan pekerjaan Eddy. Kerana aku tidak pernah bertanya dan Eddy pula tidak pernah mahu berkongsi apa-apa tentang dirinya pada aku. Jadi sukar untuk aku fahami lelaki itu. Apa yang aku tahu lelaki itu senantiasa kelihatan kemas ‘dapper’ dengan memakai shirt berlengan panjang dan smart pants setiap kali kami bertemu di R&R. 


Dan maklumat yang aku tahu tentang Eddy hanya setakat dia sudah beristeri dan mempunyai seorang anak lelaki kecil dan hobi Eddy suka membaca buku, pandai bernyanyi dan suka lepak di R&R itu sahaja. Selebihnya aku tidak tahu.


Dan setiap kali kami bertemu. Eddy hanya menjadi pendengar setia bila aku berkongsi cerita tentang Erhan. Dan Eddy sekali sekala memberi komen tentang surat dari Erhan bila aku tidak mengerti dan faham akan maksud isi kandungan yang terdapat di dalam surat Erhan. 


“This really creeps me out you know..you dengan Erhan share same  interests. Both of you cintakan seni, suka membaca dan Man-U fan, What a coincidence!,” jawabku sambil lewa lalu meletak kembali buku Roy Keane di atas meja. 


Tiap kali aku bersama Eddy mengingatkan aku pada Erhan. They share same interests.


“Really!!,” ujar Eddy sepatah lalu mencapai latte kegemarannya dan meneguknya perlahan. Cawan itu di letakkan kembali di atas meja. Eddy menyilangkan kakinya lalu menyandarkan badannya perlahan.


“Really,” jawabku tersenyum lalu menganggukan kepala perlahan. Mungkin Eddy tidak percaya bila aku mengatakan bahawa Erhan dan dia berkongsi minat yang sama.


“Erhan share same interests like me! That’s interesting! If you said so, then you must love me too!,” jawab Eddy dengan nada selamba lalu memandang wajah Marsha cuba melihat reaksi wanita itu bila dia berkata demikian. 


Aku tiba-tiba menjadi tidak selesa dan merasa tidak keruan bila Eddy berkata demikian. I hope he is just pulling my leg when he said that! Kenapa tiba-tiba Eddy berkata demikian. Selama ini Eddy tidak pernah mengusikku, sakitkan hati aku sebelum ini adalah, tapi dia tidak pernah memberi aku usikan sebegitu. 


Apa Eddy dapat merasakan bahawa aku suka padanya. Oh gosh! Am I too obvious! Ingin sahaja aku membuka bag tangan lalu mencapai cermin compactku untuk melihat reaksiku tika dan saat ini. Namun aku tidak berbuat demikian kerana tidak mahu kelihatan ketara di hadapan Eddy bahawa aku tidak selesa. Haha selenge kan aku.


“Hah!..You are a funny guy…,” jawabku lalu mencapai Hazelnut latte dan menyedut air itu perlahan cuba menyembunyikan perasaan gugupku. 


“I bet Erhan is a funny guy too!,” ujar Eddy lagi.


Aku menjungkitkan bahu tanda tidak tahu. Kerana aku benar-benar tidak tahu. How would I know perangai dan kelakuan Erhan melalui surat.


“You tak tahu??,” tanya Eddy.


Aku meletak Hazelnut Latte di atas meja kembali.


“You lupa ke I belum pernah bertemu dengan Erhan, so I tak tahu samada dia funny guy ke tidak?,” jawabku kembali lega kerana Eddy tidak mengusik aku lagi dan kami telah mula berbincang tentang Erhan.


“I forgot that you tak pernah jumpa Erhan..all along you selalu ceritakan I tentang Erhan dari apa yang you tahu melalui suratnya..but today I nak tahu apa pandangan dan gambaran you tentang Erhan?,” tanya Eddy penuh minat.


“Seriously you nak tahu?,” tanyaku kembali kerana apa yang Eddy katakan kepada aku tadi adalah benar. 


Selama ini aku hanya menceritakan kepada Eddy tentang diri Erhan apa yang aku tahu melalui suratnya. Aku tidak pernah menceritakan kepada Eddy akan gambaran aku mengenai Erhan. Tak kanlah aku hendak ceritakan kepada Eddy, tentang gambaran aku mengenai Erhan. Buatnya apa yang aku angankan dan bayangkan jauh panggang dari api tak ke malu aku di buatnya! Tapi topic perbincangan kami tentang Erhan kali ini quite interesting kerana Eddy bertanya apa yang aku gambarkan tentang Erhan.


“Why not,” jawab Eddy lagi.


“Ok..,” jawabku ringkas lalu membetulkan kedudukanku agar lebih selesa. 


Aku suka membincangkan tentang Erhan dengan Eddy kerana lelaki itu tidak judgmental dan tactful bila dia memberi komen tentang Erhan. Mungkin dia khuatir aku tidak dapat menerima sebarang komen negative mengenai Erhan darinya.


“I’ve imagine that Erhan is a successful business man, sebab itu dia selalu sibuk dengan tugas dan diantara sebab dia tidak dapat jumpa I that time pun, hmmm…maybe dia ada last minute business trip ke Afrika ke kan?,” ujarku lalu tersenyum.


Eddy tertawa kecil mendengar alasan yang dapat Marsha fikirkan tentang Erhan. “Why Afrika??,” ujar Eddy bila Marsha membayangkan destinasi business trip Erhan.


“Yalah sebab Afrika jauh dan dia tak dapat balik on time..,” jawabku tersenyum gelihati.


“Ok..apa lagi yang you imagined tentang Erhan,”


“I can’t comment tentang his looks sebab I tak berani nak imagined sampai ke tahap itu,” jawabku jujur. 


Aku tidak mahu imagined tentang rupa kerana aku tidak mahu dianggap wanita yang pentingkan rupa sahaja. Aku tidak mengharapkan Erhan sekacak dan seganteng Eddy. Aku sukakan Erhan kerana personalitynya.


“Kenapa?,” tanya Eddy penuh minat.


“I love Erhan sebab personalitynya,” jawabku tanpa mengulas panjang.


“But you jolly well know for someone with a good personality..selalunya orang itu tidak begitu menarik,” jawab Eddy lalu mencapai cawan berisi Lattenya. 


“Like I said, I love Erhan sebab personalitynya..looks don’t really matters to me, as long as he nice and warm person, kalau good looks tapi rotten attitude pun tak guna juga kan! Betul tak Encik Eddy,” jawabku lalu mencapai Hazelnut Latte dan menyedut minuman itu perlahan. 


Aku masih ingat lagi akan pertemuan pertama aku dengan Eddy dahulu. Aku benar-benar tidak suka dan benci dengan perangai sombong lelaki itu. Harap rupa sahaja kacak, tapi perangai nauzubillah. 


Tapi itu dahulu, sebelum aku mengenali siapa diri Eddy. Eddy yang aku kenali sekarang tidak seperti Eddy yang aku kenali dahulu. Eddy sekarang well mannered. Malah jika Eddy tidak attitude dahulu pasti aku sudah tertarik hati padanya kerana kombinasi yang ada pada diri Eddy. Iaitu memiliki rupa dan personality yang menarik. 


Itupun bila aku tidak tahu Eddy itu sudah berumahtangga. Bila mengetahui dia sudah beristeri. Aku hanya menganggapnya teman biasa. Tapi sekarang sukar untuk aku kekalkan istilah teman biasa setiap kali aku bersama dengan Eddy, kerana aku tidak dapat membohongi hati aku bahawa aku sudah mula menyimpan perasaan terhadap diri Eddy. Ah sudah!


Eddy tertawa kecil bila menyedari bahawa Marsha menyindirnya secara tidak langsung. Tapi itu pandangan Marsha tentang dirinya dahulu. Dia yakin pandangan Marsha terhadap dirinya berubah setelah mengenali dirinya yang sebenar. 


Previous: Bab 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.