Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 37

AKU mengerutkan dahi bila terpandang akan sampul surat berwarna beige terletak cantik di atas mejaku. 


Surat Erhan! Bagaimana surat ini boleh berada di atas mejaku. Aku segera menarik kerusi lalu duduk. Siapa pula yang meletak sampul surat ini di atas mejaku? Aku mencapai surat mendapati address yang tertera di envelope adalah adress rumah aku.


“Tak payahlah kau belek sangat surat buah hati kau tu!..macam tak pernah terima surat darinya sebelum ini pulak!,“ sindir Salena lalu duduk di kerusinya. 


“Tak! Macamana surat ni boleh ada kat atas meja aku?? Address yang tertera address rumah!,“ soalku pelik. 


“Heee..sorry..aku lupa nak hendak beri surat ni pada kau 3 hari lepas..tadi masa aku cari kunci laci baru teringat surat kau masih ada lagi pada aku,“ ujar Salena lalu tersengih merasa bersalah kerana surat itu sudah berada lama di dalam bagnya. 


Dia terlupa hendak menyerahkan surat Erhan kepada Marsha tempoh hari. 


“Hmm ok!,“ ujarku sambil lewa. 


Tidak sabar hendak membaca surat yang baru aku terima dari Erhan. Apa pula cerita dia kali ini? Untung-untung dia mahu bertemu dengan aku. Uikks!!..tebal pula surat Erhan kali ini lebih dari 3 lembar. Banyak sangat yang hendak dia ceritakan kepadaku agaknya.



Salam Lasindah…


Sayang apa khabar denganmu!..abang harap sayang sihat dan baik-baik aja. Abang rindu amat padamu Lasindah. Abang juga berharap Lasindah begitu juga. Sayang..abang minta maaf kerana masih belum punya peluang untuk bertemu dengan kamu kerna abang masih belum dapat membetulkan keadaan. Bersabar ye sayang.


Bersabar! Aku sudah cukup bersabar abang! Sabar yang mana lagi abangku. 


Abang tidak dapat bertemu dengan sayang, tapi abang mahu sayang ke suatu tempat. Abang berharap sayang punya masa luang.


Aku mengerutkan dahi sebaik sahaja membaca ayat Erhan. Mahu aku ke suatu tempat! Tapi dia tak ada? Apalah masalah si Erhan ni? Apa dia takut berjumpa dengan aku. Apa aku makan orang ke? Geram pula aku dengan Erhan. Sampai bila dia mahu kami berhubungan begini! Aku punya hati dan perasaan juga. Aku mahu meletakkan wajah pada lelaki yang aku cintai. Aku sudah penat berteka-teki lagi. 


Awal dahulu memang thrill membalas surat Erhan. Tapi sekarang aku mahu bertemu dengan Erhan. Aku mahu tahu siapa Erhan! Tapi Erhan seakan mengelak dan mahu melengah-lengahkan masa untuk bertemu dengan aku. Hissh letih lah macam ni!


Aku mencampak surat yang tidak habis aku baca di atas meja. Bingit pula bila memikirkan. 


“Kau kenapa babe??,“ tegur Salena lalu menoleh ke arah Marsha bila temannya mencampak surat Erhan di atas meja tiba-tiba.


“Penat tau tak..aku dah LETIH!,“ jawabku dengan wajah bosan.


“Letih??!!,“ ulang Salena tidak mengerti. 


Hai baru jam 10.00 pagi dah letih! Apa yang Marsha buat malam semalam. Dia tak tidur ke? Setahunya jam 10.00 malam lagi dia sudah masuk tidur. Apa yang dia letih.


“Letih..minda letih..hati letih..perasaan pun letih,“ ujarku lalu mengeluh kecil.


“Oh letih dengan Erhan! Cakaplah aku ingatkan apa tadi! Tak kan kau dah give up? Susah payah kau balas surat dan angau habis kat mamat romantic Indonesia tu tertiba hendak tarik diri? Apahal?,“ ujar Salena lalu memandang wajah temannya ingin melihat kesungguhan Marsha. 


Dahulu dia juga yang excited dengan projek menyamar menjadi Lasindah kekasih Erhan, walaupun dia sudah menegahnya untuk berbuat demikian kerana pada pandangannya itu hanya kerja gila dan tidak mendatangkan faedah apa-apa. 


“Dia macam hendak main-mainkan perasaan aku aje,“ ujarku lalu memeluk tubuh. 


Mungkin Erhan tidak wujud! Mungkin Erhan adalah ilusi dan rekaan semata-mata. Mana ada lelaki seperti Erhan zaman sekarang. Mungkin Erhan lelaki time traveler! Mungkin juga Erhan itu adalah wanita yang menyamar sebagai lelaki! Oh gosh selisih!


“Main-mainkan perasaan kau!,“ ujar Salena lalu mencapai surat baru di terima dari Erhan lalu membacanya.


Aku mengadap komputer lalu menaip menyambung kerjaku yang terbengkalai. Malas hendak sambung baca surat Erhan. Aku sudah merajuk hati dengan Erhan.


“Shah..aku tak rasa Erhan main-mainkan kau Shah..kau tak habis baca surat dia lagi..,“ ujar Salena lalu menyerahkan surat itu kepada Marsha. 


Erhan mahu Marsha ke suatu tempat. Menurut Erhan dia mahu Marsha mengerti dan faham akan perasaannya terhadap dirinya dan dia bersungguh-sungguh menyayangi Marsha dan ingin membuktikan kepadanya. 


“Apa dia tulis??,“ tanyaku acuh tak acuh.


“Dia hendak kau faham perasaannya,“


“SAH!! Erhan is a time traveler man, and I don’t want to be a time traveler girlfriend macam cerita The Time Traveler’s Wife,“ ujarku dengan wajah selamba.


“What!! Time traveler man!..Eh kau ni dah kenapa ah! Sejak kau kenal Eddy kau macam dah loss interest dengan Erhan!,“ ujar Salena menyedari perubahan pada teman baiknya sejak mengenali Eddy. Sebelum Eddy, Marsha tidak begini. 


“Kenapa kau hendak babitkan Eddy dalam hal aku dengan Erhan! Eddy tidak ada kena mengena dengan masalah aku dengan Erhan,“ ujarku tidak berpuas hati bila Salena menuduh aku berubah hati kerana Eddy. 


Mungkin ada benarnya juga aku hilang minat pada Erhan di sebabkan jejaka itu. Tapi mana mungkin aku hendak mengaku bahawa aku sukakan Eddy pada Salena. Hendak mati! Nahas aku di bebelkan Salena nanti.


“Aku tak kira..hari sabtu ni kau ke tempat yang Erhan suruh kau pergi,“ arah Salena. 


Dia tahu Marsha tidak akan mengaku bahawa dia sukakan Eddy padanya kerana Marsha tahu dia tidak akan bersetuju. 


Aku mengeluh perlahan lalu mencapai surat Erhan dan sambung baca di tempat aku berhenti tadi.


Sayang abang berjanji akan bertemu dengan sayang dalam masa terdekat ini. Tapi sebelum kita bertemu. Abang mahu sayang ke tempat yang abang mahu sayang pergi..maaf kerana abang tidak dapat bersama dengan sayang ketika itu. Abang berharap sayang ke tempat itu sendirian tanpa di temani sesiapa..Abang tidak berniat mahu mempermain-mainkan hati dan perasaan sayang. Percayalah....


Sekali lagi aku mengerutkan dahi bila membaca ayat Erhan. Mahu aku ketempat yang di minta sendirian! Issk! Yang benar ni? Tempat apa yang Erhan hendak aku pergi ni? Suspen lah jugak! Baru ingat nak ajak si Eddy temankan aku. Erhan sudah beritahu tak benarkan membawa sesiapa. 


“Ah kenapa muka kau pucat?,“ tegur Salena bila Marhsa kelihatan pucat tiba-tiba.


“Tak lah Erhan hendak aku pergi ke taman KLCC seorang..tak boleh nak ajak kau atau si-,“


“Kau nak ajak siapa? Eddy??,“ pintas Salena.


Aku tersengih bila Salena dapat meneka dengan tepat dan seakan dapat membaca apa yang terdapat di dalam kotak fikiranku. Memang niat hendak ajak Eddy pun boleh dia jadi bodyguard aku. 


“Kau jangan hendak mengada-ada ajak si Eddy tu..pergi ajelah sendiri dah dia suruh kau pergi sendiri..yang kau takut sangat tu kenapa?? Macam tak biasa pergi..kan ke ramai orang kat taman tu?,“ bebel Salena berpanjangan. 


“Yelah-yelah..aku pergi, marah aku macam mak tiri pulak...,“ jawabku melipat semula surat dari Erhan lalu menyimpannya ke dalam laci. 


Kenapa aku tak excited eh! Bukankah aku sukakan Erhan. Kenapa perasaan aku terhadap Erhan sudah makin pudar! Kenapa pula perasaan aku terhadap diri Eddy semakin menebal. Oh No this can’t be happening to me! 


Previous: Bab 36
Next: Bab 38

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.