Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 50


ERHAN menoleh ke arah handphonenya yang berada di atas meja kerana ianya bergegar bila ada seseorang yang menelefonnya kerana dia meletak mode ‘silent‘ ketika sibuk dengan tugas atau di mesyuarat. 


Nombor yang tidak di kenali tertera di screen handphonenya. Siapa?? Bisik Erhan lalu mengerutkan dahinya. 


Erhan mempunyai 2 handphone. Satu digunakan untuk urusan peribadi dan satu lagi di gunakan untuk urusan pekerjaan. Jika rakan seniaga atau urusan bisnes pasti si pemanggil akan hubunginya di handphone yang lagi satu. 


Ini dia menerima panggilan dari handphone peribadinya. Erhan tidak pernah memberi nombor peribadinya kepada sesiapa kecuali keluarga dan kenalan rapatnya. Erhan meletak pen yang di pegang lalu menjawab pangilan telefon.


“Hello..,“ jawab Erhan.


“Erhan???,“ ujar si pemanggil sebaik sahaja panggilannya di jawab.


“Ya..Erhan di sini, sana siapa??,“ jawab Erhan pelik kerana suara pemanggil tidak biasa didengari. 


Walaupun nombor telefonnya pendaftaran Malaysia tetapi orang yang menelefonnya orang Indonesia kerana Erhan kenal akan ‘slang‘ Indonesia.


“Wah lu pantas tidak kenal siapa gue..??,“ ujar si pemanggil bila Erhan tidak mengenali siapa dia.


“Lu siapa??,“ tanya Erhan sekali lagi. 


Dia menutup fail yang di baca lalu menumpukan sepenuh perhatiannya kepada panggilan yang di terima. Enak bangat si pemanggil memarahinya kerana dia tidak kenal akan suaranya.


“Gue kakak Lu..pantas Lu tidak tahu??..Apa suara gue beda amat, hingga Lu tidak kenal gitu!,“ ujar si pemanggil setelah Erhan tidak dapat meneka siapa dirinya.


“Kakak?? Suara Lu beda bangat..apa Lu kurang sihat???..Kurang ajar Lu!!...Lu buat panggilan dari mana ni??,“ ujar Erhan begitu teruja bila mengetahui siapa si pemanggilnya. 


Lama benar dia tidak terima panggilan dari kakaknya. Hampir setiap bulan mereka berbalas surat atau email kerana kakaknya berada di London dan seringkali berpindah keluar negeri. 


Dan mereka jarang sekali ketemu kerana mereka berdua selalu sibuk dengan urusan pekerjaan. Kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya 3 tahun lepas.


Kakaknya hanya tertawa perlahan bila Erhan kedengaran teruja menerima panggilan telefon darinya. Sejak mama dan papa mereka berpisah. Erhan di pelihara mamanya, manakala kakaknya dipelihara papanya. Mereka hanya bersama ketika kedua-duanya di masukkan ke asrama yang sama dan terpisah bila masing-masing melanjutkan pelajaran ke luar negara dan punya haluan sendiri. 


Walaupun berjauhan mereka cuba mengeratkan hubungan mereka dan cuba menghubungi di antara satu dengan lain, tapi tidak sekerap dahulu kerana masing-masing punya commitment sendiri.


“Aku di Malaysia..lebih tepat lagi aku di Kuala Lumpur,“ 


“Dasar kurang ajar Lu ke Malaysia tidak beritahu gue terlebih dahulu..tahu-tahu Lu sudah ada di sini..di mana Lu???..Gue mahu ketemu?,“ ujar Erhan lalu bangun dari kerusinya. 


Tidak sabar ingin bertemu dengan kakaknya. Dia khuatir kakaknya berada di sini hanya kerana transit untuk pulang ke London. Dia tidak mahu terlepas peluang untuk bertemu dengannya. Dia mencapai kunci kereta dan keluar dari bilik pejabatnya.


Lieza menoleh bila pintu bilik Erhan di buka. Bossnya kelihatan tergesa-gesa mahu keluar. Erhan mahu kemana? Sekarang baru pukul 11.30 pagi. Jadual Erhan clear hari ini. Tidak ada meeting mahupun appointment di luar. 


“Lieza..aku keluar sekejap,“ ujar Erhan lalu menuju ke arah lift. Dia menekan butang lift. Handphone masih di telinganya.


“Ok boss,“ jawab Lieza ringkas.


“Gue berada di tempat Lu lagi duduk minum kopi..,“ jawab kakaknya lalu tersenyum.



                                                                         ****



Ika menuang coffee ke dalam cawan Mr. Eddy aka Mr. Erhan bila cawannya kelihatan hampir habis. 


Mr. Eddy kelihatan tersentak terperanjat bila dia berbuat demikian. Namun dia tidak menegah wanita itu mengisi coffee di cawannya.


“Thank you,“ ujarnya lalu membuahkan senyuman.


“Your are welcome Mr. Eddy, hari ini Mr. Eddy tidak mahu pesan dessert apa-apa??,“ ujar Ika lalu tersenyum. 


Semenjak dia tahu siapa Mr. Eddy sebenarnya, dia tidak lagi berani hendak berbual mesra seperti dahulu. Dia lebih berhati-hati sekarang. Khuatir tersilap kata dan ia membuatkan Mr. Eddy marah padanya. Mr Eddy bukan orang lain. Majikannya dan dia masih mahu bekerja lama di sini.


“Dessert?? Ya why not..what’s nice here??,“ ujarnya lalu menutup buku yang di bacanya awal tadi. 


“What’s nice here?? Hai macam tak biasa pulak Mr. Eddy ni kan. 


Atau dia saja hendak bergurau dengannya. Mr. Eddy hendak test skillnya ke? Nak tengok samada dia pandai melayan pelanggan? Ini yang dia tidak gemar ni. Bisik Ika dalam hati.


“Do you like cheese cake? If you do, I would like to recommended you our Blueberry Hazelnut cheesecake,“ ujar Ika lalu tersenyum. Dia tahu Mr. Eddy sengaja ingin mengujinya.


“Sounds delish!!!, Can I have one of that please, thank you,“ ujarnya lalu membuahkan senyuman kepada Ika. 

“Will do,“ jawab Ika berlalu pergi meninggalkan Mr. Eddy dengan senyuman tidak lekang di bibir. Ika dapat merasakan bahawa Mr. Eddy aka Erhan suka dengan cara layanannya. 


Sebaik sahaja Ika pergi meninggalkan mejanya dia membuka buku dan menyambung membaca. Kali ini dia di kejutkan dengan deringan telefon. Dia menyeluk handphone lalu menjawab panggilan telefon. 


“Yup...Ok..I will meet you up front,“ ujarnya lalu mematikan telefon. 


Handphone di masukkan ke dalam jaket yang di pakai. Matanya melilau mencari kelibat pelayan yang bernama Ika tadi. Baru sekejap dia lihat pelayan itu berjalan melintas mejanya. Dia bangun dari sofa lalu menuju ke arah kaunter bila pelayan awal tadi berada di situ.


“Miss Ika..,“ 


“Eh kak..Mr. Eddy panggil,“ ujar Elana lalu mencuit belakang Ika. Ika menoleh.


“Sorry I have to cancel my order..I’ll need to go somewhere else..I will try your cheseecake some other day,“ ujarnya lalu membuahkan senyuman kepada Ika yang berada di belakang kaunter pembayaran.


“No worries..,“ jawab Ika membalas senyuman Mr. Eddy. Ika mengerutkan dahinya bila merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Mr. Eddy hari ini. He sound so formal and a bit strange. Mr. Eddy tidak sihat kah?





Previous: Bab 49
Next: Bab 51

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.