Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 55

YES!! Akhirnya aku bertemu jua dengan Erhan atau dikenali Teuku Erhan Danial Budi atau teman-teman rapatnya memanggilnya ‘Eddy‘. 


Segala persoalan di hati sudahpun terjawab. Eddy yang aku sangka sudah beristeri dan beranak satu selama ini, telah di salah anggap oleh aku sejak dari awal lagi. 


Wanita yang aku fikir isterinya itu adalah pembantu peribadinya sendiri, Lieza. Anak yang aku sangka anaknya itu adalah adik tirinya, Eryan. 


Erhan, seorang ahli perniagaan perkapalan dari Indonesia dan kini penduduk tetap di Malaysia. He’s never been married. Hampir bertunang dengan Lasindah. 


Dan sejak dari awal lagi Erhan mengetahui bahawa surat yang di terima itu bukan dari Lasindah, kerana Lasindah sudah berpisah dengannya hampir setahun. 


What a Donkey! Ha. Erhan hanya melayan surat-suratku kerana dia mahu mengenali siapa penulis tega yang berani menyamar diri sebagai Lasindah. 


Dan takdir telah menemukan kami di R&R. Eddy lelaki yang aku benci pada awalnya kerana memiliki sifat sombong itu rupa-rupanya Erhan yang aku secara senyap-senyap jatuh cinta padanya.


Erhan juga mengaku bahawa dia tidak tahu bahawa aku adalah Lasindah pada malam date pertama kami. Erhan berubah fikiran sebaik sahaja dia mengetahui siapa si penyamar Lasindah lalu memperkenalkan dirinya sebagai Eddy dan bukan Erhan, demi untuk memperbaiki hubungan kami. 


Eddy is so crafty. Dia lakukan ini semua tanpa aku perasan dan sedar selama ini. Setelah Eddy menerangkan semuanya pada aku, barulah aku sedari bahawa setiap pertemuan kebetulan aku dengan Eddy selama ini adalah rancangan Eddy untuk merapatkan semula hubungan kami. He’s always there with me! Hanya aku yang tidak perasan selama ini. Selenge kan aku! Duh! *Smack forehead.


Kalau sudah jodoh tu tidak kemana bukan? Lelaki yang aku anggap lelaki sombong itu adalah lelaki yang aku cintai tanpa aku sedari. Dan aku benar-benar bersyukur bahawa penantian dan teka tekiku kini berakhir. Fuh lega rasanya. Alhamdullilah.  


Bibirku menguntum senyum ketika membelek cincin di jari manisku. Cincin pertunangan kami. Erhan melamarku pada malam pertemuan kami dahulu dan aku terus sahaja menerimanya. 


Haha...aku tidak perlu lagi memikirkan samada Erhan adalah lelaki yang terbaik untukku, kerana aku percaya Erhan terpilih untuk aku. Kami saling cinta mencintai dan aku sudah kenali hati budinya kerana technically kami sudah mengenali hati masing-masing. 


Aku happy sangat-sangat. Aku sudah bertemu dengan Erhan. Dan juga happy BFF aku Ena, juga sudah bertemu dengan cinta hatinya. 


Aku tumpang gembira bila mengetahui Ena sudah berteman.  Bolehlah aku dan Ena discuss perkara yang sama? Tak adalah aku sahaja yang bercerita tentang kekasih hati, kerana Salena juga boleh bercerita kepada aku tentang lelaki yang berjaya mencuri hatinya. 


Cerita pasal Ena, aku masih belum punya kesempatan hendak bertanya kepada Ena tentang sejauh mana hubungan mereka dan aku tak kenal lagi teman lelakinya, kerana aku berada di cloud 9, angau dengan Erhan aka Eddy. 


Aku tersenyum sendiri. Dan Ena pula seakan mengerti akan perasaan aku. Dia membiarkan sahaja aku bercerita tentang pertemuan aku dengan Erhan tanpa rasa jemu. 


“So..bila aku boleh berkenalan dan berjumpa dengan Erhan??,“ tegur Salena bila di lihatnya Marsha tersenyum berangan sendiri membelek cincin pertunangannya. 


Dia sibuk berulang alik ke JB sejak beberapa bulan ini. Pada malam Marsha bertemu dengan Erhan dia berada di JB. 


Dia hanya mendengar khabar gembira itu melalui telefon. Dan dia baru pulang semalam. Tidak sabar mahu melihat cincin pertunangan Marsha. Dia tidak menyangka cinta gila-gila Marsha menjadi kenyataan. 


“Eh Ena..kau nak berkenalan dengan Erhan?? Apa..aku masih belum cerita pada kau siapa Erhan ke??,“ soalku pelik. 


Salena mengelengkan kepalanya perlahan. Apa yang Marsha cerita padanya. Bahawa dia benar-benar suka dan cintakan Erhan dan tidak sabar hendak hidup bersama dengannya. Itu sahaja. 


Serious??? Pasti Ena akan terperanjat bila mengetahui bahawa Erhan itu adalah Eddy.


“Kau kenal dia,“ jawabku ringkas dengan nada bersalah kerana tidak memberitahu Ena siapa Erhan. 


“Kenal Erhan? Siapa?? Kau hanya ceritakan pada aku, kau sudah bertemu dengan Erhan dan kau sukakan dia..kau tak cakap Erhan orangnya bagaimana etc...,“ ujar Salena lalu mengerutkan dahinya. 


Yelah Marsha excited sangat malam itu. Dia hanya cerita dia sudah bertemu dengan Erhan dan dia benar-benar cinta dan sukakan Erhan. Malah dia menerima lamaran Erhan pada malam itu. Dan Erhan menghantar pinangan ke rumah Marsha minggu berikutnya dan mereka sudah pun mengikat tali pertunangan. 


“Huh?? Aku tak beritahu kau ke?,“ soalku lagi untuk memastikan Ena tidak bergurau. 


Yelah..bagaimana aku boleh miss out the important part. Patutlah Salena kelihatan biasa-biasa sahaja tidak terperanjat atau excited hendak tahu cerita selanjutnya dari aku sebab dia tidak tahu siapa Erhan yang sebenarnya?


“Mana ada? Siapa Erhan??? Azlee eh...,“ ujar Salena tidak sabar ingin tahu sebab dia miss the important part of Marsha life. 


Dia tidak dapat hadirkan diri semasa Marsha bertunang dahulu. Dia pun ada urusan peribadi sendiri yang dia rahsiakan dari pengetahuan Marsha. 


Semasa Marsha sibuk mencari Erhannya. Dia juga sibuk dengan urusan peribadinya. Sebab itu, dia sibuk pulang ke kampung bertemu dengan ibu dan ayah. Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dia harapkan. Alhamdullilah mereka merestui pilihannya.


“Azlee..choy!! Bukan dia lah..,“ jawabku lalu tersenyum. Azlee memang taklah!


“Habis?? Siapa?? Cakaplah cepat jangan beri aku suspen,“ desak Salena bila Marsha sengaja mahu melengah-lengahkan masa.


“Marsha..Mr. Haiqal wants to see you in a meeting room now!,“ ujar Anna sekali lalu tanpa berhenti di cubicle Marsha dia berjalan menuju ke arah mejanya semula.


“Eh aku hendak pergi meeting...aku hendak jumpa ED...finally! OMG!! Ok tak make-up aku,“ ujarku teruja lalu mencapai fail ED di atas meja. 


Sempat aku membelek make-up  aku di hadapan cermin kecil yang aku letak di atas desktop. Cermin kecil harus berada di mejaku setiap masa. Haha. Vain. 


Yeay!! Aku akan bertemu dengan ED. Haha tak ler excited sangat pun. Sebab aku lebih excited bertemu dengan tunangku, Erhan. He’s going to fetch me for lunch later. Tak sabar rasanya. 


“Eh nanti..cakap dengan aku siapa, Erhan?,“ ujar Salena lalu menarik tangan Marsha tidak membenarkan dia pergi tanpa memberitahunya siapa Erhan. Dia tidak boleh bersabar lagi ingin tahu siapa Erhan, Marsha. Bila Marsha mengatakan dia kenal siapa Erhan. Kalau bukan Azlee, Siapa? Shahrul???..Nizam??? Zulmi?? Dia malas hendak meneka lagi. 


Dia juga punya berita yang hendak dikongsi bersama Marsha kerana dia merasakan sudah tiba masanya dia memberitahu Marsha, dia merasa tidak selesa bila menyimpan rahsia lebih lama dari BFFnya. 


Tapi dia terpaksa diamkan dahulu kerana dia tidak sabar ingin tahu kesudahan kisah cinta Marsha. 


Cerita tentang dirinya akan di ceritakan kepada Marsha bila sudah tiba masanya. Inilah masanya kerana Marsha sudah bertemu dengan Erhan. Cerita Marsha Happy Ending.


“Eddy,“ jawabku ringkas tersenyum lebar, mencapai cermin sekali lagi lalu membetulkan rambutku. 


“Eddy....,“ ulang Salena perlahan. 


Jantungnya seakan berhenti berdegup sebaik sahaja Marsha menyebut ‘Eddy‘. 


Lidahnya kelu tidak terkata, benarkah Marsha menyebut nama lelaki yang dikatakan Erhan itu, Eddy. Atau Marsha hanya mahu bergurau dengannya? 


Aku menoleh ke arah Salena bila dia tidak bersuara sebaik sahaja aku menyebut nama Eddy. 


Aikk!! Tadi bukan main excited hendak tahu siapa Erhan. Ni tiba-tiba diam pula. 


“Heh..kau dengar tak ni?? Erhan itu Eddy,“ ulangku bila aku lihat wajah Salena kelihatan keliru. 


Aku fikir Salena akan menunjukkan wajah excited bila mengetahui bahawa Erhan itu Eddy ini tidak. 


“EDDY!!!..., Betul Eddy!,“ ujar Salena dengan wajah keliru. 


Wajahnya tiba-tiba berubah sedih. Tiada lagi senyuman terukir di bibirnya bila Marsha menyebut nama Eddy. Hatinya merasa sebak teramat sangat.


Aku mengerutkan dahi merasa hairan, bila Salena berubah wajah ketika aku memberitahunya Erhan itu Eddy. 


Kenapa dia tidak suka aku bersama Eddy ke? Ah! Mesti Salena turut salah faham seperti aku menyangka Eddy sudah beristeri dan mempunyai anak. Sebab itu Salena kelihatan terperanjat. No?? I don’t think so..Bukan sebab itu?? Kerana Salena tidak kelihatan keliru tapi sedih kerana air matanya mengalir perlahan. Kenapa?


“Kenapa Ena?? What’s wrong?,“ tanyaku panik bila menyedari air mata Ena mengalir perlahan. 


Apa yang membuatkan Ena sebak sehingga menitiskan air mata bila aku menyebut nama Eddy. Tidak mungkin disebabkan Eddy sudah beristeri membuatkan Salena begitu emo kerana menyangka aku telah meruntuhkan rumahtangga orang lain dan ingin menjadi isteri keduanya? Something is off! That’s not the reason Salena bersedih hati.


Salena hanya memandang wajah Marsha tanpa berkata apa. 


Sebenarnya sudah lama juga dia mahu memberitahu Marsha tentang hubungannya dengan lelaki itu. Dia menyangka Marsha tiada apa-apa hubungan dengan Eddy. Sebab Marsha ada Erhan. Dan bila hubungan Marsha mula rapat dengan Eddy, dia meminta Marsha jangan bertemu dengan Eddy kerana dia merasa cemburu dan dia benar-benar sayangkan lelaki itu. 


Dia tidak menyangka Eddy seorang lelaki yang pandai berpura-pura. Jadi selama ini Eddy hanya mahu mempermainkan perasaannya? Tapi kenapa? Apa dosanya pada Eddy sehingga lelaki itu sanggup mempermainkan hatinya? Air mata Ena mengalir lagi merasa sedih teramat sangat. Sampai hati Eddy.


“Ena?? Cakaplah kenapa??,“ desakku bila Salena tidak berkata apa, hanya airmatanya berlinangan sedari tadi tanpa henti. 


Aku mengangkat gagang telefon bila telefonku berdering nyaring tanpa henti-henti sedari tadi. Menyibuk betul.


“I’m coming ok.., sabar!,“ ujarku geram lalu meletak gagang telefon kembali bila Anna memberitahu bossnya dan tetamu sudah menunggu lama di bilik mesyuarat.


“This conversation does not end here..I will cancel my lunch appointment with Erhan,“ jawabku lalu mencapai fail dan handphone. 


Jika tidak kerana aku terpaksa join meeting dengan Mr. Haiqal dan ED. Aku tak masuk bilik meeting. Aku ingin tahu apa yang menyebabkan Salena bersedih hati. Hatiku merasa tidak sedap hati melihat keadaan Salena. 


“Marsha..kau tak perlu cancel lunch appointment kau dengan Erhan..I don’t want him to know,“ ujar Salena serba salah bila Marsha mahu membatalkan lunch datenya dengan Erhan.


Aku meletak fail dan handphoneku kembali di atas meja. 


“Huh????..You don’t want him to know??? Tapi kenapa Ena?? Apa hubungan kau dengan Eddy??,“ desakku ingin tahu. 


Jantungku derdegup kencang bila Ena tidak membenarkan aku membatalkan lunch date aku dengan Erhan. Apa semua ni?? What’s going on??? Aku benar-benar tidak faham dan mengerti apa yang berlaku.


“Maybe this all a mistake!!..Mungkin Eddy tiada apa-apa perasaan terhadap diri aku..aku yang salah tafsir..it doesn’t matter..just forget about it, kau tak perlu cancel date kau dengan dia,“ ujar Salena lalu menyeka airmatanya. 


Dia merasa serba salah kerana membuatkan Marsha risau. Eddy cintakan Marsha. Dari dulu lagi dia perasan Eddy sukakan Marsha. Mungkin Eddy rapat dengannya kerana dia teman karib Marsha dan Eddy tiada perasaan apa-apa padanya. Dia yang tersalah tafsir. 


Tapi Eddy sendiri yang memberinya harapan mengatakan dia akan melamarnya dalam masa terdekat. Masakan Eddy mahukan mereka berdua? Mustahil. Tapi kenapa Eddy memberikan harapan kepadanya dan melamar Marsha. Apa tujuan Eddy. 


“Salah tafsir??? Sejak bila pula kau berhubungan dengan Eddy, Ena?? Aku tak tahu pun sebelum ini? Kau pun tak pernah ceritakan kepada aku,“ tanyaku dengan wajah serious lalu memandang wajah Ena. 


Apa semua ini?? Pengakuan Ena benar-benar membuatkan kepalaku seperti hendak explode! Eddy punya hubungan dengan Ena? Kalau Erhan di hadapanku mahu aku kerjakan dia. Two timing kami berdua!!


Previous: Bab 54
Next: Bab 56

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.