Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 11


EDDY meneguk lattenya perlahan. Matanya menjeling kearah wanita yang di ajak bertekak tadi. Dia tidak tahu kenapa moodnya tiba-tiba berangin, selalunya dia tidak berperangainya begitu. 


Bukan dia tidak boleh berkongsi meja dengan wanita itu. Boleh sahaja. Tidak semena-mena wanita itu menjadi sasarannya. Tadi salah dia juga kerana tidak meninggalkan apa-apa di meja sebelum ke tandas. Dia masih mahu duduk di Bistro R&R. Sekembalinya dia kedari tandas meja itu sudah di bersihkan kerana bekas latte nya sudah di bawa pergi. Bila di lihat ‘Q’ untuk membuat pesanan panjang. Dia mengambil keputusan untuk duduk membaca sementara ‘Q’nya tidak panjang. Dan bila dia ditegur seseorang mengatakan tempat itu sudah di ambil dia merasa tidak puashati kerana tiada perkataan reserved yang dia lihat di atas meja itu. Dan dia memang tidak perasan langsung bahawa terdapat paper bag dan handbag wanita itu di sisi sofa bertentangan dengannya tadi.


“Everything good Mr. Eddy???,” tegur Ika pekerja R&R ketika membersihkan mejanya.


“Oh yes..Thanks Ika,” jawab Eddy lalu membuahkan senyuman.


“You kenal dengan that lady??,” tanya Eddy kerana tadi dia perasan Ika berbual dengan wanita yang di marahinya tadi. 


Pekerja R&R semuanya peramah ini mungkin majikan mereka mahu menerapkan warm service yang patut diberikan kepada para pengunjung mereka dengan menegur sapa pengunjung di Bistro R&R bertanya samada mereka perlukan apa-apa dari mereka so that they feel welcome. 


Ika menoleh kearah wanita yang di maksudkan Mr. Eddy tadi. 


“Dia kenalan I,” jawab Ika bila wanita yang di tanya Mr. Eddy itu adalah Marsha.


“Oh I see, dia ada mengadu apa-apa dengan you,” ujar Eddy tanpa menoleh kearah Ika kerana dia sibuk menyambung membaca novel di tangannya. 


“Tak ada..kenapa Mr. Eddy??,” tanya Ika ingin tahu. 


Jika ada pun mana mungkin dia hendak jujur mengatakan kepada Mr. Eddy si Marsha tu kutuk dia habis-habisan. 


Dan kenapa lelaki itu bertanya samada dia kenal pada Marsha atau tidak? Apa Mr. Eddy tidak takutkah isterinya tahu?? Tadi Mr. Eddy datang ditemani isteri dan anak lelakinya. Walaupun isterinya kelihatan sedikit matang namun wanita itu masih kelihatan cantik dan jelita. Dan anak Mr. Eddy yang berusia 3 tahun kelihatan cute sekali. Tadi isteri dan anaknya berada di Bistro. Selepas itu mereka pergi dan Mr. Eddy masih berada di sini. Mungkin isterinya ke tingkat lain mencari buku sementara Mr. Eddy mengambil keputusan untuk berehat di Bistro sahaja.


“No reason..saja tanya,” jawab Eddy tanpa menoleh kearah Ika bila wanita itu bertanya.


“Ok..you nak I refill your latte??,”


“No..no I’m good, sekejap lagi I nak kena play hide and seek dengan Little ‘E’..dia tak tahu I’m hiding here,” jawab Eddy lalu meneguk lattenya sehingga habis. 


Saja dia biarkan Little ‘E’ berkeliaran di section kanak-kanak kerana Eddy tahu di section kanak-kanak terdapat mini playground dan beberapa pekerja R&R di children book section ditugas untuk mengawasi kanak-kanak yang berada di section tersebut. 


“What!!! You hiding from him..you so bad Mr. Eddy..kesian dia cari you nanti,” ujar Ika tidak percaya bahawa Mr. Eddy hanya membiarkan Little ‘E’ di children section. 


“I’m bad am I..biarkan Little ‘E’ berkeliaran tanpa pengawasan??..,” ujar Eddy lalu tersenyum.


“Kalau Little ‘E’ hilang macamana??


“I will blame R&R staff sebab tak awasi little ‘E’,” ujar Eddy dengan wajah serious.


Ika menelan air liurnya perlahan bila pelanggannya kelihatan serious bila dia berkata demikian. Hendak sahaja dia menjawab bahawa Mr. Eddy tidak boleh berbuat demikian kerana dia tidak boleh melepaskan tangan membiarkan little ‘E’ di dalam penjagaan dan menjadi tanggungjawab pekerja R&R untuk mengawasinya. Berapa ramai kanak-kanak yang mereka perlu awasi. 


“Oh ok..,” jawab Ika gugup kerana dia bernasib baik tidak di tugaskan di section kanak-kanak. Kalau ada sepuluh orang yang berperangai seperti Mr. Eddy boleh mati kering dia di buatnya. Senang-senang sahaja mak bapak mereka melepaskan tanggungjawab mereka. Kalau apa-apa terjadi ke atas anak mereka. Mereka hanya tahu menunding jari pada pekerja. 


“Ok awak kerja rajin-rajin tau saya dengar big boss awak garang orangnya,” ujar Eddy tersenyum lagi. Matanya sempat menjeling kearah seorang lelaki yang duduk sendirian tidak jauh dari tempatnya.


“Mr. Eddy kenal dengan our Big Boss???,” soal Ika terperanjat bila pelanggannya kenal pada pemilik R&R. Desas desus mengatakan bahawa CEO kami itu seorang lelaki yang perfectionist dan terkenal dengan kegarangannya. Sampai sekarang mereka tidak pernah bertemu dengan big bossnya. Apa yang dia tahu big bossnya itu adalah hartawan Indonesia. 


“Kenal sangat,” jawab Eddy bangun dari sofa lalu meninggalkan Ika. Dia berjalan menuju kearah escalator untuk ke tingkat 3 ke bahagian kanak-kanak.


Terlopong Ika bila Mr. Eddy mengatakan dia kenal sangat pada big bossnya. Apa Mr. Eddy adalah ‘spy’ big bossnya?? Tengok dari gaya dan cara Mr. Eddy seperti orang koporat dan berkedudukan tapi kenapa dia tidak bekerja pada hari dan waktu begini? Mr. Eddy cuti? Tapi kalau ye pun bercuti apa kelasnya lepak di R&R?? Orang macam dia pasti sudah bercuti paling koman pun bercuti di Singapura. Ini tidak dia sekeluarga shopping buku di R&R??


*****



Erhan berjalan perlahan dari satu rak ke satu rak matanya melirik mencari sesuatu tapi bukan kerana mencari buku. Tapi mencari seseorang. Kedai buku yang besar itu membuat Erhan malas hendak mencari dan dia tidak sabar, Erhan menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan handphonenya. Dia mendial nombor Lieza. 


“Lieza awak di mana?? Mama saya ada bersama awak?,” tanya Erhan sebaik sahaja PAnya menjawab telefon.


“Ibu Ayu sudah pulang ke hotel saya baru menghantarnya ke drive way tadi,” jawab Lieza. 


Pelik baru sekarang Erhan mahu mencari mamanya. Tadi hampir 45 minit dia kemana? 


Jenuh dia melayan Ibu Ayu kerana Ibu Ayu adalah ibu majikannya. Jika Ibu Ayu ke Malaysia. Tugasnya menjadi double kerana bukan sahaja dia menguruskan Erhan malah dia terpaksa menjadi PAnya Ibu Ayu bila dia kemari. Mahu hendak pengsan dia dibuatnya kerana terpaksa melayan karenah kedua-dua beranak itu. Yang satu garang dan cerewet. Yang satu lagi manja amat semua dia hendak kena lakukan. Haizz! 


“Dah pulang??,” ulang Erhan lalu mengerutkan dahinya merasa hairan. 


Awalnya mamanya pulang. Katanya mahu meluangkan masa bersama dengannya. Dia fikir mamanya akan ke pejabatnya. Tapi mamanya mengambil keputusan untuk pulang ke hotel. Mungkin mamanya kepenatan sebab itu dia mengambil keputusan untuk pulang ke hotelnya. Ah..mamanya masih lama di sini. Esok atau lusa dia akan meluangkan masa bersama mama.


“Dah..katanya dia penat hendak berehat..nanti dia call you,” jawab Lieza. 


Bukan Ibu Ayu sahaja yang penat. Dia juga penat melayan mereka berdua. Dia berharap benar Erhan tidak perlukan dia kerana dia bercadang untuk pulang awal hari ini.


“Oh ok..awak nak balik rumah???..Baliklah tugas you untuk hari ni sudah selesai,” ujar Erhan. 


Dia tahu bahawa Lieza pasti kepenatan kerana hampir seharian melayan karenah mamanya. Dia tidak perlu Lieza stay-back hari ini kerana dia tidak bercadang hendak sambung kerja di pejabat. 


Tadi semasa di Adult book section dia sempat mencapai satu buku bestseller semasa menemai ibunya di Bistro. Dia bercadang untuk membacanya di rumah nanti. 


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.