Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 3-2

Hissy, kalaulah ada tahi burung ataukotoran lain, nampaknya bercampur sekali dengan masakan yang disediakan, ituagaknya menambah ramuan, secretingrediants agaknya.

Ke situ pula Didi, memikirkanselebrati chef orang British tu.

Apa kes?

Didi tersenyum memandang JimmyOliver Malaya yang sedang mengacau bawang puteh dan bawang dengan penyudipkayu.  Didi tidak mahu berkata apa-apa,biarkanlah resipi apa yang sedang disediakannya oleh abang suami. Janji bolehdimakan, dari tidak ada apa-apa untuk mengisi perut mereka yang tiba-tibaterasa lapar.

Tangan Johan mencapai bekasberisi cili kisar. Diceduknya dua sudu besar cili dan terus masuk ke dalamkuali. Sekali lagi berdesir dan mengeluarkan asap.

Asap berkepul lagi…

Tetiba pandangan di dapur Puan Dididan Johan, laksana berada di dalam kabut..

Kabut Asap Kelabu.

Jangan sampai terbakar rumahsudahlah Cik Abang Oi !.

Johan terbatuk-batuk. Didi juga.

Cepat-cepat Didi menghidupkankitchen hood.

Memang nampak seksi, apabila lelakimemasak. Didi senyum meleret.

Bila hati sudah sejuk, mulalahnampak Dr. Johan seksi.

Sedangkan Johan sedang berpeluh,melawan panas dapur dan bahan tumisan yang berasap-asap. Itu belum lagitersedak oleh bau cili. Terlalu gairah mahu menunjukkan kepakaran memasak, sehinggakankitchen hoodpun lupa hendak dibuka.

Dalam terbatuk-batuk dia masihsempat tersengeh. Dr. Johan menoleh di sebelah, assistant chef sudah bolehtersenyum.

 Johan angkat kening! Bolehlah tu..tidakmelarat rajuknya.

Senang cerita, tidak perlu lagimemujuk!

“Bang.. isi air sikit.. nanti hangus“ akhirnya Didi bersuara, tidak tahan lagiterbatuk-batuk disebabkan kepedasan cili.

Api tu kecilkan sikit..“ kata Didilagi. Kata assistant chef.

Johan senyum lagi, assistant JimmyOliver sudah bersuara. Tangannya laju mengikut arahan si assistant. Kemudiandia mengambil pula udang yang sudah dicucinya, sudah sedia di dalam penapisyang terletak di dalam sinki.

Berdesir lagi kuali, tetapi kali ini sudah tidak ada asap.

Didi melingkar tangannya kepinggang si suami.

Pipi sudah di belakang suami.

Haruman rambut yang masih belumkering, cukup semerbak, bercampur dengan bau shampoo dan bau cili.

Hemm..mengoda!

“Sedap.. baunya sedap..“ compliment dari assitant chef yang memeluk belakangChef.

Pujian kepada sambal tumis udangatau bau rambut?.

Yang mana satu? Johan senyumlagi. 

Nasib baik sedang masak di dapur,jika di dalam bilik, mahu sekali lagi dia ...hemm., tergoda.

 Johan senyum nakal.

 

Ditutupnya kuali dengan penutupperiok dan juga api dapur dimatikan.

Sudip kayu diletakkannya ke tepi.

Beres..juadah malam ini.

Tangan meleraikan pelukan si isteriyang entah termakan apa, tiba-tiba menjadi kucing parsi, manja. Dalamterbatuk-batuk dan tersedak bau cili, masih mahu mengoda.

Tadinya merajuk!

“Dah okey ke..?“ sambil tangannyamengulit jari Didi yang cedera.

 Tidaklah teruk mana.

“Daaah” jawab Didi.

Berbaloi juga rupanya terluka kaca.

Pertama, dia tidak perlu memasak.

Kedua dia dapat berrmanja dengan sisuami, opps.. Jimmy Oliver Malaya ku...

 

“Malam ni menu abang simple aje,sambal tumis udang, telur dadar dan tumis air sayur sawi..sedapkan?’ kata Chef Johan,bangga.

“Hemm.. yummy..!!” kata Didi manja.

 Apa yang yummy, hanya dia yang mengerti.

“Dah boleh makan ke?” tanya Didi.

“Dah boleh makan dah.. jom..!“ tangan Johan menarik tanganisteri si kucing parsi!

Meja makan dituju. Didi senyum meleret.

Hendak makanpun masih pimpim memimpin. Hilang segala buruk sangkanya kepada suami. 

Tanpa Johan ketahui, Didi memasangstrategi. Dia akan berusaha mengembalikan keintimannya bersama Johan. Mungkinmasa lima tahun bersama, dia sudah mula perlahan-lahan lalai dengantanggungjawab. Didi akan pastikan kegembiraan Johan sama seperti waktumula-mula melayarkan rumahtangga.

Mustahil untuk mengembalikanperasaan itu seratus peratus, jika dapat lima puluh peratuspun sudah cukupbaik. Waimahnya, tiga puluh peratuspun sudah memadai. Didi mahu membahagiakandia dan Johan.

Jika takdir Johan masih mahumengkuisnya ke tepi, dia reda, setidak-tidaknya dia sudah berusaha.

Itu tandanya hanya setakat itu jodohmereka.

“Sedap tak?“ tanya Johan

“Hemm, sedap“ jawab Didi yang perlahan sahaja menyuap rezekimereka malam ini.

Bukan dari air tangan isteri, tetapidari air tangan suami.

“Abang memang pandai macam-macam..“memuji suaminya.

Memuji ada makna.

Mata Didi tak lepas memandang Johan.

Ya ALLAH, biarlah kebahagian aku danlelaki di hadapan aku ini berpanjangan.

Sempat lagi Didi berdoa di dalamhati sebelum menyuap rezeki..

Aminnn..

Previous: Bab 3-1
Next: Bab 4-1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora