Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 9-1

BAB 9

 

ILHAM

 

Johanmembongkokkan dirinya, menunggu bola yang akan beralih masuk ke padangnya.“Kelepok“ bunyi bola yang dihantarnya kembali semula kepadanya, apabila Ilhammenepis bola itu. Senada sahaja bunyi bola yang berpindah dari padang Johan kepadang Ilham dan kemudian kembali ke padang Johan. Sebiji bola yang sekejap di padangIlham dan kemudian kembali ke padang Johan dan seterusnya, berulang kali. Bolehbuat penonton sakit leher jika mengikut pergerakan bola.

Hanyakelepak dan kelepok sahaja bunyi bola tennis yang rancak dipukul oleh reketJohan dan reket Ilham.  Bukan selalu duaorang doktor ini dapat bertemu dan beriadah di hujung-hujung minggu. Memangjarang, jika dulu, dua orang sahabat ini sentiasa ada masa untuk sama beriadah,tetapi sejak masing-masing sudah berkeluarga dan masing-masing sudah mempunyaitanggungjawab, mereka memang jarang bertemu. Kena pula, Johan sebok dengankliniknya, manakala Ilham sebok di dua hospital swasta yang dia berkhidmat.Selalu sahaja ada halangannya, walaupun pada hujung minggu. Doktor katakan!

Hari inimereka dapat bertemu dan mereka membalas dendam dengan memukul bola. Bunyi kelepakkelepuk sahaja yang kedengaran bagaikan irama yang indah di telinga mereka. Sesekaliterdengar mereka berbicara dan diselang dengan gelak ketawa. Apa yang mencuithati dua sahabat ini, hanya mereka yang tahu.

Berpeluh-peluhmereka menghayun reket. Pergerakannya tidak banyak, tetapi cuaca panas yanglebih menyumbang untuk mereka berpeluh. Beriadah dan berpeluh demi untukkesihatan dan jantung yang sihat. Tidak mahu asyik berada di hospital atauklinik, sampaikan bau ubat sudah sebati di dalam diri. Sesekali mahu jugakeluar menghirup udara yang bukan bau ubat.

Selesaisatu set game, kedua-duanya mencapai towel kecil yang tersadai di bangku.

“Pheww.. penat jugak ya? Nasib baikboleh habis satu set. Masih okey lagi rupanya stemina aku. Ingatkan game empat aku dah pancit..“ tersengeh sahajaJohan ke arah Ilham yang turun tersenyum mendengar komen si teman.

“Kau okeyapa?“ jawab Ilham, bersetuju dengan pandangan si kawan.

“Aku penatsebenarnya, itulah.. ingatkan tak larat, rupanya masih boleh jadi jaguh...memang kira okeylah kan!.“ sambil mengangkat lengan dan menunjukkan otot lenganyang tidak seberapa berotot.

Ilhamsenyum lagi melihat telatah temannya. Perasan hebat.

Kedua-duanyasebok menyapu peluh di muka dan di leher.

“Kau dahberitahu Didi rancangan kau tu?“ tiba-tiba soalan terpacul dari mulut Ilham.

“Lum..“jawab Johan, yang bermaksud belum.

“Bro..jangan lama-lama, nanti terkejut bini kau, parah jadinya..Kau jugak yang susahnanti” terkejut juga Ilham apabila mendengar jawapan Johan.

Perkarasebegitu besar, dia masih boleh berlagak cool. Masih tidakdiberitahu kepada isterinya. Betul atau tidak kepala otak doktor seorang ini!Atau sudah ada satu sekeru yang sudah longgar?

Jangan main-main, ini soal nyawa manusiadan tanggungjawab yang besar. Menambah ahli keluarga. Ianya perlu persetujuanmereka berdua. Tidak jadi, jika hanya Johan yang setuju.

“Aku tak tahu macammana nak beritahudia, takut dia rasa sedih dan tercabar, maklumkan ini melibatkan dirinya. Lagipunaku happy dengan layanan dia sekarang ni..“ tersenyum Johan apabila menyebutperkataan ‘layanan’.

Johan memang tidak segan berceritakegembiraannya kepada Ilham. Ilhambukan baru dia kenal, sudah berzaman. Terimbas saat-saat manja Didi sejakakhir-akhir ini.

“Habis tu? Macammanadengan budak perempuan tu? Budak perempuan tu masih nak tunggu kau ke?“ tanya Ilhamingin tahu.

Johan denganselamba hanya mengangkat bahu dengan dengan memek muka.

“Agaknya..Akubelum kata tidak lagi, kira masih on lah tu..“ jawab  Johan.

“JanganJoe, orang berharap tu, kasihan kat dia..“ kata-kata Ilham membuat Johanterfikir.

“Akutahu..“ lemah sahaja jawapan Johan, dia mengerti rapuhnya hati seorangperempuan apabila melibatkan kehadiran insan asing di dalam hidup mereka. Johanserba salah, tidak tahu apa yang sepatutnya dia lakukan.

Dia takut tersalah langkah. Tetapi diasudah berjanji, akibatnya budak perempuan itu memegang janji itu. Yang Johan takut, tindakannya itu kelak dia akankehilangan Didi si isteri.   

“So, tungguapa lagi, baik cepat-cepat beritahu Didi tu..aku tahu Didi tak marah, lagipunkau buat benda baik, apa salahnya“ sambil tangan Ilham menepuk perlahanbelakang Johan.

Previous: Bab 8-3
Next: Bab 9-2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora