Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 6-1
Pecah kaca pecah cermin

Sudah baca harap komen


BAB6

 

PENYIASATCONAN

 

Mesyuarat tamat lewat pula hari ini.Hampir maghrib baru semua keluar dari bilik mesyuarat. Banyak perkara yangdibangkitkan dan perlu diambil tindakan.  Perkara-perkara yang dibentangkan harusdicarikan penyelesaian. Setidak-tidaknya membuat persedian atau menambahbaikdengan apa yang sedia ada.

Bukankah, itu sebab mesyuarat perludiadakan? Bukan setakat kau pandang boss, boss pandang kau? Atau boss bersyarahsorang-sorang, manakala si anak-anak buah duduk diam mendengar, umpamamendengar ceramah!

Sekiranya ceramah, dapat juga sedikitilmu, tetapi ini ceramah kena tegur itu, kena buat ini. Semuanya menambah kerjayang sedia ada..

Apa mahu buat! Sudah itu cara carimakan.

Didi lalui semua tugasan yang diberimengikut apa yang diarah.

 

Kelewatannya pulang petang ini telahDidi maklumkan kepada suami melalui pesanan ringkas sahaja.

Dan nampaknya misi Diktatif Conan tidakdapat dilaksanakannya petang ini.

Tertangguh satu hari..

Terus sahaja Didi berjalan pantasmeninggalkan Atirah sebaik sahaja boss memaklumkan mesyuarat sudah tamat.

“Lajunya kaujalan tu kenapa? Macam kena kejar hantu aje?” tanya Tirah yang terhenjut-henjutmengepit fail mengejar Didi yang tetap berjalan pantas.

Entah kenapaminah yang sejak dua menjak ini terlebih songel. Tirahpun tak faham. Namunsebab kawan baik punya pasal, dia ikutkan sahaja emosi terlebih baking powderyang selalu membuat dia  tidak tentupasal.

“Nak kemas danterus balik, kau tak hendak balik ke?” tanya Didi.

Menjawab persoalan teman rapatnyadengan soalan.

Hisy.. sabar ajelah Tirah.

 Soalan apa pulak minah ni? Memang semua orang mahupulang ke rumah masing-masing.

 Takkan hendak tidur di ofis pulak!.

Dia ingat dia seorang sahajakah yangada rumah?.. isehman.. Tirah mengomel tetapi di dalam hati sahaja, tidak beranimenyakitkan hati si kawan.

Sabar tetap sabar. Takut pula terlebihtanya, dia hilang kawan.

Bukan boleh percaya si Didi yang sedangtidak tentu emosinya ini.

 

Didi segera mematikan komputer sebaiksahaja dia masuk ke biliknya, sambil membungkuk, tidak sempat duduk. Begsandang terus dirembat dan lampu bilik juga dimatikan. Laju macam kilat,

Jika dahulu, bukan main lagi dia liangliuk lagak malas apabila hendak pulang, tetapi tidak pada petang ini. Kemudiandia bergegas singgah ke bilik temannya.

“Aku balik dulu, see you tomorrow..!” kata Didi sewaktu menjenguk dengan menyekangseparuh badannya di depan pintu bilik Atirah lalu terus dia meninggalkanAtirah, tanpa mendengar jawapan dari si teman.

TercengangAtirah,  bukan main laju lagi diameninggalkan biliknya, lantaklah kau Didi!

Atirah gelengkepala. Bukannya dia tidak tahu, jika pulang di waktu begini akan tersangkut ditengah jalan kerasa kesesakan jalanraya.

Semua orangberebut mahu terus pulang ke rumah.

Ada yang mahumengambil anak di sekolah.

Ada yang mahumengutip isteri di pejabat yang entah hujung dunia mana.

Ada yangmencari tempat makan kerana jika sudah sampai di rumah, sudah malas mahu keluarsemula.

Akibatnya “Traffikjam“ kesesakan jalan raya di waktu puncak!

Previous: Bab 5-3
Next: Bab 6-2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora