Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 8-1

BAB 8

                 

ANNE

 

Merajuk sudah, menangis sudah, kenapujukpun sudah.. apa lagi hendak!.

Air mata Didi sudah kering. Perutpunsudah kenyang. Dalam merajuk, selera ada pula. Kini hanya perlu melelapkan matadi sebelah orang yang Didi sayang, Johan.

“Di.. tadi mummy telefon abang, diaminta kita ke sana hujung minggu ni, Johanna balik cuti” Johan memulakan bicara,mendatar sahaja suaranya.

Tidak mahu bercakap lebih-lebih keranadia belum pasti, orang sebelah sudah seratus peratus okey. Takut silap-silapcakap, merajuk lagi!

Parah!

Belum sempat Johan menghabiskan ayatnya,Didi yang tadinya mengereng terus berpaling ke arahnya.

“Ah..apaBang! Anne ada balik?” gembira sungguh dia.

Jika Johanmemberitahu akan kepulangan Anne adik iparnya, awal-awal tentu Johan tidak perlubersusah payah hendak memujuknya.

“Hemm..” jawab Johan sepatah, lega.

Senyum segaris. Sudah seratus peratusDidinya kembali.

Didi juga senyum segaris. Satu-satunya adikipar perempuan yang dipanggil Anne akan berada di tanah air.

Anne, yang sedang menghabiskan pengajianPhd di University of Zurich akan pulang bercuti di tanah air. Adik iparnya ini,walaupun masih muda, tetapi Didi rapat dengannya. Anne telah dapat menerima kehadiran Didi di waktu dia memerlukansokongan akibat disisih oleh ibu mertua. Anne yang banyakmemmberi panduan dan nasihat di saat Didi cuba mengambil hati mummy Rina. Tidaksangka, walaupun orangnya masih muda, tetapi bijak. Tidak sia-sia diamenyambung pelajarannya dibidang Social Phychology. Anne pandai mengatasimasalah Mummy secara halus. Bukannya seperti Johan yang hanya “Yes Mummy”. Johan lebih mengikutperangai papa Darus, hanya menurut apa yang disuruh. Menurut bukan keranahendak menjadi pak turut, tetapi kerana malas mendengar leteran.  Mengelak dengar siaran FM Mummy…

Itu yang Mummy Rina terkejut apabilaJohan membuat keputusan di saat akhir membatalkan pernikahannya dahulu.  Dalam diam Johan memberontak juga rupanya.Lagi merbahaya. Terkejut juga mummy Rina masa itu, ingatkan Johan akan menurutsahaja apa yang diaturnya. Jangkaannya meleset, air sungai yang tenang, jangandisangka tidak ada buaya.

Eh! Ape kena mengena air sungai denganJohan dan buaya pula! Memang sah, Johan tidak ada kena mengena sama ada dengan sungai,buaya lagilah tak!

“Didi dengar tak apa yang abang cakap..”ulang Johan, apabila dia lihat, Didi hanya merenungnya.

Terpaku.

Didi hanya kelip mata dan anggukperlahan dalam senyum. Itu sahaja jawapan yang diberi oleh Didi. Johan sudahfaham, Didi gembira. Yang Didi hairan, kenapa pula sang buaya pula yang munculdi dalam kepalanya. Wahai buaya, jangan muncul lagi, “suamiku bukan buaya” 

“Jadi?” soalan sepatah Johan, apabilaDidi tidak menjawab soalannya. Apa kenanya pula isteri aku ini. Salahmakankah?,

“Jadi apa?, kita balik sanalah.. Didi noproblem. Mummy dah okey apa dengan Didi..abang dah lupa!”  jawab Didi berpatah-patah kepada soalan yang sepatah.

“Hemm..” jawabnya, Johan pula hanyamemberi jawapan sepatah.

“Tapinya abang oncall minggu ni kan..?”nada tertanya-tanya Didi.

“Abangtukarlah dengan kawan-kawan abang tu.. dengan Dr. Becky atau Dr. Murad..” pujukDidi.

“Ini family matters bang.. bukanhari-hari kita dapat berkumpul macam ni.. dahlah keluarga masing-masing tak ramaianak. Hanya dua kerat. Kalau sekerat lagi tak ada, tak cukuplah quorumnya..” jawabDidi sambil tangan Didi melengkar ke leher Johan.

Sudah mula dah Didi dengan tektikMutiahnya.

“Hemm..” pendek sahaja jawapan Johan.

Tahulah dia hendak hidup. Tidak perlukannasihat Didipun dia akan merencanakan apa yang patut.

“Dahlah tu,tidur, esok kita kerja…” Johan cuba menamatkan perbualan.

Didimerapatkan dirinya ke dada si suami. Hatinya riang, hujung minggu ini akanbertemu dengan adik ipar yang selalu ada membantunya apabila diperlukan. Banyakcerita yang hendak Didi kongsikan, sekali gus hendak mengadu dan minta khidmatkaunseling si adik, manalah tahu Anne ada idea bernas yang boleh diguna pakai!.Kesah si perempuan Sarawak dan kesah si Mona gedik, salah satu topik agendayang bakal dibentangkan. Terbalik kut, kakak meminta nasihat daripada adik,macammana tu! 

Previous: Bab 7-7
Next: Bab 8-2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora