Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 2-2

“Kalau sayangtak sihat, malam ni abang aje yang masak, sayang rehat., Ubat dah makan..?” tanyanya lagi.

Dah namapunseorang doktor, soalan pertama adalah ubat.

Walaupun tidakada jawapan, Johan tahu Didi mendengarnya. 

Johan tidakberputus asa walaupun hanya dia yang bersuara sendirian.

Selimut di hujungkaki Didi dicapai dan dibentangkan bagi menutup kaki si isteri yang terdedah. Orangtidak sihatkan!

Didi sungguhterharu dengan perbuatan itu. Dari tindakan yang dilakukan, Didi dapatmerasakan si suami masih sayang kepadanya, dia masih mengambil berat tentangdirinya. Tindakan Johan itumembuat dia menjadi serba salah. Dia tahu itu adalah Johan, Johan yang diakenal. Johan suaminya.

Lelaki yangmenjadi teman sekatilnya selama lebih  dari lima tahun.

Begitu susahuntuk Didi hendak menerima hakikat yang suaminya sudah berlaku curangkepadanya.

Didi tidakpercaya,

Sungguh! memangDidi tidak dapat menerima dengan apa yang dilihatnya petang tadi, suaminya keluarbersama perempuan lain.

Kini Didiberfikir dua kali atau mungkin tiga kali, atau mungkin sepuluh kali!

“Mungkin juga pesakit.Salahkah jika seorang doktor keluar bersama pesakit? Mungkin pesakit itumemerlukan perhatian yang lebih. Maksud Didi perhatian dari segi rawatan yang lebihdari pesakit yang lain“ berkata-kata hati Didi.

“Perhatian darisegi perubatan, dan bukan perhatian lebih dari segi lain?“sambung bicara hatiDidi lagi.

Banyak sangat“bermungkin“.

Didi masihbersangka baik.

Hendak mengamukatau hanya terus mendiamkan diri?

Jika diamengamuk, apakah hasil yang dia dapat?

Yang dia tahu,tangannya luka kerana mengamuk tadi. Jika dia mengamuk sekarang, adalah diabakal mendapat gelaran “janda“?

 Jika itu yang berlaku, saingannya, si perempuantadi pastinya bertepuk tangan. Peluang untuk berdamping dengan Johan akan menjadilebih mudah. Itu maknanya, Didi memberi ruang yang terbuka luas kepada Johan.

Oh Tidak! Diditidak sanggup.   

“Aku pastikanitu tidak akan berlaku, aku kena fikir yang terbaik..!” bisik hati kecil Didilagi. Menanam semangat untuk mencari jalan yang terbaik untuk dia dan Johankekal bersama.

Jangan cepatputus asa.

“Perempuangedik, kau boleh belah!”

Didi memandangkepada dirinya. Baru dia perasan, rupanya dia terlena dengan pakaianpejabat masih di badan!. Terlena sehingga tidak sempat menukar pakaian gamaknya

 

Baru beberapaminggu yang lalu dia ada terbaca di ruangan blog, mengesahkan Siti Fatimahbertanya kepada Rasullullah SAW, siapakah perempuan pertama yang akan masuksyurga. Rasullullah menjawab Ummu Mutiah, wanita yang akan mendahului kamumasuk syurga. Wanita yang begitu setia kepada suaminya. Walaupun si suami hanyainsan biasa, seorang petani. Dia akan pasti menunggu kepulangan si suami di depanpintu dengan segelas air dan sebatang tongkat. Jika si suami dahaga, air akandiminumnya.

Jika si suamimarah, nampaknya tongkat itu akan singkah ke badannya. Yang mana tongkat tidakpernah mencicah tubuhnya.

Malah dia sudahbersedia untuk diperlakukan apa sahaja oleh si suami.

Begitu tabah,setia dan hormatnya kepada suami.

SehinggakanRasullullah SAW memberitahu Siti Fatimah anaknya sendiri, bahawa bukan SitiFatimah perempuan yang pertama masuk syurga, tetapi perempuan yang bernamaMutiah.   

Pada mulanya  rasasedih juga Siti Fatimah, tetapi setelah dia sendiri melihat apa yang dilakukanoleh perempuan yang bernama Mutiah itu, dia rasa kerdil dan memang wajarlahMutiah itu terpilih sebagai perempuan pertama yang akan masuk syurga.

 

 TerfikirDidi, apa yang dilakukan sekarang adalah sebaliknya.

Sebagai isteri,dia tidak menunggu Johan pulang di depan pintu. 

Tidakmenyediakan minuman untuk di teguk suami yang baru pulang mencari rezeki.

Tidak adatongkat untuk si suami membuat pilihan.

 Jika Didi menyediakan tongkat, sudah pastitongkat tersebut singgah ke badannya. Mana tidaknya, kepulangan suami hanyamembangkitkan kemarahannya. Suami penat-penat baru pulang dari bertugas, tetapidisambut dengan  protest.

 

“Aku tidakmampu menjadi sepertimu Mutiah, tidak sebesar biji sawipun. Malah aku sudah menjadi isteri yang ingkar..” tersedarDidi dan dia terus mengucap panjang.

Menyedari diasudah jauh tersasar sebagai seorang isteri, terutama apabila tidak menjawab pertanyaansuaminya.  

Previous: Bab 2-1
Next: Bab 2-3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora