Home Novel Kisah Hidup SISIH
SISIH
Lentera Kalbu Shaz
10/1/2020 10:54:07
23,283
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 2
MEMUJUK HATI SENDIRI

Saat cinta berpaling daripadamu, jika kau menyangka dengan sebelah sayap aku akan tersayat maka camkanlah dengan sebelah sayap itu akan aku jelajahi gunung ombak-ombak samudera dan bintang-bintang di angkasa. Maha Suci Allah. Benar, jika kita REDHA, Allah menjanjikan sesuatu yang berada di luar apa yang kita jangka. Alhamdulillah. Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan. Allah tahu apa yang terbaik dalam hidup kita. Dia uji sesuai dengan kemampuan kita. Apa yang perlu adalah kita harus melaluinya. Jalani seperti biasa kerana di penghujung jalan ujian  itu nanti sebenarnya telah disiapkan ganjaran yang setimpal dengan ujian yang kita lalui. Allah itu Maha Mengetahui Segala. Tak perlu tanya aku bagaimana aku mengumpul kekuatan, kerana itu semua kerja tuhan. Tak perlu tanya aku apa yang telah aku lalui kerana itu sudah suratanku dari azali. Aku hanyalah si pejalan kaki di denai kehidupan yang perlu berusaha sampai ke garis penamat kehidupan tanpa gagal. Kontang sudah kolam rasa itu untuk terus mengairi perdu rindu, kering ketandusan bak dilanda kemarau kasih, gersang bak gurun dipanah terik mentari, bagai sehelai dedaun kering yang terbang kemudian hanyut di danau pilu, terapung di tengah pusaran tanpa tahu di manakah tepian akan ditemui kembali. Kupandang ke atas awan membayangkan aku sebagai pelangi itu, walau muncul seketika namun terserlah serinya. Bilaku pandang ke dataran desa itu, kelihatan desa hening tanpa kicauan di siang hari dan tanpa bunyian unggas di malam hari. Hambar mata ku mengundang seribu resah, berbicara cuma hembusan ayat di alam fana walau mata itu sering terpana mendongak mencari cahaya terang dari awan nan kelam. Akhirnya aku teruskan lagi kembara di denai kasih ini agar di hujungnya nanti akanku temui erti sebenar perjuangan abadi.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lentera Kalbu Shaz