Home Novel Kisah Hidup SISIH
SISIH
Lentera Kalbu Shaz
10/1/2020 10:54:07
23,274
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 1

JATUH DAN BANGUN

Coretan ini suatu ketika dulu amat sinonim dalam diriku. Ya. Pada suatu saat aku harus mengalah sedangkan pada masa yang sama aku tak mahu kalah. Akhirnya setelah kejadian itu, aku temui satu kekuatan dalam diri. Kekuatan untuk menerima dan belajar mengikhlaskan sesuatu yang bukan untuk aku. Pelajaran yang kudapat dari hal  itu adalah kekuatan, redha dan pasrah. Jiwaku lahir semula dengan kekuatan yang lebih positif, lebih optimis dan lebih realistik. Aku mula menilai apa yang berlaku terhadap diriku semua itu bersebab bukan saja-saja masuk ke dalam episod hidupku. Pernah suatu saat aku menyalahkan takdir kerana sering berlaku tidak adil. Mereka bahagia, aku berduka. Mereka gembira, aku terluka. Mereka ceria dan aku sugul. Terus menerus menolak takdir ternyata itu  membuatkanku lelah, makin lemah dan hingga pada akhirnya membuatkan aku kalah. Betul. Aku kalah dek sikapku sendiri. Aku karam dek amarahku sendiri. Rupa-rupanya selama ini  aku silap. Kerana menidakkan apa yang takdir telah aturkan. Aku salah kerana menyangkal apa yang sudah tertulis di dalam kamus kehidupan diriku sendiri yang telah semesta aturkan untukku. Kenapa aku langsung tidak  menyedarinya selama ini? Jawapannya sebab aku buta. Buta hati, buta minda dan buta mengambil peluang untukku memperbaiki diri. Setelah itu, aku kumpul sisa kekuatan yang ada diriku, aku mula melebarkan sayap ini menongkah arus deras kehidupan. Aku mula mengasah jati diri agar aku terus teguh berdiri di sini mempertahankan diri ini agar kekal cekal tak pernah mengalah dan lelah sebelum habis berjuang di medan tempur kehidupan. Aku muncul sebagai aku yang baru. Jika dulu aku seorang ibarat seekor burung yang telah patah sayapnya, tidak mampu terbang tinggi. Tetapi kini aku ialah srikandi berbaju besi berjubah api! Ya, itulah aku. Aku tinggalkan kenangan yang memedihkan itu dan aku bangkit sebagai aku yang baru.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lentera Kalbu Shaz