Home Novel Kisah Hidup SISIH
SISIH
Lentera Kalbu Shaz
10/1/2020 10:54:07
23,271
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 6
MEMILIH HATI

Kadang-kadang beberapa pilihan memang tidak perlu diceritakan. Beberapa keputusan tidak perlu dijelaskan. Cukup dijalani sebaik-baik yang aku dapat laksanakan. Sebab tak semua orang mendukung apa yang aku laksanakan. Tidak semua orang memahami apa yang aku inginkan. Serta tidak semua orang suka apa yang aku capai. Di dalam perjalananku ini aku telah belajar mengenai satu perkara iaitu seseorang manusia diuji karakter sebenarnya bukan dengan sejauh mana mampunya sesuatu itu dapat lakukan. Tetapi akan dilihat bagaimana cara menanganinya sekiranya tidak tahu apa yang hendak dibuat. Dari situ juga aku belajar mempercayai bahawa semua masalah pasti ada jalan keluarnya. Aku pernah terdengar kata-kata ini, jika ada orang bodoh bicara, jangan ditanggapi. Jika harus ditanggapi maka tanggapan terbaik untuknya adalah DIAM. Kalian tahu, harimau tetap ditakuti meski sedang diam. Namun anjing akan dilempar jika terlalu banyak menggonggong. Jangan pernah sampaikan pendapat kepada orang yang tak menginginkannya. Tak akan mendapat manfaat pun, malah tidak pula pendapat akan berguna. Di sepanjang penggembaraan juangku ini aku tahu kehilangan memang menyakitkan. Tapi tidak perlu menghindarkan diri dari yang lain. Siapa tahu ada jodoh di antara mereka yang dijumpai. Kebahagiaan tidak selalu membuat aku bersyukur, tetapi bersyukur selalu membantu aku tersenyum. Dalam hidup ada saatnya aku juga tidak dapat memilih selain bertanggungjawab terhadap hal yang dilakukan di masa lalu. Aku percaya masa depan akan menjadi indah bila aku berusaha untuk menerima keadaan sekarang ini. Berbicara tentang RINDU. Ya memang rindu itu berat, jadi biar aku saja yang menanggung. Berterima kasih aku pada masa lalu. Sepahit apa pun ia ibarat guru yang telah membimbingku, bukan membuatku tersiksa menuju masa depan. Saat aku memutuskan untuk memaafkan orang lain, bukan semata-mata kerana orang tersebut layak untuk dimaafkan melainkan aku selalu layak mencari kedamaian, ketenangan di dalam hati. Memaafkan itu dekat sekali dengan damai. Terkadang memberi alasaan saat sedang meminta maaf malah akan mengacaukan perasaan orang tempat kita meminta maaf. Caranya harus beranikan diri. Itu sahaja. Tolong…tolonglah jangan bicarakan tentang kita atau pun kenangan kita. Cukup ceritakan pada mereka bahawa kita ini hanya tinggal cerita. Untuk setiap hati yang telah patah, percayalah selalu ada tangan yang baru siap menyatukan dan membuat kisah. Merasa dia milik kita adalah suatu kesalan dalam cinta. Betul atau salah? Saat cinta meninggalkanmu, segera bangkit dan temukan cinta yang baru. Hidup ini singkat jika hanya untuk duduk bersama kesedihan. Jangan tangisi DIA yang meninggalkanmu demi orang lain. Jika dia cukup bodoh melepaskanmu, kamu harus cukup pintar melupakannya melepaskan bukan beerti menyerah. Tetapi lebih kepada memahami bahawa ada beberapa hal yang tak dapat dilaksanakan. Jangan pernah hanyut dalam kesedihan! BANGKIT DAN HARUS SEGERA BANGKIT! Apabila KAU lahir ke dunia dan hidup ditakdirkan menjadi BADUT untuk menggembirakan orang lain. Akhirnya orang hanya nampak LUARAN kau sahaja. Yang GILA-GILA yang GEMBIRA penuh dengan gelak tawa tiada duka. Itulah hebatnya seorang BADUT. Dan bila…setiap hari kau melalui hal yang sama maka perwatakkan BADUT itu akan sebati dalam jiwa sehingga akan ada satu hari nanti rasa BERSAHAJA itu akan mengatasi segalanya terutamanya perisai menangkis AIR MATA. Hidup menjadi seorang BADUT bukanlah satu kehidupan yang PURA-PURA, tetapi kehidupan NYATA yang sepatutnya begitulah kita melalui dugaan yang ada dalam setiap persinggahan hidup ini selagi kita bergelar manusia. Hidup ini terlalu pendek untuk diratapi. Terlalu pendek masa untuk merasa puas. Terlalu pendek untuk dihabiskan dengan kesedihan juga dengan kegembiraan. Hidup juga terlalu pendek untuk melahirkan rasa bersyukur yang berpanjangan. Demi masa yang pendek ini aku belajar menerima, belajar menilai, belajar menghargai, belajar membiarkan apa yang bukan milikku agar berlalu pergi. Sudah terlalu pendek masa ini untuk aku terus memilih hati yang sesuai utnuk aku puasi dengan keegoan duniawi. Aku hanya perlu berjalan, berjalan dan terus berjalan serta terus berlalu pergi meninggalkan jejak langkahku yang kandas suatu waktu dulu. Hingga akhirnya aku berlabuh lagi di sini, di pelabuhan usang yang jauh di hujung angan. Dalam misi menuju ke arah kemajuan, aku juga harus memiliki dua hati yang berbeza. Hati hitam dan hati putih. Kenapa? Nak maju kita kena fikirkan cara terbaik. Jangan selesa di tahap mana aku berada sekarang. Kerana apa yang aku ada ini aku tahu ia takkan kekal lama. Maka untuk itu aku berusaha ke arah ketenangan jiwa selagi aku mampu berusaha sebaiknya. Sehingga apabila tiba saat itu yang aku nanti semuanya akan berakhir PASTI.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lentera Kalbu Shaz