Home Puisi Cinta Pulanglah
Pulanglah
Lentera Kalbu Shaz
28/1/2021 15:27:08
305
Kategori: Puisi
Genre: Cinta

Duduk aku di sini

Menanti hadirmu saban hari

Mesti tahun telah berganti

Aku masih di sini

Sama seperti aku menghantar pemergianmu 

Suatu masa dulu

Ketika itu

Kau kata

Tunggu aku sayang

Aku akan pulang

Pelang bersama impian kita

Pulang bersama harapan kita

Pulang bersama cinta kita

Kau kata juga

Tunggu aku pulang sayang

Kerana tiada persinggahan lain yang harus ku tuju

Selain pelabuhan bening tasik kasihmu

Ya

Itu kau katakan dulu

Aku masih genggam janjimu itu

Aku memang seorang pencinta setia

Atau aku memang tegar menanggung rasa

Tunggu aku pulang sayang

Itu katamu

Aku masih menunggu dan terus menunggu

Di sini

Di tebing kasih kita

Mungkin hingga akhir nyawa

Meski suatu saat nanti 

Apakah mungkin kita takkan lagi bersama

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.