Home Novel Cinta Hatiku Not For Sale
Hatiku Not For Sale
Batiah Hadi
23/5/2015 22:35:39
454,829
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 12

       HASEF kembali ke dalam bilik. Lama pulak dia berbual dengan Zeti yang seperti curiga itu. Terpaksa dia menipu. Kemudian dah menipu kena pula memujuk. Pujuk pula bukan boleh sekejap. Mahu setengah jam. Dia turutkan sahaja kerenah Zeti kerana rasa bersalahnya itu. Bila semua elok-elok sahaja baru lah dia boleh memutuskan talian.

      Sekembali dia ke bilik hotel bunyi televisyen kedengaran. “Zahra!” panggilnya. Dia ke bahagian sofa dan dia terpempan seketika. Dari tempat dia berdiri dia melihat sekujur tubuh yang duduk tapi tertidur di sofa. Hasef menelan air liur. Dengan baju merah tidak berlengan dan pendek itu Zahra yang lena tidur itu tampak sangat menggoda. 

Hasef menghampiri Zahra perlahan-lahan. Dia duduk di sebelah gadis itu lantas mengusap pipi gadis itu. Zahra tersedar bila tangan Hasef yang hangat berada di pipinya.

Zahra panik. Darah terasa kering di tubuhnya. Ya Allah bantulah aku! Peliharalah diriku Ya Allah, bisik hatinya lantas menolak tubuh sasa Hasef yang mendekat sekuat hati sehingga tangannya merasa sakit. Hasef terpempan.

      “Tolong saya Hasef, jangan apa-apakan saya,” kata Zahra bila dapat melepaskan diri dari Hasef dan cuba ke sudut bilik hotel itu. Dia ingin berlari ke pintu tetapi Hasef menghalangnya.

     “Zahra…nanti dulu…what’s wrong?” soal Hasef hairan dengan penolakan gadis itu. Mata Zahra bulat memandang pada Hasef. Dia tidak rela dirinya dicemari. Tolong Ya Allah peliharalah aku. Doa Zahra tidak berhenti dalam hati bersama debaran yang seolah mahu terkeluar jantungnya. Tolong aku Ya Allah hanya engkau yang mendengar rintihan hati aku ini.

     “Tolong Hasef…jangan buat saya macam ni.” rayu Zahra. Hasef cuba mengejar gadis itu tetapi Zahra sebolehnya mahu mengelak darinya.

     “Zahra…nanti. Nak lari ke mana tu?? Dengar dulu…saya…” soal Hasef mengekori. Zahra tidak mengendahkan. Gadis itu berlari ke arah bilik air pula tetapi secepat kilat Hasef menarik gadis itu tetapi entah bagaimana dia tertarik baju gadis itu dari belakang sehingga terkoyak. Prakkk!!! Gadis itu terkejut. Bahagian belakang bajunya terlerai.

     “Tolong Hasef…tolong jangan…” Hasef lagi terkejut bila baju itu terkoyak sahaja, belakang gadis itu yang berbirat hodoh kelihatan. Bila melihat kesan pukulan di belakang gadis itu terus dia terhenti.

     “Damn!” Hasef statik di situ. Dia terkejut. Hasef terkedu lantas merungkai rambut lebatnya. Ya Allah! Terlongo dia melihat bekas luka di belakang gadis itu!. Ada yang masih merah dan ada yang hanya tinggal parut sahaja. Apa yang sudah berlaku pada gadis itu??? Tiba-tiba hati Hasef terasa dipalu. Dia terduduk. Hasef meraup wajahnya. Astaghfirullahilazim!

    “Siapa pukul awak macam ni teruk sekali???” tanyanya lagi pada gadis yang ketakutan itu. Si gadis memeluk baki baju yang sudah terkoyak agar dapat menutupi bahagian tubuhnya yang tidak sepatutnya ditunjukkan pada seorang lelaki. Tubuhnya terketar-ketar.

     “Aaa…ayah saya….tolonglah Hasef. Tolonglah saya. Jangan apa-apakan saya.. Saya buat ni semua atas paksaan ayah saya. Saya bukan gadis macam ni. Saya tak biasa buat benda macam ini. Jangan apa-apakan saya. Saya merayu Hasef. Tolong jangan apa-apakan saya,” rayu Zahra ketakutan. Tubuhnya masih tergigil-gigil. Air liurnya kering.

     Hasef menghela nafas. Dia meraup wajahnya. Jelas gadis itu mangsa penderaan dan paksaan seorang ayah yang tidak bertanggungjawab. Dan dia mula tersedar salahnya semua itu. Apa yang dia terfikir untuk lakukan tadi?. Tipulah kalau dia kata dia hanya ingin memegang pipi gadis itu tadi. Di sudut hati dia terniat untuk lebih dari itu. Ya Allah apa dah jadi dengan aku ni?? Aku dah gila ke apa?

     Hasef bangun lantas ke bilik air. Seketika kemudian dia mandi membasahkan badannya dengan air shower bersama rasa menyesal yang bertindan-tindan. Teringat ibu dan ayahnya. Sudah tentu mereka malu kalau tahu apa yang dia lakukan sekarang, di bilik hotel pula. Dia juga rasa bersalah pada Zeti. Rasa bersalahnya naik entah ke darjah berapa. Hasef mengeleng-ngeleng.

     Dia sangat kecewa dengan dirinya sendiri. Baru diuji dengan wanita seperti itu sudah goyah. Tipisnya iman ku ini! Mujurlah dia nampak bekas-bekas luka itu. Mujurlah Allah ingatkan dia! Allahuakbar, ampuni aku!

    HASEF keluar semula dengan rambut yang basah. Dia sedikit tersentak. Gadis itu masih di situ. Kini telahpun duduk berselubung dengan selimut membatu di satu sofa. Jelas, dia telahpun membalut dirinya dengan selimut yang ada di situ hanya wajahnya sahaja kelihatan dan ada air mata yang mengalir berderaian.  

    Kalau dilihat lucu pula melihat gadis itu berselubung begitu seperti hantu bungkus. Namun, Hasef tidak sampai hati untuk ketawa. Dia benar-benar simpati dengan gadis itu. Jelas, gadis itu sebaik mungkin mahu menutup tubuhnya seterusnya mempertahankan kehormatannya.

Hasef merungkai rambut yang masih basah. Zahra memandang pada Hasef tepat-tepat. . Mengira-ngira sama ada boleh dipercayai atau tidak. Sama ada lelaki itu berkata begitu untuk memperdayakan dia. Namun, nampaknya lelaki itu seperti boleh dipercayai.

     “Err…jangan marah kalau saya tanya. Kenapa awak ikut saja kata ayah awak tanpa melawan? Kalau betul awak bukan gadis macam tu?” tanya Hasef lembut ke arah gadis itu. Matanya merenung tepat. Gadis itu tidak menjawab hanya memandang Hasef dengan wajah yang bimbang.

Keyakinannya terhadap lelaki tiba-tiba goyah bila lelaki itu merenung begitu. Manalah tahu lelaki itu boleh berubah fikiran pula. Dia menarik selimut yang membaluti rapat-rapat. Hasef tersenyum seolah mengerti perasaan takut dan bimbang gadis itu. Dia kemudiannya

    “Don’t worry, saya tak akan apa-apakan awak. Lepas ni saya akan hantar awak balik.” kata Hasef seolah dapat membaca apa yang dirisaukan oleh gadis itu. Gadis itu merenung lagi. Masih cuba menelah keikhlasan kata-kata lelaki itu. Setelah dia pasti baru dia bersuara.

    “Terima kasih Hasef kerana tak…” kata-kata itu tidak dapat diteruskan. Tak sanggup dia teruskan, membayangkannya pun tidak sanggup.

    “Don’t thank me. Saya ni bukanlah baik sangat. Saya nak hantar awak balik. Saya harap awak dapat lupakan semua ini. Lepas ni jangan lagi kerja macam ni. Buatlah apa pun asalkan bukan kerja seperti ini,” ujar Hasef panjang lebar seolah menasihati pula. Zahra mengangguk.

     “Apa lagi…siaplah.” arah Hasef. Zahra yang berselubung mengeleng-ngeleng.

     “Tak mau balik??” soal Hasef hairan.

     “Bukan…baju saya tadi tu tak boleh pakai lagi. Koyak semua. Macamana nak balik?” soal Zahra. Hasef menepuk dahi. Betul juga. Bagaimana gadis itu mahu balik kalau pakai baju koyak. Kalau nak beli pun, kedai pakaian pula pasti sudah tutup dalam waktu lewat malam begitu. Salah dia juga. Menarik baju gadis itu tak agak-agak.

     “Hmm…baiklah. Kalau macam tu. Awak tinggal dalam hotel ni malam ni. Esok barulah saya hantar awak balik. Saya kena cari baju untuk awak dulu,” ujar Hasef.

Zahra mengangguk lagi. Senyuman terpapar di bibir Hasef. Kasihannya dia melihat gadis itu terpaksa membuat pekerjaan seperti itu kerana desakan dan penderaan. Hasef benar-benar simpati.

     “Berapa umur awak sebenarnya?” tanya Hasef lembut. Baru terperasan selama-lama itu dia tidak bertanyakan umur gadis itu. Dengan solekan tebal itu Zahra nampak agak matang.

    “Umur saya 19 tahun.” jawab Zahra.

     “19 tahun? Kenapa tak sambung belajar lagi Zahra?” tanya Hasef. Zahra mengeluh.

     “Itulah cita-cita saya sebenarnya Hasef, tapi dengan keadaan keluarga saya yang miskin saya tak ada duit nak sambung belajar. Ibu saya pun dah meninggal dunia. Lagipun ayah saya mahu saya bekerja macam ni…. bukan belajar. Bagi dia seorang perempuan tak perlu belajar tinggi-tinggi. Dia kata kalau saya belajar, saya akan menyusahkan dia kerana tiada siapa yang akan jaga adik saya dan nenek saya,” terang Zahra membuka sedikit rahsia kehidupannya kepada lelaki itu.

    "Kenapa tak melawan? Kenapa ikut saja kata-kata ayah awak?”

      “Ayah tu….dia ugut akan jual adik saya kalau saya tak kerja macam ni.” Hasef tersentak lantas mengeleng-ngeleng. Rupa-rupanya masih ada lagi pemikiran sebegitu dalam zaman internet seperti itu. Manusia yang masih berfikiran lama. Dulu dia menyangka seorang wanita yang bekerja seperti itu pasti kerana untuk mendapatkan duit lebih sahaja tetapi dalam kes gadis itu, dia dipaksa pula.

Entah berapa ramai lagi wanita diperdagangkan secara paksa seperti itu. Dalam banyak kes yang mengeksploit mereka bukan orang lain, malahan ahli keluarga atau kawan. Orang-orang yang dipercayai dan sebenarnya bertanggungjawab terhadap wanita tersebut tetapi telah mengkhianati wanita itu. 

     Apalah nak jadi dengan dunia? Zaman telah canggih tapi pemikiran sesetengah manusia masih di takuk lama. Masih mental dunia ketiga sanggup buat apa sahaja asal mendapat wang dan sanggup mengkhianati kepercayaan. Biarpun orang itu darah daging sendiri.

Suasana senyap seketika. Hasef berdehem tidak selesa. Makin lama dia di situ matanya macam tak lepas-lepas memandang gadis itu. Bahaya!

“Baiklah. Sebelum saya hilang pertimbangan baik saya pergi. Seriously, you are too beautiful Zahra. I don’t trust myselfkalau saya terus berada di sini!” bisiknya lirih menahan gelora di dada. Memang gadis itu terlalu menggodanya. Dan dia tidak mahu hilang pertimbangan lagi. Perasaan takut Zahra datang kembali. Dia menarik selimut di bawah dagu rapat-rapat.

      “Esok saya akan kembali dan bawa baju untuk awak.” sambung Hasef. Tiba-tiba Hasef terfikir. Setiap hotel seperti itu ada yukata seperti kimono yang disediakan. Hasef bangun menuju ke wardrobe bilik itu dan mengambil kimono atau yukata dari almari hotel itu dan memberikannya pada Zahra.

      “Nah, buat sementara ni awak pakai kimono ni dulu dan tutup badan awaktu.” suruh Hasef. Zahra mengambil kimono tersebut dari tangan Hasef pantas. Kemudian terus ke bilik air. Hasef hanya tersengeh. Gelihati melihat telatah Zahra itu.

      Aduhai kalau tiada iman mahu saja dia memeluk gadis itu tadi. Tapi dia sedar kalau dia berbuat demikian sudah tentu dia tidak dapat berpaling lagi dan seterusnya musnahlah segalanya. Bukan sekadar diri gadis itu tetapi dirinya juga musnah, fikir Hasef lalu keluar dari bilik hotel itu. Dia masih rasa begitu ralat namun dia bersyukur tiada apa-apa yang berlaku yang dia perlu sesalkan. Ingatan itu membuatnya sedikit lega.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.