Home Novel Cinta Hatiku Not For Sale
Hatiku Not For Sale
Batiah Hadi
23/5/2015 22:35:39
455,461
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 11

SUNGGUH Zahra merasa kekok sebaik sahaja pintu bilik hotel dibuka oleh Hasef. Kalau boleh dia tak mahu masuk. Dia seolah dapat mengagak apa yang menanti.

    “Jom masuk…don’t worry, I tak makan orang.” gurau Hasef. Zahra hanya tersenyum senget. Mungkin dia tak akan dimakan tapi ada yang lain yang dia lebih bimbangkan.

  Hasef lantas menarik tangan gadis itu. Pelik kerana gadis itu seperti malu-malu pula. Bukan dia dah biasa ke? desis hati Hasef. Dia kan gadis escort. Dah biasa meneman lelaki yang kesunyian. Hah, kesunyiankah aku ni? bisik hati Hasef lagi. Wajah Zahra ditenung sekilas. Alamak makin comel pulak dia ni??? Kau jangan buat masalah pula Hasef! marah Hasef pada dirinya.

  Zahra masuk juga bila ditarik begitu. Pintu bilik hotel itu tertutup di belakangnya. Zahra tersentak. Perkara pertama yang dia nampak adalah katil King yang terhias kemas nampak sangat besar di bilik itu. Mata Hasef juga di katil itu sebentar sebelum mengalih pandangan. Haish, bahaya, desis hati Hasef.

    Zahra memandang pada Hasef dengan wajah bimbang. Mana tidaknya, sekarang hanya dia dan lelaki itu sahaja berdua dalam bilik itu. Apa pun boleh berlaku. Zahra menelan air liur.

Hasef pula hairan melihatkan Zahra yang tercangak-cangak. Sesuatu yang tak dijangka dari seorang gadis escort. Adakah ini satu lakonan sahaja? Lakonan malu-malu untuk menggoda seorang lelaki sepertinya? Okay, pastikan aku tak tergoda! Hasef mengingatkan dirinya. Niat asalnya hanya untuk berbual-bual sahaja. 

   Dia cepat-cepat menarik Zahra ke bahagian hotel yang terletak sofa dan meja kopi. Tak sanggup berlama di ruang yang ada katil itu. Tangan Zahra dilepaskan. “Okay…duduklah… make yourself comfortable..” kata Hasef.

       “Saya nak minum kopi lah. Awak ada nak pesan apa-apa?” pelawa Hasef pada Zahra yang sedang melabuhkan punggung di salah satu sofa di bilik itu. Zahra pantas mengeleng. Dia bukanlah peminat kopi. Dan jarang dia makan minum di waktu malam untuk kopi dan kuih muih. Untuk orang miskin seperti dia, dapat makan 2 kali sehari pun sudah cukup.

      “Jom lah minum dengan saya. Kopi?” Zahra geleng lagi. “Teh??? Jomlah Zahra. Awak kan peneman saya malam ni. My escort girl. Please be sportingboleh?. Saya pesankan teh ye?” Barulah Zahra mengangguk.

      “Okay teh pun teh la…asal awak teman saya. Dan juga cheese tart and churros, my favorite. Pernah makan?” Zahra geleng. “Awak patut cuba,” ujar Hasef riang lantas mencapai telefon di dalam bilik itu.

      Zahra hanya memerhatikan sahaja. Bukankah tadi mereka sudah makan malam dan sekarang lelaki itu mahu makan lagi? Melirik pada susuk tubuh lelaki itu tak nampak pula dia ada masalah berat badan pula. Malahan badannya kemas dan segak sahaja. Abang sado lagi, bisik hati Zahra melirik pada Hasef. Namun, segera dia mengalihkan pandangan. Bukan boleh pandang lama-lama!

      “Okay, mereka akan hantar supper kita sekejap lagi.” ujar Hasef mengambil tempat di sofa bertentang dengan Zahra. Dia tersenyum pada Zahra yang hanya tersenyum nipis. Risau dia melihat senyuman Hasef itu. Senyumnya seperti meleret sahaja dengan mata tak lepas-lepas dari wajahnya. Zahra berdehem tak selesa. Arggh! Kenapa pandang-pandang pulak ni?. Buat hati dia kian berdebar sahaja.

       “Zahra…saya..” ujar Hasef namun apa yang hendak dikatakan terbantut bila satu panggilan telefon kedengaran. Hasef melirik pada telefon bimbitnya. Tertera nombor tunangnya Zeti. Alamak!. Zeti ni macam tahu-tahu sajalah, desis hatinya. Dia bingkas bangun lantas keluar dari bilik itu untuk mengambil panggilan tersebut.

      Zahra yang melihat lelaki itu mendapat panggilan menjadi resah sendiri. Entah-entah itu panggilan dari ayahnya atau Rocky yang ingin tahu sama ada dia menjalankan tugasnya atau pun tidak. Habislah dia kalau lelaki itu merungut tentangnya. Dia tidak mahu ayahnya bertindak terhadap adiknya pula. Zahra menggigit bibir risau.

      Seketika kemudian makanan yang dipesan tiba namun Hasef masih lagi belum pulang ke bilik itu. Zahra kebosanan lantas memasang televisyen. Dia kemudian tmenekan remote untuk memilih beberapa saluran sebelum sampai ke saluran yang memaparkan rancangan yang menarik baginya. Kebetulan ada tayangan filem lama “Pretty Woman.” 

      Melihatkan Julia Roberts di dalam rancangan itu menyebabkan dia makin risau. Eh, macam tahu-tahu pula. Kisahnya seperti Pretty Woman kah? Menjadi seorang prostitute yang kemudian mendapat cintanya seorang lelaki kaya raya? Oh tidak…dia tidak mahu menjadi seperti itu. Dia bukan prostitute. Dia mahu cerita yang lebih baik dari itu untuk dirinya. Tapi mampukah dia? 

       Lelaki seperti Hasef memang mampu mencairkan hati wanitanya dengan sifat gentlemannya. Tapi dia nekad. Apa pun terjadi, dia akan mempertahankan kehormatannya. Biar pun dia akan mati mempertahankan dirinya dia sanggup. Apa jadi kalau dia dipaksa? Zahra makin galau. Ya Allah bantulah aku! Tolong Ya Allah peliharalah aku kerana aku bukan wanita seperti itu. Dia wanita yang tahu dosa pahala.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.