Bab 10

Hujan akhirnya berhenti. Kopi dan kuih pau tidak lagi bersisa. Aku risau dengan selera makanku yang mengejut. Ketika Adin mengajakku keluar dari kafe itu telefonnya turut berbunyi. Dia pantas menjawab sambil berjalan ke kaunter membayar harga makanan.


“Sudah dapat, bagus.”

Katanyasambil mengangguk-angguk.


“Hantarrakaman cctv tu ke nombor saya. Terima kasih.”

Selepasperbualannya tamat kami sama-sama berjalan keluar dari kafe. Sekali lagi akududuk berdiam di dalam kereta menunggu Adin menghidupkan enjin keretanya.Bagaimanapun sebaik masuk, dia tidak berbuat demikian. Sebaliknya Adin melihatsesuatu di dalam telefonnya. Aku menunggu. Ada sesuatu yang membuat lelaki itufokus pada telefon.

Setelahdia selesai, Adin meletakkan telefonnya di tengah-tengah permukaan keretasecara melintang.

“Tengok ni,” kata Adin.


Akumenurut arahan dan membongkok ke depan memerhatikan betul-betul apa yangdiminta Adin. Kelihatan dalam video itu seorang lelaki kelam-kabut mengambilsebuah beg besar dan minit seterusnya mengejutkan sungguh, aku melihat dirikusendiri di luar kedai sedang dalam keadaan cemas dan mundar-mandir di depan kedai.Apa yang aku buat di situ? Di kedai 7E yang sama kami kunjungi awal-awal tadi.Tingkahku jelas bingung seperti mencari-cari sesuatu. Di dalam rakaman cctv ituaku seperti sedang sakit ketika memegang kepalaku sendiri yang aku sendiri taktahu kenapa sebelum masuk ke dalam kedai 7E.

“Apayang berlaku?” aku tertanya-tanya.

Satulagi rakaman jelas kali ini dengan suara yang jauh tapi masih boleh didengar.Masih lagi aku, sedang bertanya pada seseorang.

“Adik,nampak tak bagasi saya di luar? Di situ... dekat pintu kedai ni,” carakubertanya benar-benar menunjukkan sikap takut dan kebingungan.

“Takada. Tak ada kak,” jawab pekerja di kaunter.

Dialogseterusnya tidak begitu kedengaran sebab agak pantas, aku cuma mendengartentang, jalan dan polis dari pekerja di 7E. Kemudian aku bergegas keluar dari7E, rakaman cctv dari luar nampak jelas menunjukkan aku sedang berlari keluardari kedai 7E itu sebelum video itu tamat.

Akuberpaling kepada Adin dan bertanya lagi.

“Apayang berlaku?”

Adinkaku bersandar.

“Adin.”

Diamenghela nafas. “Bagasimu dan beg tangan dicuri masa kau leka.”

“Adakahitu maksudnya berita yang tak baik?”

“Ya.Tapi kau boleh buat laporan kehilangan dokumen-dokumen kau pada polis danrakaman ini boleh dijadikan bukti. Jelaslah pada malam itu kau cuba menyeberangjalan hendak buat laporan kepada polis tapi aku telah melanggar kau.” Adinsekali lagi melihat rakaman video itu dengan lebih teliti.

Akusudah faham apa yang berlaku dan kenapa aku bersama Adin sekarang. Selepas bagasikuhilang, aku sebenarnya cuba membuat laporan kepada polis dan perlu menyeberangjalan tapi malangnya aku dilanggar kereta yang dipandu Adin. Kemalangan itumenyebabkan aku mengalami masalah ingatan dan menyebabkan Adin tidak dapatmenjelaskan identitiku kepada pihak hospital lalu dia menyamar sebagai suamiku.Jadi apa yang harus aku buat sekarang?

“Akuakan cari lelaki yang mencuri bagasi kau,” kata Adin dan mula menghidupkanenjin keretanya selepas beberapa minit.

“Dimana kau nak cari?”

“Serahkanpada aku.”

“Bukankahaku sepatutnya buat laporan kepada err...”

“Polis?”

Akumengangguk. Itulah sepatutnya aku perlu lakukan dari awal.

“Besokaku akan hantar kau ke sana. Malam ni aku perlu mencari maklumat lain,” kataAdin dan terus memandu menuju entah ke mana.

Akutidak lagi bersuara. Lebih baik aku bersikap menurut memandangkan Adin satu-satunyaorang yang paling aku harapkan. Dan dia lebih tahu keadaan di tempat ini. Untukbeberapa minit mulutku berjaya kusenyapkan walaupun perasaan tertanya-tanyasemakin kuat melihat kereta yang dipandu Adin masuk ke celah-celah pelusukbangunan yang sebelumnya ramai orang sehinggalah tidak ada seorang pun manusiaberjalan-jalan di sekitarnya.

Sesekaliaku mengerling Adin yang terlalu menumpukan perhatian sehingga aku merasakandia mungkin tidak menyedari yang aku ada di sebelahnya. Kemudian sekali lagi,keretanya berhenti di tepi bangunan yang kelihatan kotor. Lampu hadapan keretaditutup. Keadaan sekeliling sangat suram, hanya satu cahaya dari satu sudutyang membantu menerangi sedikit lorong sunyi itu. Adin membuka kereta. Dia punturun. Enjin kereta dibiarkan kekal terus hidup.

“Kauke mana?”

“Tunggudi sini.” Pesannya lalu menutup pintu dan berjalan pergi.

Akutersentak di tempat duduk kerana langsung tidak disuruh berbuat apa-apa.Sekejap sahaja dia sudah menghilang di sebalik lorong menghala ke arah kanan. Untukseseorang yang hidupnya diselubungi pelbagai persoalan menunggu bukanlah suatuperkara yang aku suka sebenarnya. Minit-minit awal aku masih tenang menunggukemunculan Adin semula. Jam yang berdetik di depan kukerling setiap minit. Tapisemakin lama di situ, Adin belum juga muncul perasaanku mula ditusuk suatuperasaan lain, perasaan... kebimbangan bukan takut.

Akubimbangkan Adin namun memaksa diriku berdiam di dalam kereta yang enjinnyamasih belum dimatikan. Suasana di lorong itu agak sunyi. Kepalaku langsungtidak ikut diam, sekejap-sekejap melihat ke depan, ke belakang, ke pintu. Entahberapa lama aku berkeadaan sedikian tetapi Adin belum keluar dari lorong yangdimasukinya tadi. Perasaan gelisah semakin membuat aku hilang keupayaan untukbersabar. Macam mana kalau Adin tak datang sampai esok pagi? Adakah aku perludapatkan bantuan polis. Bagaimana caranya hendak mencari polis di sini?Bermacam-macam fikiran yang terbayang dalam kepalaku.

“Manadia pergi?” bisikku sendirian. Kalau ada apa-apa yang berlaku pada Adin dilorong itu tentu aku pun akan turut terlibat memandangkan kedudukan kereta Adintidaklah berapa jauh dari kawasan yang aku fikirkan di mana Adin berada ketikaini.

Sudahsejam lebih. Aku tak mampu menunggu lagi, pantas aku membuka pintu kereta danturun dengan perasaan ragu. Langkahku berhati-hati dan mataku memerhatikankawasan sekeliling setiap kali terdengar bunyi hon kereta dari jalan raya akuakan berpaling ke belakang.

Tiba ditepi bangunan paling belakang, aku memiringkan sedikit kepala cuba mengesan dimana Adin. Tapi aku silap, dia tidak ada di situ, kawasan itu juga sunyi.Lantas aku melangkah lebih berani dan membelok masuk ke dalam lorong dengan dadakuberdebar-debar. Oh, ada cahaya kulihat menerangi pertengahan lorong itu. Akumelangkah lagi ke hadapan sebelum aku bersembunyi dari balik tong sampah.
Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.