TIRA SUA BUKU
yang dicari Filia. “Mana kau jumpa? Kenapa aku tak nampak pun tadi?”
Tira
tidak menjawab, dia terus duduk menghadap Filia. Helaian buku itu diselaknya. Dia
bersuara perlahan, “Filia sampai bila nak berterusan begini?”
Mukadimah
dari Tira cukup untuk membuatkan riak di muka Filia berubah. Filia buat-buat
tidak memahami. Tira tarik buku dari tangan Filia. Filia tarik muka.
Tira
langsung tidak mempedulikan Filia dia terus berkata, “Dengar sini, kau yang
sebenarnya lari dari perasaan sendiri. Ego. Kau dan Farhan sama-sama ego.
Sahabat? Pada pendapat aku lelaki seperti Farhan tidak akan menjalinkan
persahabatan dengan seorang wanita melainkan dia ingin bersama dengan wanita
itu seumur hidup. Kalau tidak untuk apa dia hendak mengenali kau dengan begitu
mendalam.
Farhan yang mana kau sendiri tahu identiti
sebenar dia. Dia itu kalau boleh, petik sahaja jari dan akan datang beribu
peminat dia melutut mahu menjadi teman wanita dia. Selama ni semua orang
menyangka gosip itu ini tentang dia semua benar tapi aku tengok, setiap kali
dia ada masa yang terluang dan tidak ada show, dia bersama siapa? Walaupun
hanya terperuk je dalam library, dia sanggup.”
Filia
terpempan mendengar kata-kata Tira. Tira
sebelahkan Farhan? Jadi aku yang bersalah? “Tira, kau rasa aku yang
bersalah? Farhan dia yang mulakan dulu. Dia mogok suara dengan aku dan kau
menangkan dia?”
Tira
menjawab pertanyaan Filia dengan, “My dear, kau dan Redza itu hal
yang patut kau selesaikan. Barulah kau akan ‘dapat’ Farhan semula.”
Filia
menongkat dagu. “Aku selesa berbual dengan Redza, dia hanya sekadar teman biasa
yang mudah di ajak berbual itu dan ini. Farhan pula, mulanya amat merimaskan tetapi
lama kelamaan aku berasa tenang dan selesa dengannya. Dari dialah aku mula
belajar semula apa itu sahabat. Dia jujur dalam setiap tutur katanya. Dia tidak
pernah sekali pun bertanya mengapa aku begitu benci persahabatan walaupun jauh
di sudut hati pastinya dia ingin tahu. Cakapnya terkadang tu berisi
kadang-kadang aku terasa dia bukan calang-calang orang. Jujur aku katakan dia
kawan terbaik aku.”
Senyap.
Mata masing-masing terpaku pada seseorang.
“Redza?
Awak buat apa di sini?” tanya Filia. Dia tepuk dahi. Soalan yang agak bodoh? Inikan perpustakaan?
Redza
menjawab juga soalan bodoh Filia. “Final exam makin dekat so final spot check?!”
Dia mengukir senyum, “Anyway, seminggu lepas final exam
kelab rimba ada buat jungle trekking dekat hutan
simpan jadi nak ikut tak? Pakejnya lengkap siap dengan mendaki gunung.”
Mata
Filia dan Tira bertemu. Harapnya Redza tidak mendengar butir-butir perbualan
mereka berdua kalau tidak masak gulai kawahlah malam ini.
“Girls,
macam mana jadi atau tidak?” tanya Redza.
Filia
angguk.
Tira
pandang Filia. “Seriously
it’s a no!”
Filia
kelam tidak faham. “Kenapa pula? Boleh hilangkan tekanan apa?”
Tira
bangun dan menarik Filia agak jauh dari Redza. “Filia, kau sendiri tahu
kesihatan kau kurang mengizinkan. Jadi, jangan pergi.” bantah Tira.
Filia
mencebik, “Baiklah, kalau kau risau apa kata kita pergi bersama?”
Tira
menarik muncung. “Filia you better take my advice as a note!”
tuturnya tegas.
Filia
terus berjalan ke arah Redza. “Baiklah, kami ikut, awak beritahu sahaja bila
dan kami akan terpacak sejam lebih awal!”
“SATU jam lebih
awal? Yalah tu, sekarang dah hampir pukul 9.” bebel Tira. “Dia orang mesti dah
bertolak. Leganya hati aku, jadi tak payahlah kau memenatkan badan daki gunung
segala.” bebelnya lagi.
Filia
tidak mengendahkan bebelan Tira, kakinya di hayun laju menuju ke tempat
berkumpul. Matanya bulat. Bas masih ada. Pelajar-pelajar pun masih ada yang
berbual di sana sini.
Dia
menarik nafas lega. “Tira tengok kita taklah lambat sangat, masih ada lagi yang
belum datang.”
Redza
menghampiri mereka berdua, “Assalamualaikum, dah lama sampai? Kenapa saya tak
nampak awak pun tadi?”
Filia
sengih. “Waalaikumussalam, sebenarnya saya baru sampai,”
Tira
ketawa. “Redza, kalau awak nak tahu dia ni susah sikit nak bangun pagi.”
Filia
jeling Tira. Redza turut ketawa. “Rasanya semua dah ada, mari kita bertolak.”
SEBAIK
kaki melangkah keluar dari perut bas, Filia tidak lepas dari menjamu mata
melihat panorama indah ciptaan tuhan. Tira mencuit bahu Filia, “Kau sudah makan
ubat?” bisiknya perlahan. Filia angguk. Tira berpesan, “Kalau kau rasa tak
sedap badan, kau beritahu aku. Jangan pendam seorang diri.”
Filia paut bahu temannya itu. “Tira, terima
kasih ambil berat hal aku tetapi setakat ini aku okey.” Lambat-lambat Tira
mengangguk. “Baiklah, aku percayakan kau.”
Redza
melaung memanggil mereka berdua, “Filia, Tira... mari sini dengar taklimat.”
Filia dan Tira berlari anak mendapatkan Redza.
“Baiklah
semua, kalau boleh saya mahu anda semua bekerjasama, jangan sesekali berpecah
dari kumpulan ini.” beritahu Pak Abu, selaku pemandu arah dan renjer di hutan
simpan ini. “Kalau ada yang berasa kurang sihat segera maklumkan pada saya atau
rakan anda.”
Usai
taklimat, mereka mula bergerak. Sepanjang trek Pak Abu tidak jemu menerang itu
dan ini. “Ini sejenis tumbuhan herba, namanya gelenggang padang. Bukan
gelanggang iya. Ingat apa gelanggang bola, badminton?” Meletus tawa mereka
semua mendengar jenaka Pak Abu.
Dia
menyambung lagi, “Daunnya boleh di buat mengubati penyakit panau dan kurap,
caranya bubuh dalam minyak tanah cincang lumat dan sapu pada tempat kurap atau
panau.” Filia, Tira dan Redza serta rakan-rakan yang lain begitu kusyuk
mendengar penerangan Pak Abu.
“Dan
yang ini pula…” Jari telunjuknya di halakan ke kanan, “Kamu tengok buah pokok
ni, ini pokok apa?” tanyanya pula.
Serentak
mereka menjawab, “Nangka!” Ada juga dua
tiga yang menyebut cempedak. Pak Abu geleng kepala, “Salah!” Dia ketawa kecil
melihat riak muka masing-masing yang sudah pelik
dan
kehairanan, “Namanya pokok buah bakung. Sekali pandang memang nampak macam
cempedak atau nangka. Bijinya boleh dimakan dan di rebus buat ulam, cecah
dengan sambal belacan memang sedap.”
Mendengar
sambal belacan ada yang menelan air liur, lapar. Filia ketawa. Tira senyum.
Redza melihat jam di tangan. “Sudah hampir menginjak tengah hari. Pak Abu kita
berhenti makan sebentar, nanti dalam setengah jam kita gerak semula,”
Pak
Abu angguk, “Molek sangatlah tu, saya pun dah lenguh mulut bercakap dari tadi,
yang kamu semua ini asyik angguk saja kerjanya, entahkan faham entah tidak!” kata-katanya
di- sambut dengan hilai tawa.
Sedang
enak menjamu selera, terdengar jeritan kecil dan esak tangis seorang pelajar
perempuan. Rupanya kakinya di cium pacat. Pecah ketawa di kalangan pelajar
lelaki, tidak kurang ada yang menyakat.
Tidak
ketinggalan Filia, dia datang menghampiri rakannya itu, “Ku Zahara,” panggilnya
lalu sebotol air minuman kosong yang penuh dengan pacat disuakan hampir
mengenai muka Ku Zahara. Dia lari menjauhi Filia. Filia ketawa terbahak-bahak.
Tira
juga tidak menyangka Filia seberani itu. Dia sendiri geli dengan pacat, Filia
pula dengan selamba pegang pacat yang masih hidup dan boleh pula di buat
bermain sebelum di masukkan ke dalam botol kosong. “Filia kau jauhkan botol tu
dari aku. Nanti jangan tanya kenapa muka kau dapat cap mohor dari aku.”
Filia
sengih. “Benda alah yang kecik macam ini pun kau takut, bukannya dia boleh buat
apa-apa pada kita pun.” sakat Filia, di tangannya masih ada beberapa ekor pacat
yang akan di masukkan ke dalam botol. Di dekatkan pada muka Tira mengacah.
Tira
terjerit kecil, dia berlari dan menyorok di belakang Redza. Redza senyum geli
hati melihat telatah Filia yang gemar mengusik itu.
Pak
Abu menghampiri Filia yang sedang ralit mencari pacat bersama rakan-rakan
lelaki.
“Anak
ini dulu membesar di kampung?” Filia angkat kening bertanya. “Pak Abu tengok
kamu ni langsung tak takut dengan pacat. Selalunya kalau budak perempuan mereka
ini paling takut dengan pacat, lintah. Geli. Kamu tak geli?”
Redza
turut berminat untuk mendengar yang lain juga turut memasang telinga.
Filia
senyum. Dia geleng. “Saya membesar di bandar. Ayah saya dia minat memancing,
dia selalu ajak saya ikut sekali. Saya ni anak tunggal. Jadi saya ikut
sahajalah ayah, sekadar nak mengambil hati dia. Lama-lama saya dah terbiasa
main dengan cacing, pacat dan juga lintah.” ceritanya ringkas.
Pak
Abu senyum. Patutlah…
“KECILNYA
pandangan dari atas ini. Indahnya…”
Filia terkagum sebentar. “Betapa agungnya ciptaan Ilahi.” Dari jauh kelihatan
laut terbentang luas dari atas puncak gunung. Berbalam-balam bukit kecil yang
di selaputi awan yang singgah memayungi.
Tira
mendekat, “Cantiknya, Filia…”
Filia
sengih, “Kau tengah puji akukah? Terima kasih!”
Tira tolak bahu Filia, “Jangan nak terperasan
sangat, aku tengah katakan yang pemandangan dari atas ini sangat cantik dan
memukaukan mata kita yang memandang dan bukannya aku memuji kau, ada faham!”
Filia
ketawa. “Alahai, sahabat aku yang seorang ini, seriusnya dia…” Tawanya
terhenti. Tiba-tiba Filia terasa kepalanya seakan dicucuk duri, tangannya
cepat-cepat meraba isi di dalam beg.
Tira
turut membantu. “Filia, kau okey tak ni?” Tira kelihatan cemas sangat. Dia
risau melihat muka Filia yang sudah berubah menjadi pucat lesi.
Filia
terus menelan ubat. Di teguk air perlahan-lahan. Tira membaringkan Filia ke
ribanya, “Kau tidur sebentar, nanti aku kejutkan..”
Sebelum menutup mata Filia sempat bergurau
dalam letihnya itu, “Kau jangan tinggal aku, nanti aku terbang cari kau…”
Tira
tertawa perlahan, “Aku takkan tinggalkan kau, sahabatku.” Dan aku takkan
sanggup kalau aku kehilangan kau wahai sahabat, rintih Tira sendiri.
Redza yang sekadar memerhati sedari
tadi, berjalan perlahan mendekati, dia bertanya Tira, “Filia dia nampak macam
teruk? Dia sakitkah?”
Tira
geleng. “Tak adalah, dia baik, agak letih sedikit dan juga mengantuk.”
kata-kata Tira disambut dengan tawa oleh Redza. Tira juga ikut ketawa.
FARHAN
BERJALAN ke hulu ke hilir. Fikri langsung bertanya, “Farhan kau ada masalah?”
Dia geleng kepala. Fikri sengih. “Filia? Kau resah sebab mogok suara dengan
dia? Kau teringin sangat hendak berjumpa dengan dia?”
Farhan
masih sepi tanpa suara. Benar mulutnya yang agak lancang bersuara sehingga
melukakan hati Filia. “Fikri aku tahu aku salah, aku yang ego, berat sangat nak
mengaku aku yang terlebih batas kali ini.”
Fikri
angkat kening bertanya, “Hmm… dah tu tunggu apa lagi, telefonlah dia.”
Farhan
mendail nombor telefon Filia. Berkali dicubanya namun gagal di hubungi.
Akhirnya… “Filia…?” Tiada jawapan. “Hello…?”
Selang
seminit suara garau seorang lelaki menyapa gegendang telinga, “Awak ini siapa?
Redza?” teka Farhan kerana setahunya Filia dan Tira turut serta dalam ekspedisi
kelab rimba. “Filia mana?”
Sebaik
mendengar ayat terakhir Redza. Farhan terus rebah, tidak sedarkan diri. Fikri
kelam kabut mendapatkan Farhan. Telefon bimbit di capai, suara di sebelah sana
bertanya, “Farhan awak dengar tidak? Filia dia ada di hospital. Hello?” Sebelum
menutup talian, Fikri bertanya lanjut di hospital mana Filia ditempatkan.
Farhan juga segera di bawa Fikri ke hospital. Bimbang sakit Farhan menyerang
kembali.
“TIRA, kenapa
aku boleh ada di sini?” tanya Filia sebaik sahaja terbangun dari perbaringan.
Tira menyuruh
Filia merehatkan badan, “Kau jangan bergerak banyak sangat. Badan kau masih
lemah. Kemungkinan kau bakal di tahan selama beberapa hari.”
Mata
Filia terbeliak, mindanya separa sedar teringat kembali kejadian yang berlaku
petang tadi, “Maksud kau aku pengsan sebaik sahaja mendaki turun petang tadi?”
Tira angguk mengiyakan. “Redza? Dia yang
bawa aku ke sini?”
Tira
angguk lagi, “Muka Redza masa tu pucat gila. Dia memang risau yang teramat.
Satu lagi, Farhan telefon kau dan Redza beritahu kau masuk hospital.” Filia
pegang bahu Tira. “Farhan? Mana dia? Dia ada di luar?”
Tira
geleng kemudian angkat bahu. “Jangan mengharap sangat Filia, dia tak datang
pun.” Tira mengambil hirisan buah epal lalu di suapkan ke mulut Filia.
“Filia,
awak sudah sedar. Lega hati saya.” Entah bila Redza sudah mengambil tempat di
sebelah Tira. Filia senyum. “Terima kasih tolong bawa saya ke sini.” Matanya
singgah pada Tira mengisyarat agar membantunya.
“Satu
sahaja saya nak tanya kenapa awak sanggup mencari bala, menempah maut ke atas
diri sendiri?” Tanpa mukadimah Redza terus sahaja meledakkan amarahnya. “Kalau
awak dah tahu diri kurang sihat kenapa berkeras juga nak mendaki? Awak Tira
sebagai kawan sepatutnya nasihatkan dia, ini tidak awak ikut rentak dia…”
Bak
peluru berpandu lancar sahaja Redza memarahi Filia dan Tira persis seorang
abang yang begitu mengambil berat akan keselamatan adiknya.
Suara
Filia bergetar, “Redza awak rasanya agak terlebih risau, saya hanya letih dan
kekurangan air dalam badan.”
Redza
senyum sinis, “Masih lagi nak menipu? Saya dah tahu awak sebenarnya sakit betul
kan?” Tajam mata Redza merenung Filia.
Filia
menunduk. “Mana ada saya sihatlah!”
“Kalau
begitu kenapa awak nampak resah? Benarkan?”
Filia
membisu. Takkanlah doktor terberitahu dia
penyakit aku..
“Doktor
terberitahu saya, dia salah sangka saya ini abang awak jadi tak perlu awak nak
berdolak-dalih lagi.”
Filia
angkat muka. Dia boleh dengar suara hati
aku? “Redza? Awak dah tahu?”
Redza
lambat-lambat mengangguk, “Memang ianya masih di peringkat awal tapi jangan
sampai mengabaikan kesihatan dan berlagak macam awak itu sihat. Faham!”
Tira
ketawa perlahan setelah agak lama mematungkan diri. “Redza, awak bercakap macam
awak ni abang Filia.”
Redza
menyilangkan tangannya, kemudian tersenyum penuh makna, “Terlanjur awak cakap
macam tu, Tira. Mulai dari saat dan detik ini, saya angkat diri saya jadi abang
Filia!”
Ternganga
mulut Tira dan juga Filia, “Apa dia?”
Redza
sengih, “Jadi Filia dan kau juga Tira kena panggil aku abang, ada faham?”
Hilang terus frasa saya, awak dari mulut Redza.
“Abang?
Hish, tak naklah dah macam laki bini pula,” ujar Tira membantah.
Lama
Filia berfikir. Aku anak tunggal. Bagus
juga merasa ada seorang abang. Bolehlah aku buli dia.
Filia
senyum tiba-tiba, matanya terkebil-kebil, “Baiklah, tapi dengan satu syarat
saya nak panggil awak Along bukan abang?”
Redza
angguk, “Yalah, adikku sayang.” Kemudian
mereka bertiga tertawa.
“Along
tolong simpan rahsia ini, terutamanya daripada Farhan, Filia tak mahu dia tahu
tentang penyakit ni.”
Redza
diam, lama baru dia mengangguk, “Along ada beritahu dalam telefon Filia masuk
hospital. Lepas itu Fikri ke nama kawan si Farhan tu yang tolong mengangkat
sebab lepas along beritahu terus tak terdengar suara dia. Tadi on the way
nak masuk ke sini along ada ternampak Fikri. Ingatkan nak masuk ke sini tapi
dia masuk wad lain.”
Filia
kerut dahi, “Wad lain? Wad apa along?” tanyanya.
“Kalau
tak silap, wad untuk pesakit jantung.”
Pandangan
Filia terus kelam. Sayup-sayup kedengaran suara Redza dan Tira memanggil
namanya dan doktor.