ORANG
RAMAI mulai membanjiri luar stadium. Ada juga yang berkhemah semalaman, hanya
tidak mahu terlewat menghadiri konsert Ariel.
Filia
melilau mencari kelibat Farhan. “Dia suruh aku tunggu sini. Dia sendiri batang
hidung pun tak nampak. Konsert dah nak mula ni. Hishh, mana dia ni?” rungutnya,
mata pula tidak lepas dari melihat jam ditangan. Dilihat para peminat mula
beratur untuk masuk ke dalam stadium.
“Kredit
telefon time macam
ni lah dia tak ada pun” bebelnya lagi. Terasa ada seseorang menepuk bahunya. Dial
menoleh, “Fikri?!! Farhan mana?”
Fikri
tidak menjawab. Riak mukanya agak serius. “Kau ikut sahaja nanti kau tahulah.”
Filia
terpingga-pingga. Sungguh aku tak faham!! Apa semua ni? “Hah? Kenapa pula aku
kena ikut kau? Aku tengah tunggu Farhan ni!!”
Filia
tertoleh ke kiri dan ke kanan. “Fik, masuk sebelah sana, yang kita ikut jalan
ni nak pergi mana?”
Pertanyaan
Filia tidak di jawab. Fikri memanjangkan langkah, Filia dalam terpaksa mengikut
sahaja.
“Fikri
ini…” Mulutnya terlopong tidak percaya. Sekarang dia berada di hadapan bilik
persalinan Ariel? “Pak guard, dia orang kenapa buat tak tahu saja?” Ni dah pelik dah ni.
Fikri
sengih. “Aku dah rasuah.”
Filia
menumbuk bahu Fikri. “Aku tanya betul ni?” marah Filia. “Farhan mana?”
Fikri
menjawab selamba. “Ada dalam ni.”
Filia
mula hilang sabar. Kurang asam. Kalau nak
buat lawak pun, agak-agaklah!!
“Fikri Nazrul, saya tahu saya ni dapat tiket
VIP tapi takkanlah sampai boleh masuk bilik dia orang in private?”
Filia semakin geram.
Fikri
memulas tombol. “Jawapannya ada di dalam. Artis tu sendiri yang pelawa kau.”
Fikri sudah pun masuk ke dalam. Fikiran Filia bercelaru, perlahan-lahan dia
turut melangkah masuk. Ariel tersengih memandangnya? Apa semua ni?
Pendingin
udara tidak di rasa langsung kedinginannya. Filia memejam celikkan mata
beberapa kali. Persalinan dan gaya rambut yang berbeza akan tetapi cermin mata
yang melekat di mata Ariel seakan pernah di lihat. Beg sandang di atas sofa
yang penuh dengan button yang pelik itu juga
cukup di kenalinya.
Dia
pandang Ariel dari atas ke bawah. “Farhan kau ni Ariel?” Jantung dan otaknya
seakan berhenti berfungsi. Anggukan dari Farhan serta merta membuatkan Filia
terus kelam tidak sedarkan diri.
Farhan
lantas di buru rasa cemas. Dia pantas menerpa, memangku tubuh Filia. Beberapa
kali cuba Farhan mengejutkan Filia namun gagal. Filia benar-benar pengsan.
Fikri menyuruh Farhan membaringkan Filia di atas sofa. Direnjiskan sedikit air pada muka Filia,
masih tidak berhasil.
“Fik, aku tak sangka dia boleh pengsan.” Keputusannya
untuk memberitahu hal ini mengundang tamparan hebat pada Filia sehingga dia
tidak sedarkan diri.
“Itulah
kau aku dah kata. Filia sah pengsan, tengok sekarang apa dah jadi.” bentak
Fikri yang dari mula lagi kurang bersetuju.
“Kau
nak marah aku pun sudah tidak berguna. Hal dah terjadi. Filia dah pun tahu.
Sepanjang masa aku rasa bersalah kerana rahsiakan hal ni dari dia. Dia peminat
Ariel dan aku ada rasa sedikit cemburu.”
Fikri
ketawa. “Wei, kau jangan nak buat lawak. Ariel itu kau juga kan?” sindir Fikri
dalam tawanya.
Farhan
menahan tawa, dia menggaru pelipis. “Apa benda hendak jadi lepas ni kita kena
tunggu Filia sedar. Aku perlu jelaskan semuanya pada dia.”
Tatkala
melangkah masuk, Abang Murad, pengurus Ariel mengerling tajam ke arah Filia.
“Dia
ini pengsan ke tidur? Farhan kau tahu kan yang dekat luar sana ramai reporter?
Berani pula kau bawa teman wanita.” Abang Murad yang tidak tahu hujung pangkal
cerita, terus menyangka bahawa Filia teman istimewa Farhan.
Minda
Farhan ligat merencana apa yang sewajarnya perlu dikatakan.
Abang
Murad meninggikan suara. “Kau pekakkah? Aku tanya kau kan?”
Farhan
masih mematungkan diri.
Abang
Murad mengalah, setelah di lihat Farhan seperti hilang dalam diri sendiri.
“Sekarang aku mahu kau kejutkan awek kau ni.”
Fikri
mencelah, bersuara bagi pihak Farhan. “Abang, dia bukan tidur. Dia pengsan!
Sebenarnya, dia tidak tahu bahawa Farhan ini Ariel,”
Fikri
menerangkan semula bagaimana situasi ini boleh terjadi. Farhan pula sudah
seperti burung belatuk, di iyakan sahaja apa yang di ceritakan Fikri.
Abang
Murad tercenggang. “Maknanya sejak dari awal lagi, kau tak beritahu awek kau,
yang kau ni Ariel?” Abang Murad menepuk perlahan bahu Farhan “Perang besarlah
nampak gayanya. Whatsoever.
Kau ni memang pandai menyamar. Abang
hormat dengan kau sebab kau mahukan privasi dan dalam masa yang sama kau
cintakan muzik. Tapi ingat kau juga kenalah handal mengendalikan kisah cinta
kau. Biar seimbang.” nasihatnya panjang lebar. “Cantik. Pandai kau pilih awek, sepadan
dengan kau.” puji Abang Murad.
Fikri
terasa urat perutnya bagai di belit. Seksanya badan menahan tawa. Farhan
ketandusan idea, mati kutu. Sungguh! Seperti mahu di hentam sahaja kepalanya ke
dinding, tetapi kalau iya pun di buat begitu bukannya masalah diselesaikan,
diri sendiri yang cedera.
Fikri
memutuskan untuk menjadi orang tengah setelah di nanti Farhan masih membisu.
Belum sempat dia lontarkan ayat pertama Farhan terlebih dahulu membuka kata.
“Terima
kasih, Abang Murad sebab try to understand this crazy situation.”
Sepatah
kata dari Farhan merungkaikan teka-teki dan membuktikan Farhan menyukai Filia. Perlahan-lahan
Fikri tersenyum, dia puas dan lega kerana akhirnya Farhan jujur dengan
perasaannya.
Farhan
menyambung kata, “Saya ingat abang marah,
saya bawa girlfriend
datang sini. Hari ini hari lahir dia jadi…”
Abang
Murad segera mengerti. “Kiranya, kau nak beri kejutan pada dialah ya? Baiklah,
abang sokong kau tetapi sekarang sila
bersedia konsert awak dah nak bemula dalam 20 minit.”
Seiring
dengan kata-kata Abang Murad itu terdengar erangan kecil dari arah sofa. Filia,
matanya mula bergerak-gerak. Spontan perhatian mereka bertiga terarah pada
Filia.
Sebelum
keluar Abang Murad menitip pesan. “Berbicara dengan baik dan lembut, tentu dia
faham pendirian kamu.” Abang Murad kemudian berlalu.
Mereka
berdua mendekati Filia. “Filia, kau baikkah tidak ni?”
Filia
mengalihkan pandangan, tidak mahu menatap wajah Farhan.
Fikri
berasakan dia patut memberi ruang pada mereka berdua. “Kau orang berdua
berbuallah.” Fikri sudah pun membuka daun pintu.
“Tidak
perlu. Kau tunggu disini. Bukannya hal peribadi sangat pun.” arah Filia tegas.
Kalau
diikutkan amarahnya sudah lama kedua sahabatnya ini dia kerjakan. Persoalannya
sekarang Farhan jujur padanya. Dia sememangnya mengambil risiko kerana memberitahu
dia adalah penyanyi lelaki yang terkenal, Ariel.
“Kau
nak marah, marahlah. Aku tak kisah. Aku tahu aku bersalah sebabnya aku tak
beritahu kau dari awal. ” Dia rela andai Filia menghukum atau mengherdiknya
sekalipun dia terima.
Fikri
juga tidak lepas dari membuat pengakuan “Aku yang bersalah, sebenarnya dalam
hal ini, aku yang minta Farhan rahsiakan dari kau.”
Filia
merenung jauh ke dalam anak mata mereka berdua. Dia bangun lalu menongkat dagu.
Dia berfikir adakah dia patut meradang dan mengamuk? Sedangkan kalau di fikir
secara logik agak bahaya bagi bintang terkenal seperti Ariel a.k.a Farhan
mendedahkan perkara yang sebegini. Apatah lagi ianya melibatkan kehidupan
peribadi. Walau bagaimanapun, Filia tetap terasa dia di khianati dan mereka
berdua seakan tidak mempercayai dirinya.
“Filia
jangan diam sahaja. Seram aku.”
Filia
mencerlung memandang Farhan. “Kenapa kau beritahu aku kau Ariel?”
Sayangnya
pertanyaan itu tidak terlahir secara lisan. Lidahnya kelu. Farhan dia nampak
lurus. Selama mereka memutuskan untuk bersahabat, sejujurnya Farhan tidak
pernah merahsiakan sesuatu darinya.
Fikri
juga sama. Kemungkinan perkara ini, terlalu peribadi jadi mereka
merahsiakannya. Filia masih tidak menyahut panggilan dari mereka berdua. Senyumannya
terpalit di bibir namun tampak pudar.
Filia
akhirnya bersuara, “Kau tak takut aku bocorkan rahsia kau?” Dia hanya ingin
menduga Farhan. “Kau pun bukannya kenal sangat dengan aku. Nampaknya kau dah
tersilap dalam menilai orang.”
Farhan tidak gentar. Dia nampak tenang. “Aku
tahu dan kenal kau. Kau akan simpan dan tolong aku menjaga rahsia ini.”
“Tidak.”
Filia masih tidak mahu mengalah. “Kau silap, aku nak sebarkan hal kau. Penipu.
Aku nak rosakkan privacy kau.” tuturnya serius.
Farhan
dan Fikri saling berpandangan. Antara percaya dan tidak.
“Filia
kau acah sahaja kan?” suara Farhan agak bergetar.
Fikri
mendesis perlahan “Aku dah cakap dah. Aku dah ingatkan kau sebelum ini.”
“Filia,
tolong jangan!” rayu Farhan tegas.
Filia
mengeluarkan telefon bimbit lalu di ambil gambar Farhan. Kelihatan dia menaip
sesuatu. “Aku hanya perlu tekan ‘hantar’, tapi pada siapa? Shasha? Dia kan
anti-Farhan tapi dalam masa
yang
sama setahu aku dia Presiden Ariel fan club. Aku rasa tentu dia
gembira tahu siapa sebenarnya Ariel.”
Filia
tergelak kecil. “Kenapa? Presiden fan club sendiri pun kau tak
kenal. Kasihan.” Seronok pula dia
memperkenakan Farhan. Dilihatnya Farhan mulai resah dan gelisah. Filia
tersenyum penuh kelat, sengaja di buat sebenarnya.
Fikri
merampas telefon bimbit Filia. Filia terkesima. Tersentap tangkai jantungnya
dengan tindakan pantas Fikri itu. Mata Fikri membulat. Tiada gambar? Fikri
melepaskan keluhan. Filia mengenyit mata padanya. Farhan kelam tidak memahami
maksud kenyitan itu. Fikri lega. Licik benar gadis ini. Genius. Nyaris dia
tertipu dengan helah Filia.
“Farhan
kau handle
sendiri. Inilah akibatnya. Nasihat aku
dulu kau tak nak dengar.” Fikri mula mengikut rentak permainan Filia. “Aku
keluar dulu.”
“Filia,
kau biar benar. Aku tahu aku tipu kau tapi sumpah aku… aku,” Farhan gugup. Dia
tidak menyangka Filia akan mengambil tindakan drastik seperti ini.
Filia
membatu, mengeraskan diri. Walhal, dalam hati dia bersorak riang dan teruja
kerana dapat mempermainkan Farhan. Bukan
senang nak pekena mamat perasan macho macam Farhan ni, ambik kau sekali wa terkena
beb. Filia ketawa bisu.
Farhan
pelik. Dia bersungguh dan merayu pada Filia akan tetapi dalam keadaan macam ni
boleh pula Filia ketawa? Apa yang
lucunya? Betulkah tidak Filia ni?
Farhan
mencuba lagi dimintanya Filia supaya tidak dihantar gambarnya. “Filia,my life will be so
destroy.” Matanya redup penuh berharap.
Filia tetap berlagak tegas. Di geleng
perlahan. Terasa dia terlalu kejamlah pula.
“Kau
nak tumbuk atau belasah aku. Aku terima. Tapi tolong jangan buat macam ni.” Dia tidak mahu berita ini sampai ke
pengetahuan ibu-bapanya.
“Betul?
Kau bagi aku tumbuk kau?”
Farhan
angguk lemah dan perlahan. “Ya, kalau ini sahaja yang boleh membuatkan kau
melepaskan geram dan kemarahan kau?” Farhan menyuakan mukanya.
Filia
binggung. Kasihanlah pula. Dia berfikir rasanya setakat ini sahajalah, inilah
saatnya untuk Farhan mengetahui dia hanya bergurau. Di hayun tangannya akan
tetapi dialihkan arahnya bukan ke muka Farhan, tumbukannya mendarat di bahu.
“Sakitlah!
Tangan kau ni besikah apa?” jeritnya. “Kalau nak pukul pun agak-agaklah.”
Marahnya pula.
“Aik,
tadi beria bagi aku tumbuk. Sekarang nak marah pula. Apa benda ni. Cakap tak
serupa bikin. Sudahlah, pergilah konsert kau pun dah nak bermula. Ambil handset
ni, tengok sama ada aku hantar atau tidak.” Filia bangun lalu memberikannya
pada Farhan.
Farhan
terpingga-pingga. Dia tidak menyangka Filia telah berjaya mempermainkan
dirinya. Gambarnya tidak dirakam. Langsung!!
Filia
senyum nakal. “So,
am I a good actress my dear friend?”
Farhan
tersenyum senang “Kau langsung tak marah aku?”
Filia
mengusap dagunya. “Let me think? Buat apa nak
marah. Kawan baik jujur dengan kita. Beritahu rahsia terbesarnya. Pada mulanya,
memang aku terkamjatlah juga. Kawan aku tiba-tiba jadi Ariel. Memang agak pelik
tapi tidak mustahil. Hendak buat bagaimana lagi aku kan dah terber’kawan dengan
makhluk asing nerdy
macam kau ni.” tuturnya panjang lebar.
“Terima
kasih Filia.” ucap Farhan terharu dengan penerimaan Filia. “Kau memang kawan
yang sejati.”
“Sepatutnya
aku yang ucap terima kasih. Agaknya kalau kau tak berterus-terang tentunya aku
masih ‘gilakan’ Ariel merangkap kawan baik aku sendiri.” Diam. Pipinya memerah
sedar dia sudah terlanjur dalam berkata. “Gelilah aku nak sebut. Kau faham
sendiri sudahlah.”
Farhan
gelak mengekek diikuti Filia.
“LAGU
INI, ditujukan khas untuk kawan saya yang akan menyambut hari jadinya tidak
lama lagi. Juga kepada semua peminat yang menyambut hari lahir pada hari ini.
‘Selamat Hari Jadi’,” laung Ariel.
Tatkala jari jemari
Ariel mula memainkan piano, para peminat mula menjerit memanggil namanya.
Ekspresi Ariel tetap tampak bersahaja mengalunkan lagu Selamat Hari Jadi.
Selepas itu, Ariel
tampil pula dengan gitar di tangannya “Lagu seterusnya ‘Abadi cintaku’.” Fikri
mengerling pada Filia, “Aku rasa kaulah perempuan yang paling bahagia saat ini
kan?”
Dahi
Filia berkerut. “Sebabnya?”
Fikri
tahu Filia sengaja buat-buat tidak faham. “Aku rasa kau lebih tahu kan?”
Entahlah.
Filia sendiri tidak tahu bagaimana perasaannya kini. Gembira. Teruja. Terharu.
Persoalannya mengapa Farhan mengambil tindakan yang begitu drastik ini? Usia
persahabatan mereka tidaklah begitu lama.
“Tidak,
aku tak tahu! Kami baru kenal dan sekarang aku dikejutkan dengan kenyataan
yang…”
Fikri
sedar Filia masih lagi sukar menerima siapa Farhan yang sebenarnya. ,“Kau minat
Ariel, bukankah mereka orang yang sama, takkan kau tak terasa something
yang lebih. Aku dengar hampir setiap lagu Ariel kau hafal.”
Hati
Filia cuba diduga. Fikri yakin, malah pasti perasaan Filia pada Farhan lebih
dari sekadar sahabat. Mana kan tidak, Filia pengsan sebaik mendapat tahu Ariel
itu Farhan.
“Aku
peminat Ariel, aku sokong dia. Apatah lagi aku tahu dia itu Farhan. And it just that
nothing more.”
“Eleh,
iyalah sangat. Kalau aku cakap Farhan sukakan kau, kau percaya?” giat Fikri,
masih tidak berganjak dari perasaan ingin tahunya.
Filia
berpura-pura memperbetulkan letak duduk topinya.
“Filia
aku tanya kau ni...” suaranya sedikit menjerit.
“Fikri,
sudahlah. Aku tahu hati Farhan dan kenal Farhan. Kami kawan baik dan cukup
setakat itu.” dalih Filia tidak mahu
memanjangkan topik.
“Filia,
you
are not answering me.”
“Fikri,
aku dan Farhan… Itu tak mungkin.” Tegasnya.
“Ya,
tapi tak mustahil kan?” Fikri masih berdegil, tetap tidak mengalah. “Trust me. Both of you
will be together. Until that time. We will
see,
Filia.”
Filia
tidak berani mengimpikan semua itu. Apa yang di harapkannya hanyalah
persahabatan dia dan Farhan tetap utuh. Kalau boleh dia tidak mahu ianya
berkocak akibat mahu mengikut kata hati.
“Bila
sampai saatnya nanti dan masin lidah aku ni, aku harap kau dapat jaga Farhan
sebaiknya. Dia ni walaupun lelaki tapi terkadang datang angin lurus bendul dia
haru juga.” tutur Fikri serius dalam
berguraunya.
Tegak
bulu roma Filia. “Fikri apa yang kau mengarut ni, gaya kau cakap tu macam nak
berhijrah ke luar negaralah pula.”
“Yakah?
Tak adalah. Aku cakap benda betul mengarut apa pula.”
Filia
pening, semakin tidak faham apa sebenarnya yang Fikri ingin sampaikan.
“Last thing,
jangan sia-siakan persahabatan korang.”
Filia
terlongo. Sungguh! Aku tak faham!
Fikri
garu kepala. Mungkin sekarang dia masih lagi tidak mengerti akan tetapi di
suatu saat nanti Filia akan menangkap dan mencerna semula setiap kata-katanya.
“Seperkara
lagi, tengoklah persembahan Ariel. Nanti kempunan pula.”
Filia
tatap wajah Fikri. Rupanya Farhan dan
Fikri sama genetik agaknya. Makhluk asing! Sungguh cepat benar mood dia
bertukar.
“Kau
tengok muka aku macam nak membunuh tu kenapa? Dahlah tengok, karang menangis
pula.,” Mata Fikri sudah ke tengah pentas melihat Ariel menari tarian zapin.
Filia
ketawa lucu. “Tak ada maknanya.”
Fikri
menyanggah. “Dulu siapa entah merajuk dengan Farhan, gara-gara Farhan tak dapat
temankan dia pergi mini konsert Ariel. Mogok seminggu tak nak bercakap dengan
Farhan,” sakat Fikri.
“Fikri
kau kalau tak mengata aku tak boleh duduk agaknya kan?”
“Dah
nasib orang tu dapat kawan macam aku ni,” rajuknya sengaja di buat.
Filia
mencebik. “Fikri, macam mana kau boleh selamba sahaja simpan rahsia Farhan? Aku
takutlah, manalah tahu aku tergelincir lidah ke.”
“Ingat
satu perkara sahaja, sahabat sejati akan sentiasa menyokong sahabatnya. Susah
atau senang tetap bersama sebab itu aku tak kisah. Farhan dia manusia biasa
yang mahu hidup seperti orang lain juga.”
“Fikri
kau memang sahabat yang baik..” puji Filia.
“Well you know me…”
Fikri mengukir senyum.
“FILIA..”
panggil Farhan. Filia pantas menoleh. “Jom, aku hantar kau balik hotel.” pelawa
Farhan.
Filia
tidak segera memberi jawapan. Dia teragak-agak untuk berkata ‘ya’. Farhan
sekarang seakan bukan Farhan yang dia kenali. Farhan seperti dua dalam satu.
Dia Farhan dan dia juga Ariel.
“Farhan
aku rasa lebih baik aku balik sendiri sajalah.” Senafas jawapan dari Filia.
Farhan
senyum. Dia melirik menatap Filia. “Kau takut pihak media dapat hidu hal kita?”
Filia
masih mendiamkan diri.
“Come on,
Filia. Sejak bila kau jadi pengecut, disebabkan aku tahu kau ni beranilah aku
bongkarkan rahsia aku.” Masih sepi. “Baiklah, aku akan tukar baju aku ni. I’ll be back and be
Farhan. Kau tunggu sini tau.” tuturnya lembut.
Dia berlalu ke bilik persalinan.
Ariel?
Farhan? Bermimpikah dia di saat dan detik ini. Tidak di sangka mereka orang
yang sama. Penyanyi yang menjadi idolanya adalah Farhan. Jadi selama ini dia
bercerita segalanya tentang Ariel pada Ariel sendiri?
Dalam diam
mungkin dia ketawakan aku yang agak lembap untuk mengecam siapa dia yang
sebenarnya. Salah dia juga siapa suruh dia menyamar segala. Dia ingat dia
Hannah Montana versi lelaki? Mungkin sebab dia tak nak aku tenggelam dalam
perasaan? Pada sahabat sendiri? Ya Tuhan, malunya aku.
Sedang
Filia asyik bermonolog. Farhan dan Fikri datang menghampiri, “Marilah,” ajak
Farhan. Terbang terus lamunannya.
“Farhan
aku balik dulu,” beritahu Fikri lalu memboloskan diri ke dalam pacuan empat
rodanya.
Farhan
mengawangkan tangannya menggamit perhatian Filia. “Filia… hello?”
Mata Filia terkebil-kebil. Farhan geleng perlahan “Kau ni kalau tak mengelamun
tak sah kan?”
Filia
senyum tawar. “Fikri tak balik sekali dengan kita?”
Farhan
menjawab pendek, “Tak, katanya ada hal sikit.”
Mata Filia tercari di mana letaknya kereta
Farhan. “Kereta kau mana?” Filia menahan kuap.
Farhan
menunjukkan ke arah kanan Filia. Filia menelan liur. Limousin? Farhan ini siapa yang sebenarnya. Putera raja? Anak Datuk?
Tan Sri? Suaranya mula tergagap sedikit. “Farhan ini kereta kau?”
Farhan
megiyakan. “Kenapa?”
Filia
kelu. Mulutnya seperti di gam. “Kau siapa yang sebenarnya? Anak raja ke apa?”
Menyesal pula dia kerana tidak mengorek identiti Farhan dengan mendalam.
“Ya, aku tahulah sebagai Ariel kau mampu beli semua ni tapi aku really curious. Who are
you actually?”
Farhan
sengih. Dia membiar sahaja pertanyaan Filia. “Let say macam yang kau
fikirkan.Maybe aku
ni anak raja yang tersesat dan mencari jalan pulang tetapi akhirnya bertemu
dengan seorang jelitawan, Puteri Nur Filia Haifa.”
Filia
tercenggang. Dia menarik muncung panjang kemudian mencebik geram. “Tengkorak
kau, jangan nak buat lawaklah.!”
Farhan
ketawa terbahak-bahak apabila melihat pipi Filia memerah. “Che kak, merah blusher
beli di mana?” usik Farhan.
Filia
seperti mahu menangis di usik begitu. Kaki Farhan di sepak spontan. Farhan
mengaduh kesakitan namun entah mengapa dia ketawa perlahan, begitu juga Filia.