Home Novel Cinta Cinta! Come Back!
Cinta! Come Back!
Stars Juliet
2/2/2018 14:16:44
33,078
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19

Mummy dan babah Maisarah sedang menikmati minuman petangdihalaman rumah mereka. Sekali sekala sementara cuaca bagus apa salahnyamenikmati udara nyaman. Lagipun inilah salah satu cara mereka nak meluangkanmasa bersama. Kalau nak harapkan anak-anak, semua dah besar panjang.  Maisarah berehat dibilik, si Kahfii main bolasepak dengan kawan-kawannya.

Puan Salima (mummy) menuang teh kecawan tuan Hasbul (babah).

  “ Apa khabar Mai tu,Sal?”, tanya si suami memulakan perbualan.

  “ Saya tengok okayje, bang”, balas puan Salima.

  “ Betul? Takde patahtulang ke, cramp ke apa..” , aduhai jauhnya.

  “ Eh apa pulakkesitu overnya, abang~” , puan Salima menggeleng-gelengkan kepalanya. Petang-petangmacam ni si suami merepek. Tergelak dia.

  “ Mana lah sayatahu, Sal. Budak tu kan pengsan kemarin..”

  “ Saya dah checktadi. Dia okay, bang. Ada la dia mengadu pening sikit.. Saya suruh makan ubattapi dia tak nak” , jelas puan Salima.

  “ Maisarah tupengsan mengejut. Nasib baik lah ada budak-budak kembar tu.. Siapa namadiorang?”

  “ Zafwan danZafriel”, bersemangat puan Salima menyebut nama mereka.

  Kening tuan Hasbulterjongket keatas. “ Puan Salima~ jangan awak nak berangan bermenantukan merekaberdua tu sudah”, celotehnya.

  “ Ish abang ni. Apasalah nya saya berharap sikit je? Lagipun kalau dah namanya jodoh tu memang takkemana..” ,  omel puan Salima.

  “ Pandai.. Pandailah awak nak menjodoh-jodohkan orang ni..”

  “ Betul apa bang..Saya dapat rasa antara mereka berdua tu kot jodoh anak kita. Mana lah tahudalam hati ada taman”, puan Salima berandaian.

  “ Abang tak tahupulak kita boleh bercucuk tanam dihati”, tuan Hasbul sengaja mengusikisterinya.

  Puan Salima denganspontan mencuit lengan suaminya. Itu lah~ main-main lagi.

  “ Abang ni kalausehari tak mengusik saya tak boleh ke?”

  “ Dah tu awak yangberangan lebih. Macam lah awak tahu isi hati budak-budak tu.. “

  “ Of course lah.Saya kan seorang ibu. Naluri saya kuat. Benda yang belum terjadi kat anak-anaksaya pun saya boleh rasa”, ujar puan Salima dengan nada pengacara rancangankekeluargaan.

  “ Iye lah tu, puanSalima. Betekak dengan awak ni sampai tahun depan pun tak habis”, tuan Hasbulmenyerah kalah. Malas dia nak bertelingkah dengan isterinya. Layan teh panasdan cucur pisang lagi bagus.

   Perangai isteridengan anaknya, Maisarah kurang lebih sama. Like mother like daughter. Ini baruseorang. Kalau dua-dua berganding tenaga dia pun mati kutu nak melawan.

   Ting Tong!

  Lonceng rumahtiba-tiba berbunyi. Nampaknya ada yang datang.

  “ Salima, awak pergitengok siapa yang datang tu..”, arah tuan Hasbul.

  Puan Salimamencebik,” Abang ni. Abang la pergi tengok. Saya belum makan lagi ni”

  “ Kan isteri yangbaik kena patuh cakap suami supaya masuknya ke syurga duhai puan Salima”, teruskeluar khutbah sang suami.

  Puan Salimamelepaskan keluhan. Cucur pisang digenggaman diletakkan semula ke pinggan , “Ye la~ kalau pasal isteri solehah, boleh tahan ceramah awak ye tuan Hasbul.Tapi kalau saya nak mintak tolong bersihkan rumah seribu satu alasan awakbagi”, tembakan padu dari sang isteri sebelum beredar ke pintu utama rumah.  Tuan Hasbul hanya ketawa kecil mendengarcelotehan isteri nya. Puan Salima tu mulut je bising tapi hatinya penyayang. Kegitu?

Sebaik saja puan Salima membuka pintu rumah, senyuman riangterus terukir dibibirnya tatkala melihat ‘tetamu’ yang datang itu.

  “ Assalamualaikumauntie..”, Zafwan memberi salam dengan senyuman.

  “ Wa’alaikumsalam..Zafwan kan?”, teka puan Salima. Takut tersilap dengan si adik walau Zafwanmengenakan cermin mata.

  “ Ye..”, balasZafwan. 

  Puan Salima menelitigayanya dari atas sampai kebawah. Kacak dan kemas! Memang sesuai sangat jikadigandingkan dengan Maisarah.

  “ Masuk lah.. Macammana Zafwan tahu rumah kami ni, nak?”, tanya puan Salima. Ye lah kan. Dari manalelaki kacak tu tahu?

  “ Auntie Maryam yangbagitahu alamat nya..” , setelah mendengar nama ‘Maryam’, puan Salimamengangguk mengerti. Memang dia dan tuan Hasbul pernah memberitahu alamat rumahmereka sewaktu sesi makan malam mereka semalam.

   Setelahmenanggalkan kasut, Zafwan melangkah masuk kedalam rumah itu. Dilihatnya dariluar hingga kedalam cara penghiasan rumah ini comel sekali. Dari corak dekorasinya, Zafwan yakin tuan Hasbul sekeluarga suka ke IKEA.

“ Siapa datang tu, Sal?”, tanya tuan Hasbul yang dalamperjalanan melangkah keruang tamu.

  “ Zafwan, bang”,sahut puan Salima.

   Melihat sajakedatangan tuan Hasbul, Zafwan terus menghulurkan tangan untuk bersalam denganlelaki itu. Tuan Hasbul pula menyambut salamnya.

  “ Apa khabar,uncle?”

  “ Baik.. Silakanduduk. Seorang je, Zafwan?”, tanya tuan Hasbul. Sambil mengatur kedudukandisofa. Zafwan duduk disofa berdepanan dengan ayah Maisarah itu.

  “ Iye.. Kebetulantoday saya habis kerja awal. Alang-alang saya terus singgah ke sini. Sorry yekalau kedatangan saya menganggu..” , kata Zafwan. Dia serba salah sebenarnya.

  “ Masya Allah..Takde ganggu pun. Uncle dan auntie lagi suka Zafwan datang. Err.. Kenapa Zafwankesini?” , tanya tuan Hasbul.

  Jejaka itu tersenyumlalu memberitahu tujuannya, “ Saya nak melawat Maisarah..”

   Sekilas itukedengaran ada suara kaki melangkah turun dari tangga.

   “ Mummy, babah..Siapa datang tu?”, tanya Maisarah.

   Sebaik saja diamelihat siapa gerangannya yang datang, jantungnya macam hampir tercabut.Halilintar seperti nak mengganas kembali nampaknya!

   Tapi hairan diamelihat mummy dan babah hanya tersenyum. Jejaka itu pula mempamerkan wajahserius.

  “ Awak?”, tanyaMaisarah. Gugup!

   Zafwan dengantenang menarik kaca mata dari wajahnya.

   Kalau tadijantungnya rasa nak tercabut, sekarang rasanya macam nak melebuk! Wajah Zafwanyang tidak dihiasi kaca mata begitu seiras dengan wajah Zafriel.

  GULP!

  “ Hai, Maisarah..” 

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Stars Juliet