Home Novel Cinta Cinta! Come Back!
Cinta! Come Back!
Stars Juliet
2/2/2018 14:16:44
33,086
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

    Walau kemana puntempat yang singgah difikiran hatinya tetap tak tenang. Memang kata-kataBenjamin mengguris hati hingga masih terngiang-ngiang dicorong telinga tapi teganyadia melafazkan kata-kata seperti itu pada Benjamin. Lelaki yang banyak bekorbanselama ini dan memberi dia dan abang kasih sayang seorang ayah. Mengapa begitukeras hatinya? Begitu lancang mulutnya gara-gara mementingkan perasaansendiri.   

  Sebenarnya dia sedarakan perbuatannya tapi salahkah dia mempertahankan diri sendiri? Kenapa mestidia yang menerima segala beban kesalahan? Kenapa bukan perempuan tu? Kan ke diayang cari pasal dulu?

  Stering keretadigenggam kuat bagai rasa nak mematah-matahkan tulang perempuan tu. Berani diamencabar ego lelaki seperti dirinya. Sebelum ini belum pernah ada seorang punyang berani.

   “ Awas kau, perempuan gila! Kau belum tahusiapa Muhammad Zafriel bin Muhammad Syazwan Firdaus. “, api dendamnya semakinhangat membara. Bencinya meluap-luap. Tiba-tiba fikirannya singgah pada satumemori yang berkaitan dengan seorang gadis yang disanjung tinggi dizamanpersekolahan menengah. Hubungan mereka bak isi dan kuku. Akan tetapi takdirAllah tidak dapat ditolak. Cinta yang terbina sekian lama itu hancur dalamsekelip mata. Walau sudah lama berlalu, lukanya masih terasa lagi.

Pengalaman membuatkannya berjaga-jaga. Kali ini dirinyatidak akan tewas dengan sifat manja seorang perempuan apatah lagi masuk jerat.Tak ingin pisang berbuah dua kali.

Rasa-rasanya hampir 30 minit dia memandu tanpa tahu kemananak dituju. Iphone yang di letakkan pada kerusi pengikut dari tadi berderingtapi tidak dihiraukan. Siapa lagi kalau bukan Zafwan yang menelefonnya.

   “ Ah malas lah!Macam lah aku ni budak kecik nak kena jaga-jaga. ”, rungutnya. Kadangkala diamerasa rimas dengan sikap abangnya yang overprotective. Semuanya dia kena lapor.Dah macam polis pun ada gamaknya.

  “ Hmm.. Daripadajalan tak tentu hala macam ni, baik aku ke kompleks sukan”, bosan memanduakhirnya dia meneliti jalan ‘tikus’ nak kesana. Perasaannya sudah mula redasedikit saat ini.

   ******

  “ Ye uncle, Wawanmasih cari dia. Uncle dan auntie jangan risau, okay?”, Zafwan sedang berhubungdengan ibu dan bapa saudaranya masih cuba menenangkan mereka dicorong telefon.

   Hai adik~ kenapalah kau bertindak sampai macam ni sekali?

  Sebenarnya dia sudahbiasa dengan keadaan ni. Sebelum ni pun dah berapa kali Zafriel cuba melarikandiri. Mahu tak mahu sebagai abang dia yang jadi tukang cari.

   Wajahnya diraup.Kadangkala dia tidak tahu apa sebenarnya yang bermain difikiran Zafriel. Kenapahampir setiap waktu jiwanya seakan penuh dengan kemarahan yang tidak bertepi.Mungkin kah dia masih menyalahkan dirinya seperti apa yang didengar tadi?Tidak! Dia kenal sangat Zafriel.

  Dia tahu dari dululagi Zafriel sudah redha dengan ketentuan tuhan perihal ibu dan ayah. Naluriseorang abang memang kuat dihatinya. Sebagai sepasang kembar dia tahu ada yangdisembunyikan oleh adiknya tu. Tapi apa? Selama ni kebanyakkan hal merekakongsi bersama.

  Dan dia juga tahukemana Zafriel suka merayap tatkala fikirannya kacau begini. “mesti kat tempattu”, hatinya kuat mengatakan Zafriel ada ‘disana’. Stereng kereta dialahtujukan kesatu jalan untuk kedestinasi yang dituju.

   Tunggu abang,adikku.. 

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Stars Juliet