Home Novel Cinta Cinta! Come Back!
Cinta! Come Back!
Stars Juliet
2/2/2018 14:16:44
33,074
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

“Apa?! Awak dah gila ke? Kan saya dah minta maaf!”, bentakMaisarah. Dia tak sangka mimpi ngerinya berterusan. Ingat diarahkan kebilikmesyuarat kerana nak meemohon maaf tapi lain pulak jadinya. Dia bakal dilantikmenjadi hamba abdi! Tambah lagi dengan permintaan Zafriel yang tak munasabah.

   “ Kau fikir maafkau tu dapat wangikan kasut aku ke?”, kata Zafriel yang duduk dikerusi besar.Lagaknya macam big boss nak makan orang je.

   “ Kasut je kan?Boleh awak hantar pi kedai mamak kasut dekat siring jalan tu. Saya yakin kasutawak akan kembali bersinar. Mana tahu saya pun boleh pakai kasut tu buatcermin” , Maisarah pulak dengan loyar buruk nya~

  Berdenyut kepalaZafriel memikirkan perangai bendul manusia dihadapannya ni. Sejurus itu diaberdiri. “ Oi perempuan! Tu kasut PRADA, okay? Kau fikir tu kasut brand BATA kenak hantar pergi kedai mamak?! Aku kena hantar kat specialist just to take careof it!”, Zafriel melantangkan suaranya.

  “ Lagipun..”, diamenambah. “ Orang macam kau ni mampu ke bayar balik?”, tanya Zafriel. Sinis!

   Maisarah menelanair liur. Mati akal nak berperang. Loyar buruknya kini menjadi senjata untukmemanahnya.

  “ Mati ni! Bankruptlah aku ! Mana lah aku nak cari duit. PRADA tu~”, hatinya merintih. Risau!Risau teramat sangat. Melihat Zafriel dihadapan ada gaya macam serigala nakmakan orang.

   Lelaki itu masihbelagak tenang. Senyum kemenangan meleret dibibirnya. “ Dah kalah kan? Jadimahu tak mahu kau kena jadi barista personal aku. “, dia berpeluk tubuh.

  “ S.. Sam.. Sampaibila?”, tergagap-gagap Maisarah bertanya.

  “ SAMPAI KAU HABISBAYAR HUTANG”, mata lelaki itu sengaja dibesarkan. Nasib tak terkeluar bijimata.

  Maisarah macam nak naikpitam. Dunia seakan memusuhinya saat ini. Tapi memang salah dia pun. Tu la naksangat belagak jadi superwoman pastu rupanya yang dibawa perang, anak buah tuanpunya syarikat. Diikutkan memang dia nak kena buang namun atas arahan Benjamin,dia masih dibenarkan kerja.

  “ Aduhai~ uncle diaperangai punya lah macam malaikat. Tapi anak buah dia macam askar setan!”,hatinya mengutuk.

  “ Kutuk aku nampak,”kata Zafriel bagaikan tahu apa yang terkandung dalam hati Maisarah.

  Ooopppsss!!!

  “ Mana ada! Saya takcakap apa-apa pun”, gadis itu cuba membela dirinya. Bahaya betul lelaki ni.

   “ Mata kau tu.Orang pintar macam aku memang senang nak baca fikiran orang lembab macam kau”.

  Berdesing telingaMaisarah mendengar kutukan demi kutukan yang diterima.

   “ Tak sangka pulakaku golongan macam kau ni diizinkan bekerja kat sini. Apa kelulusan kau ek?Sekolah rendah ke?” , lancang je mulut si Zafriel mengeluarkan kata-kata itu.

  “ Awak tak ada haknak ambil tahu! Itu hal peribadi saya!”, Maisarah tidak tahan lagi. Terus diameluru nak keluar dari bilik mesyuarat itu.

  “ Oi perempuan! Kaunak kemana?!”, panggilan Zafriel membuatkan Maisarah menoleh kebelakang. “ Sayanak buat kerja! Saya datang sini nak cari rezeki halal! Bukannya nak dihinamacam ni!”

  “ Tapi sebelum tu,perempuan..”

  “ Apa?!”

  “ Aku nak puredouble chocolate with a hint of chocolate syrup ye. Satu bukan sepuluh!” ,sempat lagi nak pesan minuman.

Maisarah mengetap bibirnya. Geram! Dia fikir aku tak pandaikira ke?!

   “ Saya benncccciiiiiiiiiiawak!!!!!”, pintu terus ditutup kasar. Nasib tak tanggal pintu tu. Zafrielhanya ketawa seolah-olah Maisarah buat lawak.

  “ Kau benci aku eh?Takpe.. jangan nanti kau jatuh suka kat aku, sudah”, sebenarnya Benjamin taktahu menahu tentang ini. Walau Zafriel sudah mengakui kesilapannya, tapi macamtak cukup rasanya. Dia nak menghukum gadis itu.

  “ Aril?”, terkejutketika namanya disebut. Rupanya Zafwan yang buka pintu!

  “ Ye bang?”,tanyanya bagaikan orang yang tak bersalah.

  “ Apa bunyi riuhrendah tadi tu? Macam orang gaduh je”

  “ Err.. Takdeapa-apa bang. Orang contractor je kot. “, kening Zafwan ternaik. Kurang yakindengan penjelasan Zafriel.

   “ Betul ni?”

  “ Ye laa.. Ni Arildah nak keluar.”

  “ Haa elok lah tu.Kitaorang ada mesyuarat besar. “

  Zafriel menepukdahinya. Memang bahagian HSE ada mesyuarat tergempar hati ni. Dia pulak baruhabis  mesyuarat dengan sang harimaubetina.

   The game is on, perempuan! 

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Stars Juliet