Home Novel Cinta Cinta! Come Back!
Cinta! Come Back!
Stars Juliet
2/2/2018 14:16:44
33,100
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 21

Suasana sunyi seketika. Yang membuat bunyi sikit hanyalahdeheman Zafwan. Segan pula rasanya nak berbual macam biasa dengan lelaki iniapatah lagi selama ni hubungan mereka tak begitu baik. Itupun kerana dia tak tahucerita sebenar.

  Bagi Zafwan pula diasentiasa berlagak tenang walau dalam apa keadaan sekalipun, sikap tenang memangtak pernah lari daripadanya. Mungkin kerana banyak pembawaan arwah ayah.  Namun pada keadaan seperti sekarang, diasedar dia yang harus memulakan dulu.

  “ Maisarah..”,tegurnya. Gadis itu memandangnya. “Hmm?”, itu saja yang keluar.

  “ Awak tak selesa kesaya datang mengejut macam ni?” 

  “ Maksud awak?” ,tanya Maisarah.

  “ Well you know,sebelum ni awak selalu marah saya, tuduh saya buat sesuatu yang saya tak buatbut now tiba-tiba I came here to visit you. Are you okay with that? I mean.. Doyou feel comfortable?”

  Pertanyaan Zafwanmembuatkan Maisarah tersenyum. Perasaan kekok tadi perlahan-lahan pudar. Taksangka pula dia lelaki ini betul-betul berniat nak melawatnya. Manalah tahu adahikmah disebalik semua kejadian.

  “ Awal-awal sayamemang rasa pelik dengan kedatangan awak, Zafwan. Even terkejut sebab saya takexpect awak ada kat sini. Tapi yelah. Maybe you’re right pasal bab Hikmah tu.So since ada peluang rare ni, saya nak mintak maaf banyak-banyak kat awak.Zahir dan batin saya minta maaf” , kata Maisarah.

  Zafwan melepaskantawa kecil. “ Kenapa awak ketawa?”, tanya gadis itu kehairanan.

  “ Awak tak perasanke, Maisarah? Dari tadi kita asyik minta maaf je. “

  “ Ha’ah lah kan..”,Maisarah pun baru sedar.  Dia turuttertawa. Zafwan terpana seketika. Itulah kali pertama dia mendengar gadis ituketawa. Tiada lagi garis marah, sindiran atau tengkingan diterima. Wajahnyamanis sekali jika dihiasi dengan senyuman.

  “ Wake up, Zafwan!”,bunyi satu suara diminda. Dia segera menyedarkan diri yang kian hanyut dalamperasaan yang begitu asing.

  “ Okay lah.. I’lljust do it so we don’t have to apologise after this “, Lelaki itu denganselambanya duduk bersila dan menghadap pada si gadis. Memang dah sah dia buatmacam rumah sendiri.  Maisarah juga dudukdengan cara yang sama.

  “ Maisarah, sayamaafkan awak. Sebab semua ni cuma salah faham. Awak tak tahu menahu pun tentangsaya dan Zafriel sebelum ni. Kirakan awak ni mangsa keadaan. Segala apa yangawak tuduh saya semua, itupun saya maafkan. Jadi sekarang kitakosong-kosong..”, panjang pemohonan maaf Zafwan.

  Gadis itu hanyamengangguk macam burung Nuri mematuk sesuatu.

  “ Terima kasihkerana meminta maaf”, kata Maisarah.

  “ And uh.. Sayaharap awak dapat maafkan adik saya, Zafriel..” , ketika nama itu disebut,Maisarah rasa seluruh tubuhnya menjadi hangat. Peristiwa ciuman itu datangbalik!

  “Maafkan Zafriel?Huh! Mampu ke aku maafkan lelaki tu? Dah lah bersikap kurang ajar dengan aku,ambil my first kiss, perangai mengalahkan jin ifrit!”, kata-kata itu hanyaterngiang dikolam hati.

  Zafwan sedar akanperubahan air muka Maisarah hanya tersenyum. “ Nampak gayanya perang merekaberdua ni dah terlebih besar..” , bisik hatinya.

  “ Just try andforgive him. Zafriel tu adik kesayangan saya. I know he can be a bit kasar tapihe’s not always like that. Awak perlu kenal dia untuk menyelami perangainyasebenar. Tolong lah ye..” , nada Zafwan sudah ketahap merayu.

  “ Saya sendiri puntak tahu macam mana parents awak handle Zafriel tu. “, omel Maisarah.

  Zafwan terdiam.Pandangannya pada Maisarah waktu itu amat sukar ditafsirkan. Seperti jasadnyasaja disana tapi mindanya berada jauh sekali. Berat rasa hati nak membukakembali cerita sedih tu namun  Zafwannekad untuk berterus terang biar semuanya jelas.

  “ I’m afraid theycan’t handle either of us anymore..”

  “ Kenapa? Tak tahandengan kenakalan ke?”, tanya Maisarah dengan nada memerli.

  “ Tak.. Bukan sebabtu.. Just that.. Ibu dan ayah saya meninggal 3 tahun lepas. Car accident..  Jadi since then saya dan Zafriel ikut uncleBenjamin”

  Penjelasan itumembuatkan Maisarah terkejut dan terdiam. Semakin tebal rasa bersalahnya.Sungguh bukan niatnya nak menyakitkan hati atau membuatkan Zafwan mengungkitkisah silamnya. Dia tak sangka juga lelaki sehebat ini menyimpan kisah silamyang sedih. Hatinya merasa belas.

   “ Maafkan saya..Saya tak tahu..” , kata Maisarah. Sayu.

  “ Tak apa.. Lagipuntak ramai yang tahu pasal ni. Zafriel yang saya risau sebab dari awal lagi sayanampak dia susah nak terima kenyataan about my parents passing. Sebab tu lahsaya as his older twin brother kena kuat dan jaga dia..”

  Maisarah hanya tersenyumtawar. Zafwan.. kau dan Zafriel bagai langit dan bumi. Langsung tiada persamaanmelainkan wajah. Kalau lah kau tahu apa adik kesayangan kau tu buat kat aku,mesti kau pun tak pecaya. 

   Rasanya ingindiadukan segala perbuatan Zafriel saat itu juga tapi entah kenapa ada satukuasa yang menahan mulut dari meluahkannya.

  “ Jadi.. Apa punyang Zafriel buat kat awak, saya harap awak tak ambil hati and forgive himdengan ikhlas..”, kata Zafwan.

  “ Insya Allah..”,akhir kata itu saja yang mampu dilafazkannya saat ini. Biarlah masa yangmenentukan selebihnya nanti.

  Zafwan banyakmenghabiskan setengah harinya bersama keluarga Maisarah. Tambahan lagi mummydan babah dengan senang hati mempelawa dia makan malam dan solat jemaah maghribdan Isyaa’ bersama. Adiknya, Kahfii pun apa lagi. Suka sangat sampai hint-hintsuruh kakak dia kahwin supaya dia ada abang ipar yang ‘cool’ lah katakan.

  Meriah sungguhsuasana rumah dihari itu berbeza dengan hari yang lain. Sudah lama dia tidakmerasa sebahagia ini. Kekosongan yang mendalam dihati seakan terisi dengankehadiran Maisarah dengan keluarganya. Dia sendiri pun tak faham kenapa begitumudah untuk dia berkongsi isi hati dengan perempuan itu. Kepala dan bahunyayang selama ini berat, sedikit demi sedikit menjadi ringan.

  Maisarah pulasemakin merasa selesa dengan Zafwan. Hubungan yang kurang baik sebelum iniseperti tidak pernah wujud. Lelaki itu pandai mengambil hatinya dan jugakeluarganya. Tidak dinafikan perasaan marah pada Zafriel masih belum surut dandia juga tidak mengerti kenapa wajah Zafriel masih muncul dicorong fikiran.Mungkinkah kehadiran Zafwan mengingatkannya pada Zafriel? Mungkin saja.

  ********

Zafwan bersalaman dengan babah, mummy dan Kahfii. Sedar taksedar jam sudah menunjukkan pukul 8:30 malam. Agak lama juga dia dirumah itu.

  “ Nanti kalau senangdatang lah lagi. Rumah ni sentiasa terbuka untuk kamu dan keluarga kamu,Zafwan..”, kata puan Salima.

  “ Ye la, bang.Seronok Kahfii hari ni ada yang teman main PS4. Kalau harapkan kakak, pegangjoy stick pun dia tak reti “ , Kahfii menyindir Maisarah. Gadis itu hanyamenjuihkan bibirnya. Letih dah nak berperang mulut dengan si adik.

  “Insya Allah nantiabang datang lagi”, ujar Zafwan pada Kahfii.

  “ Elok-elok bawakkereta tu..”, pesan tuan Hasbul.

  “ Babah, mummy,Maisarah hantar Zafwan keluar eh..”, gadis itu meminta izin.

  “ Haa~ boleh je.Jangan ikut Zafwan balik rumah sudah..”, kata-kata itu disambut dengan ketawamereka semua. Wajah Maisarah merona merah diusik begitu.

  Mereka berduakemudian melangkah keluar.

   “ Zafwan.. Terimakasih ye untuk hari ni. Visiting me, spending time with my family..” , kataMaisarah.

  “ Sama-sama.. Sayagembira sangat hari ni. I really had fun here..”, senyuman ceria terukirdibibir Zafwan.

  “ Sorry sebab sayaawak balik akhir. I hope auntie Maryam dan uncle Benji tak risau..” , gadis ituserba salah.

  “ Its fine. Sayadari tadi dah inform auntie Maryam about my whereabouts..” 

  “ I see.. Alrightthen..”

  Lelaki itu kemudianmemasang kasut kekaki. “Maisarah..”, panggilnya sambil mengikat tali kasut.

  “ Yeah?”, tanyaMaisarah.

  “ Awak benci sangatke kat Zafriel tu? ”

  Maisarah terdiam.Kenapa lah nama tu je yang kerap didengarnya hari ni? Cuti-cuti pun dengar namasi gila tu jugak ke?

  “ Awak jangan bencisangat kat adik saya tu.. “ , tambahnya lagi.

  “ Kenapa?”, tanyaMaisarah.

  “ Takut nanti awakjatuh cinta kat dia pulak..”, kata-kata Zafwan membuatkannya merasa sepertibaru disambar petir!

  “ jangan mengarutlah, Zafwan. Tak mungkin saya jatuh cinta kat Zafriel. Mintak dijauhkan,okey?”, Maisarah cuba menenangkan hati nya yang sudah berdegup kencang. Pelikpula hatinya berubah irama setiap kali nama ‘Zafriel’ disebut.

  Zafwan berjalanmenuju kekereta lalu membuka pintu kereta. Sebelum masuk dia masuk, dia menatapMaisarah. Pandangannya seperti bagai ada berjuta kata nak disampaikan tapididiamkan saja.

  “ Kalau awak jatuhcinta dengan dia, saya yang susah nanti..” , ujarnya. 

  “ Maksud awak?”,tanya Maisarah. Dia kurang faham dengan apa yang Zafwan cuba sampaikan.

  Jejaka itu hanyasenyum saja. “ Takde apa lah.. Assalamualaikum”, usai dijawab salam, Zafwanterus masuk kekereta dan memandu menuju kerumah. Maisarah melambainya hinggakelibat kereta Zafwan hilang dari pandangan. Gadis itu masuk kerumah denganseribu tanda tanya.

  Tanpa mereka sedari,ada sepasang mata yang memerhatikan mereka. Sepasang mata yang penuh denganemosi dan kemarahan.

   Dalam perjalananbalik kerumah,Fikiran Zafwan dipenuhi Maisarah.Gadis itu ternyata mempunyaidaya tarikkan sendiri. Sifatnya walau kasar, ada lemah lembut, dalam murung adasenyuman. Tambah lagi dengan gelak ketawanya membuat wajah cantik itu bertambahjelita. Tapi ada kasih sayang yang tersembunyi dihati.

   Tiada siapa yangmenyedari bahawa sepanjang masa Zafwan cuba mengawal perasaan indah yangmemekar dihati. Perasaan yang baru pernah dirasai selain dari kasih sayangkeluarga. Hatinya sudah mula dijangkiti rindu, sayang dan cinta terhadap kaumhawa.

  Maisarah.. Kau dah curihati aku.. 

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Stars Juliet