“ You what?!”,jerit Maisarah keriangan.
“ Shhh! Kau nimemang tak tau malu la”, Bifa menutup wajahnya dengan menu. Ada beberapa orangsudah menoleh kearah mereka .
“ Tapi serious ke?”, tanya Maisarah.
“ Iyeee~ Besok kitakerja kat sini. “,
“ Alhamdulillah.Dapat la aku kumpul duit sebelum masuk uni. “, siap tadah tangan lagi.
“ Kot ye pun tak payah la dramatic sangat. Aku risau kau sebenarnya”
“ Risau kenapapulak?”
“ Ye laa.. Sebelumni kau pernah kerja kat syarikat babah kau tu. Ni nak kerja kat kafe. Dah latak ada pengalaman. Kau sanggup ke? Kita sini kerja main shift tau. Bukan jamoffice”, Bifa menghirup minuman pure double chocolate nya.
Maisarahmembesarkan mata macam harimau nak terkam mangsa. Tudungnya sengaja dirapikanbak seorang tuan hakim membetulkan rambut palsu putihnya sebelum sidangbermula.
“ Kau jangan cabaraku , okay? Aku tahu aku boleh buat semua kerja ni. Kalau paperwork kat officetu aku boleh siapkan dalam waktu yang singkat, inikan pula nak handle minuman.Kacang lah! ”, fuyyooo keyakinan dirinya melangit padahal dalam hati kucarkacir. Tapi harus disembunyikan. Hilang kredibiliti nanti.
Bifa menggarukepalanya yang tidak gatal. “ Biar betul budak ni. Paperwork dan minuman taksama”, desis hatinya.
“ Okay lah. Bagus!Aku puji semangat kau”, mereka ‘high 5’.
“ By the way, kitakena kat branch ‘Benjamin Oil & Gas Sdn Bhd’”, tambah Bifa.
“ Wow! Not bad.Boleh lah aku cari boyfriend”, Maisarah mengerdip mata. Bifa pula hanyatersengih.
Walau Bifa tahu apayang bakal terjadi esuknya. Andaian itu didiamkan saja kerana esuk Cinderellaakan bertukar menjadi tukang bersih.
****
Rumah bungalowmewah itu dipenuhi tanaman bunga. Maryam yang sememangnya rajin menjagabunga-bunga. Macam-macam jenis ada. Rutinnya setiap pagidan petang adalahmenyiram pokok bunga tu. Ye lah kan. Dah tak dapat ada anak, mesti cariaktiviti lain untuk mengisi masa. Tambah lagi dia seorang suri rumah saja.Kalau anak buah pun semuanya dah besar panjang. Masing-masing ada hidupsendiri.
“ buat apa tu?”,tegur satu suara.
“ Anak ayam!”,terkejut beruk Maryam. Hos air yang berada digenggaman secara reflex diacukanpada tuan yang punya suara.
“ Oi!”, Benjaminrupanya. Alahai~ Memang tak kuat semangat si Maryam ni. Tak pasal-pasaltermandikan suami sendiri.
“ Abang ni lainkali kalau nak tegur bagi salam please”, rungut Maryam.
“ Baik lahpermaisuriku.. Assalamualaikum. Boleh kekanda menegur?”, walau dalam keadaanbasah kuyup, Bejamin masih tetap kacak dimatanya. Cewah! Biarpun sudah hampir18 tahun usia perkahwinan mereka, usikan masih mewarnai kehidupan.
“ Sindir saya lahtu”, rajuk nya.
“ Haih. Tak jawabsalam pun “, Benjamin semakin suka mengusik.
“ Hmm..Wa’alaikumsalam..”
“ Buat apa tu?”,sekarang bahunya pula dah dipeluk.
“ Tak nampak ke sayasiram bunga ni?”
“ Nampak tapi adasatu lagi bunga yang belum awak siram. Bunga cantik yang saya tanam sendiri” ,sang suami tersenyum bangga.
Ternaik keningMaryam. Sejak bila pula suaminya ni pandai bab tanam bunga? Setahu nya dulu diamemang pernah tanam pokok bunga tapi 2 hari lepas tu mati sebab tidak disiram.
“ Biar betul? Bungayang mana satu?”, tanyanya.
Benjamin tersenyumnakal, hos air diambil dari tangan isterinya lalu air hos dipancutkan padaMaryam. Terkejut dengan usikkan suaminya, Maryam menjauhkan langkah. Mukanyadibuat-buat marah. Alaa~ Marah acah-acah je.
Si Benjamin pulak?Sibuk ketawa bagai nak rak. Amboi~
“ Abang ni jahatla!”, Maryam menggosok matanya.
“ Saya tak jahat.Saya suka awak”, Benjamin mengulangi bait-bait kata waktu zaman dia mengoratdulu. Sweet kan?
Tersipu-sipuMaryam. Nampak kemerahan dipipinya.
“ Awak ni kan,selalu buat saya naik angin” , giliran Maryam pula mengulang bait perkenalanyang dulu.
“ Angin apa? Angincinta?”, Benjamin semakin suka dengan ‘game’ mereka sekarang. Inilah saatnyanak bersenda gurau dengan isteri tercinta dek seharian asyik sibuk dipejabat.Walau usia perkahwinan mereka mencecah 23 tahun, cintanya pada wanita ini takpernah berkurang. Maryam bijak dalam mengendalikan hal rumahtangga mereka.Sehari pun tak pernah bosan dengan sifat Maryam yang selalu meriangkan hatinya.
Wanita itu kemudianmemandang kearah lain. Bibirnya masih mekar dengan senyuman. “ Angin cinta sayaje rasa. Kalau angin kentut, chow lah jawabnya”.
Mendengar balasankata Maryam, Benjamin terus ketawa. Pipi sang isteri menjadi mangsa cubitan.Geram betul dia.
“ Abang, rosak pipisaya nanti. “, Pipinya yang merah diusap pelahan-lahan.
“ Rosak apa pulak?Abang tengok normal je. Lain la kalau ada anak tabuan sengat pipi awak tu”
“ Hish orang tua niloyar buruk pulak dia” , Maryam mencebik geram. Kadangkala malas dia nakmelayan perangai gila-gila Benjamin.
“ Jangan la marahsayangku~”, sang suami pasang ayat power!
Namun respon Maryamhanya jelingan menyampah. Hos air yang jatuh tadi diambil semula. Niatnya naksiram bunga terbantut.
“ Hmmm.. Okay lahabang mintak maaf”, sebaik saja mendengar perkataan ‘minta maaf’, senyumanterukir dibibir Maryam. Terpujuk hati wanitanya. Itu lah namanya wanita.Sedalam mana pun marahnya tapi jika dipujuk elok-elok, lembut lah semula.
“ Ye laa~ Maafditerima~”, kesian pulak sang suami memohon maaf tapi tak dimaafkan. Senyumandihadiahkan pada Benjamin.
Kali ini bungaorkid yang kian mekar itu disiram elok.
“ Abang tak mandidulu ke? Kan basah baju tu. Malu nanti jiran tengok. ”
“ Lepas ni abangmandi. Sebenarnya abang ada hal nak cakap dengan isteri yang terbaik didunia”,kepalanya sengaja dilentokkan pada bahu Maryam. Kegelian wanita itu.
“ Ada apa suamiyang terkacak didunia?” , mendengar pujian itu Benjamin tersengih. Kembanghidung bila dipuji.
“ Jangan usik abangmacam tu. Abang tau lah abang handsome”, collar baju polo nya di angkat.
“ Mula lah nakperasan. Tak sedar diri tu dah tua” , fulamak~ Kalau ada irama merdu boleh jadisumbang tatkala bercantum dengan sindiran Maryam.
“ Tua pun tak apa” , ceh~ Tak mau kalah nampak.
“ Abang ni nakbetekak dengan saya sampai besok atau nak cakap pasal something?”
“ Ha’ah lah. Abangnak bagitau isteri abang…”, dia menarik nafas panjang lalu dilepaskan.
“I think its time Ilet go the Honda NSX to the boys” , bulat mata Maryam mendengarnya.
“ What? Maryam taksalah dengar ke? Abang, are you sure they’re ready? It’s a sports car not anordinary car. Diorang tu muda lagi. bahaya “
“ Sampai bila kita nak simpan? Arwah Syazwan memang nakhadiahkan kereta tu kat anak-anak dia. Abang ni baby car sitter sementara aje”
“ I don’t know..Are you sure?”, Maryam begitu bimbang.
“ Yes my darling.Maryam, Aril dan Wawan tu dah 19 years old. Tak lama lagi 20. Mesti dah adakereta sendiri. Plus esok mereka kerja sementara kat company abang. Takkan lahnak satu kereta with your handsome husband ni pulak. Orang bujang nak kankebebasan.”, panjang hujah Benjamin.
Sebenarnya diasendiri merasa serba salah nak melepaskan kereta tu tapi dia sudah bertekad.Kepercayaannya pada anak-anak buah tak pernah dipersoalkan. Dia masih ingatlagi. Setelah meninggalkan bumi United Kingdom, bertapa susahnya arwah Syazwannak membawa kereta ini masuk ke Brunei dek kerana peraturan yang ketat babkemasukkan kenderaan. Namun setelah mengharungi bermacam-macam proses, keretaidaman adiknya berjaya menginjak negara Brunei Darussalam.
“ Abang, keretaHonda NSX ni melambangkan personaliti Syazwan. This is my first car. I want youto promise me something. No matter how hard life gets, Syazwan nak abang tolongjaga kereta ni elok-elok. My sweet car. Kalau boleh I want my future kids toinherit this car and love it like I do. ”, itu lah kata-kata Syazwan ketikakereta Honda NSX baru mendarat di Brunei21 tahun lalu. Terserlah senyuman puas diwajah arwah adiknya.
Namun kereta itu disimpandi rumahnya. Pada awalnya dia hairan kenapa arwah adiknya tak menyimpan keretaitu dirumahnya sendiri bahkan anak-anak nya juga tidak tahu akan kewujudanHonda NSX ayah mereka. Sekadar nak test drive pun jarang.
“ Ehem!”, lamunanBenjamin terhenti.
“ Abang dengar takapa Maryam cakap?” , hairan dia dengan suaminya. Selalu berangan.
“ Apa tadi?”
Satu keluhandilepaskan. “ Abaaaannggg.. Maryam cakap.. Kita bagitau mereka waktu nak makanmalam nanti. “
Benjamin merasalega. Nampak gayanya Maryam sudah bersedia melepaskan kereta itu. “ Baik lah. Ihope they like it”
“ They will..”, BahuBenjamin dipeluk si isteri. Mereka sama-sama menaruh harapan dengan adanyakereta itu, Zafwan dan Zafril akan lebih merasa dekat dengan arwah ayah mereka,Syazwan.