Home Novel Cinta Cinta! Come Back!
Cinta! Come Back!
Stars Juliet
2/2/2018 14:16:44
33,103
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

Zafriel fikir episode ceramahnya berakhir dipejabat taditapi sambung dirumah lagi. Entah kenapa tiba-tiba ruang tamu itu terasa sempit.Sekarang setegak kayu lidi dia berdiri depan Benjamin, Maryam dan Zafwan.Mereka duduk seperti juri-juri nak menilai orang uji bakat. Tiada segarisketenangan dan senyuman diwajah mereka.

   Zafriel merasasebal. Bosan! Pada sudut visual nya, semua perabot dirumah bertukar menjadiwajah gadis yang hampir ditamparnya tadi. Kerana gadis itu lah dia terukdimarahi!

  Ini lagi satu. Entahkenapa lah uncle Benjamin tak habis-habis nak bela perempuan tu. Dari tadi takada orang nak becakap apa-apa pun.

   “ Korang semuasuruh Aril jadi robot ke kat sini? Penat orang bediri “ , dengan nada selambadia memulakan bicara.

  Benjamin dengan hatiyang membuak-buak bangun dari tempat duduk. Maryam yang cuba menggenggam lengantangannya ditepis. Dia memandang Aril seakan mahu menelannya hidup-hidup.

   “ Aril tahu tak apayang Aril dah buat kat pejabat tadi? Now the whole office knows about it! Manauncle nak letak muka uncle ni?!”

   “ Letak kat mukalah, uncle”, jawab Aril seakan tidak ada yang belaku.

   “ Aril!”, kali niZafwan pula yang berdiri. “ Kau jangan kurang ajar dengan uncle. Dia yang jagakita selama ni”

   “ Since ayah danibu meninggal. I just finished your sentence”, Zafriel berpeluk tubuh. Pandangantajam Zafwan tidak dipeduli.

   Benjamin melajukanlangkahnya. Dia sudah tidak tahan lagi dengan anak buahnya yang satu ini.

   PAP!

  Satu tamparansinggah ke pipi Zafriel. Bunyi tamparan itu memenuhi ruang tamu. Kesemua merekaterdiam dengan tindakkan Benjamin. Tuan punya tangan pun kurang pecaya denganapa yang dilakukannya. Panas sekali rasa tapak tangan. Saluran darah semakinmengalir laju. Ini baru kali pertama dia sampai tangan pada Zafriel. Selama inidapat dia menahan amarahnya dek perangai Zafriel yang seringkali mencabarkesabaran.

   “Abang!”, Maryammengusap bahu suaminya. “Sudah sudah lah tu.. Bawak besabar..”

   “ saya takkan pukuldia kalau kesalahan dia tak besar. Sabar saya pun ada batas nya, Yam. Budak ninak memalukan saya!” , bentak Benjamin.

   Zafwan menghampiriZafriel.

  “ Uncle, jangancakap macam tu.. Ni semua salah faham je. Mungkin Aril stress sangat tadi..”,Zafwan cuba membela adiknya. Wajah Zafriel kelihatan kusut sekali.

   “ Don’t cover forhim!”

   “ I’m not coveringfor him.. Wawan nak semua orang calm down dulu. Lagipun nobody got hurt here.Its just a silly mistake” , jauh disudut hati Zafwan tak sanggup melihatZafriel dimarahi begitu. Walau dah 19 tahun, jiwa nya begitu sensitif.

   “ Ye bang.. Jomkita bincang baik-baik.. “, Maryam masih cuba memujuk.

Ada rasa tidak puas hati tercalit disanubari lelaki nya tapiketika melihat wajah-wajah insan tersayang membuat marahnya surut sedikit.Sekelumit perasaan kecewa dan malu masih bersarang dihati. Wajah Zafwan danZafriel direnung dalam-dalam. Dia akui, antara mereka berdua, Zafriel memangsusah dikendalikan. Terlalu banyak sifat dan perangai nya yang memberi kejutanpada mereka semua. Ini semua disedari setelah adik dan adik iparnya meninggal.

   Si kembar ini bagailangit dan bumi. Kerenah Zafriel waktu remaja memang banyak. Seakan seseorangyang suka memberontak. Amat berbeza sekali dengan Zafwan yang bersifat pendiamdan tenang. Waktu arwah adiknya, Syazwan masih hidup, seringkali dia berceritatentang anak terunanya yang satu ini. Tidak dinafikan sifat Syazwan banyakdiwarisi oleh Zafriel.

  Tapi lucu jugakerana diperhatikannya, sejak sikembar lahir kemuka bumi, Syazwan lebih rapatdengan Zafwan berbanding Zafriel. Sampai sekarang perkara itu masih jadi tandatanya yang tersimpan dilubuk hatinya.

   Entah apasebenarnya yang menjadikan naluri Zafriel begitu keras sekali. Dia sudah hilangpunca nak mencari jawapan.

    “ Aril, what youdid is so unprofessional. Uncle tak kira kalau semua tu terjadi diluar officetapi kalau dah kat office tu, risau uncle nanti nama kamu jadi tak baik”, sekarangbaru dia dapat berfikir secara rasional.

Zafriel masih diam membatu. Zafwan memeluk bahu adiknya.

   “ Korang berdua pundah besar panjang. Dah boleh fikir tentang mana yang baik dan buruk. I justwant to..”

   “ Would you juststop it?!” , kata-kata Benjamin dipotong Zafriel.

   Teraksima merekadengan kekasaran yang dipamerkan Zafriel.

   “ I don’t needanother lecture from you, uncle. Dan abang..”, dia memandang Zafwan. “ Takpayah lah susah-susah nak belakon jadi ayah. It makes me sick!”

 “ ARIL!”

   “ Ah, sudah lah!Memang dari dulu Aril ni selalu malukan keluarga. Mungkin Aril juga punca ayahdan ibu meninggal. Kalau Aril tak lari dari rumah waktu tu, mesti ayah dan ibumasih hidup sekarang ni!” , dia meluahkan segala onak onani yang terbukudihati.

   “ ENOUGH!”,Benjamin sudah tidak sanggup mendengarnya lagi. Maryam disisinya menangisteresak-esak.

  “ Stop it, Aril!Stop acting like a child!”, Zafwan pula menceramahi.

   “ Abang diam! Uncleit’s the truth! The truth yang nyata! I’m out of here!”, Zafriel seperti orangyang tiada perasaan melangkah keluar. Zafwan yang cuba menghalangnya, ditolak.

   “ Arill!!Arill!!!”, sahutan Maryam tidak dipedulikan. Terdengar bunyi engine keretadihidupkan diluar rumah. Sahlah Zafriel nak keluar.

   Kunci kereta yang memangdisangkut dekat pintu dapur, diambil Zafwan. “ Don’t worry uncle, aunty.. I’llbring him back..”.

   Maryam mengesat airmata yang masih bersisa. “Abang, pergilah cari Aril tu.. “ . Kerisauannya akankeselamatan Zafriel menebal.

   Benjamin hanya diambagaikan tidak mendengar kata-kata Maryam. Apa yang Zafriel katakan tadibenar-benar menusuk jiwanya.Fikirannya kacau saat ini. Perlahan-lahan kaki dilangkahkankebilik sembahyang.

 

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Stars Juliet