Home Novel Cinta SOULMATE TUAN PROFESOR
SOULMATE TUAN PROFESOR
Batiah Hadi
29/10/2017 00:00:20
201,733
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

“Siapa pulak yang nak kahwin tu Izmir? Kamu nak kahwin?” suara seorang wanita menerpa gegendang telinga Izzah. Izzah tersentak. Pandangan mata mereka terlerai. Izmir sudah tersengeh. Seorang wanita berusia enam puluhan berbaju kaftan sutera dan bersanggul datang menghampiri mereka. Dia memandang hairan pada Izzah yang terlopong melihatnya. Namun ada senyuman manis di bibirnya. Dia kelihatan mesra orangnya. Wajah Izzah ditenung ke atas ke bawah. 

“Ah ibu…kenalkan ini Izzah,” ujar Izmir pantas. Izzah menyambut huluran tangan wanita itu.

“Siapa ni? Bakal menantu ibu ke?” soal Puan Nora dengan tangannya masih ditangan Izzah. Izzah tersentak. Dia tidak pasti sama ada wanita itu serius atau berseloroh. Tapi jelas wajah Izmir tersentak juga.  Mereka berpandangan. Tak mungkin!

“Tak!” mereka berdua menjawab serentak. Izmir dan Izzah berpandangan lagi. Boleh pula mereka menjawab serentak. Puan Nora tambah kehairanan.

“Habis siapa?” soal Puan Nora sedikit hairan. 

 “Saya…saya…” kata Izzah serentak dengan Izmir mengatakan,”Dia…..dia..”

 “Kamu berdua ni dah kenapa? Saya…dia…saya dia. Cuba cakap sorang-sorang dulu!” suruh Puan Nora seperti memarahi kanak-kanak pula. Izzah mahu menyatakan sesuatu tetapi pantas Izmir mengangkat tangan dengan mata bulatnya dijegilkan. Memberi isyarat supaya dia diam. Orang nak cakap dia pun nak cakap juga, desis hati Izmir geram menjegilkan matanya seketika pada Izzah. Izzah akur lantas mengigit bibirnya. Izmir menghela nafas menahan geram di dada. 


“Ini Izzah. Dia pembantu untuk research saya. Saya bawa dia balik ni untuk selesaikan sedikit kerja sebelum mesyuarat esok,” terang Izmir menyapu dahinya yang sedikit berpeluh. Puan Nora tersenyum. Izzah menarik nafas lega. Rupa-rupanya dia diminta ikut untuk selesaikan kerja. Mengapalah lelaki itu tidak berterus-terang sahaja. Punya over thinking dan dramatiknya dia sejak tadi. Dan punyalah dia merepek tentang tak mahu kena paksa kahwin dan sebagainya. Rupa-rupanya Prof Izmir bukan tinggal seorang sahaja dalam rumah itu. Ada ibunya sekali rupanya. Patutlah rumah dia kemas benar. Ingatkan dia OCD tadi. Aduhai, malunya!


“Betul Puan. Saya kerja dengan Prof Izmir,” ujar Izzah. Wanita itu mengangguk.

“Oh macam tu ke? Ibu ingat kamu bawa calon menantu tadi Izmir. Dah elok saja ibu tengok. Sesuai dan padan dengan kamu Izmir. Macam pinang dibelah dua. Sedondon je baju kamu. Mujur Izmir tak pakai baju melayu dan songkok,” usik Puan Nora. Hah? Pantas Izmir dan Izzah memandang pakaian masing-masing. Izzah memakai serba biru dan Izmir pun memakai kemeja dan tali leher dengan nada yang sama. Izmir meraup rambutnya. Inilah bahagian yang dia tak sanggup hadapi. Dia pun satu. Bawa Izzah pulang ke rumah. Ini semua kerana kerja kecemasan yang dia perlu sediakan. Dapat tahupun last minit selepas dia menemubual Izzah. Kalau tidak dia tak akan bawa gadis itu balik.

“Haih ibu. Mana boleh jadi calon menantu. Izzah kerja dengan saya dan dia muda sangat.  Lagipun Izzah ni dah ada boyfriend. Dan kata dia saya ni tak sesuai dengan dia. Saya pun rasa macam tu. The feeling is mutual. Lagipun dalam hal kerja kenalah professional,” ujar Izmir memandang Izzah cuba melihat riak wajah gadis itu.

“Ye Puan, betul kata Prof tu. Kami berdua tak sesuai dan perlu professional,” akur Izzah sambil menghalakan sengehnya pada Izmir. Puan Nora tersenyum sinis. Memandang kedua-dua mereka silih berganti.

“Tak sesuai ye?....tapi bila bercakap tadi kenapa nak serentak je. Bukan sekali je. Dua kali. Betul ke kamu tak sesuai? Ibu nampak macam harmoni je Izmir,” sindir Puan Nora. Izmir mengeleng-ngeleng. Izzah hanya diam. Prof dan dia tak mungkin. Dia dan Prof itu? Memang tak masuk akal. 

“Ibu, ayah mana?” soal Izmir cuba mengubah tajuk. Nanti kalau dilayan makin galak ibunya. Penyudahnya nanti satu kerja yang dirancang tak jalan silap hari Puan Nora bincang pasal risik pulak nanti dengan Izzah. Kahwin adalah perkara terakhir yang dia mahu lakukan saat itu terutama dengan Izzah yang entah siapa-siapa. Susah hendak dia bayangkan dia dan Izzah. Mereka akan bekerja bersama jadi tak wajar untuk ada hubungan yang lebih akrab dari seorang pembantu penyelidik dan profesornya. Lagipun dia baru jumpa gadis itu sehari. Merepek kalau nak fikir perkara begitu dalam masa sesingkat itu.

“Macam biasa. Dia dah pun ke masjid. Kamu ni saja nak ubah tajuklah tu,” sindir Puan Nora. Izmir hanya tersenyum.

“Eh…mana ada. Tak nampak kereta ayah, itu yang Izmir tanya,”

“Janganlah kamu nak temberang ibu ya. Ibu dah tahu kamu tu macamana. Masuklah Izzah. Makcik ke dapur dulu,”

“Jangan susah-susah makcik. Ada apa-apa yang makcik nak saya tolong?” pelawa Izzah. Puan Nora mengeleng sambil tersenyum.

“Eh tak apa. Kamu kan tetamu. Duduklah dulu,” katanya.

“Tak kisah makcik. Biar saya bantu makcik. Saya dah biasa,” ujar Izzah.  Izzah yang baru hendak mengikut ke dapur tidak jadi apabila Puan Nora berpaling dan mengeleng-ngeleng. Puan Nora menolak Izzah ke ruang tamu semula.

“Kamu duduk sajalah. Biar makcik sorang yang buatkan. Mudah aje sebab semua dah ada,” ujarnya. Izzah terpaksa akur dan kembali ke ruang tamu. Sewaktu dia melabuhkan duduk dia perasan Izmir sedang memandang tajam padanya. Seolah-olah dia tidak suka dengan cara Izzah yang ingin ke dapur bersama ibunya. 


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.