Home Novel Cinta SOULMATE TUAN PROFESOR
SOULMATE TUAN PROFESOR
Batiah Hadi
29/10/2017 00:00:20
201,347
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

“Awak jangan nak buat rajin pulak,” tegurnya. Izzah kehairanan.

“Kenapa? Salah ke saya nak bantu ibu Prof,”

“Dapur tu kawasan larangan. Ibu saya tak berapa suka orang ceroboh dapur dia,”

“Apa? Saya tak ceroboh. Cuma nak bantu sahaja. Tak kan tak boleh?,”

“Jangan. Sebenarnya tadi saya risau kalau dia terima awak di dapur,” ujar Izmir dengan wajah bimbang.

“Terima di dapur? Apa maksud Prof ni?” tanya Izzah dengan wajah berkerut.

“Kalau dia terima maksudnya dia serius nak jadikan awak menantu. Kalau tidak awak patut lega,” ujar Izmir selamba. Bulat mata Izzah.

“Betul ke Prof?,” soal Izzah. Gerun pulak dia fikirkan kalau sungguh bagai yang dikatakan oleh lelaki itu.

“Betul…kakak ipar saya macam tu lah. Bila kali pertama dia datang ibu saya terus ajak pergi dapur. Masa tu abang saya pun tak kenal dia. Minggu depannya terus dia datang meminang untuk abang saya. Abang saya pun terpaksa kahwin dengan kakak ipar saya tu,” terang Izmir. Izzah tersentak.

“Wah menakutkan tu,” ujar Izzah dengan wajah bimbang. Aduhai, dia baru sahaja hendak ke dapur.

“Ye sangat menakutkan. Jadi, kalau dia tak ajak awak ke dapur tu awak selamat. Kalau tidak jangan salahkan saya kalau awak kena pinang minggu depan,” ujar Izmir dengan nada serius. Izzah tambah tersentak. 

“Saya harap perkara macam tu tak berlaku sebab seperti apa yang saya katakan, saya tak mahu kahwin dengan Prof. Memang menakutkan bab kena paksa kahwin ni,” ujar Izzah dengan matanya bulat memandang Izmir. Izmir seperti mahu tergelak tapi ditahannya.

“Menakutkan…. kecualilah awak memang berangan nak kahwin dengan saya kan?,” sambung Izmir sinis. Izzah buat muka. Ah, tolong sikit! Memanglah lelaki depan dia ni kacak tapi kahwin? Itu perkara paling akhir yang dia fikirkan saat itu setelah apa yang berlaku.

“Eh, sikit pun tidak. Saya kan dah cakap saya tak ada hati dengan Prof tadi. Lagipun boyfriend saya tu nak campak mana, kan?,” jawab Izzah selamba.

“Ye betullah tu. Kesian boyfriend awak nanti. Tercampak pulak nanti. Kasihan kat dia,” ujar Izmir ketawa buat-buat. Izzah terangguk sambil ketawa juga mengiakan kata-kata Izmir itu walaupun dalam hati rasa jengkel sangat ketawa Izmir itu. Nampak sangat Izmir sebenarnya hanya ingin mengenakan dia dan dia telah termakan umpan memperbodohkan diri sendiri. Izzah terasa seperti mahu mengetuk kepala sendiri. Aku ni dah kenapa? Jadi macam tak boleh fikir pulak tiba-tiba? Jelas sangat Izmir hanya bergurau sahaja bukannya betul pun. Izzah...Izzah...desis Izzah sendiri.


Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.