Home Novel Cinta THE REAL ME
THE REAL ME
Aira eddy
27/2/2019 17:06:51
27,248
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

BAB 5

“Tolonglah jangan mimpi dia lagi, kaurasa aku akan mimpi dia lagi tak?”

Soal Qisya pada anak patungberuangnya. Tubuh Teddy digoncang berkali-kali.

“Serious lah? Aku pun rasa aku akanmimpi dia lagi malam ni. Kau rasa dia jodoh aku tak? Dia nak ke perempuan macamaku? Ke dia dah ada yang punya?”

Omel Qisya lagi pada cik Teddy.Lantas patung beruang di bawa ke dalam pelukannya. Hampir setiap hari diabermimpikan Syed Faliq. Badan dipusingkan ke kanan dan ke  kiri di atas katil bujangnya.

“Hish! Stress lah macam ni! Kan baguskalau aku ada nombor phone dia, tanya terus. Tak payah nak fikir-fikir. Lagibagus kalau dia pun suka aku! Kahwin terus!”

Rungut Qisya lantas duduk di ataskatil. Dadanya dipegang. Jantungnya berdegup kencang. Fikirannya bercelaru. Asyikterfikirkan Syed Faliq sahaja.  Jam didinding sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Mata masih belum mampu lelap. QisyaAtirah bangun dan menuju ke tandas. Selang bebrapa minit Qisya keluar semuladan menyarung telekung.

Solat istikharah dilakukan penuh khuysuk.Ingin mencari kepastian. Kenapa hatinya tidak tentram. Adakah telalu mengejarcinta manusia sehingga lupakan yang Esa? Sebab tu hatinya tidak tenteram?Selesai solat Qisya merebahkan semula dirinya di atas katil. Mata masihmemandang syiling.

“Maksudnya kalau dia datang jugakdalam mimpi aku, dia jodoh aku? Atau sebab aku terlalu fikirkan dia sebab tudia datang dalam mimpi aku? Argh!”

Kusut. Kenapa wajah itu yang asyikterbayang? Qisya tetap memejamkan matanya walaupun fikiran masih lagi berjalan.Kerutan di dahi masih kelihatan. Lampu tidur di tutup. Gelap gelita terusbiliknya. Senang!

….……………………………………………………………………

 

 “Qisya! Oh Qisya! Bangun nanti lambat pergikerja”

Kejut Puan Juriah. Terpisat-pisatmata Qisya Atirah saat ingin membuka mata. Muka Puan Juriah dipandang.

“Ermm..”

Balas Qisya. Puan Juriah keluar daribilik anak tirinya. Nak kejut Laila Qassandra solat subuh pulak. Qisya Atirahmengerling jam di telefon. 6.30 pagi. Badan bingkas bangun dari katil danmenuju ke bilik air.

Sarapan sudah terhidang di mejamakan. Roti sardine dan roti telor bikinan Puan Juriah nampak menyelerakan.Qisya turun dengan langkah yang lambat. Berangan punya pasal semalam. Sampaitak sedar tidur lambat.

“Asal mata tu? Tak tidur ke semalam?”

Soal Encik Qhalif pada anaknya. QisyaAtirah mengambil tempat di sebelah bapanya. Puan Juriah pula datang membawa airdi dalam dulang. Laila? Sambung lagi tidur dekat atas tu.

“Tak boleh tidur semalam Bah”

Balas Qisya ringkas. Lantas rotitelur di sua ke mulut. Encik Qhalif mengirup air kopi yang sudah terhidang.

“Teringat Syed Faliq?”

Soal Encik Qhalif bersahaja. Qisyamenoleh bapanya disebelah. Mukanya dikerutkan.

“Mana Babah tahu?”

Soal Qisya jujur. Encik Qhaliftersenyum. Puan Juriah sudah menggeleng kepala. Sama je dengan anaknya dekatatas tu.

“Selama ni bukan main senang tidur,sejak-sejak jumpa Syed Faliq terus tak boleh tidur? Parah ni.”

Balas Encik Qhalif. QIsya Atirahtersengih. Tak da rahsia betul dengan Babahnya.

“Tulah Bah, rasanya suka yangbertepuk sebelah tangan je. Qisya rasa Syed Faliq tu…”

Ayat Qisya dipotong oleh LailaQassandra yang tiba-tiba menjengah ke meja makan.

“Syed Faliq tu mana suka perempuanmacam kau. Dia suka perempuan macam aku. Ada class.” Sambung Laila Qassandrasengaja menyakitkan hati.

“Hish kau ni! Kalau tak gaduh denganaku satu hari memang tak sah!”

Marah Qisya Atirah.

“Sudah! Sudah! Depan rezeki ni.Jangan gaduh! Kang Babah sumbat mulut tu dengan lesung! Dah duduk semua. Tak payahnak cakap pasal Syed Faliq!”

Marah Encik Qhalif. Puan Juriah sudahmembuat isyarat mata pada anaknya. Qisya Atirah terus bad mood.

“Ermm, QIsya gerak dulu Bah, Ma”

Ucap Qisya Atirah seraya bangun darimeja makan dan bersalaman dengan orang tuanya. Encik Qhalif hanya mampumenggelengkan kepala. Setelah kedengaran motor skuter Qisya keluar dari halamanrumah, Encik Qhalif pula bangun.

“Saya gerak dulu Ju”

Ucap Encik Qhalif seraya melangkahkeluar dari rumah. Tersentap hatinya saat Laila Qassandra berkata begitu padaanaknya. Apa hodoh sangat ke anaknya sehinggakan Laila nak berkata begitu.Encik Qhalif memandu keluar dari perkarangan rumah dan menuju ke tempatkerjanya di Kilang Kotak. Hampir 15 tahun berkhidmat sebagai manager di KilangKotak. Duit inilah yang membesarkan Qisya Atirah dan keluarganya.

Puan Juriah menjeling tajam anaknya.

“Mulut tu! Kalau mama cili baru tahu.Cuba kalau nak cakap tu jaga perasaan orang lain. Apa yang tak puas hati sangatdengan Qisya?”

Marah Puan Juriah pada anaknya. LailaQassandra membuat muka toya. Sandwich di sua ke mulut.

“Qisya tu Ma, Gatal! Nak goda SyedFaliq konon. Apa dia ingat Syed Faliq tu tak de taste ke? Perempuan macam tunak jadi teman wanita Syed Faliq? Please lah ma!”

Balas Laila Qassandra berlagak. PuanJuriah duduk berhadapan dengan anaknya. Geram.

“Biarlah dia nak ngurat Syed Faliqke, Mamat ke, Abu ke, itu dia punya pasal. Lagipun dia tu single! Kamu tu dahrancang nak bertunang dengan Khairi kan? Yang pergi sibuk-sibuk suka Syed Faliqtu kenapa?”

Marah Puan Juriah lagi. LailaQassandra bersemangat melihat muka Mamanya.

“Tu lain Ma, lepas nampak muka SyedFaliq tu, Laila rasa dah jatuh cinta dengan dia. Mata dia biru Ma. Sekali diasenyum. Pergh!! Cair. Memanglah Laila tak terfikir nak nikah dengan dia, tapisampai sekarang teringat dekat Syed Faliq tu”

Balas Laila Qasandra. Bunga-bungacinta sedang bertaburan dalam hatinya. Bahagia. Laju tangan Puan Juriahmengetuk tangan anaknya.

“Khairi tu kamu nak campak mana? Kamujangan main-main Laila! Mama dah kenal sangat dengan family dia. Dia pun dahbanyak kali datang sini. Kamu jangan nak mengada tak jadi tunang pulak!”

Marah Puan Juriah pula. LailaQassandra membuat muka tidak tahu. Entah kenapa lepas jumpa Syed Faliq minggulepas, hatinya sudah beralih arah. Tiada lagi nama Khairi Jazmir dalam hatinya.

“Cinta tak boleh dipaksa ma. Lailanaik dulu lah”

Balas Laila Qassandra bersahaja danmenuju ke biliknya. Puan Juriah hanya mampu menggeleng kepala dan mengeluh.Macam-macam perangai!

….………………………………………………

Aziz melangkah masuk ke pejabat SyedFaliq bersama fail di tangan. Fail yang bakal menentukan siapakah wanita yang berjaya masuk ke  Shadad Holdings di letak di atas meja SyedFaliq.

“Ha, cuba tengok ni. Aku dahpilihkan. Semuanya sopan.”

Ujar Aziz. Syed Faliq mengambil failtersebut. Ada 6 nama wanita yang tersusun di dalam kertas A4 tersebut bersamadengan jawatan.

“Yang ni betul ke nak jadi cleaner?”

Soal Syed Faliq bila melihat namayang tertera di atas kertas A4. Aziz menarik kerusi di hadapan Syed Faliq danmerebahkan punggungnya.

“Ha yelah! Cleaner tu aku dah calldah. Aku dah tanya, and  diorang cakapdiorang sudi nak jadi cleaner. Cuma setiausaha dengan tukang bancuh air tu, akutak call lagi. Tu kau call sendiri.”

Balas Aziz. Syed Faliq mengerutkandahi. Muka rakannya dipandang.

“Asal pulak aku yang kena call? Kanaku serahkan kerja ni pada kau.”

Ucap Syed Faliq. Aziz tergelak kecil.

“Yelah. Dia kan bakal setiausaha kau.Tak pelah. Kalau kau tak nak call yang pembancuh air tu, biar aku yang call.”

“Hrmm…” Keluh Syed Faliq.

“K, lah aku keluar dulu. Jangan lupacall setiausaha kau tu. Pembancuh air tu biar aku yang call.” Ucap Aziz serayameninggalkan meja Syed Faliq. Syed Faliqmeneliti resume yang berada di tangannya.

“Hai beriyanak call budak pembancuh air tu”

Soalan SyedFaliq hanya dibalas dengan kenyitan oleh Aziz. Syed Faliq menyelak helaiandokumen di hadapannya.

“Qisya Atirah? Budak tercabut selipartu?”

Soal Syed Faliq sendirian serayamenguntum senyum di bibirnya.

 

 

Jam menunujukkan pukul 6 petang.Qisya Atirah memakir skuter di halaman rumahnya. Pintu grill di tutup rapat dansejurus selepas itu kaki mula masuk ke dalam.Kedengaran suara Laila Qassandra yang sedang bersorak gembira. Qisya Atirahmasuk ke dalam rumah. Babah dan Mamanya sedang duduk di ruang tamu sambilmenikmati minum petang. Nampak muka Encik Qhalif yang agak kepenatan sebab barupulang dari kerja.

“Dah boleh start kerja lusa.Yeayy!!!”

Jerit Laila Qassandra lagi. Berulangkali email dari Aziz di baca setelah Aziz membuat pengesahan melalui panggilantelefon. Qisya memandang pelik lantas membuat isyarat mata pada Babahnya.Punggung mula direbahkan di atas sofa yang bersebelahan dengan Encik Qhalif.

“Laila dapat kerja dekat ShadadHoldings.”

Balas Encik Qhalif ringkas. Tidakmahu terlalu gembira, takut anaknya sedih.

“Oh yeke, sebagai apa?”

Soal Qisya Atirah selamba. Padahalterkejut dengan jawapan Babahnya. Tiba-tiba rasa cemburu.

‘Kenapa bukan aku!!! Argh!’ Jerithati Qisya.

“Lagi awal aku dah cakap. Syed Faliqtak suka orang macam kau. Tak de stail. Kau patut belajar dari aku. Ma… CubaMama bayangkan, semua pekerja kat situ lelaki Ma. And paling penting ada SyedFaliq.”

Ucap Laila Qassandra bersama senyumandi bibir. Teruja sangat dengan kerja yang baru sahaja dia dapat.

“Eleh! Bajet Syed Faliq tu sukasangat tengok perempuan tak cukup baju ni?”

Balas Qisya Atirah tidak mahumengalah. Cemburu sebenarnya. Air minuman Encik Qhalif di sua ke mulut. PuanJuriah dan Encik Qhalif hanya mampu menggeleng kepala.

“Kerja dekat kedai buku tu lagi bagusQisya. Setakat jadi cleaner dekat Shadad, kalau Mama yang interview pun confirmdapat”

Balas Puan Juriah. Lantas ketawaEncik Qhalif dan Qisya Atirah pecah.

“Mama! Atleast Syed faliq tu ada matayang pandai menilai. Sampai hati Mama hina pekerjaan cleaner! Kan yang pentingpekerjaan tu halal! Hmmhh”

Dengus Laila Qassandra. Kakinya dihentak dan meniti anak tangga.

“Haah, memang halal pun kerja cleanertu. Tapi yang jadi peliknya, kerja cleaner yang halal tu hanya dekat ShadadHoldings je, cuba kalau dekat tempat lain? Kamu nak ke?” Jerit Puan Juriah.Sengaja memerli anaknya.

“Bamm!” Pintu bilik dihempas kuat.

“Ju….” Encik Qhalif tersenyum padaisterinya. Puan Juriah membalas dengan sengihan.

“Saja je bang. Kena ajar sikit denganbudak-budak ni. Saya bukan apa, Laila tu dah nak tunang bang. Jangan dia buatperangai sudah. Mana saya nak letak muka ni.”

Balas Puan Juriah, Ada keluahan kecildi situ. Qisya pula asyik menyua pau daging di hadapannya. Dah habis gelakdengan drama tadi. Matanya difokuskan pada TV di hadapan.

“Kalau ada jodoh dia dengan Khairi tuadalah. Lagipun kita tak da ikat apa-apa lagi kan. Dah lah, pergi pujuk anakawak tu. Kang tak nak turun makan malam.”

Arah Encik Qhalif. Puan Juriah hanyamenurut. Hilang sahaja kelibat Puan Juriah, lantas tangan Encik Qhalif menyubitpipi anaknya.

“Pipi dah macam pau, asyik sumbat pauaje. Pelik babah tengok, kenapa yang naik dekat pipi je”

Usik Encik Qhalif. Qisya Atirahtersengih tidak membalas jawapan Babahnya. Hati masih teringat pekerjaan diShadad Holdings.

“Frust tak dapat kerja dengan SyedFaliq? Kalau Qisya dapat jadi cleaner, Qisya nak ke?” Soal Encik Qhalif.

‘Nak Pa, tak kisahlah jadi apa. Yangpenting boleh nampak dia. Dia comel sangat Pa, every night, Qisya mimpi dia.Qisya dah suka kat dia sangat-sangat walaupun baru first time jumpa. Mungkindia first love Qisya.’

Bisik hati Qisya Atirah. Melihatanaknya tidak menjawab, Encik Qhalif menyubit lagi pipi anaknya.

“I Know you Qisya. Tapi Qisya lupakanjelah dia. Dia tak setaraf dengan kita. Dia anak orang berada. Dan yang palingpenting dia tu ramai peminat. Babah tak setuju kalau dia yang jadi menantuBabah”

Ucap Encik Qhalif lagi. Qisya Atirahberpusing melihat wajah Babahnya.

“Tapi tak semua anak orang kaya yangpentingkan taraf. Ada je yang baik. Kenapa Babah cakap macam tu, Qisya tak sukalah”

Balas Qisya Atirah. Mukanyadikerutkan.

“Sebab Babah nak lelaki yang fokuspada Qisya sorang. Tak pandang dah wanita lain. Qisya kena ingat, dia tu kaya.Dan dia boleh buat apa sahaja, sebab dia ada duit” Balas Encik Qhalif lagi.Risau betul!

“Babah…” Panggil Qisya lembut.

“Yang perlu kita jaga, kan hati dia. Kalau Qisya jadi isteripada sesiapa pun, yang Qisya kena jaga ialah hati dia. Tak kisah lah dia kayaatau tidak. Siapa yang beri rasa cinta dan sayang tu? Allah kan? Jadi Qisyahanya perlu minta pada Allah supaya hati QIsya hanya milik suami Qisya sorang.”Balas Qisya Atirah lembut.

“Tapi….”

“Tapinya sekarang ni, Qisya memangsuka dan jatuh cinta pada Syed Faliq, Qisya tak tahu sebabnya apa? Qisya dah cubalupakan dia dalam masa seminggu ni, tapi Qisya selalu terbayang muka dia.Mungkin sebab dia handsome? Tapi tak Pa, Qisya dapat rasakan ada sesuatu yanglain dalam hati Qisya. Dan hati ini ingin sangat duduk dekat dengan hati SyedFaliq”

Sambung Qisya lagi. Encik Qhalifmenggelengkan kepalanya. Angau tahap dewa dah Qisya Atirah ni. Encik Qhalifmenggenggam tangan Qisya Atirah.

“Dan ada hikmahnya juga Qisya takdapat kerja dekat situ. Mungkin Allah nak tunjuk sesuatu. Mungkin dia bukanjodoh Qisya. Mungkin Allah hantar  SyedFaliq satu hari tu je, untuk menguji hati Qisya. Babah harap Qisya cepat dapatlupakan dia. Jangan terlalu mengharap. Nanti diri sendiri yang sakit”

Balas Encik Qhalif. Qisya menariknafas panjang dan dilepaskan. Ayat ENcik Qhalif mula meresap dalam hatinya.

“Ye… Mungkin betul cakap Babah. But,Im still hope that he will be my prince. Ehehehe, Ok Bah, naik dulu”

Balas Qisya Atirah seraya memanjatanak tangga. Encik Qhalif hanya mampu menggelengkan kepala.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.