Home Novel Cinta THE REAL ME
THE REAL ME
Aira eddy
27/2/2019 17:06:51
27,216
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

“Saya tak faham dengan akak. Kenapamesti Syed Faliq.”

Rungut Aziz Zafran pada kakaknyaHanna Karina. What? Pandai betul Aziz rahsiakan yang kakak dia adalah HannaKarina. And dia tahu Syed Faliq sakit? Selama ni dia berpura-pura tak tahu jeke?!

“Sebab akak rasa dia tak sengaja jebuat semua tu. Dia ada sembunyikan sesuatu. Akak dapat rasakan yang dia sukakan akak. Tapi lepas dari peristiwa tu dia mula menjauh”

Oh! Rahsia Syed Faliq masih selamat.Patutlah selama ni Aziz asik mengorek je rahsia Syed Faliq. Aziz menolak kerusiroda Hanna Karina masuk semula ke dalam banglo milik orang tua mereka. Hampirsetahun, dua beradik tu menjadi yatim piatu. Orang tua mereka meninggal sewaktumenunaikan haji di Mekah.

“Dan disebabkan akak kejar dia masatu, kaki akak jadi macam ni!”

Aziz masih tidak berpuas hati.Sesekali kaki kakaknya yang lumpuh dikerling. Hanna Karina tersenyum.

“Bukan sebab dia. Dah memang Allahnak uji akak. Selama kamu berkawan dengan dia, akak tak pernah sekalipun dengarkamu bercerita yang buruk-buruk pasal dia. Akak yakin yang dia tu baik. Menurutapa yang kamu cerita, akak rasa dia bukan teringat pada first love dia, tapidia memang ada masalah nak berhadapan dengan wanita”

Sambung Hanna Karina. Aziz sudahduduk di hadapan kakanya di atas sofa. Masih tidak dapat menerima kenyataanlagi bila mengetahui kaki kakaknya lumpuh. Cantik wajah Hanna Karina. Persispelakon Mirah Filzah! Namun keupayaan untuk berjalan telah di ambil olehNya.

“Habis sekarang ni kakak nak suruhsaya upah orang supaya curi record kesihatan Syed Faliq?”

What? So Aziz tahu yang Syed Faliqberjumpa dengan psychytrist selama ni? Hanna Karina tersenyum melihat adiknya.

“Tak perlu. Kalau dia berjumpa dengandoctor, tu bermaksud dia dalam proses pemulihan. Akak Cuma nak kamu perhatikandia. Lagipun sekarang ni dia dah amik pekerja wanita kan? Dari situ kita dahnampak kemajuan nya. Akak akan tunggu dia. Kalau betul dia sayangkan akak. Diaakan terima keadaan akak”

Balas Hanna Karina seraya menyimpulsenyuman. Aziz hanya menurut kata kakaknya. Bekerja dengan Syed Faliq tigatahun lalu juga atas kemahuan kakaknya. Selama tiga tahun ini juga dia menjadispy untuk Hanna Karina.

“Tapi kalau dia….”

“Kalau dia tak dapat terima akak, itsokay. Mungkin jodoh akak belum tiba.”

Balas Hanna Karina seraya menyorongsendiri kerusi rodanya masuk ke dalam bilik di tingkat bawah. Aziz meraubwajahnya. Pesanan ringkas di telefon bimbit di baca.

‘Aku dah bagitahu SU baru tu. Esokdia masuk kerja. Demam kau ok?’

Bait mesej yang diberikan Syed Faliqdi baca oleh Aziz. Terpaksa tipu Syed Faliq disebabkan dia mahu menghantarHanna Karina berubat. Hampir 8 tahun berikhtiar, namun kaki Hanna Karina masihtidak dapat berfungsi semula.

….…………………………………………………………………………

Pesanan balas dari Aziz di baca olehSyed Faliq. Setelah itu kaki melangkah ke dapur. Tangan lincah membancuhnescafe. Maklumlah hidup bujang. Setelah itu kaki melangkah semula ke atassofa.

“Hanna…”

Fikiran kembali teringat pada gadisyang pernah bertakhta dalam hatinya. Teringat saat di Universiti Oxford dulu,Syed Faliq selalu mengintai Hanna Karina di sebalik buku-buku di perpustakaansehingga gadis itu terperasan.

“Kring! Kring!”

Telefon bimbit Syed Faliq berbunyisaat fikiran masih melayang memikirkan Hanna Karina.

“Yes Ma.”

Balas Syed Faliq setelah menekanbutang jawab. Mata difokuskan pada TV di hadapan.

“Mama nak tanya satu benda ni.”

Ada ketegasan di nada SyarifahAdriana.

“Hmm”

Syed Faliq menghirup nescafe di atasmeja.

“Betul ke khabar angin yang mamadengar pasal kamu suka pada hubungan sejenis?”

Fuhh! Ayat pedas yang sampaiketelinga Syed Faliq. Lantas hatinya mengucap panjang.

“Ya Allah ma… nama pun khabar angin.Fal pernah cakap dengan Mama kan, yang Fal pernah berc…

“No! No! Mama tak nak dengar ceritatu lagi. Entah-entah Hanna Karina tu lelaki. Kalau betul kamu pernah bercintadengan Hanna Karina, bawak Mama jumpa budak tu. Biar mama sahkan sendiri yangHanna Karina tu perempuan! Mama naktanya sendiri budak tu. Baru Mama puas hati.”

Syed Faliq menggaru kepala. Apa pulamasalah yang timbul ni. Lepas satu-satu. Pening kepala!

“Ha! Kamu diam kenapa? Entah-entahbetul sangkaan mama yang kamu ni…”

“Ok-ok ma… Bagi Fal masa nak cariHanna Karina.”

Ayat hentam oleh Syed Faliq.Sedangkan dia sedang mengelak.

“Berapa lama?”

Syed Faliq terdiam sekejap. MenurutDoctor Jamil dia semakin pulih. Namun bila masuk ke fasa ketiga dimanaperempuan menggoda lelaki, amarahnya akan datang. Syed Faliq akan berubah 360darjah. Dia akan berubah menjadi rakus dan bengis. Belum lagi masuk ke fasa keempat. Fasa yang terakhir dalam proses pemulihannya.

“Setahun.”

Balas Syed Faliq.

“No! Lama sangat! 3 bulan sahaja.”

Panggilan terus dimatikan olehSyarifah Adriana.

“Haihhhhh!”

Keluhan panjang keluar dari bibirSyed Faliq. Berkali-kali dia meraub wajahnya..

“Mana mungkin Fal akan  menyakiti wanita itu Ma. Memang Fal mampudari segi zahir, tapi dari segi batin Fal masih lagi menanggung sakit. Dan Faltak sanggup amik risiko dengan mana-mana perempuan diluar sana. Terutama sekaliHanna.”

Lagi sekali keluhan keluar darimulutnya. Syed Faliq menyandar di belakang sofa. Matanya dipejamkan. Ingatankembali semula pada peristiwa yang pernah berlaku pada Hanna Karina.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.