Home Novel Cinta THE REAL ME
THE REAL ME
Aira eddy
27/2/2019 17:06:51
2,465
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

BAB 3

“Fal dah boleh move on ke?”

Soal Syarifah Adriana pada anaknya.Syed Faliq tersenyum mendengar soalan Mamanya. Yelah! Alasan untuk tak nak adapekerja perempuan sewaktu di tanya oleh Mamanya ialah, perempuan tak bolehdipercayai. Sedangkan ada sebab lain.

“Tak boleh move on lagi Ma, Hannatetap cinta mati Fal.”

Balas Syed Faliq tipu. Sengaja mencipta alasan. Alasan yangsering digunakan oleh Syed Faliq untuk mengelak dari dijodohkan oleh Mamanya.

“Hmm yelah. Habis tu sibuk sangat nakcari pekerja perempuan ni buat apa?”

Soal Syarifah Adriana lagi. EncikMahmood yang mendengar perubualan duaberanak tersebut turut terpanggil untuk menurut serta.Pernikahan kedua Syarifah Adriana dengan duda beranak 2. Anak-anak EncikMahmood semuanya dijaga oleh bekas isterinya. Disangkakan dia akan dikurniakanzuriat lagi dengan Encik Mahmood. Rupanya tidak. Syed Faliq lah satu-satunyaanak tunggal Syarifah Adriana. Dan disebabkan itu juga, Syed Faliq dipanggiluntuk kembali semula ke Malaysia setelah sekian lamanya menetap di London.

“Mungkin syarikat kita perlukanpembaharuan Ma. Ok lah. Fal pergi dulu. Nanti lambat pulak”

Ucap Syed Faliq seraya bersalamandengan Syarifah Adriana dan Encik Mahmood. Kelibat anaknya mula hilang daripintu utama.

“Ana tak tahu pape ke pasal apa Falnak cari pekerja perempuan?”

Soal Encik Mahmood. Syarifah Adrianamenggeleng kepala.

“Abang ada tahu apa-apa ke?” SoalSyarifah Adriana ingin tahu.

“Entahlah. Yang abang dengar, Falcari pekerja perempuan sebab nak tutup gossip.”

Balas Encik Mahmood lagi. Syarifah Adrianamengerutkan dahinya.

“Gossip? Gossip apa pulak?” SoalSyarifah Adriana bersahaja.

“Gossip pasal anak awak gay.”

Melopong mulut Syarifah Adriana bilamendengar ayat dari mulut suaminya.

“What? Mustahil! Fal bukan jenis yangmacam tu!” Bangkang Syarifah Adriana.

“Bukan abang yang cakap, tapi bendani dah jadi buah mulut pekerja. Fal memang tak de nafsu pada perempuan. Katapekerja dekat sana, Kalau ada client perempuan je, mesti Fal akan mengelakuntuk jumpa.”

Balas Encik Mahmood lagi. SyarifahAdriana mengerutkan dahinya. Ada betulnya juga kata-kata suaminya.

‘Tak boleh jadi ni!’ Bisik hatiSyarifah Adriana.

….……………………………………………………………………………………………….

Seorang setiausaha, 2 orang pembancuhair dan 3 orang cleaner yang diperlukan. Tetapi yang memenuhi Shadad Holdingsdekat beratus orang. Semuanya pakaian yang tak cukup kain. Ada seketul dua jeyang berpakaian sopan. Mungkin mereka ingat taste lelaki macam Syed Faliq niseksi meksi agaknya.

Terkocoh – kocoh Qisya Atirah danLaila Qassandra berlari masuk ke perkarangan Shadad Holdings. Puan Juriah danEncik Qhalif hanya memandang anak –anak gadisnya dari jauh. Sesekali kepalanyadigelengkan melihat telatah mereka berdua. Memang patutlah ramai, interviewbuat hari Ahad.

“Hish kau ni, dah tahu pakai bajukurung tu, jalan lah sopan sikit! Dah lah macam kak limah jual karipap. Tak detaste langsung interview pakai baju kurung!”

Marah Laila Qassandra. Qisya hanyamembuat muka toya.

“Eh lantak lah, yang kau sibuk nipehal! Aku punya suka lah nak pakai baju apa. Yang kau ni, pakai baju tambahdosa, aku tak complain pun!”

Balas Qisya Atirah seraya lajumelangkah ke hadapan meninggalkan adik tirinya yang berbaju tak cukup kain tu.Kereta Syed Faliq masuk ke perkarangan Shadad Holdings. Ramai gadis-gadis daripelosok negeri sanggup datang untuk bertemu dengan Syed Faliq secara berdepan.Langkah Qisya yang cepat membuatkan kakinya terpijak kain baju kurungnya.

“Pelepek!”

Jatuh menyembah bumi. Kebetulan saatkereta Syed Faliq lalu pulak tu. Syed Faliq berhenti mengejut.

“Allah! Aku langgar orang ke?”

Ucap Syed Faliq seraya keluar darikereta. Perempuan-perempuan yang beratur untuk mengambil nombor giliranternampak kelibat Syed Faliq. Mereka semua berlari menuju ke arah Syed Faliq.Qisya Atirah sudah tenggelam dalam keramaian orang. Pengawal keselamatan mulamengawal keadaan bila melihat Syed Faliq dikerumuni perempuan. Qisya masihterduduk di hadapan kereta Syed Faliq.

“Cik ok?”

Tegur Syed Falik. Qisya masih tidakmemandang suara yang menyapa dirinya. Sibuk membetulkan sandle nya yangtiba-tiba terputus.

“Ok je, saya ok. Hish! Time ni lahkau nak putus!”

Marah Qisya Atirah pada sandle nya.

“Cik boleh bangun tak ni?”

Soal Syed Faliq lagi bila melihatQisya masih tidak berganjak dari situ.

“Boleh-boleh, lagipun bukan salahen….”

Balas Qisya seraya mendongak melihatgerangan yang bercakap dengannya. Dup dap dup dap. Masa seolah-olah terhenti.Satu suara pun tidak kedengaran. Hanya kedengaran bunyi jantungnya yang sedangmemainkan melodi lagu cinta. Qisya Atirah tersenyum tanpa sengaja.

“Adakah ini cinta…” ucap Qisya Atirahtanpa di sangka.

Terkuat pulak tu. Syed Faliqmelayangkan tangannya di hadapan muka Qisya Atirah. Qisya Atirah mengerdipkanmatanya sekali.

“Eh! Eh! Sorry. Saya datang sini nakinterview.”

Balas Qisya Atirah. Sepantas kilatbangun. Mata Qisya masih lagi tak lekang memandang muka Syed Faliq! God! Lagihandosme yang real. Selalu tengok dalam paper je! Syed Faliq memberikansenyuman untuk gadis itu.

“Ok lah, kalau Cik ok. Boleh cik sanasikit, saya nak park kereta”

Pantas tubuh Qisya Atirah berganjakketepi sedikit. Jantungnya masih memainkan lagu cinta.

“Hoi! Kau tak payah nak berdramadekat sini! Suka hati kau je nak main jatuh- jatuh  depan Syed Faliq? Kau sengaja nak goda diakan!?”

Marah Laila yang tiba-tiba munculsetelah mengambil nombor giliran. Qisya menjeling menyampah. Malas nak melayanadik tirinya bila mood tengah bahagia.

“Kau jangan nak mengada goda SyedFaliq tu eh! Dia aku punya!”

Sambung Laila Qassandra serayamelangkah masuk dan duduk di kerusi yang disediakan di bahagian dewan. QisyaAtirah berjalan sendirian sambil menyeret sandle yang sudah teputus tali tu.Tangannya dilekapkan di bahagian dada. Jantungnya masih berdegup kencang.Senyuman bahagia terpamir di pipi pau Qisya Atirah.

“Cik? Dah ambil nombor giliran?”

Soal pekerja lelaki di situ. Qisyatersedar dan menoleh kaunter yang menjaga nombor giliran. Orang yang terakhiruntuk sesi interview bersama Syed Faliq. Qisya mendapat giliran yang ke 199.Ramai betul yang datang interview semata-mata nak bertemu dengan Syed Faliq.

“Next!”

Arah Aziz yang merupakan pembantu dibilik interview. Laila Qassandra masuk dengan penuh bergaya. Dengan rambut yangdihuraikan. Seolah-olah ingin menggoda Syed Faliq. Syed Faliq pula sudahbersedia dengan sapu tangan untuk menutup hidungnya. Sudah kali yang keberapapuluh agaknya dia menutup hidung. Minyak wangi kuat sangat. Ibarat dicurahsebotol!

“Uhuk..Uhuuk!!” 

Syed Faliq terbatuk kecil bilaterhidu minyak wangi yang menyengat dari Laila Qassandra. Lalila yang duduk diatas kerusi berhadapan dengan Syed Faliq terus terbangun.

“Eh Tuan Syed sakit ke?”

Soal Laila Qassandra lembut. Sengajanak ambil berat lah tu. Syed Faliq hanya membuat tanda ok. Pandangan masihditundukkan. Hidungnya sudah ditekap dengan sapu tangan. Aziz yang duduk disebelah hanya tersenyum melihat gelagat rakannya. Syed Faliq menulis sesuatu diatas kertas dan di tunjukkan pada Aziz di sebelah.

‘REJECT!’

Aziz tergelak kecil.

“Ok, Cik Laila Qassandra. Bolehcerita sedikit pasal diri awak dan pengalaman awak?”

Syed Faliq hanya jadi pemerhati. Azizmenulis sesuatu untuk Syed Faliq.

‘TAK KAN NAK REJECT TERUS! PENATBUDAK NI DATANG JAUH-JAUH SEBAB NAK JUMPA KAU! AT LEAST INTERVIEW DULU!’

Selepas kertas diajukan pada SyedFaliq, Aziz menghadap semula Laila Qassandra. Si Laila pulak tak lekangmemandang Syed Faliq.

“Saya diploma art and design.Pengalaman kerja belum ada. Tapi kalau nak suruh saya buat air saya memangchampion!”

Balas Laila Qassandra. Aziz hanyamengganggukan kepalanya.

“Ok, kalau macam tu, awak nampak katsitu ada bahan buat air. Saya nak awak buat air neslo”

Syed Faliq pula hanya melayan sahajakerenah rakan disebelahnya.

‘Serius lah dia nak suruh buatsekarang! Mampus aku!’

Bisik hati Laila Qassandra. Namunlangkahnya digagahi dan menuju ke tempat untuk membuat air. Penuh berhati-hatiair yang disediakan. Siap ada jampi lagi. Nak bagi Syed Faliq minum.

Syed Faliq mendekatkan bibirnya ditelinga Aziz. “Aku dah tak sanggup nak minum! Kau minum sorang!”

Ucap Syed Faliq. Puas dari tadi minumair yang tak menepati cita rasa. PErlahan Laila Qassandra membawa dua cawan airdi dalam dulang. Khas untuk Syed Faliq je sebenarnya. Aziz mengambil cawan didalam dulang dan di sua ke mulut. Muka Aziz terus berkedut seribu. Pantas cawandiletakkan.

“Ok cik Laila, nanti pihak kamicall.” Ucap Aziz. Laila mengerutkan dahinya.

“Tapi Tuan Syed tak rasa air sayalagi?”

Soal Laila tidak berpuas hati. SyedFaliq membuka sapu tangannya. Tak baik membuat orang lain terasa. Air di dalamcawan di minum sedikit. Pergh!! Rasanya tak rupa neslo! Tak tahu nak cakap rasaapa. Tapi Syed Faliq berwajah biasa. Sejurus lepas itu senyuman diberikan padaLaila Qassandra.

“Sebarang keputusan, nanti pihak kamiakan call Cik Laila” Ucap Syed Faliq. Laila tersenyum bahagia.

‘Confrim aku dapat! Tengoklah diasenyum macam mana..”

Bisik hati Laila seraya keluar daribilik interview dengan hati yang berbunga. Seorang demi seorang keluar masuk dibilik interview. Aziz pun sampai naik jemu! Aziz menyembamkan mukanya di atasmeja.

“Beb! Serius! Aku lepak weih! Rasamacam pergi acara model tayang baju pulak.”

Syed Faliq hanya tersenyum. Sedaritadi banyak menunduk. Namun hatinya mengucap syukur. Hatinya tidak lagi gabrahseperti dahulu. Nafasnya juga tidak berombak. Cuma Syed Faliq masih menjagapandangannya. Ada sesuatu yang Syed Faliq takut dengan insan yang bernamawanita ni. Tapi kenapa?

“Lagi sorang je ni. Kesian dia datangjauh-jauh. Kau jugak yang cakap tadi kan. Kesian datang jauh-jauh sebab naktengok aku”

Balas Syed Faliq. Aziz menghela nafaspanjang.

“Hmmm Yelah! Ok Next!”

Pantas Qisya Atirah bangun darikerusi. Orang disekeliling mula berkurangan. Masing-masing mula pulang kerumah. Laila masih lagi duduk di luar menunggu Qisya Atirah bersama jelinganyang tak sudah. Perlahan Qisya menolak daun pintu bilik interview. Sandle nyadi seret gara-gara putus semasa terjatuh tadi.

“Sorry… putus tadi.”

Ucap Qisya bila melihat Syed Faliqdan Aziz memerhatikan langkahnya yang diseret sebelah. Qisya melajukan langkah.Tiba-tiba.

“Allah!”

Kasut yang di seret tertinggal pulakdengan jarak dua kaki dari tempat Qisya berdiri. Aziz dan Syed Faliq melihatadegan itu. Mata mereka berdua fokus pada sandle Qisya yang tertinggal. Aziz sudahterhambur dengan tawa manakala Syed Faliq menutup mulutnya dengan sapu tangan.Takut Qisya malu bila ditertawakan. Lantas tangan Syed Faliq memukul bahu Aziz.

“Oh Cik , sila duduk”

Ucap Aziz yang masih bersisa dengantawa.

“Ehehe”

Qisya ketawa malu. Pantas sandlenyadi ambil kemudian dia duduk di kerusi yang disediakan. Syed Faliq masih lagimenunduk.

‘Allah malunya aku! Depan dia pulaktu!’

Bisik hati Qisya. Qisya Atirah tidakmemandang pun Syed Faliq gara-gara malu dengan kejadian tadi. Soalan demisoalan yang diajukan oleh Aziz di jawab penuh yakin. Sesekali Aziz dan SyedFaliq tergelak bila mendengar lawak Qisya.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.