BAB 4
“QUE!!!”
Langkah Que terhenti serta-merta.
Alamak! Hendak kena marah, ke?
“Ya, bos!”
Que tidak jadi menuju ke arah pintu
utama. Sebaliknya dia membelok ke arah kiri dan berdiri di situ. Menanti El
yang sedang mara ke arahnya. Di tangan lelaki itu terdapat beberapa pucuk surat
dan beberapa helai kertas. Mahu bagi dia tugasanlah kot! Tidak kena marahlah
jadinya.
“Awak dah nak keluar, ke?”
“A’ah. Nak pergi bank dan ada dua,
tiga tempat lagi. Kena hantar sebelum
lunch time.”
El melirik jam tangannya. Hampir jam
9. 45 pagi. Sempat lagi.
“Tolong saya sekejap, boleh kan?”
Kan? Sudah kata. Mesti mahu beri dia
kerja.
Que menaikkan kening. Kena minta
izin dulu, ke? 'Dia bos ke, aku yang bos? Kan dia bos. Suruh sajalah.' Dia
memang pekerja di situ. Dia yang memang kena menurut perintah. Tapi, perintah
yang berhemahlah. Kalau yang tidak patut, jangan haraplah dia hendak patuh.
Membantah lagi adalah. Jangan ingat dia jenis yang tidak kisah, semua benda dia
main redah saja. Oh! Tidak sama sekali.
Dia tidak akan melanggar prinsipnya.
Apatah lagi, hanya kerana seorang lelaki. Patuh dengan menurut adalah dua
perkara yang berbeza. Patuh, kerana arahan yang di beri itu adalah dari seorang
ketua. Menurut, pada perkiraannya mengikut tanpa usul periksa, terutama sekali
pada perkara yang tidak elok.
“Saya cari Zira. Tak ada pula
ditempatnya. Pagi-pagi lagi dah ‘mengular’,” terang El tanpa dipinta. Ada
keluhan di hujung suaranya.
'Tidak tanya pun! Ada aku kisah???'
Mungkin kebisuan Que mengundang rasa
tidak enak di benaknya. Wajahnya berubah sedikit. Mungkin juga dia rasa Que
keberatan untuk membantunya.
Zira adalah pembantu peribadi El.
Baru lagi bekerja di situ. Adalah dalam dua minggu! Hah, dia ini baru boleh
dikatakan ‘PA yang betul-betul tidak sedar diri’. Kira sudah rampas takhta Si
Erin itulah. Lagi gila kuasa. Kiranya Erin sudah boleh berbahagia, balik semula
ke jabatan asalnya. Tidaklah lagi melakukan dua tugasan sekaligus.
“Eh! Boleh, bos. Tak ada masalah. Bos nak saya buat
apa?”
“Tolong faxkan salinan surat-surat ni ikut nombor
fax yang tertera... Saya dah tulis kat bahagian belakang surat tu dan...surat-surat bersampul ni awak
tolong hantar ke alamatnya. Mesti hantar hari ni juga, ya. Lepas lunch pun tak apa.
Penting tu.”
“Baik, bos. Tapi kenapa salinan
surat-surat ni tak e-mel aje? Kan lagi senang macam tu.”
“Our network, breakdown. Take
time to fix it. Surat ni penting, tu yang saya nak awak fax dulu. Saya dah
janji dengan mereka nak bagi salinan sebelum surat-surat tu sampai kepada
mereka. Nanti line dah okey, saya akan e-mel untuk susulan.”
“Oh! Okey.”
Que terus mengambil surat-surat yang
dimaksudkan dan berpatah balik ke mejanya. Messenger bag yang tadi
disilangkan di badan, diletakkan semula di atas meja kerjanya. Salinan surat-surat
yang El beri tadi di bawa ke mesin fax, di bahagian belakang. Yang
menghairankannya, El masih mengekori langkahnya. Lupakah dia bahawa pejabatnya
di sebelah barat sana, bukan di sini.
Di sini kan, tempat pekerja-pekerja
am sepertinya. Apa yang El mahu buat di situ? Tapi, Que tetap meneruskan
langkahnya menuju ke arah mesin fax. Mungkin El mahu ke pantry atau
tempat Jess. Bukankah dia selalu merujuk pada Jess tentang urusan kerja
terutama yang berkaitanan dengan HR. Mungkin juga, kan?
Que sudah memasukkan kertas yang
pertama di tray mesin fax. Namun, jarinya terhenti tiba-tiba dari
mendail nombor yang dimahukan bila jari El lebih pantas berada di permukaan
mesin fax tersebut. Pantas juga Que menarik tangannya dan menoleh ke arah El
yang sudah berdiri di sebelahnya.
Tidaklah terlalu hampir. Masih
berjarak. Kira jarak yang selamatlah juga. Kalau apa-apa berlaku, masih sempat
bertindak. Dia mengangkat kening, menghantar pertanyaan. Tadi, suruh fax
surat-surat tersebut. Ini, ditahan pula Que dari terus mendail.
“Kenapa? Tadi kan suruh saya fax
surat-surat ni?” tanyanya sedikit hairan.
El seperti serba-salah. Jari sudah
menggaru pelipis tanpa sedar. Tangan kanannya pula sudah mencekak pinggang yang
tidaklah ramping mana pun. Que yang pelik jadinya. Apa hal pulalah Mr. El ini?
Kelu pula hendak berbicara. Terkedu ke, menatap wajahnya yang ‘jelita’. Hmm....
“Mr. El? Nak fax ke tak nak, ni?
Saya nak keluar dah. Nanti lambat surat-surat ni sampai pada penerimanya,”
gesanya lagi bila El masih juga berdiam.
“Err... Emm... Saya nak awak ajar
saya bagaimana nak guna mesin fax ni, boleh?” tergagap El mengutarakan soalan.
Serba-salah.
Laa... Mana satu ini? Tadi kata
hendak minta tolong fax surat. Ini hendak minta tolong ajar pula. Berapa banyak
tolong da...
Que tercengang sebentar. Dia
menunjuk dirinya sendiri, kemudian terus jari telunjuknya mengarah ke mesin fax
dan berakhir pada diri El. Membentuk seakan segitiga di awangan. El hanya
mengangguk beberapa kali.
“Saya? Saya ajar, bos?”
El mengangguk lagi. Tapi, kali ini
lambat-lambat. Seakan dapat menghidu sesuatu dari riak suara Que ketika
bertanya tadi. Dan...
'Kikiki...'
Matanya semakin mengecil bila
ternyata Que tidak dapat menahan tawa yang disimpan dan ketawa gila-gila. Isy!
Buruk perangai anak dara ini, kan?
“Que???”
Que mengangkat tangan kanannya tanda
‘okey, saya berhenti ketawa’. Tapi, masih jelas terlihat dia menahan sisa tawa
yang bila-bila masa saja boleh meletus semula. Nakal sungguh!
“Maaf, bos. Terketawa tak agak-agak pula. Bos tak tahu nak guna
mesin ni, ke?” tanyanya dalam usaha cuba berlagak biasa.
Jawatan punyalah tinggi. Berpelajaran tinggi... Tapi,
hendak guna mesin fax, gagal.
Apa punya oranglah, kan? Itu benda penting jika e-mel dan segala bagai
peralatan teknologi tinggi tidak boleh digunakan. Mesin ini jugalah yang jadi
sasaran. Mesti patut tahu itu. Memang gagal tahap tidak ingat ini.
“Awak jangan nak gelakkan saya
sakan-sakan, Que. Saya bukan tak reti nak guna mesin ni. Tapi, dah lama tak
guna. Lupa.”
Cheh! Alasan standard tu!
Lupa yang membawa erti tidak ingat malah langsung tidak ingat.
“Okey, meh saya tunjuk. Take note
ya, bos. Saya ajar sekali aje. Free of charge. Kalau kali kedua dan
seterusnya, kena bayar.”
“Amboi! Cekik darah awak ni, ya.”
Hahaha... Peduli apa! Cekik darah
ke, cekik dia sampai separuh nyawa ke, ada dia kisah?
“Nak ke, tak nak? Kalau tak nak,
suruh orang lain ajar.”
“Okey. Saya take note. I'm a fast
learner, you know. Ajar sekali pun saya dah boleh ingat.”
“Hmm... Sekali dah boleh ingat? Tu
yang lupa tu, berapa kali belajar dah? Ops! Lupa... Fast learner tak
membawa maksud good learner, kan? Cepat belajar tapi mudah lupa. Kalau
bagus, tentu ingat sampai bila-bila. It'll stay in your head forever, right?”
Ambil kau! Sedebik Que smash
pada El. Ingat penghantar surat macam dia tidak reti guna ayat ‘power ranger’,
ke?
“Awak ni pandai bercakap. Apa pasal
dulu mohon jadi despatch
girl? Jadi lawyer kan bagus. Sedap je lawan awak kena smash
macam tadi.”
Ops! Itu isu sensitif. Biarlah
rahsia. Jadi lawyer? Yang di mahkamah, pakai jubah hitam dan kerjanya
berlawan cakap itu? Belum masuk dalam jiwa. Loyar buruk bolehlah dia.
“Okey, nak buat apa ni? Dail
nombor?” El yang memulakan bila pertanyaannya tadi tidak mendapat reaksi dari
Que. Tidak sudi jawablah, kan? Jadi,
tiada paksaan.
“Nanti dulu...” Que berjeda. El
terhenti mendengar larangan Que. Dia menumpukan perhatian pada gadis itu. Cuba
mendengar penjelasannya. Seketika Que menyambung, “Buat kerja tak boleh
gopoh-gopoh. Kena sabar. Kena ikut flow, bos. Mula-mula, kena masukkan kertas
kat tray ni dulu. Bila mesin dah mula tarik kertas tu,baru dail nombor yang bos tulis tadi.
Sampai...”
“Eh! Apa Mr. El buat, ni? Kenapa
pula Mr. El yang fax surat-surat ni?”
Cis! Macam ribut dia datang da...
Aduh! ‘PA tidak sedar diri’ ini
rupanya!!! Dari manalah dia datang dengan kelam-kabut serabutnya. Jatuh dari
siling ke, apa? Tiba-tiba saja muncul, sampaikan El terkebelakang sedikit
kedudukannya bila angin ribut taufan ‘PA tidak sedar diri' itu mengganas.
Seboleh-boleh hendak menyelit di antara Que dan El.Tembok besar Cina betullah
dia ini!
“Saya nak belajar guna mesin fax ni
lah. Tu yang minta tolong Que tunjuk,” jawab El bersahaja.
“Isy! Apa bos ni? I pun boleh ajar.
Dia ni apa tahu? Hantar surat, tahulah!” katanya sambil menjeling ke arah Que.
Eleh, ingat takut ke? Kenyataan.
Memang kerjanya sebagai penghantar surat yang berkaliber. Tidak kecil hati pun.
Que memandang Zira dengan pandangan
yang tajam. Tapi, sedikit dikawal perlakuannya di depan El. Kenalah hormat bos,
kan? Amboi! Mulut perempuan ini memang terlebih insurans ke, apa? Cakap ikut
sedap mulut dia saja. Kalau ikutkan hati memang mahu beri Si Zira ini makan
ulam cili. Biar dia rasa. Pedas ke pijar? Sedap dia saja nak cakap apa. Ini Que
lah. Apa benda yang dia tidak reti, tidak tahu. Buat ‘dajal’ saja yang dia
kurang reti sebenarnya. Tapi, kalau sudah dicabar tahap tidak ingat, dari tidak
reti jadi terlebih pakarpula
nanti. Tengok sajalah. Nasib baik ada bos. Kalau tidak... Sendiri mahu ingatlah,
ya.
“Okeylah bos. Saya keluar dululah,
ya. Karang surat-surat tu, tak sempat pula nak dihantar.” Que minta diri.
Sudah ada rasa berbahang sebenarnya.
Salinansurat-surat yang
masih ditangannya, diserahkan pada El. Tapi belum sempat El menyambut, pantas
disambar oleh Si Zira pula. Memang gaya ribut betul perempuan seorang ini. Siap
senyum lebar lagi pada Que. Ini betul minah sengal. Entah apa-apa entah. Gaya
macam cemburu saja bila Que beramah mesra dengan El. Que pandang macam hendak
tembus.
“Eh! Pergilah cepat. Kata nak hantar
surat. Apa tercegat lagi. Curi tulang, ya?” sindir Zira tidak bertapis.
Que jongket bahu. Malas hendak bertekak.
Jauh sekali mahu melayan. Que terus berpusing dan menuju ke mejanya untuk
mengambil barang-barangnya. Hati memang panas, tapi kena sabar. Itu yang mak
selalu pesan. Sabar... Sabar Que. Kita
nampak elok, bila sabar. Hmm... Dia menenangkan diri sendiri. Rasa
marah jangan disambut. Apatah lagi dilayan. Nanti diri sendiri yang terbakar.
“Despatch tu buatlah cara despatch.
Ni, sibuk nak himpit bos pula,” gumam Zira pelahan tapi masih dapat didengari
oleh El.
Que yang masih berada tidak jauh
dari situ juga dapat mendengarnya walaupun sayup-sayup di bawa angin lalu. Dia
hanya geleng kepala. Lantaklah... Ada dia kisah?
'Aku yang nak himpit bos ke, atau
dia?'
“Dah! Jangan nak mengata orang pula!
Awak dari mana? Asyik hilang aje. Kerja awak sebenarnya apa kat sini?”
Pergh! Sedebik Zira kena sembur. Que senyum secarik mendengar
itu. Padan muka!
“I pergi HR, bos. Jess suruh kemaskini data peribadi I secepat mungkin.”
“Tak reti nak beritahu saya dulu sebelum pergi?”
“Alah bos, lupa... Meh saya ajar
macam mana nak guna ni.” Zira tukar tajuk. “Mula-mula, you masukkan kertas
ni. Lepas tu, baru dail.....”
lunak merdu ala-ala gedik suara Zira memberi penerangan.
Manja gitu. Sayup-sayup mececah
pendengaran Que. Mesti badannya juga terlentuk-liuk saat dia berkata-kata.
Dapat Que bayangkan. Macam orang patah tulang. Tidak boleh tegak. Selepas itu
dia tidak mendengar apa-apa lagi kerana jasad dan rohnya sudah melepasi pintu
utama. Kurang serabut kepalanya saat itu. Bebas! Aman! Yahoo! Merdeka!!!