BAB 20
“OKEY, Da. Que kena letak telefon dulu. Ada panggilan masuk, ni.”
“Alah, Que ni! Uda belum hilang
rindu lagilah. Biarlah call tu. Nanti callbaliklah.”
“Uda, call dari ofis ni.
Mesti penting.”
“Aik! Que kan kerja sebagai
penghantar surat je, tapi sibuknya
mengalahkan Uda yang jadi Engineer ni pula! Penting apanya? Mengadalah Que, ni. Biarlah panggilan tu.
Sekarang, masa kita lepas
rindu, okey. Uda tak kira!”
“Da... Que ni, penghantar surat yang
berdedikasilah. Berdisiplin. Untung syarikat tu dapat penghantar surat macam
Que apa. Okey, Da. Nanti Que call Uda balik, okey.”
“Amboi! Banyak duit Que nak call
Uda. Lupa ke, Uda kat overseas ni. Bukan kat rumah kita. Ni, apa hal
beria-ia sangat nak call ofis ni. Ke boyfriend Que yang kat ofis
tu sebenarnya.” Aisy Idham serkap jarang.
“Apa Uda ni! Mana orang ada boyfriend.
Orang ni kan, kasar. Suka motor. Main minyak hitam dengan skru. Bukan main alat
solek, make up ala-ala Barbie Doll. Tak macam perempuan lain. Semua lelaki
takut nak dekat.”
“Tahu pun! So, jadilah lembut
sikit. Be a real girl, sayang! Adik Uda ni bukan tak cantik. Cantik!
Kalau jadi model pun boleh sangat. Dah cukup pakej. Saja pilih jadi minah
motor.”
“Uda ni!!! Orang dah memang macam
ni, nak buat macam mana? Dahlah, tak mahu cakap pasal ni. Karang orang letak telefon ni betul-betul, baru padan
muka.”
“Alalalala... Sayang Uda ni dah
merajuk pula. Okey, Uda tak cakap pasal tu lagi. Janji! Bila mulakerja,
ni?”
“Lusa. Tapi, Que rasa macam nak cari
kerja lainlah, Da.”
“Kenapa?! Tak seronok ke kerja jadi
penghantar surat?”
“Bukan... Kerja tu, tak ada hal. Seronokaje. Bos orang tu!
Berangin tak kira masa. Suka cari silap Que. Tension!”
“Bos Que tu, lelaki ke perempuan?
“Lelaki...”
“La... Sebab itu aje, ke?”
“Habis tu? Uda ingat, sebab apa?”
“Ingatkan dia nak mengorat adik Uda ni, ke? Kacau adik
Uda ni, ke? Tak adalah besar mana masalahnya. Hal kecil aje. Tahanlah sikit. Ni asyik nak tukar kerja aje.
Bila masa nak improve, gain knowledge and experience kalau macam ni,
sayang.”
“Da... Bos orang tu selalu cari
pasal dengan orang, tahu tak? Semua yang orang buat, tak kena pada dia. Semua
salah. Semua tak betul. Sampai bila orang nak tahan macam tu? Tekanan, Da.
Tekanan!”
Uda ketawa sakan. Tekanan sangatlah
macam itu, ya?
“Okeylah... Macam ni, sayang. Que
sabar sikit, boleh tak? Bulan depan
Uda balik bercuti, kita bincang
pasal ni. Sementara ni, tahan dulu okey. Teruskan kerja kat situ. Boleh?”
“Uda nak balik?! Betul ke? Yes!!!
Tak sabarnya, Da.”
Suara Que bertukar ceria semula.
“Sayang oii! Janganlah jerit macam
tu! Sakit telinga Uda, tahu tak? Boleh pekak Uda macam ni.”
“Maaf, Da! Maaf!
Orang teruja tahap gaban ni! Suka sangat! Lama dah tak jumpa Uda.”
“Okeylah. Que rehat ya, sayang.
Nanti, bulan depan kita jumpa. Uda pun dah tak sabar nak cubit pipi adik Uda
ni. Rindu.”
“Orang pun rindu gila kat Uda! Okey,
Da. Take care.”
“Que pun jaga diri, okey. Gonna
miss you, sayang.”
“Me too. Muahhh!”
Begitulah kebiasaannya kalau mereka
berbicara. Tidak kira melalui telefon atau berhadapan. Sudah seperti pasangan
kekasih. Bersayang-sayang. Kalau orang yang tidak mengenali mereka pasti
menganggap mereka ini merupakan pasangan kekasih. Tapi, itulah mereka... Sangat
rapat walaupun di batasi oleh kekangan masa dan keadaan yang serba rumit. Nama
pun adik-beradik. Air dicincang tidak akan putus!
**********
JESS terkocoh-kocoh berkejar ke
bilik El. Suara El yang bak halilintar itu bisa menyentak sesiapa saja yang ada
di situ. Naik kecut Jess dibuatnya. Ini kali kedua lelaki itu naik angin sejak
dia bekerja di situ. Entah apa yang tidak kena, tidak tahulah. Tiba-tiba saja
tahap kemarahannya naik mendadak.
Hai... Siapalah pula yang saja
menempah maut mencari pasal dengan lelaki itu agaknya. Hendak kata Que, tidak
mungkin. Que masih bercuti sakit. Rasa tidak relevenlah pula kalau Que
suka-suka menelefon ke pejabat sekadar mahu mencari pasal dengan El, kan? Putus
fius apa, kalau dia berbuat begitu!
Jess berdiri tegak di depan bosnya.
Wajah yang berona merah dek biasan percikan api amarah masih jelas. Cuma lelaki
itu sedikit tenang, mungkin kerana kala itu dia seperti sedang bertafakur
beberapa ketika walaupun menyedari yang Jess sudah berdiri di depannya. Jess
berdiri kaku tanpa mampu menyapa El yang seakan berada di dalam dunianya. Leka.
Jess putuskan untuk menunggu saja tanpa mahu mengganggu tumpuan lelaki itu.
Selang beberapa ketika, barulah El terngadah, mengangkat muka memandang Jess
yang dari tadi memerhatikannya.
“Zira masih ada kat tempat dia,
Jess?” soalnya datar.
Kira dah redalah kemarahannya tadi,
kan?
“Err... Ada Mr. El,” jawab Jess
ringkas.
Jess merendahkan pandangannya.
Sentiasa berjaga-jaga. Manalah tahu jika api kemarahan lelaki itu memercik
semula. Biarlah jauh dari pandangan walaupun dekat di pendengaran. Itu lebih
baik dari menatap wajah penuh ketegangan.
“Jess, saya nak awak buat surat
pertukaran jabatan untuk dia. Berkuatkuasa serta-merta, okey.”
Pantas Jess pandang wajah El semula.
Tindakan drastik dek kerana tidak menyangka akan isu itu yang El perkatakan.
Biar benar! Tidak ada angin, tidak ada ribut, tiba-tiba taufan datang membadai.
Kira tahap tsunami ini.
“Pertukaran siapa, Mr. El? Zira,
ke?” soal Jess juga pantas. Seperti antara dengar dengan tidak saja apa yang
lelaki itu tuturkan tadi. Biar benar!
“Yalah! Siapa lagi. Takkan awak
pula!” balas El agak keras.
Wah! Tidak boleh terusik sedikit.
Cepat saja mood lelaki ini berubah. Bahaya begini! Patutlah Que kata dia
berangin.
“Tapi, kenapa Mr. El? Maksud saya
atas sebab apa? Saya kena nyatakan sebab dia ditukarkan dalam surat pertukaran
untuk rekod syarikat. Tak boleh suka-suka tukarkan dia tanpa alasan yang kukuh.”
El termenung sebentar. Tangannya
bermain di dagu.
“Hmm... Awak nyatakan bahawa dia
melanggar disiplin dan etika bekerja.”
Hmm... Masih kabur. Ianya memang
alasan tetapi masih tidak kukuh. Tiada kata-kata sokongan yang boleh dikaitkan
dengan alasan tersebut hingga Zira boleh dipindahkan jabatan dengan serta
merta.
Jess garu pelipis. Masih
samar-samar. Tak tercapai dek akal, apa yang lelaki ini maksudkan.
“Macam mana tu, Mr. El? Kalau Mr. El
tak keberatan, saya mahu tahu lebih detail lagi. Jangan salah faham ya,
Mr. El. Saya kena buat report untuk Jabatan Sumber Manusia tentang hal
ni, jadi saya perlukan fakta yang lebih terperinci. Fakta yang mampu
yakinkan mereka bahawa alasan itu sahih dan kukuh.”
El terdiam buat beberapa ketika.
Pandangannya jatuh ke atas permukaan lantai marmar yang berkilat.
“Okay... I let you know the truth.
Sebenarnya, dah beberapa kali dia cuba goda dan mengganggu saya ketika waktu
bekerja. Agak melampaui batas. You know what I mean, right? Perbuatan
yang boleh dianggap keterlaluan. Ini mengganggu tumpuan saya pada tugasan. Hal
ini mungkin boleh mengakibatkan saya hilang tumpuan dan mungkin juga boleh
menyebabkan kerja-kerja saya turut terganggu dan akan menjejaskan prestasi
saya. Lagipun, sejak dia bekerja di sini, di bawah saya, dia lebih banyak
habiskan masa menepek make up dan bergossip dari membuat kerja. Saya tak suka
staf yang sebegitu, Jess. Langsung tak ada motivasi diri untuk maju dalam
kerja. Jauh sekali nak berdedikasi untuk melakukan tugasannya.”
Mak aii! Statement dia!
‘Tepek make up’ dan ‘bergossip’, itu yang tidak boleh tahan. Habislah kau Zira!
“Okey, Mr. El. Saya faham. Sekejap
lagi saya drafkan surat tersebut dan beri Mr. El untuk disemak.”
“Thanks, Jess. You may go now.
Saya tak mahu diganggu sehingga waktu balik nanti ya, Jess. Please make sure
of that.”
Err... Sudah macam Jess pula PA Mr.
El, kan? Boleh pula dia berpesan pada Jess. Padahal, PA dia ada di luar sana.
Alah, kejap lagi yang di luar itu tahulah nasib dia.
“Baik, Mr. El. Saya keluar dulu.”
El sekadar mengangguk.
“Err... Jess, Que mana?”
Terhenti langkah Jess yang sudah
menghampiri pintu. Dia berpaling dan memandang El penuh tanda tanya. Lelaki ini
lupa atau buat-buat lupa? Dia tanyakan Que? Biar betul dia ini? Dia berada di
dunia bawah sedar agaknya.
“Que masih dalam cuti sakit, Mr. El.
Lupa, ke?”
Jess lihat El pejamkan mata beberapa
ketika sambil kedua jari telunjuknya bersatu menongkat dahi.
“Bila dia mula kerja?” Soalnya
tiba-tiba tanpa mengangkat muka.
“Esok.”
“I miss her so much...” gumam
El pula. Sangat perlahan tapi telinga Jess masih dapat menangkap apa yang El
gumamkan.
“You are what, Mr. El?” Jess
pula menyoal tiba-tiba.
Salah dengar ke, apa? Biar benar!
El yang seakan baru sedar dari
lamunan terus menegakkan duduk dan berlagak biasa. Sedaya upaya cuba
menyembunyikan kekalutan dan riak merona merah di wajahnya. Jess
tersenyum sedikit. Eleh! Macamlah orang tidak dengar. Saja buat tidak dengar.
Itu yang tanya semula tadi.
“Nothing! Okey, Jess. Thanks.”
Mendengar itu, Jess terus berpaling
semula dan meneruskan langkah keluar dari bilik bosnya. Seiring langkahnya yang
teratur, senyum terus memekar. El rindukan Que? Biar benar? Cerita hangat!
Panas!!!
**********
“Opsss! Nak pergi mana ni?” tanyanya
sambil menahan Zira yang seakan mahu meluru cuba memasuki bilik pejabat El.
Jess berdiri tegak benar-benar di
hadapan pintu bilik lelaki itu dengan niat menghalang Zira.
“Tepilah! Menyibuk aje. Kau pergi
buat kerja kau. Jangan sibuk hal orang,” marah Zira padanya.
Jess tetap selamba sambil bercekak
pinggang. Peduli apa dia! Dia kan sudah diberi mandat besar oleh El tadi untuk
memastikan yang tiada sesiapa mengganggu lelaki itu sehingga waktu balik.
“Apa sibuk-sibuk? Aku menurut arahan
bos. Dia tak mahu diganggu sehingga waktu balik. Faham!” ujarnya berani.
Mana tidak berani. Sudah memang El
berpesan begitu tadi. Lagi satu, sebab dia tidak mahu mana-mana perempuan lain
potong jalan. El untuk Que. Bukan untuk perempuan lain. Apatah lagi Si Zira
ini.
“Aku ni PA dia! Mana ada ganggu
mengganggu ni. Tepilah! Kau tu yang mengganggu.”
“Ada aku kisah??? Tengoklah sekejap
lagi... Kau masih PA dia atau tak.”
Saja hendak gertak. Tengok Si Zira
ini cuak ke, tidak.
“Kau cakap apa ni? Merepek ajelah
kau ni, Jess.”
Wajah Zira sudah tegang.
“Nak tahu merepek ke tak, kau
tunggulah. Baru kau tahu langit tu tinggi ke, rendah. Lagi satu, jangan
berani-berani nak himpit bos tu. Dia dah ada kekasih.”
Jess tokok tambah cerita sedikit.
Saja mahu bagi berperisa.
“Mana kau tahu dia dah ada kekasih?”
“Bukan kau sendiri ke yang cerita
pada semua staf, yang kau nampak Mr. El bawa seseorang masa pergi function hari tu? Kau kata perempuan
tu cantik dan bergaya.”
“Memanglah... Tapi, aku tak kata itu
kekasih dia. Mungkin hanya kawan biasa dia aje,”
jawab Zira dengan gaya berlagaknya.
“Apa-apa ajelah, Zira. Tapi, kalau
dah bawa ke function macam tu, takkan kawan biasa aje. Mestilah seseorang yang sangat istimewa.
Dahlah Zira. Bawa-bawa beringat yang Mr. El tu tak minat kat kau.
Sedar-sedarlah diri tu sikit. Tak payah terhegeh-hegeh sangat macam perigi cari
timba. Buat malu kaum perempuan aje, tahu tak?”
Makin tegang wajah Zira mendengar
itu. Merah padam wajahnya menahan rasa.
“Kau siapa nak ingat kan aku semua
itu? Jaga diri kau sendiri sebelum nak jaga tepi kain orang! Ini Zira lah. Apa
saja aku boleh lakukan untuk pastikan yang dia jadi milik aku.”
“Termasuk guna cara kotor? Macam tu
maksud kau? Kau tak malu ke, tergedik-gedik depan dia macam perempuan tak laku
minta perhatian dia? Tak payahalah buang masa nak goda dia sedangkan kau tahu
yang dia tak pernah sukakan kau, Zira. Buang masa aje.”
Zira memeluk tubuh sambil melepas
pandangan tajam pada Jess. Sudah memuncung tanda protes dan marah dengan
kelancangan mulut Jess.
“Jangan menuduh kalau tak ada bukti.
El pun sukakan aku. Siapa kata dia tak layan aku? Kau tu yang patut jaga mulut
kau yang celopar tu. Jangan sampai aku adukan pada El perangai kau ni. Susah
kau nanti.”
Alah... Macamlah orang takut sangat
dengan ugutan dia itu. Sikit pun tidak takut.
“Aku bercakap berpandukan fakta. Dah
tuan punya badan sendiri yang beritahu aku. Jadi,mestilah aku percaya. Lagipun, kau ni bukan baik
mana sangat pun. Bukan aku tak kenal kau, Zira. Tak banyak, sikit cerita kau
ada dalam poket aku,” kata Jess sambil menepuk-nepuk poket seluar slacknya.
“Apa yang kau tahu?”
“Pasal kau selalu kena usung dengan
lelaki-lelaki loaded dan sering bertukar-tukar jantan! Ingat aku tak
tahu? Boleh aje kalau aku nak cerita pada Mr. El... ”
“Kau!!!” hanya itu yang mampu Zira
katakan sambil menundingkan jarinya tepat ke muka Jess.
“Apa?!”
Zira mencerun memandang Jess sebelum
berlalu pergi dengan pantas. Langkahnya dihentak-hentak, tanda protes. Geram!
Marah bercampur pelik. Marah, sebab Jess seakan memperkecilkan diriya. Apa Jess
ingat dia tidak mampu memiliki El. Ini Ziralah! Apa pun dia boleh lakukan.
Pelik, mungkin kerana Jess tahu apa yang cuba dia lakukan pada El. Walaupun ada
secebis rasa malu, dia tolak ke tepi. Egonya tidak memungkinkan dia kalah pada
kata-kata berbaur ugutan dari Jess tadi. El tetap ingin dia miliki.
“Ingat, Zira! Jangan berani-berani
ganggu orang kat dalam ni lagi.”
Zira hanya menoleh sedikit. Pantas
pula dia menegakkan pandangan ke depan semula. Semakin deras langkah Zira
mendengar itu. Berdetap detup bunyi tumit kasutnya berlaga dengan lantai mozek.
Agak kuat. Tanda protesnya.