BAB 2
Que menghempas beg dokumennya ke
atas meja. Helmet sudah terperosok di bawah meja kerjanya. Jaket kulitnya
dihempas ke penyangar kerusi. Hati panas! Badan pun sudah hendak panas sama
ini. Kepala sudah rasa lain. Pening-pening lalat. Hidung juga mula berair. Mata
pula rasa pijar. Hendak demam, ke? Aduh!!! Siapa akan jaga dirinya kalau demam.
Mak, jauh di kampung.
Yang tidak seronoknya tadi, masa
buka saja pintu pejabat, semua mata tertumpu ke arahnya. Apa, ingat anak Datuk
atau artis masuk, ke? Siap pandang atas, bawah. Macamlah dia tidak pakai baju.
Siap ada yang cuba tahan gelak. Lawak sangat ke masuk pejabat dalam keadaan
basah lokos? Sudah itu, lambat dua jam pula. Sejam, sangkut di rumah. Sejam
lagi sangkut di jalan raya. Itu belum campur motornya kena sondol lagi tadi!
Sengallah mereka semua ini! Lain kali tunjukkanlah simpati ke, sikap prihatin
ke, pada insan teraniaya seperti dia. Ini tidak! Tahu hendak gelakkan orang
saja kerjanya. Sungguh tidak berhemah dan gagaltatasusila betullah.
Terlihat saja kelibat ‘PA tidak
sedar diri’ jalan melenggang ke arah mejanya, Que sudah buat muka bosan macam
selalu. Ini lagi satu bala. Menyibuk saja kerjanya. Semua dia mahu ambil tahu.
Skop kerjanya di pejabat itu, sebagai pegawai pentadbiran. Tapi, lagak
mengalahkan dia adalah ‘boss’ right hand’ di situ. Lecehlah perempuan seorang
ini. Bilalah PA baru hendak masuk agaknya...
Que sengaja menyibukkan diri dengan
memeriksa alamat surat-surat yang perlu dia hantar sekejap lagi. Sengaja buat
tidak nampak ‘PA tidak sedar diri’ itu sebenarnya. Bertambah sakit mata dan
sakit hati nanti. Potong mood hendak bekerja dengan berdedikasi.
Kemudian, dia sengaja berpaling
membelakangkan ‘seterunya’ dan menyibukkan diri dengan menepis-nepis baju-T dan
corduroynya yang juga basah. Konon mahu kurangkan titis airlah buat
begitu. Padahal, sudah memang basah lencun pun. Hukum sidai di penyidaian,
barulah boleh kering elok. Kalau tidak, alamat pakai baju lembap sampai kering
sendirilah jawabnya. Pergh!!! Seksa begitu!
“Bos nak jumpa kau sekarang,” Si ‘PA
tidak sedar diri’ itu sudah bagi mukadimah. Tahulah yang dia merupakan utusan
bos. Tapi tidak payahlah hendak berlagak melebih-lebih pula. Ada karang yang
kena penampar Jepun nampak gayanya ini.
Que masih menyibukkan diri dengan
entah apa-apa benda entah. Dia sendiri pun tidak pasti perkara apa yang dia
sibukkan. Janji tidak tertumpu pada perempuan seorang yang sedang berdiri di partitionnya
itu.
“Hei! Dengar, tak? Pekak ke apa kau
ni, Que?”
Que lipat maut ke arah ‘PA tidak
sedar diri’ yang sudah memeluk tubuh juga memandang tajam kepadanya. Isy! Bagi
jelingan manja pula dia. Ingat dia takut, ke? Itu jelingan mahu menggoda
namanya. Bukan jelingan bagi amaran.
“Kau tak nampak ke aku tengah buat
apa, ni? Sekejap lagi aku pergilah mengadap tuan besar tu! Nampak ni, habis
semua baju, seluar aku basah lokos ni. Karang banjir pula bilik dia.”
“Tak ada! Kau pergi sekarang. Nanti
dia mengamuk pula. Dah banyak kali dia tanya, mana kau. Pergi cepat.” Arah Si
‘PA tidak sedar diri’ lagi.
"Eii! Kau ni tak reti bahasa
ke, apa?" herdik Que dalam nada yang terkawal. Yalah. Takkan hendak raih
perhatian ramai dengan bertekak di waktu yang hening begini, kan?
“Erin! Budak tu dah sampai belum?”
satu suara menegur Erin.
Kelam kabut Si Erin berpaling dan
buat muka manis terlebih sukatan gula. Kontrol ayu. Meluat Que yang melihat
dari ekor mata sambil mencebir. Ketika itu dia sudah pun melabuhkan
punggungnya, menulis sesuatu di buku log sebelum terlupa. Memang tiada hati
untuk beramah mesra dengan bos baru mereka itu. Apatah lagi mahu membelek
wajahnya. Buang karen saja.
“Dah Mr. El. Dia baru aje sampai
ni,” jawab Erin lembut.
"'L'? Tak ada nama lain ke? Mr.
Saiz L ke, apa?" Que mengguman amat perlahan sambil menahan senyum.
Perempuan ini pun... Hendak jawab
lembah lembut begitu, kira okeylah. Memang patut pun bercakap dengan bos macam
itu. Tapi, apa kes yang badan pun terlentuk-liuk sekali. Patah tulang, ke? Atau
tulang dia seperti tulang sotong. Tegak sebatang saja dan tidak mampu menampung
tubuh badannya. Semakin meluat Que dibuatnya.
“Suruh dia masuk bilik saya sekarang
juga,” arahnya tegas.
“Baik Mr. El.”
Derap kaki kedengaran meninggalkan
kawasan itu. Pasti bos mereka itu sedang menuju ke biliknya. Sepantas kilat
pula Erin menoleh ke arah Que yang masih bersahaja. Seperti tiada apa-apa
berlaku pada dia. Buat selamba dek dia saja. Kadangkala Erin pelik tengok Que.
Tidak seperti orang lain. Sentiasa berada di dalam dunianya sendiri.
Yalah. Buat apa sibukkan dunia orang
kalau dunia sendiri lebih memberi erti. Ya, tidak? Satu lagi, dia bukan jenis
yang suka ambil tahu hal tepi kain orang lain macam Si Erin itu. Bukan
terlingkung dalam skop kerjanya pun. Bukan dapat apa. Dapat dosa sudah pasti.
Cukuplah dengan kekurangan dan dosa yang sudah sedia ada. Tidak perlu di tambah
lagi.
“Dengar tu! Bos cari kau.”
“Dengar...” jawabnya sambil lewa.
Dia masih menyibukkan diri dengan meneliti beberapa nama tempat yang akan dia
tujui di buku log yang tersedia.
“Dah tu? Yang duduk sini lagi, buat
apa? Pergilah jumpa dia.”
“Tahulah...” balas Que sambil
memberikan jelingan tajam pada Erin.
Tapi, Que masih tidak berganjak.
Erin yang rasa seriau melihat perangainya. Dengan Encik Ariffin dulu, bolehlah
dia buat perangai gila dia ini. Encik Ariffin memang selalu menangkan dia.
Selalu puji dia. Que pekerja yang baiklah. Que berdedikasilah. Que boleh
dipercayailah... Ini, bos baru! Silap hari bulan, ke laut jadinya. Betullah Que
ini. Tidak fikir ke semua itu?
“Apa pandang aku macam aku tak pakai
baju, ni?” sergah Que bila Erin masih juga tunak memerhatikan dirinya yang
konon-konon sibuk benar itu.
“Kau boleh tak jangan cari pasal,
Que. Orang kat dalam tu ‘berangin’. Bukan macam bos lama kita tu. Kau buat apa
pun dia tak kisah. Yang ni lain. Silap-silap kau kena sembur dengan dia nanti.”
Erin mengingatkan.
Que menjongketkan keningnya. Sukar
untuk percaya yang ‘PA tidak sedar diri’ ini boleh bagi ‘usrah’ ala-ala majlis
ilmu berguna macam itu. Selalunya, kalau tidak mengutuk dirinya, tidak mengata
yang bukan-bukan, bukan Erin namanya. Kondem orang memang nombor satu.
“Sayang juga kau kat aku ya, Erin.
Siap bagi nasihat berguna lagi. Terharunya aku,” usik Que dengan senyum
singainya. Erin menjegilkan matanya.
“Eii! Apa kes aku nak sayang kau. Not
my taste at all! Dapat bala kalau aku suka kat kau, tahu tak? Allah murka!
Aku bagi amaran kat kau ni.
Mana ada sayang-sayang. Baru kejap tadi Eiz kena marah pasal ledgerada
silap sikit aje. Sampai luar boleh dengar tahu, tak? Dah, pergi cepat. Karang
dengan aku sekali kena panggil masuk. Tak sanggup!” bebel Erin sambil mengipas
dirinya dengan jari-jemari.
“Eleh... Tak sanggup ke, suka? Kau
tu bukan boleh nampak mamat bergaya lagi berjawatan tinggi macam tu.
Menggelitik je, kan? Tak senang duduk. Mesti dalam kepala otak kau tu dah berkajang
cara-cara nak memikat...siapa nama dia tu, Mr. El? Kan?”
“Sengal kau! Mengata aku tak
ingat-ingat. Habis tu, boyfriend aku tu nak letak mana? Dah, pergi sana!
Menyemak mata aku aje tengok kau lama-lama. Menyampahlah dengan kau ni! Kalau
aku dapat Mr. El nanti, baru padan muka kau.”
Que sudah pecah tawa. Galak. Sekali
lagi dia menjadi tumpuan. Hmm, memanglah kalau Que ini pun. Ikut selamba dia
saja. Bukan dia kira apa. Main redah saja. Erin menoleh dan mencerun
memandangnya, dengan maksud, jangan main-main. Belum kena bolehlah gelak sakan.
Sudah kena nanti, menangis tidak berlagu. Macam itulah lebih kurang kot apa
yang mahu Erin sampaikan melalui renungannya yang tidak mengancam langsung itu.
Lantas dicapai jaket dan disarungkan
semula ke badan. Tutup sikit
baju yang basah. Malulah orang tengok baju melekat di tubuh. Macam tengok
wayang percumasaja. Itu baru
betul tidak sanggup.
“Hoi! Kau nak pergi mana tu, Que?”
tegur Erin bila Que menonong saja meninggalkan dia di situ. Tanpa pesan, tanpa
pamitan.
“Nak jumpa Mr. ‘Saiz L' kau tu lah,”
jawab Que selamba tanpa menoleh ke arah Erin langsung.
Erin hanya menggelengkan kepala
mendengar jawapan balas dari Que. Itulah dia insan yang bernama Que. Selamba
gila tidak mengira masa. Ikut suka dia saja hendak ‘saiz L’ kan orang.
**********
Dengan santai Que memulakan langkah
menuju ke bilik bos barunya. Muka memang selamba gila. Tenang
setenang-tenangnya. Tapi, hati di dalam sudah macam bom jangka. Tunggu meledak
saja. Siapa tidak cuak. Cuak sangat sebenarnya. Tapi, dia selindungi dengan lagak selamba. Apa
yang penting, dia mempunyai alasan yang kukuh kenapa dia lewat hari itu. Kukuh
sangatlah, kan? Sangat kukuh! Ya. Kena yakin pada diri. Berani kerana benar.
Itu yang penting.
Diketuk pintu yang tertutup rapat.
Tutup pula! Dulu, masa Encik Ariffin, tiada maknanya hendak tutup pintu segala.
Dari hujung tempat duduknya pun boleh terkilas melihat kelibat Encik Ariffin di
dalam biliknya. Ini, siap tutup rapat lagi. Apalah rahsia besar yang mahu
disembunyikan dari staf-staf, ya?
“Come in!” terdengar suara
menyuruh dia masuk. Tegas.
Aisey! Bakal hendak kena sembur ke,
ni? Terasa bagai ada aura seperti 'bahang asmara' membadai saja nampak gayanya
ini. Dengan lafaz Bismillah, Que membuka pintu dan masuk. Terus mara melangkah.
“Close the door, please.”
Lembut suara itu mengingatkan. Menyindir sebenarnya. Maksudnya, Que tidak peka
yang dia itu tidak suka membiarkan pintu biliknya ternganga.
Boleh tahan juga bos baru ini.
Kepala tunduk buat kerja, mata tertancap pada dokumen yang sedang diteliti tapi
sedar pula yang pintu biliknya ternganga. Telinga tikus betullah. Hebat! Isy!
Terpuji dia lagi? Lidah ini hendak kena ikat agaknya.
Que berpaling semula dan menutup
rapat pintu tersebut. Yalah, salah dia juga, kan? Kenalah akur. Isy! Lemas dia.
Dengan pintu tertutup rapat dan hanya mereka berdua saja dalam bilik itu.
Sungguh tidak menyakinkan akan aspek-aspek keselamatan jika begitu. Tapi, bos
yang bagi arahan. Kenalah ikut. Selagi tidak mengancam keselamatan dan kewibawaan
diri, harus dipatuhi. Etika dalam bekerja juga, kan?
“Duduk.”
“Tak apa, Encik. Saya basah.”
Serta-merta wajah yang menegur
sambil tunduk tekun membuat kerja itu terngadah mencari wajahnya. Berkerut
wajah lelaki itu memerhatikan Que. Atas, bawah. Lepas itu dari bawah, ke atas
semula. Sampai senget sedikit badannya kerana hendak melihat sehabis jelas
agaknya. Apa kes ini? Nak scan dia sampai begitu sekali.
“Saya nak jumpa Que, bukan awak.”
Suara keliru yang Que dengar. Terus
tegak duduk bos barunya sambil memerhatikan dirinya. Rasa macam orang bersalah
pula bila diperhatikan sedemikian rupa.
“Betullah tu. Saya, Que. Bos nak
jumpa sayalah, kan?”
Sekali lagi tajam renungan lelaki
itu mengimbas dirinya.
“Perempuan?”
Que buat muka pelik.
“Nampak saya ni macam lelaki, ke?”
dia memulangkan soalan sambil membelek diri sendiri. Okeylah ini. Tidak nampak
macam lelaki pun. Apa hal dengan mamat ini?
“No. I thought Que was a guy.
Tak rupanya.”
“Kan tadi bos dah bercakap dengan
saya melalui telefon. Suara lelaki ke yang bos dengar?”
“Tak berapa perasan tadi. Lagipun, suara you macam garau dan
serak sikit dalam telefon. My
mistake.”
‘Laa... Hendak kata sengal karang
dia tanya balik siapa bagi mandat aku cakap dia sengal. Sudah sah lagi sahih
aku ni perempuan. Perempuan melayu terunggullah!’ hatinya menyangkal. Sedang
bibir hanya mengukir senyum sekerat. Tidak perlu jawab pun rasanya lelaki itu
sudah ada jawapan. Jangan membazir waktu.
“Okay, then.” Katanya sambil
menjongket bahu. “Saya Qaid El Arash, bos baru awak. Please introduce
yourself and describe your designation here in five second, as simple as you
can.”
La... Begitu pula. Malas hendak baca
profil pekerjalah rasanya dia ini. Kalau tidak, takkanlah tidak tahu yang Que
ini perempuan atau lelaki. Ya, tidak? Hmm...
Ketika itu, Si Qaid El Arash itu
sudah pun bangun dan sedang mara berjalan ke arahnya. Hingga dia berdiri
betul-betul di hadapannya. Mak aii! Tinggi juga dia. Que hanya setakat di paras
bahunya sahaja. Kenalah mendongak sedikit.
“Qiss I...” serta merta badannya
menyenget ke barat sebelum sempat dia menghabiskan ayatnya.
Wajahnya juga sudah mula direntangi
kerutan. Apa tidaknya, tiba-tiba saja Si mamat nama pelik ini mendekatkan
mukanya dengan muka Que. Cuak dia! Apa hal mamat ini? Pantas ditolak kasar
tubuh itu dari membayangi tubuhnya. Lebih tepat tindakannya itu untuk
menjarakkan wajah lelaki itu dari wajahnya. Eiii! Rimas.
“What?” tanya El bersahaja
dengan kedua tangan terbuka. Lepas itu, buat muka tidak bersalah langsung.
“Bos nak buat apa, ni? Takkanlah
sesi temuramah sampai macam ni sekali? Menyeramkan...” balas Que masih lagi
cuak.
“Laa... Bukan ke tadi awak yang
suruh saya ‘kiss’ awak?”
Que tercengang.
'Aku? Suruh dia ‘kiss’ aku? Bila
masa pula?'
“Bila masa?”
“Bukan baru tadi awak cakap; ‘kiss I...’, mesti awak nak cakap;
‘kiss I lah, Mr. El.’ Kan?”
Hah?!
“Gi-la! Merepik aje bos ni. Tadi tu
saya nak beritahu nama saya. Saya, Qiss Irish Binti Qamal Latif. Mana ada saya
suruh bos ‘kiss’ saya.”
El ketawa lepas. Selamba saja. Tapi,
sedikit pun wajahnya tidak menunjukkan riak bersalah. Memang selamba gilalah
dia ini. Selamba gila + menyeramkan = tak elok untuk kesihatan.
“I see... so, it’s your name.
Qiss Irish...” dia mengalunkan nama itu semula. Sedap disebut.
Tapi tidak sesedap mata memandang.
Dia menilik wajah Que tanpa sedar. Wajah ayu tapi, dress code, out.Lebih kepada lelaki. With jean,
t-shirt and leather jacket, provided with baseball cap and sport shoes.
Tidak nampak feminin langsung walaupun susuk tubuhnya memang feminin habis.
Telah dibayangi oleh cara pemakaian yang pada perkiraan El sangat tidak sesuai
untuk gadis seayu Que. Tengok, nama pun ala-ala pelik begitu.
“Tapi semua staf kat sini panggil
saya Que aje. Mudah dan ringkas. Penghantar surat merangkap office girl
kat sini. Baru 4 bulan bekerja dan saya sukakannya. Itu saja bos.”
Lelaki itu mengangguk beberapa kali.
Sedang menimbal balik apa yang Que katakan mungkin.
“Do call me El, enough. Mudah
dan ringkas.” Dia meminjam kata-kata Que sebentar tadi sambil mencarik senyum.
“Sure do, Mr. El. But I
prefer to call you, boss. More convenient I suppose.”
El hanya mengangkat bahu.
“Balik pada perkara tadi, hari pertama saya di sini dan awak
datang lambat. Care to explain?”
Laa... Sah rabun mamat ini. Buta,
tidak mungkin. Buta hati, mungkin. Dia pula buat imbasan tentang lelaki itu
secara tidak langsung.
“Hujan.” Ringkas jawapannya.
“Saya tak terima alasan tanpa
penjelasan. Habis tu, selalu kalau hujan awak memang datang lambatlah, ya?”
Cis! ‘Cheese cake’betullah dia ini!
“Tak. Hari ni aje. Selalu kalau
hujan saya tumpang kawan.”
“Jadi, hari ni?”
“Kawan saya tak ada. Saya naik
motorlah. Macam biasa.”
“Oh!”
Matanya mengimbas Que semula.Mungkin sedang mencantumkan ‘puzzle’ dalam
otaknya. Matanya merenung Que tajam. Yalah, perempuan yang berdiri di depannya
kini, berpenampilan lain sedikit. Dengan corduroy yang agak lusuh, jaket
kulit yang melapisi baju-T hitam di dalamnya berserta kasut sukan berjenama Adidas. Kalau tidak lihat betul-betul,
memang mata salah mentafsir bahawa dia lelaki. Dengan badan yang tidaklah
terlalu kurus dan juga tidaklah terlalu berisi. Ketinggian sederhana dalam lima
kaki empat inci. Just nice!
“Itu aje ke, bos? Kalau tak ada
apa-apa lagi, saya keluar dulu. Banyak surat nak kena hantar segera tu. Nanti
lambat pula.”
“Hmm... Okey. Awak boleh keluar.”
Pantas Que berpaling. Tidak mahu
lama-lama di situ. Panjang berjela pula nanti ceritanya. Lagipun dia memang
tidak selesa lama-lama di situ. Seram sejuk seluruh badan! Aduh!!! Tolong mak!
Rasa hendak demam.
“Que...”
Erk!! Apa hal?
Langkahnya terhenti betul-betul di
depan pintu. Dia berpaling semula menghadap El. Santai lelaki itu menyandar di
meja kerjanya dan memeluk tubuh. Tersungging secarik senyum menyapa pandangan
Que. Memang cis kek betullah
mamat ini.
“Sorry about the incident.”
Incident?
“Few hours ago, at the
traffic-light.”
Traffic light? Hah?! Biar benar? Dia, ke?
“Saya tak bermaksud nak
biarkan awak macam tu aje. I was in a hurry.”
‘Sah! Dia yang sondol aku. Eh!
Salah. Kereta dia yang sondol motor aku. Incident! Cakaplah accident.
Kan senang faham.’
Manalah dia hendak cam. Lelaki itu
berada di dalam kereta, dia di luar. Lepas itu, tengok pun bukan dari jarak
yang dekat. Hujan pula. Hati pula tengah menggelegak. Mana sempat hendak tilik
betul-betul.
“Macam mana Mr. El pasti yang itu
saya? You were in the car and didn't even got out of it. So, how could you
possibly know it was me. Saya pakai helmet masa tu. Tentu muka saya tak nampak jelas, kan?”
El tersenyum lagi. Manis sekali. Blueberry
cheese cake! Aduh! Dan pastinya amat berbahaya juga bila seorang lelaki
sudah mula selesa dan memberikan senyuman semanis gula. Oh! Jaga-jaga Que.
“Apa beza dengan sekarang? You pakai
baseball cap ni lebih kurang macam helmet juga. It only managed to
cover your hair, right? But not your face. I still recognize the same
lips, nose...and those set of beautiful eyes that I'm staring at right now.”
Erk! Apa kes, ini? Macam kena imbas sampai ke dasar hati saja
bunyinya. Payah begini! Ada unsur-unsur mahu mengayat saja lagaknya. Isy!
“Ha ha ha...”
Aik! Gelak pula!
“Tak payahlah buat muka kelam macam tu, Que. Saya bergurau
aje. Actually I recognized you from the leather jacket and that maroon
corduroy that you're wearing. Rasanya you seorang aje yang pakai semua tu
hari ini. Perhaps.”
“Oh! Okey.”
Lega. Ingatkan Que, lelaki itu
betul-betul menilik dirinya tadi. Saja hendak kenakan dia rupanya. Betullah
agaknya. Kalau pun ada orang lain yang berpakaian sama seperti dirinya, tentu
ada kelainan juga. Mungkin baju tidak sama. Mungkin warna seluar berlainan.
Mungkin juga kasut berjenama lain.
“Saya akan bayar ganti rugi
kerosakan motor awak nanti. Just bill everything to me or you could bill it
to our account department. I’ll settle it later.”
“Apa maksud Mr. El bila berkata,
bukan bermaksud nak biarkan saya macam tu aje? Saya tak faham.”
“Maksud saya... Bukan saya sengaja
biarkan awak berdiri dalam hujan pandang saya semacam, minta saya beri tindakbalas tentang apa yang
berlaku tadi. Saya betul-betul tak sengaja dan nak cepat tadi.”
“It’s not a crime to say sorry on
the spot, right? Kenapa mesti nak tunggu?”
Bosnya hanya tersenyum. Kemudian dia
menjongket bahunya pula. Ek eleh! Berlagak! Ego!
“Adakah bos rasa macam tu dan nak
tebus kesalahan tu setelah tahu yang itu, adalah saya? Seorang perempuan. Staf
bos sendiri. Macam mana kalau dia bukan saya? Apakah bos akan biarkan hal
ini begitu saja jika tidak tahu siapa dia sebenarnya? Maksud saya, jika orang
itu adalah ‘lelaki’ yang bos tak akan jumpa lagi. Bukan ‘perempuan’ seperti
saya. Bukan staf di sini. Jadi, hal ini akan habis macam tu aje? Macam tu, ke? Hit
and run cases. Nasib baik saya tak apa-apa. Kalau dibuatnya saya patah riuk
ke, mati ke, siapa nak jawab? Sia-sia aje, kan?”
“Yes.”
Yes? Apa yang ‘yes’?
Mamat ini pun. Soalan punyalah panjang. Punyalah banyak. Dia cuma jawab; yes.
Tidak berbaloi!
“Yes?
Jawapan untuk soalan yang mana satu?”
“Semua.”
“Erk?” Que buat muka kelam sambil garu pelipis.
‘Aduh! Mamat ni memang boleh buat
aku sakit jiwa. Tidak faham konsep soalan betullah. Seng...al.’ Kan sudah
terkeluar perkataan itu. Tidak kira! Dia tidak bagi mandat pun, peduli apa.
“Satu lagi...”
Ada lagi? Berapa banyak lagi? Tapi,
dia tetap tegak berdiri. Tadah telinga dan dengar saja. Jarak antara mereka
boleh dianggarkan sebatu. Dia, berdiri dekat dengan pintu dan El pula tetap
bersandar di mejanya sambil memeluk tubuh. Mata itu saja yang tidak reti duduk
diam. Kiri, kanan, atas, bawah, memerhati Que.
“Next time, dah tahu hari
hujan, call ofis beritahu yang awak masuk lambat. Tak adalah orang kat
sini sibuk cari awak. Risaukan tentang awak. Entah apa berlaku pada awak kat
luar sana, siapa tahu, kan? Tengok ni, habis basah semua. Tentu tak selesa,
kan? Awak boleh demam, tahu tak?”
Macam itu pula?
Tapi, Que tetap mengangguk. Hendak
kata apa lagi. Betullah begitu. Sangat betul. Makin seram sejuk dia rasa saat
itu. Badan pun sudah mula menggigil. Mata makin panas, pijar. Kepala jadi
berpusing tiba-tiba. Penangan diakah? Arghhh.... Ini baru berdiri tidak sampai
setengah jam. Sudah rasa mahu tumbang. Belum kena sembur lagi itu. Kalau kena
sembur harus boleh pengsan. Dan... Tidak perlu tunggu kena sembur pun akhirnya
Que rebah di situ. Di depan bos barunya. Haru-biru dibuatnya. Tragedi betul!