Home Novel Cinta Tentang Kita: Semua Tentang Kita
Tentang Kita: Semua Tentang Kita
LampuHijau
16/8/2019 12:10:13
18,639
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

Yah! Akhirnya tiba juga hari Jumaat. Inilah apa yang disukai Damia Marlissa. Hari yang dinanti-nantikan oleh Damia Marlissa sepanjang minggu. Dia pun tak tahu kenapa dia suka sangat dengan hari Jumaat.

Damia Marlissa bertinggung membuka mangga pada rantai kunci basikalnya. Sekali-sekala dia dilanggar murid-murid lain yang keluar melalui pagar itu. Biasalah, jam 12 tengahhari ni memang masa budak sekolah balik. Nak-nak lagi hari Jumaat.

Damia: Tak nampak orang ke?

Damia Marlissa merungut seorang apabila asyik dilanggar saja.

Usai kunci mangga dibuka. Damia mendapatkan hendal basikal. Dia menuntun basikalnya beberapa kaki dulu sebelum dinaiki.

...: Hai Damia

Belum sempat Damia Marlissa menaiki basikalnya, dia ditegur seseorang dari belakang.

Tiba-tiba saja mendengarkan suara itu, hati Damia berdebar-debar kencang. Ditoleh belakang pelan-pelan.

Bak hang! Budak laki tu! Terkejut Damia Marlissa di dalam hati.

...: Fairiz. Fairiz Nidal.

Budak lelaki itu memperkenalkan dirinya. Tangan dihulur sebagai salam perkenalan.

Anak mata Damia Marlissa melirik ke arah huluran tangan dari Fairiz Nidal.

Huluran tangan itu disambut oleh Damia Marlissa. Cepat-cepat Damia menarik tangannya. Sambutan tangannya seperti orang tak ikhlas tapi sebenarnya hati Damia sedang berdegup kencang.

Damia: Damia Marlissa.

Dia memberitahu namanya sambil peluh pada tangan yang bersalam tadi dilap di skirt sekolah.

Fairiz: Cantik nama tu

Fairiz Nidal memuji.

Makin kencanglah debaran jantung Damia Marlissa apabila dipuji begitu. Wajahnya berubah merah menahan rasa malu.

Cepat-cepat Damia menoleh ke depan dan mencapai hendal. Kakinya tergesa-gesa menaiki basikal. Dia mengayuh selaju-lajunya. Makin lama dia di situ nanti tak pasal-pasal pengsan pula. Jantungnya betul-betul berdegup laju. Dia meninggalkan Fairiz Nidal yang masih berdiri di situ memerhatikannya.

Fairiz Nidal tersenyum sendiri melihat gelagat Damia Marlissa. Tangan yang bersalam tadi di angkat paras perut. Diperhati tapak tangannya lalu digenggam. Matanya lembut memerhatikan Damia Marlissa bersama basikalnya beredar.

                               *****
Sekali lagi hari Rabu telah tiba, tapi Rabu kali ni berbeza buat Damia Marlissa. Hatinya berbunga-bunga tak menentu arah. Biasalah bila orang jatuh cinta.

Waktu rehat, Damia ke perpustakaan. Damia Marlissa memang suka ke perpustakaan sebab kadang-kadang dia suka membaca buku. Tapi, kepergiannya ke perpustakaan kali ni bukan sebab nak cari buku. Sebab nak tengok seseorang. Yang telah mencuit hatinya.

Dua hari ni Damia ada kumpul maklumat dari kaki-kaki gosip sekolah yang Fairiz Nidal selalu lepak perpustakaan waktu rehat. Manalah tahu, kot-kot untung Damia dapat berjumpa dengan jejaka kesukaan.

Satu perpustakaan dipusingnya. Habis celah-celah rak dijenguknya satu-satu. Tiada pula nampak kelibat Fairiz Nidal. Mungkin aku tak cukup bertuah kot hari ni. Desis hatinya.

Damia Marlissa berputus asa. Kakinya disusun untuk melangkah pergi dari situ. Namun kepalanya masih menoleh-noleh mencari Fairiz Nidal.

Ditoleh ke kiri, Fairiz Nidal yang sedang berdiri membaca buku di celahan rak mengangkat kepalanya. Memandang tepat ke arah Damia Marlissa.

Damia Marlissa turut membalas pandangannya dengan berseri. Fairiz Nidal memberikan senyuman indah buat Damia. Damia pula membalas dengan senyuman berseri-seri.

Pap! Tubuh Damia terasa melanggar seseorang.

...: Woi, jalan pakai mata lah.
Damia: Maaf maaf.

Damia mengangkat kedua tangan paras dada. Syok sangat nampaknya Damia menggatal dengan Fairiz Nidal sampai terlanggar orang.

Damia Marlissa beredar dari situ. Senyuman dibibir tak lekang. Senyuman bahagialah katakan. Yah! Tangan berbentuk tumbukan ditolak ke bawah. Berjaya juga aku jumpa Fairiz Nidal. Bahagia Damia sendirian.

Raini yang sedang tekun mengulang kaji teralih perhatiannya apabila Damia Marlissa menarik kerusi lalu mengambil tempat duduk.

Raini: Kau pergi mana ha Mia?

Soal Raini berbaur curiga. Dia dapat bau Damia Marlissa sedang merancang sesuatu.

Damia: Ada lah.

Damia Marlissa konon-konon merahsiakan kejadian tadi dari kawan baiknya.

Raini: Eleh, kau ingat aku tak tau ke. Kau pergi jumpa Fairiz Nidal kan?

Raini cuba menembak. Damia Marlissa pula tersengih-sengih malu bila tembakan sahabatnya tepat mengena.

Raini: Untung kau kan. Dia dah lah kacak. Bijak. Kaya. Pandai main sukan. Untung kau Mia.

Bukan main Raini memuji-muji keuntungan kawan baiknya itu. Siap berkekek lagi.

Damia: Cuba kau bayangkan kalau aku dapat kahwin dengan dia.

Damia pula sambung angan-angan kawannya.

Raini: Gatal kau eh

Mereka berdua mengekek dengan gurauan mereka.

                               *****
Akhirnya tiba juga giliran Damia dan Raini untuk membeli air. Punyalah panjang beratur. Kantin pula masa-masa rehat ni sibuk bukan main. Ramai betul orang.

Damia membeli jus oren satu manakala Raini teh bunga. Selesai membayar, mereka berdua pun angkat kaki dari situ.

Sekumpulan budak laki sedang bergelak tawa sembang kosong di meja yang berdekatan dengan tempat murid-murid beratur.

Damia Marlissa menghirup jus orennya. Ah, nikmatnya. Kenikmatan dirasai Damia.

Raini: Jom

Raini mengajak Damia pulang ke kelas. Sikit lagi loceng dah nak berbunyi.

Damia pun membuka langkah. Belum apa-apa lagi, kaki kanannya tersadung pada kaki kirinya sendiri.

Air jus oren yang ada pada tangan kanannya terlepas. Tumpah atas salah seorang budak laki yang duduk melepak sembang kosong itu.

Baju budak laki tu jangan kata lah, basah jeruk dan comot dengan penuh jus oren. Badan memang sejuk tapi rasa marah yang membuatkan dia panas menghilangkan rasa sejuk jus.

Serentak itu budak laki tu berdiri dan menjerit.

Budaklaki: Woi!

Wajah Damia Marlissa berubah cemas. Sikit lagi nak jadi biru dah. Tapak tangan kirinya menutup mulutnya yang ternganga.  Dia pun tak sangka akan jadi macam ni.

Alamak. Damia Marlissa berdetik sendiri di dalam hatinya.

Damia: Sa... Saya... Maaf!

Tergagap-gagap Damia untuk menutur. Entah kenapa, Damia melarikan dirinya dari situ. Mungkin tak dapat menahan tekanan yang dihadapinya.

Budaklaki: Oi! Kau nak pergi mana?!

Tengking budak itu melihat Damia melakukan cubaan melarikan diri. Tidak peduli, Damia tetap mengangkat kakinya beredar.

Keluar dari situasi kusut itu, Damia akhirnya boleh menarik nafas lega.

Raini: Mia mia. Kau ni buat lawak lah.

Tergelak Raini mengingatkan kejadian tadi.

Damia: Tapi aku rasa serba salah lah pula. Tinggalkan dia dalam keadaan macam tu.

Damia memuncungkan bibirnya persis itik tak cukup makan.

Raini: Aku tengok tadi merah muka dia tahan marah.

Raini masih tergelak lalu menyambung.

Raini: Tapikan, aku rasa kau kena minta maaf betul-betul dengan dia nanti.
Damia: Kenapa pula?

Wajah Damia Marlissa berubah menjadi hairan. Takkan tiba-tiba kawan dia yang satu ini berpihak pada budak laki tadi. Berubah arah dah ke.

Raini: Kalau kau nak tau, orang yang kau langgar tadi tu adik kepada Fairiz Nidal. Fahqi Nidal. Tau?

Terkejut beruk Damia dibuatnya.

Damia: Rain! Kenapa kau tak bagitau aku dari tadi?!

Damia Marlissa mengeraskan suaranya apabila memanggil nama panggilan Raini yang bermaksud hujan. Makin cemaslah Damia dibuatnya apabila dia tahu yang budak laki tadi tu rupanya adik Fairiz Nidal, lelaki yang disukainya. Habislah aku. Detik hati Damia sendirian. 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LampuHijau