Home Novel Cinta Tentang Kita: Semua Tentang Kita
Tentang Kita: Semua Tentang Kita
LampuHijau
16/8/2019 12:10:13
18,609
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

Enam tahun sudah berlalu, kehidupan juga turut sama berubah. Begitu juga hati dan fikiran Damia Marlissa.

Kafe Matahari memang hari-hari akan penuh dan sibuk. Tak pernah lekang dek kekosongan. Terpaksalah pekerja bahagian dapurnya berlari-lari ke sana ke mari demi mengenyangkan isi dan perut para pelanggan.

...: Damia, kau tolong jaga ni kejap boleh tak?

Pinta salah seorang pekerja dapur kepada Damia untuk menjaga masakannya di atas dapur. Takut-takut terbakar. Dia pula ada kerja lain juga yang perlu disiapkan.

Damia Marlissa yang sedang sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk tukang masak seperti yang dipinta, juga, mengangkat kepalanya melihat dapurbyang dimaksudkan lalu mengangguk sahaja.

Dia meneruskan kerjanya memotong-memotong bahan-bahan yang dimahukan oleh tukang masak.

Sedang asyik Damia Marlissa menghiris bawang yang entah ke berapa sudah, tiba-tiba ada seseorang menegur seperti bau hangit.

Semua orang terhenti dari melakukan kerja mencari punca datangnya bau itu. Damia Marlissa turut menghentikan perbuatannya. Dia memusing-musing dapur mengikut punca bau itu datang.

Alamak! Betapa terkejut beruknya Damia apabila menjumpai punca bau hangit itu. Periuk yang sudah ditembus api, api pula sudah menjulang keluar dari periuk itu. Dapur yang sama yang suruh dijaga rakan sekerjanya. Membulat kedua biji mata Damia melihatkan periuk tu.

Dia langsung lupa tentang periuk tu, mahu taknya kalau dah terlalu fokus buat satu kerja itu, mana boleh dah nak ingat hal lain.

Damia: Api! Api!

Teriak Damia Marlissa ketakutan. Nampaknya api dah semakin tinggi dan mula merebak ke dinding. Damia pula tak tahu nak buat apa, menjerit sajalah dia mampu.

Dengar saja teriakan Damia Marlissa tu, satu dapur kecoh lah untuk memadamkan api. Ada yang tadah air nak buat simbah api. Ada pula berlari-lari menuju ke bilik bos.

Tak sampai seminit, bos datang membawa satu tong sederhana alat pemadam api ABC. Habis api-api yang menjilat itu disemburnya dengan serbuk ABC itu.

Damia Marlissa yang berdiri di situ melihat kagum seperti seorang hero. Bergayanya bos aku ni. Tak berkedip matanya melihat bosnya memadamkan api.

Addin: Siapa punya kerja ni?

Api akhirnya berjaya dipadamkan. Tong pemadam api diletakkan di atas lantai. Tak semena-mena soalan itu dilantunkan.

Kekaguman Damia Marlissa tadi terus mati tak berakar. Dia hanya mampu menelan air liurnya saja lalu menunduk.

*****
Addin: Apa ni Damia? Bulan lepas 20 pinggan awak pecahkan, bulan ni dapur pula terbakar. Bulan depan apa pula? Bangunan ni roboh?

Bebel Addin kepada pekerjanya yang paling cuai. Memang padan pun dengan muka dia. Itupun hukuman yang paling ringan. Sepatutnys dia kena hukuman yang lebih berat dari ni.

Bebelan Addin membuatkan hati Damia gemuruh gelisah. Rasa nak menangis pun ada tapi ditahannya saja.

Addin: Saya rasa saya dah tak boleh simpan lagi pekerja macam awak ni, Damia.

Ayat yang disusun itu membuatkan Damia Marlissa yang menunduk segera mengangkat wajahnya. Rasa nak menangis tadi terus hilang dek terkejut.

Damia: Eh, Encik Addin. Encik Addin janganlah macam ni. Saya perlukan kerja ni. Saya orang susah Encik Addin, saya betul-betul perlukan kerja ni. Saya janji lepas ni saya akan buat lebih baik lagi.

Seboleh-bolehnya Damia Marlissa merayu kepada bosnya yang kacak bergaya tu.

Addin: Saya minta maaf, Damia. Tapi saya memang tak boleh biarkan awak terus bekerja di sini.

Jejaka itu cuba menetapkan hatinya. Rasa kasihan tu memang ada, tapi kalau disimpan nanti lama-lama kafenya pula yang rugi. Terpaksalah dia buang pekerja yang tidak ada pembaikan.

Addin memanggil akauntannya melalui nombor direktori dengan menekan butang telefon pejabatnya.

Tak sampai dua minit akauntannya masuk, bertanyakan keperluan bosnya itu.

Addin: Sairah, saya nak awak masukkan tiga bulan gaji ke akaun Damia. Itu akan jadi gaji terakhir dia. Buat sekarang ya.
Sairah: Baiklah Encik Addin.

Sairah hanya menganggukkan kepalanya, menurut. Dia lalu meminta diri keluar dari ruangan Addin untuk melaksanakan arahan seperti yang diberikan.

Damia Marlissa yang dari tadi duduk di situ menyaksikan semua yang terjadi, menahan air matanya dari mengalir. Semua ini memang dia tak tahan. Sudahlah dia perlu menanggung keluarganya.

Damia: Terima kasihlah Encik Addin sebab terima saya kerja dekat sini.

Dengan lemah dan sayu Damia mengucapkan terima kasih kepada Addin.

Ves restoran yang dipakainya dibuka dan diletakkan di atas meja Addin. Dengan muka yang masam dan tak rela dia melakukan semua itu. Menanggalkan ves itu dari tubuhnya juga dia turut sama tak rela. Apakan daya, bos sudah buang dia. Tiada pilihan lagi lah dia.

Tinggallah baju kemeja putih dan seluar slack hitam miliknya. Dengan hati sayu dan kaki yang longlai, Damia bangkit dari kedudukannya dan melangkah keluar menuju pintu bilik.

Dibukanya pintu bilik dengan menggunakan tenaganya yang masih bersisa. Addin pula hanya memerhatikan saja tingkah laku Si Damia tu.

Sebaik saja pintu bilik tertutup rapat, Addin menggelengkan kepalanya dan menghembus nafas panjang. Macam-macam!

*****
Damia Marlissa berjalan tak keruan. Sebenarnya dia mahu pulang ke rumah sewanya, tetapi kerana emosinya langkahnya menjadi tak berapa stabil.

Air mata pelan-pelan mengalir. Tetapi cuba disembunyikannya sedaya mungkin, tak naklah pula nanti orang fikir pelik. Iya lah kan, mana pula dia mahu cari duit ni untuk mak dan adiknya.

Sedang langkahnya masih tak berapa seimbang, kedengaran suara bising-bising. Macam orang membebel. Mata Damia Marlissa tertangkap seorang perempuan yang lebih kurang separuh abad, tetapi masih cantik dan bergaya serta awet muda, sedang berusaha mengangkat kotak-kotak yang berat-berat.

Hatinya yang baik dan suka membantu mendorongnya untuk mendekati wanita itu.

Damia: Kenapa ni puan?

Wanita itu hanya memandang jeling saja terhadap Damia.

Damia yang faham akan wanita itu cuma berhati-hati tersenyum lembut.

Damia: Tak apa, biar saya tolong puan.

Dia berniat baik mahu menghulurkan bantuannya. Damia mencapai salah satu kotak yang ada di dalam bonet kereta wanita itu.

Wanita itu sepertinya tidak berapa mempercayai Damia. Akan tetapi disebabkan dia pun memerlukan bantuan, dibiarkan sahaja Damia membantunya.

Damia: Kita angkat sama-sama ya kotak ni puan. Tak larat saya nak angkat seorang.

Mahu nak laratnya kalau Si Damia tu nak mengangkat kotak tu seorang-seorang. Diajaknya wanita itu lembut.

Wanita itu hanya menurut saja seperti apa yang dipinta Damia Marlissa. Kotak itu diusung mereka berdua menaiki tangga sehinga sampailah ke butik pakaian wanita itu di tingkat dua bangunan.

Habis semua kotak selesai dipunggah, Damia Marlissa meminta izin untuk beredar.

PuanHusna: Eh kejap

Wanita itu menahan Damia. Diselukkan tangannya ke dalam tas tangan yang digantungkan pada lengan.

PuanHusna: Ni upah kamu

Sekeping not seratus dikeluarkan dan dihulurkan kepada Damia Marlissa.

Mata Damia Marlissa tertumpu kepada not seratus itu. Lalu dialihkan kembali kepada tuan empunya wang tersebut.

Damia: Tak apa, puan. Saya memang nak tolong puan. Bukan sebab saya nak duit.

Dia cuba menolak lembut. Sememangnya dua ikhlas untuk membantu. Meskipun dia memerlukan wang buat masa sekarang, tetapi bukan dengan cara ini.

Damia Marlissa membuka langkahnya untuk pergi dari situ.

PuanHusna: Nanti!

Damia Marlissa menghentikan langkahnya mendengarkan pemilik butik itu menyuruhnya berhenti.

PuanHusna: Nama kamu siapa?

Damia memalingkan kepalanya menghadap wanita itu Puan Husna.

Damia: Damia

Dengan senyuman lembut, Damia menjawab sopan.

PuanHusna: Nama penuh kamu?

Puan Husna tidak berpuas hati. Dia mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Damia. Kot-kot rezeki dia untuk bermenantukan Damia. Lagipun, Puna Husna boleh nampak keikhlasan hati Damia.

Damia: Damia

Damia membalas pertanyaan Puan Husna. Lalu beredar pergi.

Puan Husna pula tersenyum sambil memerhatikan Damia Marlissa beredar. Dia sudah memasang niat mahu mencari tahu mengenai Damia Marlissa.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LampuHijau