Home Novel Cinta Tentang Kita: Semua Tentang Kita
Tentang Kita: Semua Tentang Kita
LampuHijau
16/8/2019 12:10:13
18,618
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

Hari ni hari Rabu. Jadi seperti biasa, kelas pagi akan diajari oleh Puan Harina, guru matematik tambahan.

Hari ini juga merupakan hari yang paling paling tak disukai oleh Damia Marlissa. Tak tahu lah kenapa. Mungkin kerana pagi-pagi Damia dah kena hadap subjek matematik sebab dia memang bencikan matematik. Atau kerana dia memang sangat bencikan hari Rabu.

Seperti biasa, setiap minggu ada saja kerja yang nak diberi oleh Puan Harina. Seperti minggu lepas.

CikguHarina: Baik murid-murid, kumpulkan buku latihan kamu semua. Cikgu nak tanda.

Suruh Cikgu Harina kepada anak-anak muridnya. Ketua kelas mula bangun mengutip buku-buku kawan sekelasnya.

Hanya Damia Marlissa yang masih mencari-cari sesuatu dalam beg sekolahnya. Aduyai, takkanlah aku tertinggal pula. Aduh, kenapa lah aku boleh tertinggal. Ish takkan lah. Risau Damia Marlissa sendirian di dalam hati. Dia masih membelek-belek buku-buku di dalam begnya.

Buku-buku pelajar lain sudah terkumpul sampai di tangan Cikgu Harina. Cikgu Harina perasan Damia sedang terjengah-jengah ke dalam beg sekolahnya. Cikgu Harina sudah dapat bau. Biasanya pelajar yang macam ni, tak bawa bukh sekolah. Dia sudah biasa dah.

CikguHarina: Damia! Kamu dah hantar buku belum?

Tersentak Damia Marlissa apabila namanya disergah begitu oleh cikgu matematik tambahannya yang garang.

Damia Marlissa hanya mendiamkan diri. Tidak membalas sepatah. Cuma wajahnya saja yang cemas tak tentu arah.

Cikgu Harina: Damia! Cikgu tanya kamu ni. Kamu datang depan.

Marah lagi Cikgu Harina.

Teragak-agak Damia Marlissa bangun dari tempat duduknya menuju ke depan kelas. Gila tak takut. Cikgu tu bukan setakat makan orang, harimau pun dingapnya juga. Jantung Damia bukan nak gugur dah, dah gugur dah pun.

Sampai saja di depan kelas, sekali lagi Cikgu Harina menanyakan Damia tentang buku latihannya.

CikguHarina: Mana kerja kamu?

Dah macam polis menyoal penjenayah nadanya.

Gugup gila Damia Marlissa dibuatnya. Takut dia mahu menjawabnya.

Damia: Saya... Saya...

Tersekat-sekat suara Damia Marlissa ketakutan.

CikguHarina: Saya saya! Saya saya apa?!

Makin tinggi nada Cikgu Harina.

Damia: Saya tertinggal buku dekat rumah cikgu!

Tersentak Damia Marlissa sehinggakan dia menjawab hanya dengan satu nafas.

Makin bengang pula Cikgu Harina mendengarkan jawapan Damia. Tiap kali kelasnya, ada saja anak muridnya yang satu ini. Buku tertinggallah, terlupa nak buat kerja lah.

Cikgu Harina menuju ke meja guru depan kelas. Ditariknya laci meja dan tangannya mencapai sesuatu. Dikeluarkan sebuah kotak yang tertera SAYA MALAS BUAT KERJA SEKOLAH. Kotak yang bersaiz lebih besar sedikit dari ukuran A4 terikat tali pada belah atas di lubang yang telah ditebuk.

Cikgu Harina menyerahkan kotak itu kepada Damia Marlissa.

CikguHarina: Sekarang awak gantung ni dekat leher, berdiri dekat luar kelas.

Arah Cikgu Harina bernada bengang.

Damia: Tapi cikgu, kerja saya dah siap. Saya cuma tertinggal buku aje.

Damia Marlissa cuba menepis. Seboleh-bolehnya dia tak nak berdiri di luar kelas pakai kotak yang entah apa-apa.

CikguHarina: Kamu dengar tak apa cikgu cakap, Damia? Gantung ni di leher kamu berdiri di luar kelas!

Sambil jarinya menuding ke arah luar tingkap kelas. Ayat terakhirnya ditekankan. Damia Marlissa mengangguk-anggukkan kepalanya. Terpaksalah dia akur.  Karang tak pasal-pasal kena makan pula.

Kotak mengarut itu bertukar tangan. Damia menggantungkan kotak itu di lehernya. Pelan-pelan dia berpusing dan melangkah ke pintu kelas. Damia Marlissa berdiri di hadapan pintu kelas yang menyelak buka.

Apalah nasib aku. Haih. Dia mengadu sendirian di dalam hati kecilnya.

                                 *****
Sudah nak dekat satu jam Damia Marlissa berdiri di luar kelas. Kakinya terasa lenguh. Punggungnya pula seperti merayu-rayu mahu duduk. Kepalanya melihat sekeliling. Sunyi ya sekolah bila semua orang dalam kelas masing-masing. Dah tak ada kerja, Damia mula memerhati sekeliling dan berfikir benda-benda yang tak penting.

Orang yang lalu-lalang di hadapannya, hanya melihatnya. Dia tak peduli. Yang dia tahu sekarang dia penat berdiri. Kelas Cikgu Harina tinggal lagi setengah jam. Tak sabar rasanya Damia.

Tiba-tiba saja hati Damia Marlissa tergerak untuk melihat orang yang lalu di hadapannya. Jantungnya terus berhenti seketika (dia saja yang rasa 🤣). Matanya membulat terbeliak. Orang yang akan melalui di hadapannya ini bukan orang biasa-biasa.

Ini adalah budak lelaki yang sama yang pernah ditengkingnya semalam. Alamak! Kenapa dia lalu sini? Aduyai. Damia Marlissa tiba-tiba jadi tak tentu arah. Hatinya seperti bercelaru. Begitu juga fikirannya.

Beberapa tapak saja lagi lelaki itu akan lalu di hadapan Damia Marlissa. Mata Damia pula tak lekang dari kelibat lelaki itu. Ditenungnya juga.

Budak lelaki itu memandangnya saat dia sampai betul-betul di hadapan Damia Marlissa. Senyuman dilemparkan. Senyuman yang Damia sendiri tak tahu maknanya.

Dia senyum? Kenapa dia senyum? Dekat aku ke? Damia Marlissa tertanya-tanya sendirian.

Beberapa minit kemudian, budak lelaki itu kembali. Melalui laluan yang sama. Lagi sekali dia melemparkan senyuman mesra  apabila tiba betul-betul di hadapan Damia Marlissa.

Wajah perempuan itu terus bertukar warna. Merah menyala. Suhu badannya tiba-tiba terasa panas. Rasa malu ditahan sungguh-sungguh.

Kenapalah masa-masa macam ni aku bertembung dengan dia? Dahlah dia nampak aku dalam keadaan macam ni. Aduhai. Malang seribu kali malang nasib aku. Meronta-ronta Damia Marlissa di dalam hatinya.

Kejadian yang hanya sekali lalu itu, beberapa saat berlaku, memberikan impak mungkin seumur hidup kot.

                                *****
Waktu rehat dah pun tiba. Pelajar-pelajar kelas Akaun 2 semua pakat bangun dan keluar mahu rehat.

Damia Marlissa duduk termenung. Fikirannya tak habis-habis teringat tentang kejadian tadi. Malunya aku. Setiap kali dia teringat, setiap kali tu lah dia berasa malu. Masalahnya, setiap masa dia teringat.

Raini: Mia, kau tak nak pergi kantin ke?

Raini menyoal melihatkan kawan baiknya yang dari tadi lain macam sejak kelas Cikgu Harina. Biasanya Damia tak macam ni kalau kena denda. Bisik Raini sendiri di dalam hati cuba mencari jawapan.

Damia: Tak nak

Damia Marlissa pula hanya menjawab sepatah sahaja soalan Raini.

Lagi lah membuatkan Raini pelik. Biasanya dialah orang yang bersemangat kalau masa rehat.

Raini: Kau ok tak ni? Ke apa-apa jadi dekat kau masa kena denda tadi?

Raini cuba membuatkan Damia Marlissa buka mulut. Biasanya Damia kalau kena denda dia santai aje. Fikir Raini tertanya-tanya.

Damia: Kau tau tak, hari ni aje aku dah malu gila.
Raini: Malu kenapa?

Raini menjadi aneh bila tiba-tiba Damia Marlissa ada perasaan malu. Biasanya macam orang tak tau malu.

Damia: Malu kena denda tadi lah. Apa lagi.

Raini membuat wajah aneh. Keningnya berkerut. Damia Marlissa? Malu kena denda? Biar betul. Kaget Raini mendengarkan ayat itu.

Raini meletakkan belakang telapak tangan ke dahi Damia. Tak panas pun. Fikirnya dalam hati.

Raini: Biasanya kau ok aje kena denda. Kenapa hari ni tiba-tiba malu pula?
Damia: Sebab tadi...

Terus saja Damia Marlissa mematikan kata. Wajahnya dialihkan. Riak mukanya cuak. Jari yang diangkat ke wajah Raini diturunkan.

Raini: Sebab tadi?
Damia: Sebab hari ni hari Rabu. Kau tau kan aku tak suka hari Rabu.

Damia Marlissa cuba mengelak. Dia tak mahu Raini tahu benda sebenar.

Raini cuma mengohkan saja. Dia ingatkan kenapa lah kawannya seorang ini. Ingatkan hal besar sangat. Rupanya sebab kecil saja. Tapi hati Raini masih tetap berasa hairan dengan sikap Damia yang tak seperti biasa. 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LampuHijau