Home Novel Cinta Tentang Kita: Semua Tentang Kita
Tentang Kita: Semua Tentang Kita
LampuHijau
16/8/2019 12:10:13
18,596
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

Raini dan Armine selak ketawa. Terbahak-bahak mendengarkan cerita Damia Marlissa dibuang kerja.

Damia pula melepek di atas meja. Jus tembikai gelas besar masih penuh.

Damia: Haih, apalah nasib aku.

Rungut Damia mengenangkan nasibnya. Boleh pula kawan-kawannya gelakkan atas apa yang terjadi padanya.

Damia: Aku taulah korang dah berjaya. Dah ada restoran sendiri. Impian kau dah tertunai.

Kepalanya diangkat dari meja makan. Terselit rasa cemburu melihatkan kawan-kawannya, Raini dan Armine. Alang-alang tu sempat lagi Damia menyindir kawan baiknya yang satu itu, memandangkan memang impian kawannya mahu membuka restoran yang terkenal dengan jus tembikai yang paling sedap di seluruh negara. Akhirnya tercapai jua. Mana taknya, masa sekolah dulu mereka berdua pun memang suka melepak di kedai kegemaran mereka dan memesan jus tembikai gelas besar.

Raini: Ala, kau juga untung. Dapat minum jus tembikai percuma hari-hari
Armine: Gelas besar

Armine menyambung ayat Raini. Padu sungguh pasangan restoran jus tembikai ni.

Damia hanya menjongketkan bibir dan mengecilkan matanya. Ingat lawak lah tu.

Raini: Ala, Mia. Aku yakin satu hari nanti kesusahan kau ni akan bawa kau pada kesenangan kau. Percayalah cakap aku.

Raini menaburkan nasihatnya. Kali ini dia betul-betul dan tidak bergurau. Sebenarnya di dalam hatinya dia tak sanggup melihay keadaan kawan baiknya begini.

Raini: Kitorang dulu pun banyak kena hadap susah sampailah boleh buka restoran ni. Macam-macam ujian dan cabaran. Tapi akhirnya, dekat mana kitorang sekarang?

Raini cuba menenangkan hati Damia Marlissa yang sedang gundah-gelana dek baru dibuang kerja. Kedua tapak tangannya seperti menadah apabila mengajukan soalan kepada Damia. Raini mahu pengalamannya dijadikan tauladan buat Damia Marlissa.

Damia hanya membalas dengan pandangan sahaja. Impian Raini untuk membuka restoran yang mempunyai jus tembikai yang tersedap di Bandar Adamilia sejak dari sekolah akhirnya tercapai, lain lah dia ni, sudah jatuh ditimpa tangga pula.

                                    *****
Penyiasat: Jadi, puan nak saya cari siapa?
PuanHusna: Saya nak awak cari seseorang untuk saya
Penyiasat: Ada maklumat tambahan untuk saya cari dia?
PuanHusna: Yang saya tahu nama dia Damia.

Penyiasat itu hanya menganggukkan kepala. Agak susah juga sebenarnya untuk mencari seseorang melalui seketul nama sahaja. Meskipun dia seorang penyiasat yang hebat, tetapi masih agak sulit. Dek kerana sikapnya yang profesional, dia akan berusaha sedaya mungkin untuk mencari orang yang dipinta oleh pelanggannya.

PuanHusna: Oh ya, ada lagi satu. Masa kali pertama saya kenal dia tu, cara pakaian dia nampak macam pelayan kafe. Mungkin dia kerja kafe dekat-dekat situ kot.

Tambah Puan Husna untuk membantu permudahkan lagi kerja penyiasat itu.

Penyiasat muda itu hanya mengangguk saja. Maklumat itu pun sudah cukup banyak membantu dirinya.

Penyiasat: Puan jangan risau. Saya akan cari orang yang puan nak tu sampai jumpa.

Sikap profesional penyiasat itu menaburkan janjinya untuk menjaga kebajikan dan memastikan kepuasan pelanggannya.

PuanHusna: Bagus, itu yang saya nak.

Suasana bingit restoran itu tidak membataskan perbincangan antara Puan Husna dan penyiasat itu. Air teh panas di dalam cawan itu dihirup sopan dan tertib. Kemudian cawan diletakkan kembali di atas piring cawan.

                                  *****
Sairah meletakkan dokumen yang perlu ditandantangani oleh Addin di atas meja pejabatnya.

Sairah: Bos, tanda sini

Sambil jarinya ditunjukkan tempat yang perlu ditandatangan bosnya yang tegas itu.

Addin: Ok lagi?

Selesai Addin menandatangani sehelai muka surat di dalam  dokumen tersebut, dia memastikan supaya tiada lagi helaian yang tertinggal.

Sairah: Bos tanda sini dengan sini. Lepas tu tak ada dah

Addin hanya menandakan tempat yang ditunjukkan oleh Sairah. Lalu menyerahkan dokumen itu kembali pada Sairah.

Addin: Akaun yang saya suruh awak betulkan semalam awak buat dah?
Sairah: Saya dah betulkan mana yang bos suruh tu. Tinggal saya nak perika lagi sekali aje.

Addin hanya mengangguk puas hati.

Addin: Pekerja yang saya suruh awak cari gantikan tempat Damia?

Sairah seperti serba salah mendengarkan soalan bosnya begitu.

Sairah: Dah jumpa bos. Esok dia mula kerja.

Mahu atau tak Sairah terpaksa menjawab tenang. Tetapi hatinya tak tenang selagi dia tak mengkhabarkan mengenai Damia Marlissa kepada Addin.

Sairah: Bos... Pasal Damia tu kan...

Sairah teragak-agak untuk menyambung ayatnya. Takut nanti bosnya melenting pula.

Addin: Kenapa dengan Damia?

Addin pula acuh tak acuh saja nak dengar cerita pasal Damia. Dia sudah bosan untuk dengar apa-apa alasan tentang Damia lagi.

Sairah: Damia tu memang perlukan kerja bos. Dia memang orang susah. Dia kena tanggung mak dia sakit, adik dia pula tengah belajar sekarang. Dia tak sambung belajar sebab dia kena tanggung keluarga dia. Sebab tu dia...

Sairah tak menghabiskan ayatnya. Dia tahu bosnya faham apa yang ingin dia katakan. Damia Marlissa punyalah merayu-rayu hari tu supaya jangan diberhentikan.

Sairah: Tak apalah bos. Saya keluar dulu

Cepat-cepat Sairah meminta diri untuk keluar dari ruangan bosnya. Takut dia pula yang kena nasib yang sama macam Damia Marlissa.

Addin pula hanya membisu kaku. Hatinya terasa seperti ditembak anak panah berapi. Bersalahkah dia pada Damia? Benak akalnya mula berfikir-fikir begitu. Dia tahu saja tidak sepatutnya dia buang Damia kerja. Tapi, dia tidak punya pilihan lain. Sekarang ini, rasa serba salah pula yang sudah menerpa.

                               *****
Tuan Idlan Nidal sedang tenang membelek-belek skrin telefon bimbitnya. Kakinya terjulur lurus di atas katil manakala badannya pula bersandar pada kepala katil.

Puan Husna yang baru saja menyapu losyen pada kedua lengannya datang mengambil tempat duduk disebelahnya.

PuanHsuna: Bang, saya rasakan saya dah jumpa calon isteri yang sesuai untuk Abang.

Tuan Idlan Nidal sepertinya malas melayan. Dia kenal sangat perangai isterinya yang memang suka mencari calon menantu. Abang yang dimaksudkan oleh Puan Husna merupakan anak sulung mereka yang sedang belajar di luar negara sekarang.

TuanIdlan: Minggu depan Abang balik kan, awak tanyalah dia dulu suka ke tak dekat orangnya. Nanti dia tak suka macam mana?
PuanHusna: Ish abang ni, mesti dia sukanya. Dah kalau saya berkenan dekat orangnya, takkanlah dia tak

Puan Husna menepis tanggapan negatif suaminya. Dia yakin sangat anak sulungnya akan suka dengan perempuan pilihannya. Naluri seorang ibulah katakan. Cumanya buat masa sekarang dia perlu mencari tahu latar belakang perempuan itu.

Tuan Idlan Nidal menggelengkan kepalanya. Isterinya ni memang kalau dia dah nekad tersangatlah keras kepalanya. Tak boleh cakap apa dah. Cakap pun tak guna, biar sajalah.

                                *****
Ezie: Jadi puan nak saya cari siapa?

Soal penyiasat persendirian yang berada bertentangannya. Lelaki itu sama sekali tidak memesan apa-apa samada makan atau minum.

PuanHusna: Damia. 

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LampuHijau