Home Novel Cinta Tentang Kita: Semua Tentang Kita
Tentang Kita: Semua Tentang Kita
LampuHijau
16/8/2019 12:10:13
18,644
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

Kelas 5 Sains kosong. Tinggal Fairiz Nidal seorang saja yang sedang mengulang kaji apa yang mereka belajar tadi. Murid-murid lain semua keluar rehat. Armine pula macam biasa lah pergi buat laporan pada cikgu disiplin.

Kedengaran kerusi sebelahnya ditarik. Fairiz Nidal mengendahkan saja. Difikirnya mungkin Armine sudah balik. Tapi kenapa awal sangat?               
Wajahnya yang menunduk melihat buku diangkat memandang sebelahnya. Lagi sekali matanya memainkan wajah gadis baru itu.

Wajah itu tersenyum di sebelahnya. Dia nak apa budak ni? Hatinya berbisik sendiri. Farihah menongkat dagunya sambil wajah tersenyum melihat Fairiz Nidal.

Farihah: Saya dengar awak bijak

Fairiz Nidal tersengih malu. Pujian itu terasa seperti Farihah ni melebih pula.

Fairiz: Tak adalah. Biasa aje.

Dia cuba menepis rasa malu dengan pujian yang melampau-lampau tu.

Farihah: Saya nak awak ajarkan saya matematik. Sekarang

Ujar Farihah tanpa rasa malu atau serba salah.

FairizSekarang?

Keningnya diangkat. Pen masih berada di tangannya.

Farihah: Ya sekarang

Farihah mengangguk. Buku yang berada di atas meja Fairiz Nidal dikatup. Tangannya mencapai pergelangan tangan Fairiz Nidal dan menariknya bangun dari kerusi.

Fairiz Nidal hanya mengikut. Fikirannya kosong masih menghadam perlakuan Farihah. Semalam dia buat sesuka hatinya. Kali ni pun dia buat sesuka hati juga.

                                  *****
Raini: Mia, jom rehat

Ajak Raini sambil memasukkan buku teks Sains ke dalam beg sekolah.

Raini: Mia?

Raini memanggil lagi sekali setelah tidak mendapat respons dari Damia Marlissa.

Raini memusingkan tubuh ke arah Damia Marlissa. Dan agak tertampar melihatkan keadaan kawan baiknya.

Sejak tiga hari ni, Damia Marlissa tak habis-habis termenung. Mungkin terlalu memikirkan keadaan ayahnya yang sedang koma.

Lamunan Damia Marlissa membawa ingatannya mengimbas kembali kejadian tiga hari lepas.

Mak menangis-nangis apabila percubaannya mengejutkan ayah yang terkulai atas lantai tidak berjaya.

Arzil pula menghubungi talian kecemasan dan meminta ambulans untuk datang.

Damia Marlissa berlari mendapatkan ayah di lantai. Bahu mak disentuh.

Damia: Kenapa ni mak?

Soal Damia Marlissa cemas. Melihatkan keadaan mak macam tu lebih mencemaskan lagi.

PuanRoliza: Tak tahu. Tadi ayah balik makan, lepas tu tiba-tiba pengsan. Mak kejut-kejut tak bangun. Lepas tu Arzil balik. Mak takut, Kak Mia.

Pantas Puan Roliza memeluk anak sulungnya. Dia menangis di dalam pelukan Damia. Damia pula menggosok-gosok belakang badan mak untuk menenangkan dia.

Roda katil hospital bergerak pantas ditolak para jururawat. Kaki Damia Marlissa, Puan Roliza dan Arzil juga turut bergerak sama laju mengejar katil yang ditolak itu.

Tiga anak beranak itu mahu ikut sama masuk ke bilik pembedahan namun dihalang oleh seorang jururawat. Jururawat lalu menutup pintu bilik itu.

Sudah sejam Arzil mundar-mandir di hadapan pintu bilik pembedahan. Damia Marlissa dan Puan Roliza pula duduk bersandar antara satu sama lain. Jelas wajah mereka keresahan.

Doktor keluar dari bilik pembedahan. Cepat-cepat Arzil mendapatkan doktor. Damia Marlissa dan Puan Roliza sama-sama bangun mendapatkan doktor.

PuanRoliza: Macam mana suami saya doktor?

Soalnya dengan kerisauan yang masih berbekal.

Doktor menghembus nafas panjang sebelum menerangkan lebih lanjut keadaan Encik Nor Idris.

Doktor: Saya harap puan dan keluarga bersabar dengar berita ni.

Ayat yang mencemaskan membuatkan tiga beranak itu pasang telinga dan fokus akan apa yang hendak dikatakan doktor.

Doktor: Suami puan diserang sakit jantung. Buat masa sekarang, dia mungkin akan koma. Kami tak dapat pastikan bila dia akan sedar. Sekarang, dia sedang bertarung nyawa. Puan berdoalah banyak-banyak.

Sambung doktor itu memberitahu dengan nada simpati.

Luluh hati Damia dan keluarga mendengarkan penjelasan sebegitu dari doktor. Siapa sangka, saat bahagia mereka selama ini bertukar derita.

Air mata mak tumpah deras mengalir. Damia dan Arzil pula memeluk ibu mereka. Apalah nasib keluarga mereka sekarang. Sudahlah ayah mereka lah tempat mereka bergantung.

Raini: Mia, kau dengar tak apa aku cakap ni?

Sentuhan Raini menggoyangkan lengan kanan Damia Marlissa menyedarkannya dari lamunan.

Damia: Kau cakap apa?

Soal Damia Marlissa kebingungan. Cuba menangkap apa yang dikatakan Raini tadi.

Raini: Jomlah pergi kantin

Jauh di sudut hati Raini sebenarnya dia risau melihat keadaan kawan baiknya yang asyik termenung saja. Dia tahu kawan baiknya terlalu sedih dengan kejadian yang menimpa ayahnya.

Damia: Tak apalah. Kau pergi lah. Aku tak ada selera lah nak makan.

Sekali lagi Damia Marlissa menolak. Sudah tiga hari Damia tak makan. Sejak ayahnya masuk hospital, Damia Marlissa yang kuat makan menjadi kurang makan.

Raini: Mia, kau jangan macam ni. Kau kena kuat, Mia. Kau kena kuat.

Lengan Damia Marlissa yang terkulai di atas meja di genggamnya untuk memberi semangat kepada Damia Marlissa.

Damia Marlissa bangkit dari pendudukannya. Meninggalkan Raini di situ.

Kaki Damia menuju ke kelas sebelah. Sepanjang tiga hari ni, dia langsung tak jumpa Fairiz. Apa agaknya khabar Fairiz Nidal. Berita dari Fairiz Nidal pun tak didengarinya.

Selain memikul masalah ayahnya, dia rindu sangat pada Fairiz Nidal. Dia mahu ceritakan semuanya pada Fairiz Nidal. Fairiz pernah berjanji yang mereka akan berkongsi susah senang bersama.

Tiba-tiba Damia teringat kejadian semasa Fairiz membuat janji.

Di sebuah kebun bunga di Bandar Adamilia, bunga ros yang berwarna-warni sedang mekar masa tu. Sesiapa yang ada di situ, pasti tenang dengan pokok-pokok yang memberikan udara nyaman.

Petang itu, Fairiz Nidal dan Damia Marlissa sedang duduk-duduk di atas sebuah bangku sambil memerhatikan orang sekeliling.

Mata mereka menangkap sepasang suami isteri yang sudah tua.

Fairiz: Mia, tengok atok dengan nenek tu

Jari telunjuk menunding ke arah pasangan tua itu.

Anak mata Damia Marlissa mengikut jari yang ditunding oleh Fairiz Nidal. Dia cuba memahami maksud Fairiz Nidal.

Fairiz: Satu hari nanti, kita akan jadi tua macam tu

Sambung Fairiz lagi.

Damia Marlissa masih mendengar. Masih cuba memahami apa yang hendak dikatakan oleh Fairiz Nidal.

Fairiz: Saya janji dengan awak, susah senang kita akan kongsi bersama

Wajahnya memandang Damia Marlissa dengan senyuman lembut.

Damia: Janji?

Damia menghulurkan jari kelingkingnya. Tanda mengikat janji bersama Fairiz Nidal.

Fairiz Nidal pula menyambut jari kelingking Damia dengan jari kelingkingnya. Di sini lah janji mereka termeterai.

Memori yang mengembara itu terhenti apabila Damia Marlissa menjenguk Fairiz Nidal dan dia tiada melalui tingkap kelas.

Mana Fairiz? Biasanya masa-masa macam ni dia ada dalam kelas? Soal Damia di dalam hatinya.

Kecewa Damia Marlissa melihatkan Fairiz Nidal tiada di dalam kelas. Sudahlah dia perlukan seseorang untuk menangis, Fairiz pula tiada sekarang.

Wajahnya menunduk menekur lantai. Kakinya bergerak meninggalkan situ kembali ke kelasnya.

                                *****
Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tinggi Adamilia bertaburan keluar sekolah. Masing-masing sibuk untuk pulang ke rumah dan menghadiri kelas tuisyen lepas sekolah.

Raini menghala ke pintu pagar sekolah. Biasanya waktu-waktu begini pemandunya sudah sampai. Anak orang berada seperti Raini memang sering dijemput oleh pemandu.

Sampai saja di pintu pagar sekolah, mata Raini melihat-lihat sekeliling kerenah dan telatah pelajar-pelajar lain.

Sehinggalah matanya menangkap sesuatu yang mengejutkan. Tu macam Fairiz. Bisik hati Raini. Matanya dikecilkan untuk mendapatkan sudut Fairiz yang lebih jelas. Fairiz dengan budak baru? Fikirnya sendirian.

Tiba-tiba dia dipanggil seseorang. Tumpuan Raini teralih kepada orang yang memanggilnya. Pemandunya melambai-lambai dari 10 meter jauh.

Raini mengangkat tangan menandakan dia akan datang sebentar lagi. Kepalanya ditoleh sekali kepada Fairiz dan budak baru itu. Keningnya berkerut melihat kemesraan mereka. Hatinya mula terasa tidak sedap.

Soal Fairiz dan budak baru itu dilupakannya. Dia menuju ke arah kereta yang ditunggu-tunggu itu.

                                  *****
Damia Marlissa dan Raini melabuhkan punggung masing-masing di meja batu yang ada di tengah-tengah taman bunga mini sekolah. Kain fabrik yang menjadi atap meneduhkan tempat itu.

Damia: Dah sebulan macam ni, Rain. Aku nak mengadu semuanya pada Fairiz. Tapi...

Terhenti ayatnya di situ. Fikirannya jauh melayang. Hanya mulut yang berbicara.

Raini: Mia, kau jangan macam ni. Kau kena kuat

Raini cuba menyuntik semangat buat Damia. Dia tahu sangat kawan baiknya itu rindukan pakwenya.

Ingatan Raini terkembali semula apa yang dilihatnya hari itu. Tak sampai hati dia mahu bagitau Damia.

Raini: Kau tak perlukan Fairiz pun untuk kuat, Mia. Aku tau kau boleh. Kau kuat Mia.

Raini cuba membuatkan Damia Marlissa melupakan Fairiz Nidal. Baginya, lebih baik Damia lupakan saja lelaki macam tu daripada dia terus terseksa macam ni.

Damia Marlissa menayangkan wajah kelat. Dia cuba cekalkan hatinya meski pada waktu dia memerlukan sokongan Fairiz , lelaki itu menghilang. 

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LampuHijau