Home Novel Cinta Tentang Rai
Tentang Rai
LampuHijau
23/8/2019 20:28:39
3,484
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

Kedua orang wanita sedang berpelukan di Kafe V.I.P. Kafe yang memerlukan pengunjungnya menjadi ahli dulu baru boleh masuk. Maklum sajalah, kafe orang kaya-kaya. Dah nama pun V.I.P.

Mereka berpelukan rindu dan mesra. Gembira rasanya sudah lama tidak ketemu.

Rubika: Weh, aku rindu sangat dekat kau

Ujar Rubika bernada teruja. Semenjak sahabatnya itu belajar ke Jerman selama 3 tahun, jarang sekali mereka bertemu.

Rubika pula terpaksa ke hulur-hilir mengikuti ayahnya menguruskan pejabat. Orang dipaksa begitulah jadinya.

Raina: Kau tau tak, aku ada jumpa seorang  mamat ni. Comel!

Raina membuka bicaranya. Kejadian semalam sewaktu dia bertemu dengan Raikal ingin diceritakan kepada kawan baiknya itu.

Rubika: Wah! Dekat Jerman tu kau tak ada suka seorang laki pun, sekarang balik Malaysia terus jatuh cinta. Hebat kau eh, Raina!

Rubika bergurau menyindir Raina.

Raina: Mestilah. Ni Raina kot!

Bangga Raina siap rambutnya diselak bangga.

Rubika: Ok, ceritalah pasal mamat ni

Nak muntah pula Rubika melihat kawan baiknya besar diri. Terus ditukar topik.

Raina: Dia ni kerja dengan papa aku. Dan sangat comel. Aku rasa aku nak dia.

Cerita Raina kepada Rubika.

Rubika: Nak dia? Macam mana kalau dia tu dah berpunya?

Rubika menyoal Raina yang sepertinya tak fikir panjang. Mana boleh sesuka hati saja nak hak orang.

Raina terdiam seketika. Mulutnya terkunci tapi fikirannya ligat memerah. Seketika kemudian dia membalas.

Raina:  Ini Raina Alisya. Aku akan pastikan dia jadi milik aku. Kau kenal aku macam mana kan. Apa yang Raina nak, Raina akan dapat!

Raina sudah membulat tekad. Jari telunjuknya dituding ke arah diri sendiri menandakan dia akan melakukannya.

Rubika hanya berdiam diri. Membiarkan Raina begitu. Memang tak boleh dilarang sudah. Semakin dilarang, semakin dia nak buat. Rubika kenal sangat dengan perangai kawan baiknya.

Pernah sekali semasa zaman mereka sekolah menengah, Raina melakukan hal yang bodoh yang malas dia nak ingat semula.

                                *****
Pintu bilik pejabat Raikal diketuk.

Raikal: Masuk

Raikal menyuruh sambil kepalanya masih menunduk membaca dokumen di hadapannya.

Pintu dibuka perlahan oleh seseorang. Mendengar pintu bilik pejabatnya berkuak, Raikal mengangkat kepalanya. Dilihatnya Raina sedang melangkah masuk bersama cawan di tangan.

Raina: Hai!

Ujar Raina mesra dan penuh ceria.

Raikal hanya memberikan senyum tawar. Rasa tidak selesa mula menyelubunginya tatkala Raina terlalu baik dengannya. Dia tidak senang dengan perempuan yang suka menggedik.

Secawan kopi ditaruh di atas meja kerja Raikal.

Raina: Ni kopi untuk awak

Sambil dia menarik kerusi pejabat di hadapan Raikal.

Raikal hanya sekadar mengucapkan terima kasih. Kopi di hadapannya langsung tidak disentuhnya. Sekadar dijenguk saja.

Raikal: Ada apa awak datang sini?

Tangannya disilangkan ke dada. Badannya disandarkan pada kerusi hitam itu. Reaksi wajahnya menunjukkan seperti dia tertanya-tanya kedatangan Raina Alisya ke biliknya.

Raina membalas dengan senyuman ala-ala cantik.

Raina: Kena ke ada sebab untuk datang tengok awak? Datang saja-saja tak boleh ke?

Suara lunak Raina Alisya kedengaran gedik. Kepala dilentok-lentokkan untuk bermanja.

Raikal: Saya ada banyak kerja nak kena buat. Saya tak ada masa nak layan awak

Selamba saja Raikal Haniff melantun kembali. Sememangnya dia ada banyak kerja untuk disiapkan. Dan dia tak ada kuasa mahu melayan perempuan gedik dihadapannya.

Raikal: Kalau awak tak ada apa-apa penting nak cakap, boleh keluar sekarang. Saya nak sambung buat kerja. Bawa sekali keluar kopi awak ni. Saya tak suka makan atau minum masa tengah buat kerja.

Dihalaunya Raina Alisya dari peiabatnya. Dokumen di atas mejanya dibaca kembali.

Raina Alisya dengan muka geramnya mencapai secawan kopi di atas meja dan bangun terus keluar dari bilik itu.

Gedik! Kau ingat kau anak bos aku takut. Sempat lagi Raikal menyumpah di dalam hatinya.

                             *****
Kafe V.I.P sekali lagi menjadi tempat mereka bertemu. Raina dan Rubika, meluangkan masa bersama hari-hari cuti begini. Sememangnya rf menjadi rutin mereka dari dulu lagi. Tapi selepas mereka masing-masing menyambung pelajaran, mereka tidak lagi meluangkan masa bersama. Sekarang, bila masing-masing dah kerja, mereka kembali melepak bersama.

Raina: Rubi, aku tak puas hati betullah dengan mamat Raikal tu. Dia boleh buat dek aje dengan aku.

Raina meluahkan rasa tak puas hatinya terhadap Rubika. Nampaknya misinya untuk menawan hati Raikal seperti akan gagal saja.

Rubika: Dah berapa kali aku kena ingatkan kau ni. Entah-entah dia dah berpunya ke apa ke. Sebab tu dia tak layan kau. Faham?!

Rubika pula yang terasa geram dengan Raina ni. Jenis Raina ni memang takkan mengalah selagi dia tak dapat benda yang dia nak.

Raina terdiam seketika. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya.

Raina: Betul juga kau cakap tu. Aku rasa aku kena siasat ni. Kau kena tolong aku.

Selepas beberapa ketika Raina bersuara. Dia menghirup jus gelas besar di hadapannya tanpa rasa bersalah.

Rubika mengerutkan wajahnya. Tak semena-mena dia pula yang kena tolong.

Rubika: Aku pun terlibat sama?

Soal Rubika tidak mahu menglibatkan dirinya.

Raina: Mestilah. Kau kan bff aku.

Dengan selambanya sesuap kek disuap ke dalam mulutnya.

Rubika hanya mampu menarik nafas panjang dan menggelengkan kepalanya. Raina ni, kalau dah dia cakap A, A lah jawabnya. Tak adanya B ke C ke D.

                               *****
Chochi: Apa kau cakap nyah? Eh geram pula aku dengan Si Raina tu!

Marah Chochi dengan suara garau yang dibuat-buat jadi perempuan tu.

Rubika: Ya, aku tak faham lah dengan Raina tu. Kau tau tak, sepuluh kali aku kena cakap benda sama, dia nak juga dekat budak Raikal tu. Apa istimewanya Raikal tu pun aku tak tau.

Membebel Rubika di hadapan muka Chochi. Rubika sememangnya selesa berkawan dengan lelaki lembut macam Chochi, macam-macam diceritakan padanya. Yang paling penting, nasihatnya rasional dan boleh pakai. Dan dia juga tak berasa kekok untuk bercerita macam-macam hal perempuan.

Chochi: Ala, kau ikutkan ajelah nyah. Kau pun tau Raina tu macam mana kan. Dia takkan stop kalau dia tak dapat nyah.

Chochi sendiri pun mengalah dengan perangai Raina tu. Degil dia memang tahap langit pun takkan jatuh.

Rubika mengeluh panjang. Memang dari dulu sampai sekarang, dialah yang menjadi partner in crime untuk Raina. Macam-macam lah Raina Alisya ni. Bisingnya di dalam hati sendiri.

Matanya lemah dan layu saja. Anak matanya menjeling. Hilang moodnya. Teh ais limau di hadapannya dihirup untuk menyejukkan kepala dan hatinya.



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LampuHijau