Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 35


MIKHAIL memberhentikan kereta Audinya di parkir. Pintu kereta di buka dan ditutup kembali. Dia berjalan menuju ke arah café seperti yang telah di janjikan. Dia memilih meja yang menghadap ke laut. 


Mikhail memesan mocha latte sementara menanti tetamunya datang. Sejak kali terakhir dia bertemu dengan Farah kelmarin. Farah tidak lagi menghantar pesanan ringkas mahupun menelefonnya. Dia tahu Farah marahkannya. Dan Mikhail tidak menyalahkan Farah kerana memarahkannya. He kind of miss Farah watsapp messages. 


Sejak kehadiran Farah dalam hidupnya yang secara tidak sengaja itu, sedikit sebanyak membuatkan hatinya terhibur dan senang melayan karenah lucu Farah. Farah, yang memintanya pandangan mengenai masalah hubungan dengan tunangnya. Memintanya nasihat dan pertolongan mengenai kehilangan cincinnya. Meminta bantuan untuk dia menang dalam chess gamenya. Farah is a simple lady. Yang inginkan dirinya di sayangi dan dihargai. No gimmicks. What-you-see-is-what-you-get. Tidak complicated seperti wanita-wanita yang pernah dikenali sebelum ini. Dan Mikhail sukakan wanita seperti Farah. But then Farah milik orang lain. Dan Mikhail tidak mahu menganggu kepunyaan orang lain. 


“Sorry to keep you waiting,” tegur Shafiq lalu duduk di sofa rotan berhadapan dengan Mikhail. 


Dia menerima pesanan ringkas dari Mikhail. Mikhail meminta dia bertemu dengannya kerana ada perkara yang hendak di bincangkan. Shafiq hanya bertemu dengan Mikhail sekali di rumahnya, ketika kenduri pertunangannya 6 bulan yang lalu. Mereka bertemu hanya seketika kerana Mikhail tidak berada dii rumahnya sehingga majlis selesai. Dia hanya menghadiri majlis tahlil, berkenalan dengannya, mama dan papanya. Dia mendapat tahu dari Auntie Zai bahawa Mikhail adalah anak lelakinya dari hasil perkahwinannya yang pertama. Shafiq tidak begitu mengenali Mikhail kerana perkenalan mereka pada waktu itu terlalu singkat. Dia tidak tahu kenapa Mikhail mahu bertemu dengannya hari ini.


“Traffic?,” soal Mikhail ringkas lalu membetulkan kedudukannya.


“Yes, KL soon becoming like Jakarta, massive jam everywhere in the city,” jawab Shafiq lalu tersenyum.


“True, oh yes you must be wondering why I want to meet you, kita tidak di beri peluang untuk berkenalan secara betul semasa kenduri pertunangan you dahulu, so now I have a chance to meet and introduce myself properly,” ujar Mikhail tenang lalu memandang wajah Shafiq. 


“Wow! There’s no need to be so formal, this is not a business deal? Come on we are cousin!,” jawab Shafiq lalu ketawa kecil. 


Salam perkenalan Mikhail bunyinya terlalu formal. Mereka adalah sepupu dan bukan client atau mereka menghadiri meeting.


Mikhail tersenyum bila Shafiq berkata demikian. Dia sedikit tidak terasa hati bila Shafiq mentertawakannya. 


“Sorry. Am I being so formal?? Because It’s kind a big deal for me!, Let’s cut to the chase shall we? The reason I’m seeing you is about my baby sister Mia,” ujar Mikhail dengan suara tenang dan berwajah serious.


“Mia?? Oh ya! I forgot that Mia is your half sister,” ulang Shafiq lalu menelan air liurnya perlahan. 


Dia seakan dapat menduga maksud pertemuan Mikhail dengannya kini, ia pasti ada bersangkutan dengan hubungannya dengan Mia. Dan tujuan Mikhail bertemu dengannya bukan kerana ingin berkenalan dengannya. Tapi kerana Mia.


“I’m sorry to hear that your wedding has been calling off, from what I have gathered, the reason the wedding is off, it's because you both have been seeing each other behind your fiancée back,” ujar Mikhail lalu mencapai mochanya dan meneguknya perlahan. 


Dia memandang tepat ke wajah Shafiq ingin melihat reaksi di wajahnya bila dia berkata demikian. Seperti yang di duga, Shafiq kelihatan serba salah dan kelihatan tidak senang bila dia mengetahui akan hubungannya dengan Mia.


“Mana kau dengar berita tak betul tu??? Pertunangan aku dengan Farah di putuskan kerana kami tidak sehaluan, berita yang disampaikan pada kau adalah tidak benar,” jawab Shafiq cuba berdalih dan menyembunyikan perasaan kalutnya. 


Dia tetawa lagi bila Mikhail berkata demikian. Dia menjadi tidak selesa bila Mikhail tahu akan hubungannya yang sebenar diantara dia dengan Mia. Hubungan mereka bukan hanya sepupu, mereka juga cinta mencintai di antara satu dengan lain.


“Ya..mungkin penyampai berita itu tidak tahu bahawa I don’t tolerate nonsense, funny that the person yang menyampaikan berita itu adalah Mia sendiri, jadi kau kata Mia bercakap bohong???,” jawab Mikhail lalu memandang tepat ke wajah Shafiq yang kelihatan seperti cacing kepanasan bila mendengar jawapan darinya. 


“Apa sebenarnya yang hendak kau sampaikan pada aku Mikhail?,” jawab Shafiq kurang senang dengan pertemuan mereka. 


Mikhail membuatkan dia merasa kalut dan tertekan. Shafiq mencapai kotak rokok dari atas meja. Dia mengeluarkan sebatang rokok dari kotak tersebut. Rokok di kepitkan ke bibirnya lalu di nyalakan api. Dia menyedut rokok lama lalu mengeluarkan asap dari mulutnya. 


“Kau nikah dengan adik aku Mia,” ujar Mikhail perlahan lalu menyandarkan badannya.


“Nikah dengan Mia? That’s impossible, Mia tak hendak berkahwin dengan aku,” jawab Shafiq lalu menyedut rokoknya lagi. 


Wajahnya kelihatan stressed. Jika Mia hendak bernikah dengan dia, perkara ini tidak akan berlaku dan dia tidak akan menyakitkan hati Farah. Tapi Mia sendiri yang menarik diri dan tidak mahu bernikah dengannya.


“I can assure you that Mia will agree to this wedding, kau berdua sudah melakukan kesilapan sekali dan jangan ulangi kesilapan itu lagi, be a responsible adult, kau sebagai lelaki cuba perbaiki diri dan belajar dari kesilapan, be a man dan aku akan pastikan Mia turut belajar dari kesilapan sendiri dan menjadi wanita yang matang akalnya,” ujar Mikhail dengan wajah tenang.


“What makes you so sure Mia will change and listen to me?,” ujar Shafiq lalu mematikan puntung rokoknya di ashtray. 


Sedangkan Auntie Zainab sendiri tidak dapat melentur dan mengawal Mia yang keras kepala itu, inikan pula Mikhail yang baru hadir dalam hidup mereka.


“Leave that problem to me, I’m a man of my word, Shafiq. When I make a deal, I keep a deal,” jawab Mikhail lalu tersenyum bila Shafiq mempersoalkannya tentang perangai Mia yang enggan mendengar kata dan sukar di lentur. 


“Beri aku masa untuk berfikir,” jawab Shafiq dia mencapai gelas berisi air putih lalu meneguknya perlahan. Tekaknya terasa kering.


“Ok but not too long, I want this to issue to be settle before end of the month,” ujar Mikhail lalu menyeluk jaket yang dipakainya dan mengeluarkan dompetnya. 


“Are you going somewhere?,” tanya Shafiq bila Mikhail mahu masalahnya dan Mia selesai secepat mungkin.


“Not really, I’m just afraid I won’t be available to see you two together, if it’s too long,” jawab Mikhail lalu tersenyum kearah pelayan yang datang ke meja mereka dengan membawa bil.


“Aku cuba,” jawab Shafiq perlahan.


“Sorry for making you uncomfortable, I’m always serious when comes to family affair, and Shafiq just a little reminder. No one hurts my family and lives. No one,” ujar Mikhail tersenyum sinis lalu menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Shafiq.


Shafiq menelan air liurnya bila Mikhail berkata demikian. Dia menyambut huluran tangan Mikhail. Mikhail memegang tangannya kejap. Mikhail hanya melepaskan tangannya bila pelayan tersebut menyerahkan bil untuk di tandatangan dan memulangkan kad kreditnya. Mikhail berjalan menuju kearah kereta Audinya lalu memandu pergi. Tinggal Shafiq yang terkulat-kulat seorang cuba memahami akan maksud Mikhail tadi.



Previous: Bab 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.