Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 29


MIKHAIL duduk di kerusi pejabatnya lalu mencapai fail projek mereka yang di landa masalah dan masih di dalam penyiasatan. Farouk sehingga kini tidak kembali ke pejabat sejak bercuti tempoh hari. Puas dia cuba menghubungi Farouk namun tidak pernah di jawab. Emilia tidak pula ingin membantunya untuk menyelesaikan masalah. Dokumen yang terdapat tandatangannya itu di pandang lama. Mihail percaya dokumen itu tidak di tandatangani olehnya kerana dia sendiri tidak bersetuju dengan budget yang di kemukan. Tapi bagaimana pula dokumen itu boleh di failkan sedangkan dia tidak pernah meluluskan budget tersebut. Mikhail percaya ada orang yang meniru tandatangannya. Tapi dia tidak ada bukti untuk mengemukakan kepada board of directors tentang tanda tangan tiruan. Mikhail mengeluh kecil. Jika dia tidak dapat hendak membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Dia akan di tuduh menyeleweng dan mengelapkan duit syarikat dan jika dia disabit kesalahan, dia akan di penjarakan lebih dari 10 tahun kerana jumlahnya bukanlah kecil 40juta. Bagaimana dia hendak mengantikan kerugian Syarikat sebanyak 40juta? Mikhail menyandarkan badannya di kerusi. Buntu memikirkan bagaimana caranya untuk dia membuktikan bahawa dia tidak bersalah dan dia sebenarnya di fitnah. 


Kelmarin dia bertemu dengan peguam peribadinya. Peguamnya menasihatkan kepadanya jika benar dia teraniya Mikhail seharusnya berusaha untuk meraih bukti yang sahih agar dia tidak di penjarakan di atas perbuataan yang dia tidak lakukan. Tanpa bukti yang kukuh peguamnya tidak dapat membantu Mikhail bebas dari segala tuduhan. Dan peguam Ariffin menasihatinya, agar Mikhail mengaku bersalah dan cuba merayu pada mahkamah untuk mengurangkan hukuman ke atasnya. 


Mikhail menyimpan dokumen asli itu ke dalam envelope untuk di berikan kepada peguamnya. Mereka mahu menghantar dokumen itu untuk dikaji dan untuk mengesahkan bahawa tandatangan itu adalah tanda tangan tiruan. Itu sahaja yang dapat meringankan hukumannya jika dia di sabit kesalahan. Jika dia dapat bukti dan menangkap orang yang bertanggungjawab maka kesemua dakwaan ke atas dirinya akan lucut. Itu yang Mikhail harapkan.


Mikhail tersentak bila blackberrynya bergegar. Tangannya mencapai Iphone lalu membaca message yang di terima.


Hi there?  


Hi Farah, how are you? 


Mikhail membalas message yang di terima Farah. Sejak pertemuan mereka yang tidak di sangka kelmarin. Farah tidak menghantar sebarang message kepadanya. Mungkin Farah terkejut dengan berita bahawa hubungan mereka ada berkaitan. Dunia ini kecil rupanya. Dia tidak menyangka bahawa Shafiq sepupunya itu adalah tunangan Farah.


Not too good. I’m quite nervous actually. 


Why? What happen? 


I want to make a confession to Shafiq. I still can’t find the ring . I’ll guess I’ll better come clean with him before we tie the knot. 


Mikhail mengeluh kecil bila Farah memberinya message sedemikian. Dia terlupa terus tentang niatnya untuk bertemu dengan Farah berkenaan dengan cincin itu. Dia terlalu sibuk dengan tugas dan kes yang di hadapi sekarang.


I don’t think it’s an a good idea, Farah. Can we meet up?? When are you free to meet?? 


Pantas jari Mikhail membalas message Farah. Dia cuba memujuk Mia agar memulangkan balik cincin itu kepada Farah. Tapi dia tidak berkesempatan untuk berbuat demikian kerana fikirannya occupied dengan masalahnya sendiri. 


Mikhail menunggu balasan message dari Farah. Farah tidak online. Mikhail meletak Iphoneynya diatas meja. Dia berharap benar Farah tidak akan memberitahu Shafiq mengenai cincin itu. 


Tomorrow evening? 


Iphone Mikhail bergegar cukup membuatkan dia tersentak.


Tomorrow evening is fine. Where do I need to fetch you?


It’s ok..just text me the add I will meet you there. 


Meet me at Starbucks at Pavillion say about 8.00? 


 See you there!!


Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.