Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 22


MAKE up artist? Check. Photographer? Check. Wedding Planner? Check. Wedding Ring? Senyap. Wedding Ring??? Aku menoleh kearah Shafiq bila tiada jawapan yang aku terima darinya. Shafiq turut memandang ke arahku sambil tersenyum kambing.


“I belum beli sayang,” jawab Shafiq merasa serba salah lalu mengaru kepalanya yang tidak gatal.


“Belum beli, I thought you said that day you keluar dengan mummy beli wedding ring?,” tanyaku. Bukankah tempoh hari Shafiq mengatakan dia keluar dengan mama untuk mencari wedding ring.


“Change of plan, I on duty that day,” jawab Shafiq.


Aku mengeluh kecil. Jika tidak dapat pergi hari tu pergilah hari lain. Kalau tidak di ingatkan tadi, Shafiq tidak akan membelinya. Haiz!!! Tinggal lagi 6 bulan kami hendak di langsungkan tapi banyak benda dan perkara yang masih belum di buat. Aku fikirkan Shafiq dapat meringankan tugas aku rupa-rupanya tidak. Sama seperti aku yang menguruskan sendiri.


“Then bila you hendak pergi lagi dear?,” ujarku lalu menoleh kearah Shafiq yang sedang berbaring di atas sofa sambil bermain dengan i-pad mini.


“Petang ni, I pergi beli dengan mama ok sayang,” jawab Shafiq lalu duduk. I-pad di letakkan di atas meja lalu memeluk Farah dari belakang.


“Ok kalau tak beli juga, I tak tahu nak cakap apa, mungkin you tak serious hendak nikah dengan I,” jawabku dengan nada merajuk. 


Shafiq terdiam bila Farah mengeluh demikian. Dia merasa serba salah bila Farah merasa kecil hati di atas perbuataannya yang endah tak endah tentang persiapan perkahwinannya. Dia sedar Farah banyak bersabar dengan karenahnya. Dia tidak tahu kenapa hati Farah juga yang sering di sakiti walaupun dia sayang pada wanita itu. Dia tidak tahu berapa lama Farah sanggup bertahan dengan sikap dan perangainya itu. 


“You dengar tak sayang, termenung pulak dia,” ujarku lalu menepuk pipinya perlahan bila Shafiq tidak mendengar apa yang aku pesan tadi.


“Apa sayang cakap tadi?? I tak dengar ulang sekali lagi,” ujar Shafiq lalu meleraikan pelukannya. 


Dia duduk di hadapan Farah sambil memerhatikan tunangnya itu menulis sesuatu di dalam check list persiapan perkahwinannya.


“I cakap pilih rose gold, my favourite color,” jawabku sambil tersenyum.


Aku sukakan ‘Rose gold’ kerana warnanya unik dan cantik.


“Ok dear,” jawab Shafiq ringkas. Dia mencapai tangan kanan Farah lalu membelek cincin yang tersemat kemas di jari manisnya.


Aku tersentak bila Shafiq tiba-tiba mencapai tanganku. Aku menelan air liur perlahan. Oh gosh! Aku terlupa langsung tentang cincin warisan Shafiq. Cincin itu masih belum aku temui lagi. Puas aku mencarinya di serata rumah. Tak ada. Aku seperti sudah hilang ikhtiar bila tidak berjumpanya dan berharap Shafiq dan keluarganya tidak perasan bahawa cincin yang di pakainya itu adalah cincin tiruan.


Cantik! Bisik Shafiq dalam hati. Cincin warisan milik moyangnya itu memang cantik dan classic. Dan Farah kelihatan sesuai dengan cincin zamrud itu. 


“Why dear?,” soalku ingin tahu sebaik sahaja Shafiq melepaskan tanganku. 


Adakah dia tahu cincin yang aku pakai sekarang adalah cincin tiruan dan bukan cincin asli? 


“Nothing, that ring look stunning on your finger, I got to go dear nanti tak sempat pula I nak cari cincin you,” ujar Shafiq sambil tersenyum. Dia mencapai kunci keretanya lalu menuju kearah pintu.


“Cari cincin I?,” tanyaku dengan hati berdebar-debar, peluh dingin mula membasahi dahiku. Shafiq tahu cincinku hilang?


“Wedding ring, nanti tak jumpa sepertimana yang you nak ‘Rose gold’, kenapa dear?,” jawab Shafiq tanpa rasa curiga. Dia berdiri di muka pintu.


“Oh tak ada apa-apa, drive safe,” jawabku mengeluh lega bila Shafiq tidak mengesyaki apa-apa. 


Aku merasa tidak selesa tiba-tiba hilang moodku untuk menyambung apa yang aku tadi. Is this a bad omen? Aku masih belum dapat berjumpa kembali cincin warisan itu. Jika aku memberitahu Shafiq bahawa cincin itu hilang. Dapatkah Shafiq memaafkan aku kerana cuai dan gagal menjaga cincin pusaka turun temurun keluarganya. Perutku terasa tidak enak bila memikirkannya.



Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.