Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 44
Selepas setahun


TAHNIAH!!,” ujarku mengucapkan tahniah kepada Mia. Bayi perempuan yang comel berada di dalam pangkuan Mia aku sentuh tangannya. Mia selamat melahirkan Zara kelmarin di hospital. Aku tidak dapat menziarahinya di hospital. Dan hari ini Mia sudah pun pulang ke rumah. 


“Terima kasih, nak dukung Zara?,” ujar Mia lalu membuahkan senyum. 


Dia menyerahkan baby yang di beri nama Zara Alieya kepada Farah. 


Aku menyambut. Hidung mancung Zara aku cuit perlahan. Zara mengeliat kecil namun matanya masih terpejam rapat. 


“Heh sleepy head, bangun,” ujarku perlahan lalu mengusap lengan Zara. Zara mengeliat lagi. Aku tersenyum melihat wajah comel Zara.


“Abang Mikhail mana Farah?,” tanya Mia bila wajah abangnya tidak kelihatan sedari tadi. 


“Working, mana lagi tempat your brother Mia,” jawabku tanpa menoleh kearah Mia kerana asyik mengusik Zara yang sedang lena tidur. 


Kami berdua menoleh kearah pintu bila pintu bilik Mia dibuka dari luar. Shafiq masuk ke dalam bilik. Aku mengalihkan pandangan kearah baby Zara.


“Seorang sahaja Farah, mana bro Mikhail,” tanya Shafiq lalu duduk disebelah isterinya. 


“Working..sibuk dengan company baru dia,” jawabku tanpa menoleh kearah Shafiq kerana aku leka melihat wajah comel Zara. 


Sesekali baby Zara mengeliat dan menguap kecil bila aku mengusiknya. Cute. Aku meletak jari bila baby Zara menguap lagi. 


“Ni siapa yang bagi nama baby ni?,” tanyaku lalu menoleh kearah kedua-dua mereka.


Mia dan Shafiq menunding jari sesama sendiri sambil tersenyum.


Aku tersenyum melihat gelagat kedua-dua mereka. Sudah menjadi ayah dan ibu masih lagi berkelakuan seperti anak kecil. Memang sesuailah tu. 


Aku tersentak bila telefon bimbitku berdenting. Aku menyerahkan Zara kembali kepada ayahnya, Shafiq. Aku segera mencapai telefon bimbitku.


Hi sayang, sorry I tak dapat jemput you dari rumah mama. Tell Mia I’m sorry. Can you meet me at this address? Luv Mikhail.


Ok dear. I’ll meet you there at about 4.00pm.


“Siapa?? Abang Mik?,” soal Mia ingin tahu.


“Yeah, dia tak dapat jumpa Mia, dia kirim salam,” jawabku lalu menyimpan handphone kembali ke dalam bag.


“Farah,” tegur Mia perlahan.


Aku menoleh kearah Mia bila dia memanggilku.


“Thanks for looking after my brother Mikhail, I’ve appreciated very much,” ujar Mia perlahan.


“He’s the love of my life of course I’ll look after him,” jawabku lalu tersenyum. 


Bercinta dan bertunang dengan Shafiq. Tapi jodohku dengan Mikhail. Kami bercinta dan bertunang dalam masa yang singkat. Mikhail mengambil keputusan untuk bernikah seminggu selepas mahkamah mengistihar kan bahawa dia tidak bersalah dan bebas dari segala tuduhan ke atas dirinya. Video yang aku rakam aku serahkan kepada Peguam Ariffin. Rakaman video itu menyelamatkan Mikhail dari hukuman. Polis berjaya memberkas Emilia dan Farouk. Mikhail memberi kerja sama kepada syarikat dan pihak polis yang mengendalikan kes Emilia dan Farouk. 


“By the way, Happy 1st anniversary,” ujar Mia lalu tersenyum.


“Oh ya your anniversary today? Congratulations!,” ujar Shafiq lalu tersenyum. 


“Oh well thank you, you remembered,” ujarku lalu menoleh kearah mereka kerana tidak menyangka mereka mengingati akan tarikh ulang tahun perkahwinan kami. 


Semasa majlis perkahwinan aku dengan Mikhail. Aku tidak mendapatkan khidmat wedding planner dan menjemput ribuan tetamu untuk meraikan majlis pernikahan kami. No planning. Kami mengadakan majlis yang sederhana yang dihadiri keluarga terdekat dan kenalan rapat sahaja. No extravagant wedding. No fancy wedding. Tapi ianya memberi kesan yang bermakna ke dalam diriku kerana aku menjadi isteri kepada lelaki yang amat aku cinta iaitu Mikhail. Itu sudah memadai dan cukup membahagiakan aku. 


Shafiq mendukung baby Zara keluar dari biliknya lalu menutup pintu. Membiarkan Mia dan Farah berbual di dalam bilik memberi mereka masa untuk bergosip. Sebaik sahaja pintu biliknya tertutup rapat. Mia menoleh kearah Farah.


“Of course, so bila nak join the club?,” ujar Mia tersenyum lagi.


“Join the club?,” ujarku kurang faham akan maksud Mia.


“Baby?,”


“Inshaallah,” jawabku sambil tersenyum tidak mahu mengulas panjang. 


“You mean-,” ujar Mia excited.


“Yes,”


“Congratulations!!! When??,”


“Due in September, but you don’t hear it from me, I belum beritahu your brother yet,” jawabku tersenyum meleret. 


“I’m so happy for both of you,” ujar Mia lalu memeluk Farah erat. 


Aku membalas pelukannya. Siapa sangka sejak aku putus dengan Shafiq hubungan aku dengan Mia menjadi bertambah baik. Mia benar-benar berubah sejak dia berumah tangga. Aku gembira melihat perubahan ke atas dirinya. Dan Shafiq kini bergelar adik iparku sudah matang dan tidak lagi melakukan perkara yang lalu. Shafiq bahagia dengan Mia dan aku mendoakan agar jodoh mereka kekal hingga ke jannah. 




Previous: Bab 43
Next: Bab 45

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.