Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 40

YOU care about him do you?,” tegur Mia bila dilihatnya Farah tidak senang duduk sedari tadi. Menurut peguam Mikhail. Setelah merayu agar jaminan dikurangkan kerana akaun peribadi Mikhail di bekukan. Mahkamah memberi izin dan Mikhail diberi ikat jamin sebanyak 1 juta sebelum perbicaraan seterusnya yang akan berlangsung bulan hadapan. Mikhail tidak dapat meninggalkan negeri kerana passportnya di serahkan kepada mahkamah. Mikhail dihadapkan di hadapan mahkamah di atas kesalahan penyalah gunaan kuasa (Akta Syarikat 1965) dan jika di sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga 5 tahun dan di denda 5 juta. 


Hampir hendak gugur jantungku bila membaca akhbar mengenai kes Mikhail. Aku benar-benar tidak menyangka Mikhail yang selalu kelihatan tenang melayan karenah aku, berdepan dengan masalah sebegini besar. Mikhail tidak pernah menunjukkan bahawa dia stress mengenai masalah di tempat kerjanya. Kerana Mikhail tidak pernah berkongsi apa-apa denganku selain dari hubungannya dengan mamanya. Atau, aku yang tidak pernah mengambil tahu tentang dirinya kerana aku terlalu sibuk membebankan fikirannya dengan masalah aku sendiri. Aku sedar aku bukan sahabat yang baik. Dan Mikhail tidak pernah lupa menjadi pendengar setia bila aku memerlukannya. Dan aku tidak menghargai persahabatnya dengan menuduhnya yang bukan-bukan dahulu. 


“Yes I care about him, why? Is there a problem?,” jawabku sinis tanpa memandang kearah Mia. 


Siang tadi, aku menelefon Auntie Zainab meminta izin kepadanya bahawa aku ingin menyambut kepulangan Mikhail di rumahnya. Auntie Zainab berbesar hati, kerana aku masih sudi ke rumahnya setelah apa yang berlaku di antara aku, Mia dan Shafiq. Aku hanya mampu tersenyum bila Auntie Zainab berkata demikian kerana jika tidak kerana Mikhail aku tidak akan menjejakkan kaki ke rumahnya.


“Aku tahu kau-,” 


“Mia, you are lucky and should be thankful enough to have a good brother like Mikhail, jika tidak kerana dia, aku tidak akan memaafkan perbuataan kau, tak perlulah kau cuba berbaik dengan aku, kerana buat pengetahuan kau, aku kemari bukan kerana kau, kalau tidak keberatan tolong jangan masuk campur urusan aku dengan Mikhail..,” jawabku dengar suara tenang cuba mengawal perasaanku. Kerana jika imanku tidak kuat, nahas Mia aku kerjakan kerana memperbodoh-bodohkan aku selama ini.


“Ok..,” jawab Mia serba salah, wajahnya berubah bila Farah berterus terang dengannya. 


Selama dia berkawan dengan Farah dahulu. Farah tidak pernah berkasar apatah lagi berterus terang dengannya seperti tadi. Farah yang di kenali dahulu selalu mengalah dengan kehendaknya. 


Kami berdua tersentak bila kereta hitam Audi milik Mikhail memasuki pengkarangan rumah. Mia segera ke pintu bersama mamanya untuk menyambut Mikhail. Seketika kemudian pintu belakang penumpang di buka. Mikhail keluar dari perut kereta. Mia berlari meluru ke arah Mikhail lalu memeluknya erat. Mikhail membalas pelukannya. Setelah itu Mikhail menuju kearah mamanya lalu memeluk mamanya pula. 


Aku hanya mampu memerhatikan mereka dari verandah kerana tidak mahu menganggu Mikhail bersama mamanya dan Mia. Mia membisikkan sesuatu di telinga Mikhail cukup membuatkan Mikhail menoleh kearah verandah di mana Farah berada. Mikhail membuahkan senyum kepada Farah.


Jantungku berdegup kencang bila Mikhail menghadiahkan senyuman kepadaku. Aku benar-benar rindu pada jejaka kacak itu. Tidak tahu kenapa? Aku merasa nervous bila setiap kali berhadapan dengannya. 


“I’ll leave you two sometime alone,” ujar Auntie Zainab lalu menepuk bahu Mikhail.


“Thanks ma,” jawab Mikhail. 


Dia berjalan menghampiriku cukup membuatkan aku gugup bila berhadapan dengannya.


“Farah…How are you? Everything good?,” ujar Mikhail sebaik sahaja dia berdiri di hadapan Farah. 


Mendengar suaranya sahaja cukup membuatkan hatiku bergetar. Jika tidak memikirkan aku hanya sahabatnya sahaja pasti aku sudah mendakap tubuh sasa milik Mikhail kerana aku terlalu rindu padanya. 


“I’m ok, I yang sepatutnya tanya khabar you dan bukan sebaliknya. And sorry if that day I did something beyond your imagination,” ujarku gugup dan tersenyum malu. 


Aku memeluk Mikhail di hadapan khayalak ramai kerana terlalu emosi tempoh hari. 


“Not as good to be out here…, and I don’t really mind,” jawab Mikhail membalas senyuman Farah. 


Kami berdua menuju kearah meja berdekatan lalu duduk di kerusi yang tersedia di verandah. 


Aku hanya mampu tersenyum malu bila Mikhail berkata demikian. Dalam keadaan begini, Mikhail masih boleh bergurau denganku dan seakan lupa bahawa aku telah menyakitkan hatinya dan menuduhnya yang bukan-bukan tempoh hari. Aku kagum dengan pendirian Mikhail. Sungguhpun dia menghadapi masalah besar. Dia masih mampu menolak tepi akan masalahnya dan cuba untuk tidak memikirkannya. Tidak ramai orang yang memiliki quality seperti Mikhail. 


“Mikhail, I hendak meminta maaf dari you di atas segala tuduhan yang I lemparkan ke atas diri you dahulu, I know you meant well, I yang tidak dapat mentafsirnya dengan betul, you a good friend Mikhail, you always there for me,” ujarku sebelum terlupa akan tujuan asal aku untuk bertemu dengannya. 


“It’s ok Farah, you have the right to get angry with me..sorry to hear about the wedding,” jawab Mikhail wajahnya kelihatan prihatin. 


Dia tahu Farah patah hati kerana tidak dapat bernikah dengan lelaki yang di cintainya. Dia cuba membantu apa yang terdaya. Tapi setelah dia mengetahui Farah telah memutuskan pertunangan mereka. Mikhail tidak mahu memburukkan keadaan atau cuba perbaiki hubungan Farah dengan Shafiq. Dia hormati keputusan Farah. Dan dia tidak akan membiarkan Shafiq lari dari tanggungjawabnya.


“Don’t be…, it’s not your fault anyway, jodoh I bukan dengan Shafiq,” jawabku cuba tidak mahu memikirkan tentang kegagalan hubungan aku dengan Shafiq. Aku sudah dapat menerimanya dengan hati terbuka.


Mikhail hanya mendiamkan diri, bila Farah mengatakan dia tiada jodoh dengan Shafiq. Tujuannya bertemu dengan Farah tempoh hari cuba untuk menyelamatkan hubungan Farah dengan Shafiq. Tapi bila di lihatnya Farah dapat menerimanya dengan hati terbuka. Dia tidak mahu mengulas panjang kerana dia tidak mahu menyakitkan hati Farah.


“I’m glad you take it well,” jawab Mikhail tersenyum lalu memandang wajah Farah. 


Dia merasa gembira bila Farah dapat menerimanya dengan baik. Dia tahu Farah seorang wanita yang tabah. Dia yakin suatu hari nanti Farah akan bertemu dengan lelaki yang boleh menyayanginya dan menjaganya. Farah deserved that.


 “It’s hard…but I have to pull myself together,” jawabku mengalihkan pandangan kearah lain kerana aku tidak mahu Mikhail mengetahui bahawa aku sedih bila mengenangkan nasibku.


“You did, I’m proud of you,” jawab Mikhail.


Aku memandang wajah tampan Mikhail dengan perasaan simpati. Lelaki sebaik Mikhail menerima ujian yang besar. Dia didakwa kerana penyalah gunaan kuasa di Syarikatnya. Aku benar-benar yakin dan percaya bahawa Mikhail tidak melakukannya. Aku hanya mengetahui mengenai kes Mikhail melalui akhbar. Mikhail tidak bersalah dan dia tidak sepatutnya dihukum atas perkara yang dia tidak lakukan. Tapi Mikhail tidak ada cukup bukti. 


“Something wrong, Farah?,” tegur Mikhail bila Farah tidak berkata apa malah hanya memandang wajahnya sahaja.


“Yes everything is totally wrong, you are innocence,” ujarku dengan wajah serious.


“Just don’t think about it Farah, I tak hendak membebankan you dengan masalah I, just live your life,” jawab Mikhail lalu mengeluh kecil. 


Dia tidak mahu membebankan fikiran sesiapa mengenai masalahnya. Biar dia tanggung sendiri. Dia punya barisan peguam yang handal untuk membelanya di mahkamah dan selebihnya dia hanya mampu berdoa dan berserah pada Allah s.w.t.


“Maaf Mikhail, dahulu semasa I susah you sentiasa membantu I bila I memerlukan you. Sekarang you dalam keadaan susah, let me be your friend in need,” jawabku dengan nada serious. 


Aku tahu Mikhail tidak mahu membebankan fikiran aku mengenai kesnya. Tapi aku sudah menganggapnya sebagai teman yang baik. Aku akan cuba membantunya sedaya yang mampu dan bersedia menyokong dan berada di sampingnya selalu. 


Mikhail hanya tersenyum bila Farah meminta maaf dengannya sekali lagi. Dia tidak sedikitpun terasa hati bila Farah memarahinya tempoh hari kerana dia tahu Farah sedang bersedih dan marah. Tapi bila Farah mengatakan tidak mahu menerimanya sebagai teman kerana dia bukan sahabat yang baik. Mikhail tidak menghalang Farah berbuat demikian kerana ada benarnya apa yang dikatakan oleh Farah. Dia bukan sahabat yang baik kerana tidak dapat menyelamatkan hubungan Farah dengan Shafiq. 


 “There’s nothing you can do or help me Farah, besides mendoakan agar hukuman ke atas diri I di ringankan, I di fitnah, dan I tiada bukti yang sahih untuk membuktikan bahawa I tidak bersalah,” jawab Mikhail lalu menyandarkan badannya di sofa. 


“Bukti apa yang you cari?,” ujarku ingin tahu. Sepertimana yang di katakan Mikhail awal tadi aku mungkin tidak dapat membantu. Tapi aku masih ingin mengetahuinya.


“Ada beberapa dokumen melibatkan bujet syarikat mengenai projek yang I kendalikan tidak di tanda tangan oleh I kerana bujet itu I tidak luluskan, but strangely dokumen itu berjaya fail dan tandatangan yang terdapat di dokumen tersebut adalah tandatangan I,” ujar Mikhail dengan wajah serius. 


“Ada sesiapa yang you suspek?,” tanyaku lagi. 


“Ya ada.., we hired PI to get him,” jawab Mikhail ringkas.


“Hired PI tidak menjanjikan apa-apa kalau dia tidak mengaku,” ujarku tidak berpuas hati. 


“I’m impressed, you watched too many crime drama,” jawab Mikhail lalu tetawa kecil.


“Mikhail!!,” gerutuku geram, bila dia masih mahu bergurau denganku bila aku serius memikirkan masalahnya. 


“I’m sorry, my bad,” jawab Mikhail lalu membuahkan senyuman. 


Hatinya sedikit terhibur dapat bertemu dengan Farah. Dia sukakan Farah sudah lama. Sejak pertama kali bertemu dengannya dahulu. Farah is beautiful and sweet by nature. Dia juga sedar Farah kepunyaan orang lain. Mikhail tidak mahu mengambil hak orang lain. Farah menganggapnya sebagai teman watsapp. Dia terima kerana dia senang berkawan dengan Farah. Dan bila Farah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan teman watsapp dahulu. Mikhail tidak menghalang kerana dia tahu hubungan mereka tidak akan kemana. Farah akan berkahwin dan dia pula akan dihadapkan di mahkamah. Mikhail percaya hubungan mereka di takdirkan setakat di situ sahaja. Dan dia tidak pernah kesal ditemukan dengan Farah walaupun hanya seketika. Dia benar-benar tidak menyangka dia akan bertemu semula dengan Farah setelah apa yang berlaku. Inilah dinamakan takdir.


 “I’m serious there’s nothing you can do, jika dia tidak mengaku, and he can get away just like that?,” ujarku bersungguh-sungguh. Mikhail tidak akan terlepas dari menjalani hukuman jika dia tidak dapat menangkap orang yang menfitnahnya.


“Actually, I don’t mean well bila menolong you mengenai Shafiq tempoh hari,” jawab Mikhail lalu tersenyum cuba menarik perhatian Farah kepada perkara lain. Dia tidak mahu Farah terlalu memikirkan masalahnya. 


“Huh??,” ujarku tidak faham kerana Mikhail tiba-tiba menukar tajuk perbualan kami.


“I sukakan you Farah,” ujar Mikhail perlahan tapi cukup jelas di pendengaran Farah. 


Wajahnya kelihatan serious bila dia berkata demikian. Dia memandang tepat ke wajah Farah seolah-olah ingin melihat reaksi di wajahnya.


Aku cuba memproses akan jawapan yang aku terima dari Mikhail tadi. Mikhail sukakan aku? Apa betul apa yang aku dengar atau aku sedang bermimpi. Aku memandang wajah tampannya tanpa berkedip. Tahukah Mikhail bahawa aku turut suka dan mula sayang padanya. Selama ini, aku cuba menafikan perasaan aku, kerana aku menyangka bahawa aku hanya tertarik padanya dan bukan kerana suka atau cinta padanya. 


“Farah no pressure it’s ok, I totally understand with my predicament I’m facing right now, you should forget of what I have said earlier,” jawab Mikhail bila Farah hanya mendiamkan diri bila dia mengatakan bahawa dia suka pada Farah. 


Dia tidak mahu membuatkan Farah merasa serba salah dan tidak selesa dengan kenyataannya tadi. 


“No..No, I like you, I like you a lot,” jawabku bersungguh-sungguh bila Mikhail mahu menarik kembali apa yang dia ungkapkan tadi.


Aku berdiam diri kerana aku tidak percaya dengan apa yang aku dengar. Mikhail sukakan aku. Bila? Sungguh dia sukakan aku? Hatiku berbunga riang mendapat tahu bahawa aku tidak bertepuk sebelah tangan kerana Mikhail turut sukakan aku. Dan selama aku berkawan dengannya Mikhail tidak pernah menunjukkan bahawa dia suka pada aku kerana lelaki itu sukar di baca. Mikhail unpredictable.


Mikhail tertawa kecil bila Farah kelihatan kalut bila dia berkata demikian.


“Kenapa you ketawakan I,” ujarku lalu tersenyum cuba menyembunyikan perasaan malu terhadap dirinya. 


“Farah..I'm not supposed to express my feeling towards you, it's not right, I don't want you to feel uneasy, if you ada lelaki lain yang sukakan you dan dapat menjaga you dan menyayangi you, just be with him ok, I really can’t promise you anything, oh god what am I thinking, I'm trully sorry,” jawab Mikhail bila menyedari kesilapannya wajahnya kembali serious.


Dia menyalahkan dirinya sendiri kerana terlalu mengikut perasaan bila dia menyatakan bahawa dia sukakan Farah. Dalam keadaan begini, dia tidak dapat menjanjikan apa-apa pada Farah dan dia tidak mahu memberi harapan kepadanya. Dia tidak mahu mementingkan diri sendiri. Tapi itu yang berlaku kerana dia tidak dapat mengawal dirinya dari meluahkan rasa hatinya terhadap Farah. 


“Mikhail, trust me I’ll be here waiting for you,” jawabku memandang tepat ke wajah Mikhail lalu tersenyum. 


Hatiku menjadi sayu bila menyedari bahawa Mikhail benar-benar sayangkan aku. Mikhail tidak takut meluahkan isi hatinya. Walaupun ianya tidak kena pada masa tapi Mikhail tidak gentar untuk melakukannya. Dan aku turut mengaku bahawa aku kasih dan sayangkan lelaki itu. Benarlah kata Nora dulu ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Kalau aku tidak tahu akan hubungan Mia dengan Shafiq mungkin aku sudah bernikah dengan Shafiq dan akan menjadi isterinya. Aku tidak akan tahu akan hubungan Mia dan Shafiq selama ini. Kalau aku tidak mengenali Mikhail aku tidak tahu bahawa selama ini Shafiq tidak serious untuk memperisterikan aku. Dan aku juga tidak akan menemui lelaki yang sebaik Mikhail. 


“Thanks, sweetheart,” jawab Mikhail lalu menyentuh tangan Farah. Tangan kami bertaut. Aku seperti tidak ingin melepaskan tangannya.


“So Mik, please tell me how can I help you?,” tegurku perlahan lalu memandang wajah Mikhail.


Mikhail mengeluh kecil bila Farah masih tidak mahu melupakan perkara itu.





Previous: Bab 39
Next: Bab 41

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.