Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 36

SEJAK bersemuka dengan Shafiq tempoh hari aku mengambil cuti selama 3 hari. Aku tidak ada mood untuk bekerja apatah lagi bertemu dengan sesiapa kerana benar-benar patah hati. Selain dari menangis dan merasa kecewa, aku melakukan solat sunat istiharah meminta petunjuk dari Allah agar keputusan aku untuk tidak bersama Shafiq adalah jalan yang terbaik. Aku bertemu dengan mama Shafiq dan memberitahunya bahawa aku tidak dapat menunaikan hasratnya untuk menjadi menantunya. Aku mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan kami. Kami tiada jodoh. Aku tidak dapat melupakan perbuataan Mia dan Shafiq terhadap diriku. Mungkin aku tidak dapat memaafkan perbuataan mereka sekarang kerana masih marah pada mereka. Tapi aku akan cuba untuk memaafkan mereka suatu hari nanti, hanya masa yang menentukannya. 


Aku menghidupkan computer. Sementara menunggu computer aku ‘On’ aku mencapai mug menuju kearah pantry untuk membancuh air kopi. Badanku kelihatan susut sedikit akibat kurang selera makan. Yang aku lalu hanya kopi dan sekiranya aku benar-benar lapar. Aku hanya memakan cereal untuk mengalas perut. Aku merasa diriku seperti walking dead.


“Morning Farah, how are you today?,” tegur Nora dengan wajah ceria. 


Dia tercegat di depan pintu pantry turut mahu membancuh kopi. 


Aku menoleh kearah Nora tanpa sebarang expresi di wajahku. Tiada berperasaan.


“Aww! I know you still hurting you are strong woman Farah, orang cantik dan baik macam kau, sekali petik bukan sepuluh yang datang, tapi beratus-ratus lelaki beratur hendak menjadi teman lelaki kau,” ujar Nora lalu tersenyum. 


Cuba menghiburkan hati Farah agar dia tidak bersedih dan memikirkan tentang nasibnya. Dia tahu Farah masih belum dapat kembali ke mode asal iaitu happy-go-lucky. Sesiapa pun akan merasa sedih dan kecewa bila di permainkan hati dan perasaan. Tapi sepertimana yang di katakan tadi, Farah seorang wanita yang tabah dan cekal hati. Dia percaya Farah boleh mengatasi kesedihannya.


“Kalau beratus-ratus lelaki yang datang tua-tua bangka macam mana Nora?,” jawabku dengan wajah selamba tanpa secalit senyuman terukir di bibirku. 


Tanganku ligat mengacau kopi dengan sudu untuk melarutkannya gula dan coffee mate di mugku. 


“You crack a joke, see I know you can do it!,” usik Nora lalu mendekati Farah yang sedang duduk di salah sebuah kerusi yang tersedia di bilik pantry.


“Aku dah tak nak fikirkan tentang mereka lagi Nora, I want to move on,” jawabku perlahan. 


Aku sudah berjanji pada diriku sendiri, aku tidak akan merasa sedih lagi. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Ini ujian Allah ke atas diriku. Aku redha dan menerimanya dengan tabah. I have to clear my mind. Dan lagi, aku sememangnya sedar selama ini Shafiq tidak benar-benar cintakan aku. Namun aku cuba menyangkal dan menafikan perasaanku kerana aku benar-benar berharap  dan menyangka bahawa Shafiq cintakan aku sepertimana aku cintakan dia. Sekarang sudah jelas dan nyata aku tidak punya sebab untuk berharap cinta dan kasih darinya. Sedih memanglah sedih. Apa yang menyedihkan lagi sekiranya aku masih mahu meneruskan hubungan kami dan mendirikan rumahtangga, aku tidak akan bahagia hidup dengannya walau sedalam mana cintaku terhadapanya kerana cinta Shafiq hanya pada Mia. Allah sayangkan aku. Maka dia tunjukkan kepadaku sebelum aku bernikah dengan Shafiq. Syukur Alhamdulillah. 


“Good, kalau aku tanya kau marah tak?,” ujar Nora tanpa memandang kearah Farah. 


Dia menceduk gula sedikit lalu dimasukkan ke dalam mugnya. Tangannya ligat mengacau kopi yang di bancuhnya.


“Nak marah kenapa?,” jawabku ringkas lalu meneguk kopi perlahan.


“Siapa kawan watsapp kau? Perempuan ke lelaki?,” tanya Nora sekadar ingin tahu. 


Yelah, kalau kawan lelaki bolehlah Farah berkawan dengannya secara exclusive kerana Farah sudah tidak berpunya lagi. Tapi kalau kawan perempuan lupakan sahaja.


“Lelaki..,” jawabku ringkas tanpa mengulas panjang.


“OMG!!! Lelaki? Betul kawan lelaki??” ujar Nora lalu mengoyangkan bahu Farah excited bukan main bila mengetahui teman watsapp Farah, teman lelaki.


“Kau dah kenapa?? Macam tak pernah ada kawan lelaki, excited semacam pulak,” jawabku acuh tak acuh. Tidak seteruja Nora kerana aku tidak lagi berhubungan dengan Mikhal kerana aku mula benci pada lelaki itu.


“Is he nice?? Is he TDH??,” soal Nora bertubi-tubi ingin tahu akan kenalan watsapp Farah.


“TDH???,” tanyaku lalu memandang wajah Nora tidak faham akan maksudnya.


“Tall-dark-handsome,” jawab Nora dengan wajah ceria.


“If he is all above, what’s the point,” jawabku selamba tidak berminat bercakap tentang Mikhail. Abang dan adik sama sahaja perangai. Cemuhku dalam hati.


“What’s the point kenapa?? Dia dah kahwin??,” tanya Nora ingin tahu kerana Farah mengatakan tiada sebab untuk dia merasa teruja.


Aku mengelengkan kepala menidakkannya kerana aku yakin lelaki itu belum berumahtangga. My gut feeling tells me that. 


“Then? He’s not available dah tunang?,”


Aku mengeleng lagi, walaupun aku sendiri tidak pasti samada lelaki itu sudah mempunyai teman wanita ataupun sudah bertunang dari perbualan terakhir kami tempoh hari. 


“Then??,” 


“Dia sort of abang Mia,” jawabku selamba lalu meneguk kopi. 


Aku mendapat tahu akan hubungan Mikhail dengan Mia melalui mama Shafiq, itupun setelah dia mengetahui tentang hubungan mereka dari Auntie Zainab. Mama tidak tahu menahu langsung akan hubungan mereka selama ini, kerana mereka bijak menyembunyikannya dari pengetahuannya. Mama ingin mengetahui dari mana aku mendapat tahu akan hubungan Shafiq kerana tidak mungkin mereka berdua memberitahunya. 


Bila aku mengatakan aku mendapat tahu tentang hubungan mereka secara tidak langsung dari Mikhail. Mama memberitahuku akan hubungan sebenar diantara Mikhail dengan Mia. Mikhail adalah abang tiri Mia. Selama ini aku tidak tahu bahawa Mikhail ada pertalian darah dengan Mia. Dunia ini kecil rupanya. Mikhail dibesarkan oleh papanya dan berhubung semula dengan mamanya baru-baru ini. Mama memberitahu aku bahawa Mikhail hanya dikenalkan kepada keluarganya baru-baru ini juga. Dan hanya berpeluang mengenali Mia dan bertemu dengannya seminggu yang lepas. 


Wait! Seminggu yang lepas. Aku cuba memproses informasi yang aku terima mengenai Mikhail dari mama. Ini bermakna Mikhail tidak tahu menahu langsung tentang Mia dan Shafiq selama ini. Dia hanya tahu setelah mengenali Mia seminggu yang lepas. Dan 5 hari yang lalu Mikhail meminta aku bertemu dengannya. Memberi aku ‘clue’ mengenai cincin pertunangan aku yang hilang. 


Tapi kenapa dia tidak mempertahankan diri ketika aku menuduhnya bukan-bukan tempoh hari? It’s because Mikhail is a gentleman. Dia lebih rela menerima tuduhan dariku dari menegakkan kebenaran walaupun dia tidak bersalah. Ya Allah..Ya tuhanku. Apa yang telah aku lakukan. Aku masih ingat lagi akan wajah tenang Mikhail ketika aku menuduhnya berkonspirasi dengan Mia. 


“Astarfirullah Al Azim Nora, Mikhail tidak bersalah, he’s trying to help me to realized,” ujarku tiba-tiba membuatkan Nora terkejut bukan kepalang.


“I’m confused, explain?,” ujar Nora yang kelihatan blur bila Farah tiba-tiba mengatakan bahawa Mikhail tidak bersalah.


“Mikhail yang menyedarkan aku akan hubungan Shafiq dengan Mia, dia tidak berkonspirasi dengan mereka, get it!,” ujarku kini baru mengerti akan hikmah di sebalik ujian yang aku terima. 


Niat Mikhail hendak membantu aku supaya aku tidak tertipu dengan helah Shafiq dan Mia. Dalam erti kata lain, dia tidak mahu aku merana selepas bernikah dengan Shafiq sekiranya aku masih tidak mengetahui akan hubungan mereka yang sebenar. Dia mahu aku menilai hubungan aku dengan Shafiq. Kenapa aku tidak nampak semua ini? Kenapa aku begitu mudah mengikut hati dan perasaan aku dan menuduhnya yang bukan-bukan. Mikhail is a noble person. 



Previous: Bab 35
Next: Bab 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.